Thursday 23 January 2014

Oh My Ex-Husband! 19


Perlahan aku membuka mata. Seketika, siling bilik itu aku pandang kosong. Kat mana aku ni? Setahu aku, lampu bilik aku warna kuning. Bukannya putih macam ni. Aku toleh ke kiri sebaik terdengar suara yang menyeru nama aku perlahan. Wajah Harith Daniel yang duduk di sisi katil terpampang di mata. Air mukanya tidak seceria selalu.

“ What.. What happened…? Kenapa Rene… Ada kat sini….?” Dengan perlahan aku menutur kata sebaik aku tersedar yang aku kini sedang berada di wad. Bau ubat yang menusuk hidung membuatkan aku semakin pening dan loya. Apa dah jadi dengan aku?

“ Rene tak sihat. Rene pengsan tadi… Doktor terpaksa tahan Rene kat sini dulu..” beritahu Harith dengan suara mendatar.

“ Pengsan..?”

Harith angguk. “ Yup.. Rene demam.. Suhu tinggi sangat..”

Aku memejamkan mata sejenak. Sakit kepala masih terasa, namun tidaklah seteruk tadi. Baru aku ingat. Tadi aku nak balik rumah. Masa itu jugalah Harith datang ajak keluar minum petang. Tapi aku taknak sebab terlampau letih. Lepas tu apa jadi? Aku tak ingat!

“ Serius Rene tak ingat apa – apa. Abang ke bawak Rene datang sini?” soal aku dengan mata yang dihalakan tepat pada wajah Harith.

“ A’ah. Rene tak ingat? Abang datang jumpa Rene dekat office tadi.. Lepas tu Rene kata nak balik. Masa tulah Rene pengsan.. Nasib baik abang ada kat situ.. Kalau tak.. Tak tahu apa akan jadi pada Rene…”

Aku menghela nafas perlahan. Tersentuh hati ini mendengarnya. Syukur, Ya Allah. Mungkin itulah hikmahnya Harith datang menemui aku. Kalau tak ada dia, entah apalah nasib yang akan menimpa aku agaknya?

“ Can I go home now?” aku dah tak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan di dalam wad ini. Kalau boleh biarlah aku balik dan berehat di rumah saja. Aku lebih selesa begitu. Tanganku yang dicucuk jarum untuk memasukkan air aku pandang sekilas.

“ No you can’t.” tegas Harith.

“ Tapi… Tak sukalah duduk sini…” aku merengek persis anak kecil.

“ Jangan degil, Rene. Please…? Ini semua untuk kebaikan Rene jugak. Sekurang – kurangnya kat sini doktor boleh pantau Rene dari semasa ke semasa… Lagipun bukannya Rene kena duduk lama kat sini.. Kejap je.. Sehari dua lagi bolehlah balik..” lembut suara Harith memujuk.

Hmmm.. Nampak gayanya terpaksalah aku mengalah. Kalau dah Harith cakap macam tu, jawabnya memang aku takkan menang. Sabarlah sikit, Rene. Kau tu cuma demam. Bukannya sakit kronik sampai kena duduk hospital berminggu lamanya. Kalau nak cepat sembuh kenalah ikut arahan doktor… Dan arahan Harith Daniel!

“ Abang dah call mama.. Kejap lagi mama dengan papa sampailah tu..” beritahu Harith tanpa dipinta.

Beberapa saat selepas itu, aku terdengar bunyi pintu ditolak dari luar. Aku dan Harith sama – sama pandang ke arah dua insan yang baru tiba di situ. Aku tersenyum nipis. Panjang umur mereka!

“ Mama.. Papa..” seru aku lemah saat mereka mendekati aku yang terbaring lesu di katil.

Harith bangkit dari kerusi lantas menyuruh mama duduk di situ. Papa pula duduk di hujung kakiku. Mereka memandang aku dengan penuh kebimbangan.

“ Syukurlah Rene dah sedar.. Patutlah masa kat rumah tadi mama rasa tak sedap hati. Jantung mama tiba – tiba rasa macam nak pecah.. Anak mama sakit rupanya.” Tutur mama sayu sambil menggenggam erat tangan aku. Bebola mata mama basah. Pasti mama menangis kerana teramat risaukan aku.

“ Terima kasih, Harith.. Sebab tolong bawak Rene datang sini.. Mujur Harith ada..” kata papa sebaik wajah Harith dipandang.

“ Tak ada hal, papa. Harith memang pergi office Rene sebab nak jumpa dia. Terkejut tengok muka dia pucat. Baru tahu dia demam.” cerita Harith seraya melemparkan pandangan pada aku pula.

“ Itulah Rene.. Kan mama dah cakap.. Tak payah pergi kerja, ambil MC je. Tapi Rene degil.. Mama suruh rehat kat rumah Rene taknak.” sempat lagi mama bebelkan aku. Ibu mana yang tak risaukan anaknya? Bila dah jadi macam ni, hati ibu mana yang tenang? Kesian mama, dapat anak yang degil macam aku.

Aku cuma tersengih dengan wajah tak bersalah. Sesekali aku kerling ke muka Harith. Ada riak risau dan takut di wajahnya. Riak wajah sama yang pernah aku lihat ketika aku terlantar di wad selepas mengalami keguguran dulu.

“ Harith kalau nak balik dulu, baliklah. Biar kami temankan Rene kat sini..” ujar mama.

Harith menjeling jam tangannya sekilas. Kepalanya diangguk perlahan. “ Kalau ada apa – apa, mama telefon Harith ya?”

Mama angguk seraya tersenyum ke arahnya.

“ Abang balik dulu.. Nanti abang datang lagi..” tutur Harith saat dia berkalih pandang ke arah aku. Dia segera menyalami tangan papa dan mama sebelum beredar meninggalkan kami bertiga di wad persendirian itu.

“ Abang…” panggil aku bila Harith sudah membuka pintu.

Harith menoleh. “ Yup?”

“ Thank you for everything..” ucap aku bersama senyuman di bibir.

Harith juga membalas senyumanku kemudiannya. Dia mengangguk dan tak lama selepas itu kelibatnya hilang dari pandangan.

“ Rene nak makan, sayang? Mama ada belikan buah epal dengan limau Sunkist ni.” mama segera mencapai plastik berlogo Tesco yang terdapat pelbagai jenis buah – buahan di dalamnya.

“ Nak. Nak mama suapkan.. Hehehee..” ujar aku dengan suara ala – ala manja. Haihh.. Apa boleh buat.. Umur dah masuk angka 26 pun masih lagi tak hilang sikap cengengku ini. Depan Harith tadi pandai pula aku buat – buat cool. Bila dia tak ada, terus aku berubah watak. Hehehee! Malulah nak manja – manja depan dia.. Nanti dia ejek aku pula!

Mama segera membantu aku bangun dari pembaringan dan suapkan aku seperti yang aku minta. Papa hanya tersenyum memerhati kami berdua. Mereka dah masak sangat dengan perangai anak bongsu mereka ni. Manja dan keras kepala. Itulah Rene Hannani!

___________________

Pagi itu aku terkejut melihat Harith yang datang membawa teddy bear besar, berbulu sejuk warna kelabu. Comel gila! Tapi apa pula motif Harith bawak teddy bear ni ke sini? Aku rasa aku tak suruh pun dia beli apa – apa.




“ Untuk siapa ni?" tanya aku.

“ Untuk Rene Hannanilah! Siapa lagi? Comel tak?”

Untuk aku? Awww... So sweet!! Harith belikan aku teddy bear! Sweetness overload!

“ Sangat – sangat comel! Besarnya teddy bear ni!! Boleh mati kena hempap kalau besar macam ni..”

“ Saja abang beli yang besar. Abang tengok pun geram sangat.. Terus belikan untuk Rene. Biar Mr. Bear ni temankan Rene sehari dua ni..”

Harith meletakkan anak patung beruang itu di sisi aku. Aku tersengih lebar. Mr. Bear nama diberi! Comel! Hampir sama besar dengan aku saiznya! Ini kalau buat peluk masa tidur ni best ni!

“ Thanks, abang.. Erm.. Abang tak kerja ke hari ni?” tanya aku sedikit hairan melihat dia yang hanya memakai t - shirt putih Hard Rock Cafe dengan seluar jeans. Sempoi gila! Tak nampak macam gaya orang nak masuk pejabat pun?

“ Tak. Abang ambil cuti. Nak jaga Rene.”

Aku terkedu sejenak. Dia sanggup ambil cuti semata – mata nak jaga aku? Alahai… So sweet! Tipulah kalau aku kata aku langsung tak terharu. Malahan aku sangatlah terharu kerana dia sanggup korbankan waktu kerjanya demi aku. Tapi aku tak mahu kerjanya tergendala disebabkan aku.

“ Kenapa sampai ambil cuti pulak? Abang janganlah risau sangat.. Rene kat sini okey. Nanti mama datang. Nurse pun ramai yang pantau Rene.” ujar aku pula.

“ Biarlah.. Abang nak jaga Rene. Abang taknak biarkan Rene sorang – sorang kat sini..”

“ Ni yang Rene tak suka.. Rene kalau boleh taknak susahkan sesiapa pun..” aku dilanda rasa bersalah. Rasa macam dah susahkan Harith sampai terganggu jadual dia.

“ Susah apanya? Abang dah cakap dekat bos dah.. Dia okey je. Rene tak perlulah risau pasal tu. Lagi satu.. Abang tak senang duduk bila Rene tak sihat macam ni.. Satu kerja pun tak boleh nak buat.. Sebab Rene tak ada depan mata. Kalau pergi kerja pun hilang fokus buat apa? Baik datang sini.. Jaga Rene. Rene tak tahu.. Abang takut sangat masa Rene pengsan tu.. Abang tak tahu nak buat apa.. Panik sangat!”

Sampai macam itu sekali Harith risaukan aku. Itu baru aku demam. Kalau aku mati, macam manalah dia agaknya? Kalaulah dulu Harith sentiasa ada masa untuk aku macam ni, alangkah bahagianya aku. Tapi, Rene… Itu cerita lama. Tak usah dikenang lagi. Cukuplah seksa hati sendiri. Lupakanlah semuanya.

“ Erm.. Tapi kalau abang ada hal, janganlah batalkan sebab Rene.. Jangan sampai terganggu jadual abang hanya sebab nak jaga Rene. I’ll be fine.. Don’t worry.”

“ Yelah.. Abang tahu tu. Dahlah.. Rene makan ni dulu.. Mesti Rene lapar, kan?” Harith terus tarik meja di hujung katil dekat dengan aku. Sarapan pagi yang sudah disediakan oleh jururawat di atas meja itu aku pandang tak berperasaan. Makanan hospital. Tahu – tahu sajalah. Tak kena dengan tekak kita. Serba – serbi tawar. Makanan orang sakitlah katakan.

Aku segera bangun dan bersandar di kepala katil. Harith ambil sesudu bubur yang masih panas, ditiupnya perlahan sebelum disuakan pada bibir aku. Aku terpana dengan tingkah Harith. Sungguh aku terharu.

“ Bismillah dulu...” suruh Harith.

Aku hanya menurut. Berkerut dahi aku sebaik bubur itu selamat masuk ke dalam mulut. Tak rasa apa – apa. Aku dah hilang deria rasa ke ni?

“ Sedap tak?” tanya Harith setelah aku cuma membisu tanpa kata.

“ Tak rasa apa – apa pun..”

“ Memanglah.. Rene demam.. Lagipun inikan bubur.. Takkan nak suruh ada perisa tomyam kut?” senda Harith disusuli tawa kecilnya.

Terburai tawa aku. Buat lawak pula dia. Tapi betullah Harith kata. Aku demam sebab itulah makan tak rasa apa. Mulut pahit semacam.

“ Rene kena makan banyak – banyak. Biar cepat sihat. Abang taknak Rene sakit macam ni lagi..”

Tersentuh hati ini mendengarnya. Dia benar – benar ambil berat tentang diriku. Masuk suapan yang kelima, aku geleng. Sudu yang sudah disuakan ke bibir aku tolak lembut.

“ Taknak dah? Sikit lagi ni tak habis.”

“ Takpelah.. Dah kenyang..”

Gelas air kosong diberikan pada aku. Aku minum seteguk dua. Rancangan Wanita Hari Ini di TV3 menjadi tumpuan aku sejenak. Tiba – tiba Harith mengesat hujung bibirku dengan tisu, buat aku jadi terpempan dengan tindakan refleksnya itu. Wajahku merona merah. Dalam dada aku sekarang macam ada drum beat. Dup dap dup dap! Gila tak berdebar bila dah jadi macam ni? Aku saja yang menggelabah agaknya. Sedangkan Harith tampak begitu relaks, tenang macam tak ada apa – apa yang berlaku.

“ Rene makan comot. Macam baby.. Tapi takpe.. Comot – comot dia pun tetap comel. Abang suka…” ujar Harith bersama sengihan panjang.

Aku juih bibir. “ Sakit – sakit macam ni pun puji Rene lagi. Pandailah dia.”

“ Orang kalau dah cantik, muka pucat macam hantu pun tetap cantik.”

Haihh..!! Kan betul aku cakap? Kalau dengan Harith Daniel, cakaplah apa pun takkan menang. Sudahnya aku cuma diam malas nak menjawab.

_______________________

Seperti yang diberitahu dalam telefon tadi, Amirullah datang melawat aku usai habis waktu kerja. Datang siap bawa sejambak bunga lily untuk aku. Yang ini pun tak mahu kalah juga. Apa saja yang dia buat, semuanya untuk ambil hati aku. Terkadang aku rasa, Harith dengan Amir ni macam bersaing berebut untuk dapatkan aku.

“ Kenapa tak cakap dekat I yang you demam?” tanya Amir dengan nada tak puas hati.

“ Alaa.. I demam biasa je. Malas nak kecoh – kecoh. I taknak orang risaukan I.” aku menjelaskan. Tak mahu dia fikir aku sengaja sisihkan dia kerana langsung tak maklumkan tentang ini pada dia. Walhal bukan itu niat aku. Cuma aku malas nak perbesarkan hal kecil. Aku demam biasa saja. Malaslah nak buat orang lain risaukan aku yang sakitnya tak seberapa ni.

“ Demam biasa apanya kalau sampai dah pengsan.. Ini nasib baik Harith yang cakap.. Kalau tak agaknya sampai ke sudah I tak tahu.”

Aku pandang Harith yang begitu khusyuk membaca majalah kereta di kerusi panjang, tidak jauh dari kami. Dia kalau dah dapat majalah kegemaran dia tu, memang tak pandang kiri dan kanan. Tapi kira okeylah dia suka magazine kereta. Asalkan jangan majalah Playboy sudah! Kalau itu terjadi, akulah orang pertama yang akan sekeh dia seratus juta kali!

Dari pagi sampai ke petang, si HD ni langsung tak ke mana – mana. Kalau keluar pun, hanya untuk turun makan di kafeteria hospital dan ke surau.

“ Yelah.. Sorry.. Apa – apa pun.. Terima kasih untuk bunga ni.. Cantik…” balas aku seraya meletakkan jambangan bunga itu ke meja.

“ Nak limau tak? Anggur? Ke epal?” Bakul buah – buahan di atas meja di sisi katil Amir capai.

“ I rasa nak epal hijau tu.. I nak makan benda masam.. Mulut ni tak rasa apa – apa kalau makan benda lain.”

Amir hanya mengangguk. Aku segera membetulkan duduk, bersandar pada kepala katil seraya menumpukan perhatian ke arah kaca TV. Mujurlah ada TV sebagai hiburan. Kalau tak boleh mati kebosanan juga aku nanti.

Selang beberapa saat, Amir kembali duduk di birai katil. Baru saja aku nak ambil buah epal yang sudah siap dipotong, Amir pantas menghalang.

“ Biar I suapkan..” kata Amir.

Hah? Amir nak suap? Biar betul! Ni yang buat aku lemah ni! Nak manjakan akulah pula!

“ I boleh makan sendirilah you!” aku tekankan suaraku. Kurang selesa dilayan sebegitu oleh Amirullah. Kian resah aku dibuatnya bila aku perasan Harith sedang memerhatikan gelagat kami berdua dengan riak wajah yang sukar aku tafsirkan. Marahkah dia? Atau sebenarnya dia cemburu?

“ Tak apa.. I suapkanlah...”

“ Tapi…”

“ Apa yang susah sangat? Bukak mulut tu cepat..”

“ Tak payah nak bersuap sangatlah.. Orang tu ada tangan.. Biar je dia makan sendiri.” ujar Harith dengan nada yang berbaur cemburu. Pandangannya tak lari dari dada majalah di tangan.

Aku menahan tawa melihat riak cemburu di wajah Harith. Aku dapat rasa yang Harith sebenarnya tidak senang dengan kelakuan spontan sahabat baiknya itu. Pandailah dia. Pagi tadi dia suap aku boleh. Tapi bila Amir nak suap, tahu pula dia suruh aku makan sendiri. Boleh tahan kuat cemburu dia ni!

“ Alaa.. Biarlah.. Bukannya selalu dapat manja – manja macam ni.. Kan, Rene? Cepat.. Bukak mulut tu.” Dengan selambanya Amir membalas. Taknak kalah dia. Tetap nak suap aku makan.

Aku tak mampu menolak lagi. Nganga saja mulut, Amir terus suapkan epal hijau ke dalam mulutku. Lelaki itu tersenyum lebar. Aku melarikan mata ke kaca TV semula bila Amirullah merenung aku tanpa berkelip. Amir ni kenapa pandang aku macam tu? Tak suka!

Bunyi majalah dihempas kuat ke meja menyentakkan aku dan Amir. Serentak kami menghalakan mata ke arah Harith Daniel yang sudah bangkit dari sofa, segera mendekati Amir. Mukanya ketat semacam.

“ Rene.. Abang balik dulu.. Kejap lagi mama sampai..” beritahu Harith dengan nada mendatar.

Laa.. Tiba – tiba je nak balik! Apa kes Harith ni? Marah sangat ke Amir suap aku tadi? Aduh.. Peninglah kepala aku macam ni! Susahnya nak gembirakan hati dua jejaka dalam satu masa!

“ Erm.. Abang datang sini malam ni?”

“ I’m not sure yet. Tengok keadaan.”

Aku angguk lagi. Timbul rasa kasihan pada dia. Sanggup berulang – alik dari rumah ke hospital. Semuanya disebabkan aku. Tapi bukannya aku yang minta, dia yang beria sangat nak jaga aku. Kalau dia sendiri yang sanggup apa lagi yang hendak aku kata? Ikutkan sajalah. Malas nak bergaduh pasal hal remeh – temeh ni. Buat serabut kepala lagi adalah.

“ Kau jangan nak lama – lama sangat kat sini, bro.. Ingat sikit.. Kucing kat rumah tu dah kelaparan.” Harith menepuk – nepuk bahu Amir perlahan.

Amir ketawa kecil. Aku pula yang naik hairan. Kucing? Amir ada bela kucing ke dekat rumah tu? Harith terus berlalu meninggalkan kami berdua di sini.

“ Kucing? Bila masa you bela kucing?” tanya aku pada Amir yang duduk di birai katil.

“ You percaya I bela kucing? Taklahhh.. Harith saja je tu.. Dia taknak I duduk lama kat sini sebenarnya. Sebab tu suruh balik cepat.. Apa lagi? Dia jealouslah tuu…!”

Oh! Baru aku faham! Patutlah Harith cakap macam tu. Rupa – rupanya sengaja taknak Amir lepak sini lama – lama dengan aku! Kes cemburulah ni! Aduh!! Harith, Harith! Ada – ada sajalah dia ni!

________________________

Dah lebih 10 kali aku tengok jam. Ternanti – nanti kehadiran seseorang. Namun hingga ke saat ini, dia tak kunjung tiba. Mana dia ni? Jadi datang ke tak sebenarnya? Tadi bukan main beria nak temankan aku, setiap saat nak temankan aku. Sekarang ni apa cerita? Batang hidung dia pun tak nampak! Huh! Cakap tak serupa bikin!

Aku capai anak patung beruang di meja sisi. Mr. Bear yang comel itu aku renung lama. Nasib baik ada teddy bear ni. Boleh buat peluk masa tidur nanti. Aku melepaskan keluhan berat. Wajah Harith terbayang – bayang di mata. Hai, Rene… Bila ada, jual mahal. Bila tak ada, tercari – cari. Lain kali jangan ego sangat.

“ Apa jauh sangat mengelamun tu, Rene?”

Teguran mama menyedarkan aku dari khayalan panjang. Aku sengih menayang gigi ke arah mama yang baru melabuhkan punggung di sofa biru gelap itu.

“ Err.. Takde apa – apa, mama.. Cuma Rene dah bosan duduk sini. Nak balik.” aku berdalih. Kalau mama tahu aku fikirkan pasal Harith, malulah! Mesti mama tak sudah – sudah usik aku nanti.

“ Ala.. Sabarlah sikit. Esok lusa bolehlah balik.”

Aku angguk. Walhal bukan itu yang menganggu fikiran aku sekarang, tapi Harith. Aku belek fon di tangan. Berharap akan ada panggilan atau pesanan ringkas dari dia, tapi hampa. Kenapa aku perlu rasa sebegini? Adakah ini namanya rindu?

“ Mama.. Dah lewat ni.. Rene rasa ada baiknya mama balik dan berehat. Kesian mama.. Rene rasa malam ni kalau mama tak temankan Rene pun tak apa. Rene okey je sorang – sorang kat sini.” Sungguh aku kesiankan mama yang terpaksa bermalam di sini untuk temankan aku. Walhal aku okey saja kalau tak ada sesiapa datang jaga aku. Aku bukannya budak – budak lagi.

“ Mama tunggu Harith. Tadi dia call.. Kata dah dalam perjalanan.. Tapi tak sampai – sampai lagi. Jalan sesak agaknya. Nanti kalau dia dah sampai, baru mama balik.”

Oh! Maksudnya Harith memang nak datang sini! Aku ingatkan dia dah tak sudi jenguk aku dah! Manalah tahu dia cemburu sangat petang tadi, sampai langsung taknak jumpa aku lagi. Tapi rasanya tak kut? Aku tersenyum lega. Aku menutup mulut yang sudah terbuka luas. Dah tiga kali menguap. Mungkin kesan ubat yang aku makan tadi sebab itulah aku cepat mengantuk.

“ Mengantuknya.. Kalau Rene tidur dulu boleh tak?” aku menenyeh – nenyeh mata yang semakin lesu. Selimut aku tarik sampai ke paras dada. Nak tunggu Harith sampai pun dah tak larat.

“ Boleh. Tidurlah.. Rene tu perlu rehat secukupnya.."

“ Okey, mama. Good night.”

“ Good night, sayang.”

Aku mengiring ke kanan, membetulkan posisi agar lebih selesa. Teddy bear pemberian Harith aku peluk kemas. Tiba – tiba hidung ini tercium bau harum yang melekat pada Mr. Bear itu. Macam kenallah bau ni! Ini bau perfume Hugo Boss yang Harith pakai! Ini mesti sebab Harith peluk Mr. Bear tadi sebab itulah baunya melekat dekat si comel ni pulak! Tak pasal – pasal rasa macam tengah peluk si HD sekarang! Aduh! Parahnya kau, Rene! Memang parah!

____________________

Tepat jam 2.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Bunyi dengkuran halus yang begitu dekat dengan telingaku buat aku meremang bulu roma. Ish! Biar betul! Siapa yang berdengkur tengah malam buta ni? Setahu aku, aku seorang saja dalam bilik ni!

Perlahan – lahan aku berkalih posisi ke kiri. Terkejutnya aku bukan kepalang bila ternampak kelibat seorang lelaki yang begitu lena di tepi katil ini. Harith rupanya! Lupa pula aku yang dia akan datang temankan aku malam ni. Harith tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya dilentokkan pada birai katil. Aduhai.. Kesiannya! Kenapa dia tidur kat sini? Kenapa tak baring elok – elok dekat sofa tu? Esok kalau ada yang sakit leher ke, sakit badan ke, jangan salahkan aku! Macam mana ni? Nak kejutkan dia atau tidak?

Dengan keadaan separuh mamai, aku cuba untuk bangun dari pembaringan. Sempat lagi aku renung seraut wajah yang cukup tenang kelihatan. Aku tak sampai hati nak biar dia tidur macam ni. Tapi tak sampai hati juga nak kejutkan dia.

“ Kesian, abang.. Mesti penat ulang – alik dari rumah ke hospital..” aku menggumam perlahan. Tidak mahu tidur Harith terganggu.

Aku renung lagi wajah itu sepuas – puasnya. Spontan tangan aku ingin menyentuh kepalanya. Tiba – tiba handphone milik lelaki itu bergetar kuat menandakan ada mesej yang masuk, sekali gus menganggu tidurnya yang lena. Aku pula cepat – cepat berbaring semula dan terus pejamkan mata rapat. Buat – buat tidur. Kus semangat! Nasib baik tak kantoi aku nak sentuh kepala dia tadi! Gilalah kau ni, Rene!

Harith membetulkan kain selimut yang menyelimuti tubuh aku. Kemudian dapat aku rasakan tangannya itu membelai – belai kepalaku perlahan. Hati diusik rasa terharu. Teringat apa yang dia beritahu pada aku siang tadi, yang dia tak akan biarkan aku sendiri. Itu yang buat hati ini benar – benar tersentuh. Abang, Rene silap. Rene fikir abang akan mungkiri janji. Tapi nampaknya Rene salah. Abang dah pun tunaikan janji abang. And I should thank you for this.


*******

mintak maaf lambat update. saya baru baik demam and sgt2 sibuk settle byk benda selain manuskrip. hehehee. ( how i wish bleh ada byk tgn mcm sotong, bleh buat byk keje dlm satu masa.. hihii). jgn lupa tinggalkan komen! thank u! :)

15 comments:

  1. Best sgt! Keep it up. Btw, HD ni sweet la. Caring gituu. Cpt2 lah siapkan manuskrip tu. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Nice! Good job cik writer.. :-) tc:-)
    -reen-

    ReplyDelete
  3. Ble nk wat smbungan ni??best..len dr kebiasaan

    ReplyDelete
  4. god job writer..
    mmang best ahh..
    semp0i..
    hope ada next n3

    ReplyDelete
  5. Suka kalau depa rujuk semula. Boleh laa HD tebus salah dia.

    ReplyDelete
  6. besttttt!!!!!!
    tggu next chapter plak..
    goog job Cik Iman Ariana

    ReplyDelete
  7. Best!!..x sabar nk tau cite selanjutnya..

    ReplyDelete
  8. best .... sambung pleassss.....

    yana

    ReplyDelete
  9. best...!!! x sabar nak baca bab seterusnya :)

    ReplyDelete
  10. Baru start baca...dah rasa feel cerita ini harap teruskan usaha

    ReplyDelete
  11. dlm nvl ad brpe bab ye????....xkisah la happy ending or sad ending....citer best dan ad pngajaran...

    ReplyDelete