Bunyi notification
Whatsapp pada Iphone 5 milikku menandakan ada mesej dari seseorang. Aku pantas
mencapainya.
Rene Hannani, esok jadi tak teman I jumpa kawan I? – Amir
Aku hanya tersenyum nipis. Amir suka sangat panggil aku guna nama
penuh. Nasib baik tak sebut nama papa aku sekali. Hmm.. Masuk kali ni dah 3
kali Amir bertanyakan hal yang sama. Aku tahu Amir takut aku batalkan plan kami di saat akhir. Sebab itulah
sampai tiga kali dia tanya pasal ni!
Yes! Jadilah! Kalau you tanya lagi sekali confirm lepas ni I akan
ubah fikiran I! – Rene
Sengaja aku mahu menggertak dia begitu. Sebenarnya itu saja taktik
yang paling sesuai supaya Amir takkan lagi tanya benda yang sama! Sikap Amir
yang satu ni sebenarnya mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang sudah
lama tidak aku jumpa. Entah apa ceritalah dia agaknya ya? Ah…. Malaslah fikir
pasal dia lagi…!
Mesej aku dibalas lagi.
Alaa janganlah! Okey, okey! I takkan tanya dah! Besok pukul 5 ke
atas I pergi rumah you. – Amir
Tau takut! Haha! Okey.. Kalau ada perubahan you mesej I. – Rene
Conversation kami terhenti setakat itu. Aku lihat jam di dinding. Sudah pukul 1
pagi. Padanlah kalau mata aku pun dah rasa mengantuk semacam. Sepatutnya aku
dah tidur dari tadi dah! Namun saat ini ada sesuatu yang menganggu fikiran aku…
Kenapa Amir beria sangat ajak aku teman dia jumpa kawan dia? Tak boleh pergi
sendiri ke? Ini nak juga berteman. Hmm… Apa boleh buat. Kalau aku ubah fikiran,
kesian juga pada Amir tu! Ikutkan sajalah kehendak dia! Lagi pun selama ini lelaki
itu sudah banyak membantu aku di saat aku kesusahan. Jadi, inilah masanya untuk
aku membalas jasa baik Amirullah!
________________________________________
“ Rene!! Amir dah sampai!! Dah siap ke belum?!”
Aku yang masih tercegat di hadapan cermin pada pintu almari baju
sedikit tersentak dengan laungan mama. Aku melihat jam Esprit di tangan. Baru
pukul 4.50 petang. Amir kata nak datang pukul 5 ke atas! Ini belum pun pukul 5
dia dah sampai?!
“ Cepatnya dia sampai!! Suruh dia tunggu kejaplah!! Rene dah nak
siap ni!!” aku turut melaung.
“ Yelah! Cepat sikit bersiap tu!” ujar mama lagi.
Suara mama sudah tidak kedengaran. Aku bergegas menuju ke katil dan
mencapai handbag Gucci di atas katil.
Nasib baik dah solat Asar awal – awal. Kalau tak lagi lamalah mamat tu kena
tunggu!
Turun saja ke bawah, aku lihat papa dan mama sedang menikmati minum
petang di halaman rumah. Amir juga ada di situ, sedang berbual dengan orang
tuaku. Amirullah memang pandai ambil hati mereka. Papa dan mama juga nampaknya
begitu selesa dengan Amir. Maklumlah, mamat ni memang pandai hormat orang tua!
“ Haa.. Turun pun anak mama ni! Meh minum dulu Rene...” ajak mama setelah dia menoleh ke arahku.
Amir tersenyum, memandang aku ke atas dan ke bawah. Eh! Kenapa mamat
ni pandang aku macam tu? Macam nak telan aku je gayanya! Luku kepala tu baru
tahu! Tak agak – agak tengok aku macam tu! Huih..! Seram!
“ Takpelah mama.. Kita orang keluar ni pun kejap lagi nak makan –
makan jugak. Jomlah Amir.. Nanti kita lambat pulak…” kata aku lembut.
Lelaki itu terus bangkit dari duduk lantas berjabat tangan dengan
papa sambil tersenyum manis.
“ Kami keluar kejap ya uncle, auntie.. Sebelum Maghrib nanti Amir
hantar Rene balik.” Ujar Amir sopan –
santun. Sudah tahu peraturannya. Kalau nak keluar dengan aku, mesti waktu
siang. Kalau keluar sebelah malam pun, tak boleh balik lambat. Yalah, kalau
orang pandang kan ke tak elok?
“ Yelah.. Hati – hati bawak kereta tu..” pesan papa pula.
“ Insya-Allah..” balas Amir.
Sebelum mengikut Amir bergerak ke keretanya yang diparkir di hadapan
rumah, aku menyalami papa dan mama yang tidak berganjak dari meja batu itu.
Sebaik saja aku memusingkan badan untuk melangkah ke kereta, aku lihat Amir
sudah membukakan pintu kereta untuk aku. Gentleman
habis!
“ Kita nak pergi mana sebenarnya ni you?” tanya aku pada Amir setelah Amir masuk ke
dalam perut kereta.
Soalan aku tidak terus dijawab. Tali pinggang keledar dipakai.
Senyuman tidak lekang di bibir dia.
“ The Gardens. I dah janji nak jumpa kawan I kat sana.”
“ Kawan you? Boleh I tahu siapa?” tanya aku. Dari semalam lagi aku tanya Amir
siapa kawan yang dia maksudkan tapi Amir tak jawab pun. Misteri sungguh!
“ Kawan lama I laa… Masa belajar dekat UM dulu… So… Kiranya ni macam reunion
laa.. Tapi hanya kami berdua. Tak ada yang lain.”
Dahi aku berkerut. Reunion apa setakat dua orang je? Tak happening langsung kalau macam tu!
________________________________________
Setibanya kami di The Gardens, aku dan Amir bergegas menuju ke
Alexis. Amir kata kawan dia tunggu dekat sana. Bukan main teruja lagi aku bila
tahu mereka nak lepak dekat Alexis. Mulalah aku terbayang – bayang segala macam
kek yang ada dekat sana! Rene Hannani kalau bab makan nombor satulah! Tapi yang
peliknya, badan tak naik – naik pun! Dari dulu sampai sekarang, maintain kurus je! Bukan nak berlagak
tapi inilah kenyataannya!
Amir berjalan sedikit jauh ke depan, aku pula hanya menurutinya dari
belakang menuju ke satu meja. Dari jauh aku lihat ada seorang lelaki yang
melambai – lambaikan tangannya ke arah Amir.
“ Harith!! Long time no see,
bro!!” Amir mempercepatkan langkah
menghampiri lelaki itu. Mereka berjabat tangan dan berpelukan seketika.
Melepaskan rindu pada sahabat lama.
Langkah aku terhenti saat melihat lelaki yang bernama Harith itu. Degupan
jantung bagaikan terhenti. Darah menyerbu naik ke kepala. Rasa macam tak
percaya dengan apa yang aku lihat saat ini!
“ Rene! Sinilah!! I nak kenalkan you dengan kawan lama I. Harith
Daniel B. Mohd Johari!”
Harith sudah tergamam. Dia juga seperti terpaku melihat aku. Lama
keadaan kami begitu. Aku pandang dia, dia pandang aku. Masing – masing speechless! Tak ada sepatah kata yang
terucap di bibir. Agak berat kaki aku mahu melangkah untuk mendekati Amir yang
sudah menarikkan kerusi kosong bersebelahan dengannya bila Amir sekali lagi
menggamit aku. Aku menghela nafas berat. Gugup. Tetap cuba untuk berlagak
tenang. Tak pernah aku menyangka hari ini aku akan bertemu dengan dia semula
setelah setahun lamanya kami tidak bersua. Harith? Harith Daniel ex – husband aku kawan Amir? Biar
betul?! Aku mimpi ke ni?! Oh tidak!! What
a small world!!! Mama!!!! Papa!!! Rene dah jumpa Harith balik!!!! Rene nak
pengsan!!!
sy bc ni kat penulisanku. ternanti2 sambungannya, sampailah sy jumpe blog awk a few week ago hehe. errr, x de di bukukan ke? cerita yg bess, bagi saye. Thumbs up dear!!
ReplyDeleteterima kasihhhhh.. terharu saya baca komen awak. :) anyway sy pun tak sabar nak upload bab 9 kt penulisan2u. tp tak tau kenapa skrg admin cuma update website tu seminggu skali je. byk bab yg x masuk bila post kt sana. terima kasih atas sokongan. buat masa ni belum dibukukan. manuskrip in progress :)
DeleteSpeechless xtau nk komen
ReplyDeleteBtway best sgt...
thank u yen! :)
DeleteSaya jarang bila baca novel kat blog tinggal kan komen..
ReplyDeletebut here.. saya nak cakap.. i love your blog..
ramai yang tulis novel kat blog, tapi blog sangat2 serabut..
your blog nice... simple is the best
ok.. nak sambung baca bab 2.. hehehe...
hehehehehehee.. thank u... saye ingtkan org x suka blog simple mcm ni sbb takut org boring bile visit sini kan. alhamdulillah kalau awk suka. terima kasih! :)
DeleteI really love your novel very much. Your story attract me to read more. Looking forward for next chap.
ReplyDeleteTdi mmber kata cerita ni best.so sya pon mula la terjah,nk tau best ke x, dnnnnnnn yupppppp mmng best...
ReplyDeletebest2 hihi
ReplyDelete