Monday 18 July 2016

Truly, Madly, Deeply 14 (akhir)



“ECHA, Ian ada kat dalam tu.” beritahu Puan Zulaikha sebaik Arissa keluar dari kereta. Anaknya itu sudah berjam-jam keluar. Sekarang baru nampak batang hidung.




Arissa mengerut dahi. Sedikit kehairanan kerana kereta Adrian tak ada pun di situ.




“Ian? Bila dia datang? Dengan siapa?”




“Kawan dia hantarkan tadi. Ian kata dia tak berapa nak sihat, tak larat nak drive.” jawab Puan Zulaikha. Tadi sewaktu Adrian sampai, dia agak terkejut melihat wajah menantunya yang kelihatan lesu dan tidak bermaya. Kalau dah sampai tahap tak boleh nak drive, itu maknanya dia betul-betul tak sihat. Puan Zulaikha pasti Arissa juga tak tahu apa-apa. Dah berapa lama mereka tak berjumpa. Kesian juga Puan Zulaikha melihat Adrian yang tak berputus asa datang ingin memujuk isteri. Tapi bukan namanya Arissa kalau tak keras hati.




“Tak sihat? Demam ke?”




“Ian kata dia sakit kepala. Risau pulak ibu tengok. Echa pergilah tengok-tengokkan dia. Dia ada tu tidur dekat ruang tamu.”




Tanpa berlengah, Arissa segera mendapatkan Adrian yang sememangnya sudah terlelap di sofa panjang. Arissa mencapai alat kawalan jauh TV dan memperlahankan sedikit volumenya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sisi Adrian, tidak mahu menganggu tidur suaminya itu. Saat ini Arissa mengambil kesempatan merenung wajah itu sepuas-puasnya. Wajah yang sudah lama dia tidak melihatnya. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Seksa juga menanggung rindu. Namun dek kerana ego yang tinggi melangit dia rela dirinya terseksa.




Rambut Adrian dielus perlahan-lahan. Kemudian jari-jemarinya turun pula ke pipi Adrian. Diusapnya penuh kasih. Sudah lama dia ingin berbuat begitu. Arissa tersenyum menatap wajah suaminya. Tiba-tiba dia rasa bersalah yang teramat sangat dengan Adrian kerana telah menyisihkan lelaki itu sebelum ini. Sampaikan Adrian sakit pun dia tak tahu. Sungguh dia kesal dengan perbuatannya itu.




Selang beberapa minit kemudian, Adrian terjaga. Terkejut dengan bunyi hon kereta milik jiran sebelah rumah. Perlahan dia membuka mata. Waktu itu baru dia sedar akan Arissa yang begitu ralit merenungnya dari tadi.




“Eh.. sayang.. dah lama sampai?” soal Adrian. Terpisat-pisat memandang isterinya. Lena sangat tidur sampai Arissa balik pun dia tak sedar.




“Baru je. Kenapa you tidur kat sini? Tidurlah dekat dalam bilik.”




Adrian menenyeh-nenyeh matanya. Hilang terus mengantuk setelah isteri tercinta ada di depan mata. Terubat rindu di hati.




“I tengok TV tadi, tapi tertidur pulak.”




“Mama kata you sakit kepala. Migrain datang balik ke?”




Adrian angguk perlahan seraya matanya tidak lepas dari merenung wajah Arissa.




“Jom, I bawak you pergi klinik.” ujar Arissa tanpa berfikir panjang. Runsing juga dia tengok Adrian begitu. Dah lama Ian tak kena migrain macam ni. Alih-alih sakitnya itu datang semula.




“Tak payahlah. Sakit sikit je ni. Esok lusa I okeylah.”




“Tak kiralah sikit atau banyak, kena jugak jumpa doc. I takut nanti lagi teruk sakit you tu.”




Adrian senyum nipis. Terharu dengan keprihatinan isterinya. Melihat riak risau di wajah si cantik manis itu membuatkan hatinya tersentuh. Tak sangka dia masih ambil berat pasal aku. Gaduh teruk macam mana pun, dia tetap risaukan aku. Ingatkan dah taknak pedulikan aku lagi. Mungkin juga Arissa dah tak marah aku dah. Bisik Adrian dalam hati.




“It’s okay. Jangan risaukan I. I tak apa-apa. Kalau I tak tahan sangat I cakaplah dekat you.” Adrian masih berdegil. Sejak dari kecil dia memang anti dengan klinik. Selalu kena paksa dengan mak dan ayahnya kalau dia sakit teruk.




“Fine. Kalau macam tu I taknak cakap dengan you lagi.” Arissa memasamkan muka, pura-pura merajuk. Sengaja hendak menggertak. Dia tahu itu saja taktik paling mudah untuk buat Adrian dengar cakap dia.




“Eh, jangan laa.. okey.. okey.. kita pergi. I basuh muka kejap.” Adrian yang sudah cuak pantas masuk ke dapur. Terpaksalah dia turutkan juga sebab dia lagi takut Arissa merajuk. Dia dah tak larat nak hadap perang dingin macam sebelum ni. Seksa oi!




Arissa sengih lebar. Akhirnya, berjaya juga taktik aku! Nak ajak pergi klinik pun susah. Macam budak-budak.
















BALIK dari klinik, sepasang suami isteri itu singgah sebentar di restoran yang berdekatan dengan rumah Arissa untuk tapau kuey teow sup, atas permintaan Adrian sendiri. Tiba-tiba teringin nak makan katanya. Arissa layankan saja kehendak suaminya itu.




“Tengahari tadi you keluar pergi mana sebenarnya? I mesej tak reply.” ujar Adrian. Sejak dari tadi dia asyik tertanya-tanya ke mana isterinya pergi. Balik ke rumah mertua dengan harapan menggunung nak jumpa buah hati, alih-alih dia pula tak ada. Sudahlah keluar tak beritahu. Bikin hati jadi tak tenang.




“Sorry, I tak perasan. I pergi jumpa kawan.” balas Arissa seraya meletakkan segelas air suam atas meja kopi, betul-betul depan Adrian. Cuma mereka berdua di ruang tamu itu. Mama dan abah Arissa pula ke rumah jiran.




“Kawan? Siapa?”




“Krisya.”




Mata Adrian sedikit membulat. “What? Krisya pergi jumpa you? Dia nak apa?”




“Dia ajak I jumpa hanya kerana nak betulkan keadaan. Tak ada apa-apa yang serius pun. Jangan risaulah. Semuanya dah selesai.”




“Betulkan keadaan? Maksud you?” soal Adrian lagi walaupun sebenarnya dia sudah dapat mengagak jawapannya. Pastinya tujuan Krisya hanya satu, ingin menunaikan janji. Ya, Krisya sudah berjanji ingin membantu dia memujuk Arissa tempoh hari.




“Dia dah jelaskan semuanya pada I apa sebenarnya yang berlaku. Kita semua dah terkena dengan Yasmeen.”




“Maknanya you dah tahu Yasmeen tu otak ting tong?”




Arissa mengangguk perlahan.




“Jadi you dah tak marah I?”




Arissa angguk lagi. Dan reaksinya itu cukup melegakan hati Adrian. Tak dinafikan sebelum ini dia agak curiga dengan Krisya, bimbang gadis itu tidak akan mengotakan janji-janjinya. Namun, ternyata sangkaannya meleset. Krisya telah membuktikan bahawa dia benar-benar telah berubah. Kata Krisya, itu saja caranya untuk dia menebus segala kesilapannya terhadap mereka berdua.




“Kalau I masih marahkan you, you takkan boleh duduk rapat-rapat dengan I macam ni,” Arissa senyum meleret seraya matanya lembut merenung wajah lelaki itu. Tengahari tadi dia dapat panggilan dari Krisya, mengatakan ada sesuatu yang hendak dibincangkan. Pada awalnya Arissa menolak kerana dia sudah tidak mahu ada kaitan dengan gadis itu. Namun akhirnya dia bersetuju kerana menurut Krisya, ianya melibatkan hal Yasmeen dan Adrian. Akhirnya, segala persoalan terjawab. Ternyata apa yang berlaku semuanya angkara Yasmeen.




“Lega hati I, sayang. Malam ni bolehlah I tidur lena.” Adrian tersenyum bahagia. Tangan Arissa digenggam erat. Dah lama benar dia tunggu saat-saat begini. Rindu nak pegang tangan Arissa, nak peluk cium dia sepuas-puasnya.




Arissa juga sudah dipagut rasa bersalah. Dia tak sedar selama ini Adrian tertekan dan terseksa dengan layanan buruk yang dilemparkan olehnya. Arissa menunduk. Pandangannya jatuh ke arah tangannya yang masih digenggam erat oleh Adrian.




“Kalau I tak abaikan you, mesti you takkan jadi macam ni, kan.” luah Arissa perlahan seakan berbisik.




Seketika, Adrian melarikan anak matanya ke arah kaca televisyen.




“Tak dinafikan I jadi down bila kita bergaduh, sudahlah you taknak bercakap dengan I langsung. Tapi I tak salahkan you sebab kalau I jadi you pun tentu I akan melenting jugak.”




“I mintak maaf, sayang. I menyesal sangat-sangat. I janji takkan sisihkan you lagi. I am so sorry. I mean it.” luah Arissa dengan mata yang sedikit berkaca.




Adrian tersenyum nipis. Pipi Arissa diusap-usap perlahan.




“Dahlah.. I dah lama maafkan you. I pun nak mintak maaf sebab tak percayakan you. I tak sepatutnya percayakan minah senget tu.”




“I pun dah lama maafkan you. Enough is enough. Let’s not talk about it anymore, okay?”




Adrian angguk. Arissa pula terus merapatkan badannya ke badan Adrian, lantas kepalanya disandarkan ke bahu suaminya itu. Pinggangnya pula erat dipeluk Adrian. Rindu sungguh Arissa nak manja-manja dengan buah hatinya itu.




“Sakit lagi kepala you?” soal Arissa spontan. Teringat doktor pesan Adrian kena banyakkan berehat. Siap dapat M.C tiga hari. Untunglah Adrian dapat lepak kat rumah je nanti.




“Dah baik terus. Sebab ‘ubat’ I dah ada depan mata.” tutur Adrian sebelum pipi Arissa dikucup sekali.




Arissa memandang Adrian lama, tersenyum bahagia.










SUDAH dua minggu berlalu dan selama itu jugalah Arissa langsung tak nampak batang hidung Yasmeen. Sangkanya Yasmeen sakit rupa-rupanya tidak. Menurut Adrian, Yasmeen sudah berhenti belajar dan tidak akan kembali lagi. Ke mana dia menghilangkan diri Arissa tak tahu, namun apa yang pasti takkan ada lagi orang yang akan menganggu dia dan Adrian selepas ini.




“Betul ke Yasmeen dah berhenti belajar?” Arissa seakan masih tak percaya dengan apa yang diberitahu oleh suaminya tadi.




Adrian yang begitu asyik menikmati ais krim Haagen Dazs, mengangguk. Arissa tersengih tengok mulut suaminya dah sedikit comot. Dikesatnya mulut Adrian dengan tisu. Makan macam budak-budak. Dahlah langsung tak pelawa isteri. Tahulah dah lama mengidam nak makan. Sudahnya ada juga rezeki dia hari ni. Datang KLCC, lepas tengok wayang terus ajak Arissa pergi beli ais krim. Macam orang mengandung lagaknya. Dari hari tu dia sebut nak Haagen Dazs. Selagi tak dapat memang tak tidur malam jawabnya.




Lepas beli ais krim, Adrian ajak lepak dekat area air pancut. Ramai sangat orang dekat situ. Boleh dikatakan semua pun sibuk nak bergambar.




“Ya. Betul. Dah dua minggu dia menghilang. Baru hari ni I dapat tahu yang dia dah cabut lari.”




“Kenapa dia buat macam tu?”




“Sebab dia dah malu nak berdepan dengan kita semua. Oh ya, dia ada hantar mesej dekat I malam tadi. Ini SMS terakhir dari dia. You bacalah.” Adrian mengambil fon dalam poket seluarnya lalu diberikan pada Arissa.










Maafkan I untuk semua kesalahan yang telah I lakukan pada you dan Arissa. I janji mulai saat ini I takkan ganggu you lagi. Dan you juga takkan jumpa I lagi.










“Pheeww!! Leganya rasa!” Arissa tersenyum senang. Barulah tenang hatinya kini. Tak ada Yasmeen, tak perlulah dia risaukan apa-apa lagi. Krisya pun dah insaf. Dah tak ada orang nak buat kacau dan hancurkan kebahagiaan mereka. Syukur alhamdulillah. Harapnya takkan ada sesiapa lagi yang cuba musnahkan rumahtangga kami. Bisik Arissa dalam hati. Kalau dia jadi Yasmeen, dia juga akan menghilangkan diri. Lebih-lebih lagi dah kantoi semua kerja jahat dia tu. Yang pasal assignment tu pun, Sir Yaakob tahu. Tapi tak sempat nak ambil apa-apa tindakan, Yasmeen sendiri buat keputusan untuk keluar terus dari MSU.




“Kan? I pun rasa happy sangat bila dapat tahu dia dah pergi. Lepas ni tak adalah orang nak kacau kita lagi.”




“Yup. Lepas ni kita dah tak payah serabutkan otak fikir pasal minah tu. Dah tiba masanya untuk kita fikirkan tentang kita pulak.”




“Setuju.”




“Sayang, tengok budak kat sana tu. Comel sangat, kan? Ini yang rasa macam tak sabar nak ada anak sendiri ni.” ujar Adrian seraya menuding ke arah anak kecil yang usianya mungkin baru setahun, berjalan terkedek-kedek ke arah ayahnya. Jalan sikit, jatuh. Jalan lagi, jatuh. Nampak sangat tak berapa nak stabil kaki dia. Baru pandai berjalan agaknya. Adrian sengih melihat telatahnya. Mulalah dia berangan-angan macam mana keadaannya bila dia ada anak sendiri nanti. Seronok, teruja. Itu yang membuatkan Adrian semakin tidak sabar ingin bergelar ayah.




Arissa juga sudah tergelak melihatnya. Comel je tengok budak kecik baru pandai berjalan. Cute macam penguin!




“Anak kita nanti pun mesti comel macam tu jugak.”




“I selalu berangan nak ada anak ramai. Mesti best!”




“Anak ramai? You nak berapa orang?” tanya Arissa. Orang lelaki takde fikir lain. Tahu nak anak ramai je. Yelah, bukan dia orang yang kena bawak perut selama sembilan bulan tu. Sebab itulah dia boleh berangan sesuka hati nak anak ramai.




“Kalau boleh satu team bola. Confirm meriah gila.”




Mata Arissa terbeliak. See, I've told ya!! Itu je yang orang lelaki tahu. Pfffftt!




“Satu team bola?? Ramai sangat tu! Tiga cukup.”




Adrian ketawa. “Ok, ok. Lima orang. Okey tak?”




Arissa menggeleng. Lima pun dah cukup ramai baginya.




“Tiga.”




“Enam.” Adrian tak mahu kalah. Makin bertambah bilangannya. Bila dia tengok mata Arissa terbeliak, dia ketawa. Dia dah mula nak cari pasal.




“Tiga.”




“Taknak. Sikit sangat. Lapanlah.”




“Tiga je sudahlah.”




“Taknak. Nak sembilan orang anak.”




Arissa berdecit geram. Makin galak Adrian ketawa. Sengaja. Suka menyakat isteri. Itulah hobinya. Lepas itu kalau Arissa merajuk, baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf.




“You beranak sendirilah kalau macam tu.” Arissa menjelingnya dengan wajah serius.




Adrian yang sudah cuak dengan reaksi isterinya itu perlahan-lahan mematikan tawanya, namun tawanya masih bersisa. Segera pinggang Arissa dirangkul mesra. Siapa suruh jolok sarang tebuan. Orang tu dah tunjuk muncung baru tahu nak menggelabah. Ian, Ian. Nakal tak ingat!




“Olololo.. I gurau je sayang. I nak usik siapa lagi kalau bukan isteri I. You je satu-satunya pengarang jantung I, yang paling I sayang. Taknaklah serius sangat. I main-main je tadi tu.” tutur Adrian dengan nada memujuk.




Arissa menjuih bibir. “Boleh percaya ke I je orang yang paling you sayang?”




“Betul. Demi Allah.” balas Adrian sungguh-sungguh seraya mengangkat tangannya, seakan sedang berikrar.




“Betul ni? Janji you takkan ada orang lain selain I.”




“Janji. Takkan ada yang lain, hanya Arissa seorang saja yang akan Adrian cintai. Sampai mati. Selamanya.”




Arissa tersenyum sampai ke telinga. Lama matanya merenung mata Adrian. Dia tahu, luahan itu adalah luahan yang tulus dari hati insan bernama Adrian. Adrian yang akan sentiasa membahagiakannya, yang akan sentiasa mencintainya, hingga ke akhir nanti.














~the end~