“ Apa abang buat kat sini?” Aku masih terkejut melihat kemunculan Harith
di taman permainan ini. Kuala Lumpur ni taklah sebesar mana. Pi mai pi mai tang
tu juga! Buat seketika aku terkesima melihat Harith yang kian hampir dengan aku.
Berbaju – T Ralph Lauren dan berseluar jeans putih. Siap pakai shades. Tersangatlah macho! Salah satu
tarikannya adalah wajah korean look
itu. Kalau orang tak tahu dia ini
berbangsa apa, pasti akan kata dia berasal dari Korea. Ketinggiannya, matanya
yang agak sepet, hidungnya mancung terletak dan bibirnya yang merah. Sikit pun
tidak ada cacat – celanya ciptaan Allah ini. Cuma satu saja, kulitnya dah tak
secerah dulu. Namun begitu dia masih lagi lelaki segak dan kacak, sama seperti
dulu.
Pertanyaan itu mengundang senyuman di bibir Harith. Tanpa dipelawa,
dia terus duduk di sebelah aku yang tidak berganjak dari bangku. Sedikit
gementar bila duduk bersebelahan macam ni. Jarak di antara kami tak sampai
sejengkal pun! Bau wangian Polo menusuk ke hidungku. Aku pantas mengalihkan
pandang ke lain. Telefon bimbit di tangan aku letak di tepi peha, membetulkan
duduk agar lebih selesa.
“ Kebetulan abang lalu sini jadi abang singgahlah kejap. Kadang –
kadang bila ada masa terluang lepas balik kerja, abang akan ke lepak kat sini..
Cari ketenangan…” jawab Harith sambil
melontarkan pandangan ke arah kanak – kanak yang sedang bermain jongkang –
jongkit.
Tak sangka pula aku. Harith juga gemar menghabiskan masanya di sini.
Begitu juga aku. Tapi tak pernah pula kami terserempak antara satu sama lain. Mungkin
sebelum ini Allah tidak izinkan kami untuk berjumpa di sini. Tapi hari ini..
Memang kebetulan!
“ Rene sorang – sorang je?” tanya Harith.
“ A’ah. Rene sorang je. Rene pun memang suka lepak sini… Tenangkan fikiran
juga..” kata aku. Bunyi lagu ais krim
Paddle Pop yang dipasang oleh penjual ais krim menarik perhatian beberapa orang
kanak – kanak di sini. Ini memang tempat yang paling sesuai untuk menjual ais
krim. Ramai budak – budak, memang lakulah ais krimnya!
“ What a coincidence! Sebelum ni tak pernah sekali pun terserempak
dengan Rene. Tapi… Mana kereta Rene? Rene datang dengan apa?” Harith melihat ke tempat parking. Tak kelihatan kereta aku di situ.
Aku tersenyum tawar. Harith mengerling aku sekilas.
“ Rene minta tolong kawan hantarkan. Sebab tadi keluar lepak dengan
dia kejap. Bila stress.. Inilah
tempatnya… Seronok dapat tengok budak – budak bermain. At least terhibur juga hati ni,” tutur aku tanpa dipinta.
“ Kan? Abang pun sama. Bila tatap wajah mereka sekelip mata serabut
dalam kepala ni hilang. Macam ada magic!
Tengok budak – budak hati jadi tenang.”
Aku mengangguk. Setuju. Nampaknya kami sependapat tentang itu.
“ Alangkah bahagianya abang seandainya waktu dapat diputar kembali…”
Hah?! Apa kena pula si HD ni tiba – tiba bermadah bagai ni? Berkerut
dahi aku dibuatnya.
“ What are you talking about?” aku tidak mengerti.
“ Abang nak cakap… Kalau boleh abang nak rewind masa yang dah berlalu. So
that abang boleh baiki kesilapan abang terhadap Rene… Kalau tak kerana
abang, Rene takkan keguguran…. Dan abang takkan kehilangan Rene! Semuanya salah
abang!” tutur Harith tersekat – sekat.
Macam sebak tiba – tiba.
Terkedu aku dibuatnya. Tak tahu apa hendak dikata. Sudahnya, aku
bungkam tidak bersuara. Harith berjeda.
“ Kalau abang boleh rewind
semua ni.. Abang akan pastikan benda pertama yang abang akan buat ialah tebus
semula kesalahan abang pada Rene. Abang takkan abaikan Rene dan anak kita..
Abang akan pastikan setiap saat hanyalah untuk isteri abang dan anak abang..” kata Harith lagi sambil memandang aku dengan
penuh kesayuan.
Aku senyum sinis. “ Abang ingat hidup kita ni macam cerita Click tu
ke? Boleh rewind, forward, pause, stop.
Abang ingat hidup kita begitu mudah untuk dikawal? Itu semua hanya rekaan,
khayalan manusia semata – mata. Hakikatnya kita tak mungkin bisa mengundur masa
lalu….” Terus fikiran melayang
terkenangkan filem Click lakonan hebat Adam Sandler. Cerita itu bukan sekadar
komedi biasa. Namun terselit mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan.
Mengajar kita agar lebih tahu menghargai dan jangan terlalu suka ambil mudah ke
atas tiap – tiap sesuatu. Terutamanya pada insan tersayang. Jangan sesekali
kita sia – siakan peluang yang ada selagi mereka masih hidup. Malangnya, ada
masanya kita tak nampak semua tu. Kita hanya tahu menghargai bila sesuatu yang
bernilai itu sudah tidak ada di dunia ini lagi. Ketika itu kalau hendak
menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Semuanya sudah terlambat.
“ Abang tahu, Rene. Sebab itulah abang benci dengan diri abang.
Sampai sekarang, abang masih tak boleh maafkan diri abang. Abang kehilangan
sesuatu yang amat berharga di dalam hidup abang. Rene dan anak kita. Sekelip
mata Allah tarik balik nikmat yang Dia anugerahkan pada abang! Abang tahu ini
semua pengajaran untuk abang.. Abang menyesal, Rene! Abang menyesal!”
“ Untuk apa abang kesalkan semua ni? Benda dah jadi pun… Menangis
air mata darah sekali pun tak guna… Dah
terlambat untuk kita sedar kesilapan yang pernah kita lakukan dulu..” balas aku lirih. Anak mata sudah basah.
Tolonglah Rene.. Jangan menangis!
“ Demi Allah, Rene. Ini bukan kehendak abang. Abang tak pernah
jangka yang kita juga akan melalui apa yang pernah orang tua abang lalui..
Sekarang baru abang tahu yang perpisahan itu amat – amat menyakitkan!” tutur
Harith dengan wajah yang sedikit menunduk.
Seketika, aku membisu. Segera aku terkenangkan nasib yang menimpa
kedua – dua orang tua Harith Daniel yang juga seperti kami. Ikatan perkahwinan
mereka hanya berkekalan selama 10 tahun sahaja. Ketika itu Harith baru berusia
8 tahun. Masih terlalu mentah untuk memahami apa yang terjadi. Bila sudah tidak
serasi, berpisah adalah jalan yang terbaik.
“ Dahlah abang… Jangan cakap
pasal ni lagi… Rene dah tak sanggup nak ingat apa – apa lagi..” pinta aku.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masa untuk pulang. Aku
bingkas bangun. Membetul – betulkan peplum yang aku pakai. Kanak – kanak yang
memenuhi playground ini juga semuanya
sudah beransur pulang.
“ Rene nak pergi mana?” tanya
Harith terpinga – pinga.
“ I’m going home. Dah lewat
ni..” Jawab aku sambil menggalas beg
tangan di bahu.
“ Biar abang hantarkan…”
Bila Harith cakap macam tu, baru aku teringat yang aku tak ada
kereta! Datang ke sini tadi pun Bella yang hantarkan! Aduh! Malaslah nak naik
kereta Harith! Macam mana ni?
“ Eh.. Takpelah.. Rene boleh naik teksi..” Bagus! Naik teksi lagi senang! Tak perlulah
aku berdua – duaan dengan Harith lagi.
“ Tapi kat sini susah nak dapat cab.
Jomlah.. Abang hantarkan..” pujuk Harith
sambil mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket seluarnya.
Susah nak dapat cab? Dahi
aku berkerut setelah terlihat sebuah teksi yang terparkir di tepi playground ini. Lantas aku tersenyum
kemenangan. Thank God! Nasib baik ada
penyelamat keadaan! Tak perlulah aku tumpang kereta si HD ni pula!
“ Susah apanya? Tu apa benda?” aku menuding ke arah teksi tersebut.
Harith toleh ke arah teksi itu. Kemudian dia pandang aku semula.
“ Bahayalah, Rene… Zaman sekarang tak semua driver teksi boleh dipercayai. Buatnya pakcik tu serial killer ke, perogol ke penculik
ke? Tak ke naya tu?” Harith bernada risau. Riak wajahnya juga begitu.
“ Rene tahu jaga diri Rene. Tak perlu risaukan Rene..”
“ Rene.. Tolonglah jangan degil.. Please.. Kalau apa – apa jadi pada Rene macam mana? Apa abang nak
jawab pada parents Rene nanti? Kalau driver teksi tu tipu Rene, kenakan
tambang mahal – mahal macam mana?”
Heh! Tahu pula dia risaukan aku. Dulu tak pernah pula ambil berat
sampai begini sekali. Takut aku kena culiklah. Takut kena tipulah. Kalau aku ni
budak – budak dia bolehlah risaukan aku. Masalahnya aku ni dah boleh jadi mak
budak! Tahulah aku jaga diri!
“ Kalau Rene kata Rene boleh jaga diri, maknanya Rene boleh!
Dahlah.. Rene balik dulu.. Assalamualaikum!” aku terus mematikan ayat. Tetap
tak mahu kalah. Cakap Harith aku tak ambil pusing. Kalau aku kata taknak,
taknaklah! Jangan paksa aku! Aku tak suka!
“ Rene…” Harith sudah kehabisan modal mahu memujuk.
Aku tak hiraukan Harith lagi. Sepantas kilat aku melangkah pergi.
Bergegas mendapatkan driver teksi
yang sedang santai menghisap rokok di situ. Sorrylah,
Encik Harith Daniel! Saya lebih rela kena tipu dengan pemandu teksi tu daripada
naik satu kereta dengan awak! Saya tak sanggup!
________________________________________
Masuk ke rumah, aku lihat papa dan mama sedang beristirehat di ruang
tamu. Menonton rancangan kegemaran mereka berdua, Running Man. Terbaiklah! Mama
pun sekarang dah layan Running Man jugak! Setahu aku, mama tak suka layan channel Korea ni!
“ Kenapa balik dengan teksi Rene? Bella mana?” tanya mama sambil
menghulurkan semangkuk kacang pistachio ke tangan papa. Favourite papa tu.
“ Lepas jumpa Bella tadi Rene suruh dia drop dekat taman permainan kejap. Sebab tu Rene balik dengan
teksi..” jawab aku yang sedikit kepenatan. Sudah berjam – jam di luar, baru
sekarang balik rumah. Mahu tak penat kalau macam ni?
“ Habis tu muka macam ayam berak kapur tu kenapa?” mama memandang
aku pelik.
“ Rene jumpa Harith tadi…” aku bernada malas.
“ Hah? Siapa? Harith?!” membulat mata papa.
Angguk. Pandang wajah papa dan mama bersilih ganti. Jelas ketara
yang mereka begitu terperanjat dan seakan sukar untuk mempercayainya.
“ Korang dah berdamai ke?” tanya papa lagi.
“ Taklah.. Kebetulan Harith pun pergi lepak sana… Adalah sembang
dengan dia jugak tadi..”
Mama sudah tersengih lebar. “ Lepas tu? Apa jadi?” tanya mama seakan berminat untuk mendengar
cerita selanjutnya. Mungkin juga berharap ada sesuatu yang menarik terjadi di
antara kami.
Amboi mama aku ni! Kalau sebut pasal bekas menantu dia tu, sengih
sampai nampak gigi! Sabar ajelah! Aku terus melabuhkan duduk di tengah – tengah,
antara papa dan mama. Saja mengacau. Papa mama nak romantik sikit ada saja yang
kacau daun! Akulah tu! Hehe!
“ Jadi apanya, mama? Takde jadi apa – apa. Actually dia nak sangat hantar Rene balik. Tapi Rene malas nak naik
kereta dia so sebab tu Rene naik
teksi. Kalau ikutkan dia tak kasi.. Takut driver
teksi tu perogol la, penipu la, penculik la.. Macam – macam..”
“Hah! Betullah tu apa yang Harith cakap. Zaman sekarang driver teksi pun tak boleh dipercayai sangat.
Logik kalau Harith risau dan tak bagi Rene naik teksi!” papa menambah.
Menyokong Harith seratus peratus!
Amboi papa! Kalau bab back up
Harith, tak payah suruh. Rela hati papa akan bela lelaki itu. Sayang sangat
dengan si HD tu. Huh!
“ Apa lagi yang kamu berdua sembangkan?” Mama tak ubah seperti
wartawan. Satu demi satu soalan diajukan. Tinggal lagi mama tak bawa perakam
suara atau tak catat apa – apa jawapan aku untuk dijadikan tajuk utama pada
akhbar esok. Ngeee…!
“ Harith ada cakap.. Yang dia
menyesal sebab dah lukakan hati Rene..”
Papa tersenyum tawar. “ Betul tak apa yang papa cakap? Instinct papa memang tepat.”
Aku menunduk. Menjungkit bahu perlahan.
“ Entahlah, papa… Rene takut semua tu hanya lakonan semata – mata…” kata
aku lemah. Bila terkenang cerita lalu, pasti air mata mengalir akhirnya. Aku
paling tak boleh lupa bila Harith kata kerjanya saja yang penting untuk dia.
Yang lebih menyakitkan bila dia sanggup tampar aku malam tu.
“ Kalau Harith tak berlakon macam mana? Kalau dia betul – betul
menyesal.. Rene akan maafkan dia?” Papa
merenung aku lembut.
Mama hanya diam. Kali ini giliran papa pula yang banyak soal. Mama
hanya memasang telinga.
“ Papa bukannya nak back up
Harith.. Cuma papa rasalah.. Harith tu dia tak mahu terus bersengketa dengan
Rene. Tengok macam parents Harith
tu.. Tak perlulah papa cakap lebih – lebih.. Rene sendiri dah nampak macam mana
mereka tu kan?” sambung papa.
Mungkin betul andaian papa. Harith tak mahu kami bermusuhan seperti
mana orang tuanya juga walau sudah berpisah bertahun lamanya. Memang mommy dan
daddy Harith tak pernah bermasam muka biar pun mereka tidak lagi seperti dulu.
“ Tak tahu. Rene betul –
betul tak tahu. Apa yang Rene tahu.. Ini semua balasan Allah pada Rene.. Sebab
Rene dah banyak berdosa pada papa dan mama.”
Papa dan mama saling berpandangan. Tercengang dengan kata – kata
aku.
“ Rene cakap apa ni, sayang Apa yang Rene dah buat pada kami?” mama pula menyoal.
Aku mengeluh. “ Rene anak yang degil. Tak mendengar kata. Rene lawan
cakap papa dan mama…” kata aku sayu.
Sungguh aku kesal kerana tidak mendengar nasihat mereka dulu. Ya, inilah
pengajarannya untuk aku. Dulu sewaktu aku membuat keputusan untuk berkahwin
papa dan mama tidak bersetuju. Bukan kerana mereka tidak merestui perhubungan
kami malah papa dan mama sangat gembira dengan keputusan aku yang memilih
Harith sebagai teman sehidup semati. Yang menjadi masalahnya cuma satu.. Mereka
tak mahu aku berkahwin sebelum aku mendapatkan segulung ijazah. Tapi kalau tak
degil dan keras kepala bukan Rene Hannani namanya. Entah kenapa aku terlalu
ikutkan hati dan perasaan. Nak sangat kahwin. Nak sangat rasa hidup
berumahtangga sampaikan sanggup bantah cakap orang tua. Sudahnya inilah padah
dia! So, nasihat untuk anak muda di
luar sana. Dengarlah cakap orang tua kita. Barulah hidup selamat dan diberkati
di dunia mahupun di akhirat. Insya – Allah.
Papa mengusap – usap bahu aku penuh kasih. “ Papa dan mama tak
pernah anggap Rene anak derhaka. Apa yang dah lepas tu lepaslah… Tak usah
dikenang lagi.. Rene dan Kak Ana tetap anak kami yang solehah belaka.”
Mama senyum. “ Betul tu, Rene. Janganlah Rene cakap macam tu pula.
Sedih hati kami dibuatnya…”
“ Maafkan Rene, papa.. Mama…” aku memandang mereka bersilih ganti.
“ Rene anak kami. Kami sentiasa memaafkan Rene. Selamanya…” balas mama.
Aku tersenyum lega. Peluk papa, kemudian aku peluk pula mama. Aku
pegang tangan papa dan mama erat. Kasih sayang orang tuaku inilah yang
membahagiakan diri ini hingga sekarang. Syukur alhamdulillah!
Tiba – tiba aku teringatkan Amir. Rasanya hari ni sehari suntuk Amir
tak call aku. Masih merajuk mungkin.
Lantas aku putuskan untuk menghubunginya. Tangan sudah tergagau – gagau mencari
handphone di dalam beg, tapi tak ada!
Ah sudah! Mana pulak perginya handphone
aku ni? Panik aku dibuatnya. Janganlah hilang.. Tolonglah jangan hilang! Hati
aku menjerit.
Habis semua isi dalam beg itu aku keluarkan. Tisu, gincu, compact powder dan purse
aku letak ke meja kopi. Tapi handphone
aku tak ada! Darah menyerbu ke kepala saat ini. Bimbang kalau – kalau handphone aku tu tercicir ke apa.
Matilah aku! Satu hal pula nak kena beli baru. Dahlah satu pun nombor telefon
dalam tu aku tak hafal!
“ Eh! Kenapa ni Rene? Cari apa sampai sepahkan barang macam ni?” tegur mama.
“ Handphone Rene! Tak
jumpa! Dah hilang!”
Melopong mulut mama. “ Hilang?!” kuat suara mama.
“ Tak pasti tercicir ke apa.. Tapi memang takde ni! Adui! Matilah
Rene..!” aku menepuk – nepuk dahi. Ya
Allah! Kenapa aku ni cuai sangat? Kalau ya tercicir, kat mana agaknya handphone tu tercicir ya? Banyak sangat
tempat aku pergi tadi!
“ Relaks.. Cuba bertenang. Jangan panik. Cuba fikir betul – betul..
Kali terakhir Rene pegang handphone
tu bila?” tanya papa tenang.
Aku menjungkit bahu. Cuba juga paksa otak ini supaya ingat semula
bila kali terakhir aku pegang telefon bimbitku itu. Think, Rene! Think!
Ahaa!!! Dah ingat dah!! Kali terakhir aku pegang handphone, masa dekat playground
tadi! Aku letak atas kerusi! Lupa nak ambil!
“ Alamakkkkkk……..! Maybe
tertinggal atas bangku kat playground
tadi!!!”
Mama dan papa sudah tergeleng – geleng kepala. Macam mana ni? Dalam
fon tu banyak maklumat penting! Aduhai…! Itulah kau, Rene! Kau cuma fikir nak
lari dari Harith cepat – cepat sampai terlupa benda sepenting itu! Agak – agak,
Harith perasan tak fon aku kat situ? At
least Harith boleh tolong simpankan untuk aku! Lebih baik macam tu setidak
– tidaknya aku tahu fon aku selamat bila dengan dia! Tapi macam mana kalau
Harith tak nampak? Jawabnya fon aku tu kena rembat dengan orang lainlah nanti!
Hancus!!
No comments:
Post a Comment