Wednesday 2 December 2015

Truly, Madly, Deeply 10, 11

BAB 10


“TADI tengahari sayang makan apa?”
Arissa hanya menggeleng kepala. Bibirnya terkunci rapat. Responsnya itu menghairankan Adrian. Sungguh dia bingung melihat sikap aneh isterinya itu. Diam seribu bahasa. Sedari tadi, Adrian langsung tidak dipedulikan. Sengaja dia datang ke kelas Arissa kerana terlalu rindukan isterinya. Hanya mereka berdua di situ. Classmates Arissa yang lain masih belum sampai. Kelas Arissa yang seterusnya hanya akan bermula dalam masa lagi lima belas minit. Semua jadual Arissa dah melekat dalam kepala Adrian. Kadang-kadang bila Arissa lupa jadual dia, Adrianlah yang tolong ingatkan.
“Tak makan? Kenapa? Saja nak cari penyakit?”
Kali ini Arissa tak memberikan respons. Macam mana nak makan kalau selera pun tak ada. Laju tangannya menekan-nekan papan kekunci laptop itu. Berpura-pura sibuk dek kerana malas hendak melayan Adrian. Hatinya masih sakit gara-gara kejadian di perpustakaan tadi. Masih terbayang-bayang kegedikan gadis bernama Yasmeen. Itu baru dekat library, kalau dekat luar entah apa-apa lagi yang dia buat agaknya!! Melampau sungguh! Omelnya dalam hati.
“Kenapa ni, sayang? Dari tadi you buat tak tahu je dengan I. I ada buat salah ke?” Adrian bertambah hairan. Isteri aku ni moody betul, aku ada salah cakap atau angin kus-kus dia dah datang? Atau Arissa marah sebab aku tak jawab fon dia tadi? Hatinya berteka-teki. Adrian kesal. Kalau dia tak tertidur tadi, tentu saja Arissa takkan jadi begini.
“Relaksnya you lepak kat sini. Tak ada kelas? Ke you ponteng kelas?” Arissa membalas soalan dengan soalan yang berbaur sindiran. Tak tengok muka Adrian sikit pun.
“Mana ada! Kelas dibatalkan. I duduk kat library je dari tadi, buat kerja.” Balas Adrian. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja. Dekat perpustakaan tadi pun dia bukannya boleh fokus sangat. Nasib baiklah discussion group tak lama. Selesai kerja, terus dia ke sini.
“Kerja? Kerja apa?” sengaja Arissa mengajukan pertanyaan yang dia sudah tahu jawapannya.
“Siapkan group assignment dengan Izwan, Sara, Yasmeen.”
“Yasmeen pun ada? Tak cakap pun satu group dengan dia?” Arissa bertambah bengang. Padanlah minah gedik tu ada dekat situ tadi. Dia satu group dengan laki aku rupanya!! Arissa menggerutu dalam hati.
“Baru tadi je buat group sebenarnya. Bukan I yang nak, Sir Yaakob tu yang pilihkan. Dia tak bagi kita orang pilih sendiri.” jelas Adrian sungguh-sungguh. Dari nada percakapan Arissa, Adrian merasakan ada sesuatu yang menganggu emosi gadis di hadapannya itu. Sayang aku ni cemburukan Yasmeen ke? Takkan hanya kerana perkara sekecil itu pun dia sakit hati?
Arissa mengetap gigi. Meluap-luap marahnya. Panas hati pasal kejadian tadi masih belum hilang, ditambah pula dengan hal lain. Seronoklah si gedik tu sekumpulan dengan laki aku. Hari-hari dapat jumpa Adrian, dapat sembang dengan mamat tu. Ggrrrr.. sakitnya hati!!!
Adrian baru perasan yang bajunya berbau wangi. Dahinya berkerut sedikit. Pelik. Dari mana pula datang minyak wangi ni? Minyak wangi perempuan pula tu. Dia mencium bajunya berkali-kali. Baru dia ingat masa dekat library tadi, dia tertidur. Sebaik terjaga, tengok-tengok baju sejuk Yasmeen ada dekat dia. Kata Yasmeen, dia tak sampai hati melihat Adrian yang kesejukan. Memang perpustakaan tu sejuk yang amat, sebab itulah Adrian pun mudah terlelap.
“Apasal baju I bau perfume perempuan? Ini mesti sebab sweater si Yasmeen ni,” terpacul ayat itu di bibir Adrian. Pantas dia menekup mulut. Dia sudah terlepas cakap. Masaklah kau, Adrian!
Berubah riak wajah Arissa. Darahnya sudah berdesup naik ke kepala. Panas pipinya menahan marah.
“Errr.. mak.. maksud I.. se.. sebenarnya.. tadi.. dia…”
“Dia selimutkan you dengan sweater dia?” Arissa memintas percakapan Adrian yang tersekat-sekat.
Mata Adrian membulat. Degupan jantungnya semakin kencang.
“Macam mana you tahu?”
“I was there. I saw everything.”
“You ada kat situ? Bila?”
“Lepas kelas tadi I cari you dekat kafe, Shahrul cakap you dekat library. I pergilah. Dapatlah tengok ‘wayang’ percuma. Romantik jugak si Yasmeen tu rupanya, kan?” tutur Arissa sinis.
Adrian menundukkan wajah. Baru dia mengerti apa sebabnya Arissa bersikap acuh tak acuh tadi.
“Sayang, kalau you dah tengok semua tu maknanya you nampaklah I tidur. Maknanya I tak sedar apa-apa. Kalau I sedar, tak ada maknanya I nak biar dia buat macam tu,”
Adrian berjeda.
“I tertidur masa tunggu Izwan dengan Sara. Tak sangkalah pulak si Yasmeen tu nak selimutkan I. I pun terkejut bangun-bangun je ada sweater dia dekat I. Dia kata takut I sejuk.”
“Wow, caringnya dia!!! Meluat!!” Arissa julingkan mata ke atas. Menyampah!
“Janganlah marah. Kalau I tahu dia nak buat macam tu, awal-awal lagi I dah lari.” Balas Adrian. Dia mahu Arissa tahu yang dia juga tidak senang dengan perbuatan Yasmeen itu.
Arissa melemparkan pandangan ke luar tingkap kelas. Langit cerah berubah mendung. Sayup-sayup bunyi guruh kedengaran dari atas sana. Mungkin bumi Shah Alam akan ditimpa hujan sekejap lagi.
“Perempuan tu syok dekat you.” Luah Arissa setelah dia membisu sejenak. Nadanya sedikit kendur. Wajahnya juga tidak lagi seserius tadi.
“Hah?? Yasmeen sukakan I? Merepek je sayang.” Adrian menggelengkan kepala, menafikan. Takkanlah hanya dengan selimutkan aku itu bermaksud dia sukakan aku. Karut! Gumam Adrian dalam hati.
“I tak merepek. Lepas apa yang I nampak tadi, I dah tak sedap hati. I boleh baca hati dia.”
“You tengah marah, mulalah fikir yang bukan-bukan. Dia kan dah tahu I boyfriend you. Takkanlah dia sukakan I pulak. Melambak lagi yang single dekat MSU ni.”
Arissa menggeleng, menyangkal kata-kata suaminya itu. Adrian salah. Kalau semua orang nak cari yang bujang, dunia ini pasti akan lebih aman. Takkan timbullah isu rampas-merampas.
“I tak tahu kenapa I jadi macam ni. Tiba-tiba je I jadi takut. I tak sedap hati, sayang. I rasa macam ada benda yang tak elok akan jadi kat kita.” Arissa bernada bimbang. Fikirannya benar-benar terganggu.
“Astaghfirullah hal azim. Sayang, sayang. Kenapa sampai ke situ perginya? Suka sangat fikir yang negatif. Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah. Yang pentingnya doa. Minta dengan Allah supaya tak ada benda buruk berlaku.”
“I tahu, tapi macam mana kalau instinct I betul? Macam mana kalau Yasmeen memang sukakan you?”
“Dia kena terimalah orang yang dia suka ni cintakan orang lain. Dah kahwin dah pun.” Ujar Adrian dengan nada yang agak kuat.
“Syhhh.. perlahanlah sikit suara you tu. Nanti orang dengar.”
Adrian ketawa. “Biarlah satu dunia tahu. Lagi bagus. Barulah tak ada siapa kacau kita.”
Arissa senyum pahit. Betul ke orang takkan ganggu walaupun dah tahu status kami? Entah-entah makin banyak gangguan adalah. Wajah Adrian direnung lama. Lelaki ini adalah segala-galanya buat Arissa. Dengan Adrian dia bahagia. Tiada Adrian, tiada sinarlah hidupnya.
“Sayang, boleh you janji satu benda dengan I?” soal Arissa lembut.
Adrian mengangguk. “Apa dia?”
“Lepas habis assignment tu nanti, you jangan dekat dengan dia lagi. Boleh?”
“I janji.” Adrian tersenyum lebar. Jam tangannya dikerling sesaat.
“I pergi dulu, sayang. Jumpa lepas kelas nanti. Cium I sikit.” Adrian menyuakan pipinya kepada Arissa.
“Jangan nak mengada-ngada.” Perlahan Arissa menolak Adrian jauh darinya.
“Eleehh.. bukan ada orang pun kat sini.” Adrian tak putus asa. Wajahnya didekatkan lagi dengan wajah Arissa.
Tiba-tiba pintu kelas diketuk dari luar. Dua-dua menggelabah. Itu adalah isyarat ‘line tak clear’ dari Hanif.
“Cepat la bro!!” Hanif yang disuruh jaga pintu, melaung dari luar kelas. Kawan punya pasal, dia layankan saja.
“Alaa.. potong stim betul!” cebik Adrian. Baru nak manja-manja dengan bini sikit dah ada yang mengacau.
Arissa ketawa mengekek-ngekek. Nasib baik Hanif panggil. Kalau tidak gerenti dia kena paksa dengan Adrian tadi. Kerjanya yang tergendala sebentar tadi disambung semula. Adrian bangkit dari kerusi. Beg sandangnya digalas sebelah bahu.
“Sayang..”
Arissa yang tekun menyiapkan kerja, mengangkat pandangan. Tak semena-mena…
Chupp!! Pipi Arissa dikucup sekali.
Arissa terpempan. Wajahnya membahang, dadanya pula berdebar-debar. Ketawa Adrian melihat wajah isterinya yang sudah merona merah. Malulah tu!! Arissa mendengus geram. Satu jelingan tajam diberikan pada Adrian, membuatkan lelaki itu semakin galak ketawa. Dia memang suka cari pasal dengan Arissa.
“Jangan marah, sayang. I love you!” jerit Adrian dan terus berlalu. Puas hati dia. Minta cium macam minta duit sejuta. Punya susah nak bagi. Sudahnya, terpaksalah guna taktik kotor.
Arissa meraba-raba pipi kirinya. Masih terasa hangatnya ciuman itu tadi. Nasib baiklah tak ada sesiapa di situ. Hanif pun kat luar. Kalau Hanif nampak, malulah dia! Adrian memang nakal. Semakin menjadi-jadi nakalnya sekarang. Tahulah dah nikah. Naik geram juga Arissa. Namun, dalam geram ada bahagia. Dapat ciuman percuma dari suami. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri.


 TELEFON di atas meja tulisnya bergetar, menandakan ada mesej yang baru masuk. Cepat-cepat dia buka. Mesej dari Adrian.

 Sayang, I baru sampai rumah. Nak tidur kejap. Mengantuk gila. I ambik you kat rumah lepas Maghrib nanti. Love you.

Timbul sedikit rasa iri hati pada Adrian. Seronoklah Ian dah habis kelas, siap boleh balik rumah nak membuta. Sedangkan dia pula masih di kampus, menahan mata yang kian berat demi menyiapkan tugasan yang diberi. Mesej suaminya itu segera dibalas.

Okey, sayang. Jumpa malam nanti. I love you too.

Handphone disimpan semula ke dalam beg. Arissa menguap kecil. Matanya pula ditenyeh-tenyeh perlahan. Sudahlah dekat luar tu hujan lebat, ditambah pula dengan suhu penghawa dingin di perpustakaan yang mencucuk ke tulang hitam, membuatkan matanya semakin layu. Kalau kat rumah ni, dah lama dia berbungkus dengan selimut.
“Beb, malam ni kita keluar, nak? Dah lama tak outing.” cadang Deena.
“Boleh jugak. Pergi Sunway Pyramid la. Aku nak makan Snowflake,” celah Sofea.
“Kau nak join, Arissa?” Deena memandang Arissa yang hanya membisu sedari tadi.
“Sorry, girls. Kalau boleh memang aku nak pergi tapi aku ada hal dengan Ian malam ni. Makcik Ian ajak dinner kat rumah dia, jadi aku kena pergilah.” Beritahu Arissa. Sejak dari minggu lepas lagi Auntie Fiza pesan yang mereka wajib datang. Kalau tak pergi, takut merajuk pula ibu saudara Adrian yang sudah lama menjanda sejak lima tahun yang lepas. Arissa mengerti isi hati wanita itu. Hafiza sebenarnya kesepian. Cuma mereka saja yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Sudah nasib dia begitu. Tak ada suami, tak ada anak. Kaya tapi tak bahagia. Pun begitu, Hafiza tetap tabah mengharunginya.
“Lupa pulak orang dah bersuami. Dah susah nak keluar dengan kita.” Deena bersuara lagi. Semenjak Arissa dah kahwin, sudah jarang benar mereka dapat luangkan masa bersama-sama. Nasib baiklah ada si Sofea. Setidak-tidaknya, ada juga teman nak ajak ke mana-mana.
Sofea tersengih, mengangguk-anggukkan kepala. Setuju dengan Deena.
“Alaaa.. janganlah cakap macam tu. Hujung minggu ni kalau aku tak sibuk kita outing sama-sama. ok?” balas Arissa yang sedikit rasa bersalah kerana terpaksa menghampakan permintaan sahabatnya itu.
“Janji?” Sofea sudah senyum lebar. Memandang Arissa penuh mengharap.
Arissa mengangkat tangan kanannya tegak. “Janji!”
Sofea dan Deena tersengih melihat reaksi Arissa. Sofea tiba-tiba bangkit dari kerusi. Dia perlu segera ke tandas. Sejuk sangat sampai nak terkucil.
“Beb, tolong jaga beg aku. Aku nak pergi toilet kejap. Tak tahan sangat dah ni!”
Arissa angguk. Geli hatinya melihat Sofea yang laju berlari keluar dari perpustakaan. Deena pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macam kerenah Sofea ni.
Selang lima minit kemudian, Sofea muncul semula.
“Arissa, aku ada hot news nak beritahu kau!” Dengan nada berbisik tetapi teruja, Sofea memberitahu. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Deena.
“Apa dia?” Arissa sudah tidak sabar ingin tahu.
Deena juga sudah mula memasang telinga. Bila masuk bab bergosip, laju je nak join sekali. Sebab itulah mereka boleh jadi kawan baik. Sekepala. Perempuanlah katakan.
“Tadi masa aku pergi toilet, Yasmeen masuk. Dia cakap telefon dengan siapa entah.”
“Itu je kau nak beritahu? Hot news la sangat!” sindir Deena, membuatkan Arissa ketawa mengekek-ngekek.
“Bagi aku habis cakap dulu boleh?" Sofea menjeling Deena geram. Dia tak habis cakap lagi, sibuk nak mencelah.
“Ooo.. ada lagi ke? Ok, sorry. Teruskan.”
Sofea melihat ke kiri dan kanan. Yakin tidak ada sesiapa di situ, dia kembali bersuara.
“Aku dengar Yasmeen cakap...”


TELEFON bimbitnya berdering. Melihat nama si pemanggil, Adrian terus lari keluar menuju ke halaman, berdiri tidak jauh dari kolam.
“Apa lagi yang you nak, Krisya? Langsung tak boleh tengok orang senang, kan?” tanpa salam, Adrian terus menyembur Krisya dengan suara yang tertahan-tahan. Sempat dia menoleh ke belakang.  Melalui sliding door, dia lihat Arissa sedang rancak berbual dengan makciknya. Sebenarnya dia takut Arissa terdengar perbualannya itu.
“Please don’t get mad. Sebenarnya I sunyi sangat. I perlukan teman untuk berbicara.” luah Krisya dengan nada sayu yang dibuat-buat.
“Buat apa cari I? Tak ada faedah pun. Pergilah cari sugar daddy kat luar sana. Dia orang tu bukan saja boleh hilangkan bosan you, duit pun boleh bagi. Untuk kesenangan you jugak.”
“Sampai hati you cakap macam tu, Ian..”
Adrian senyum sinis. Dia tahu itu cuma taktik kotor Krisya untuk meraih simpati. Sikit pun tak rasa bersalah kerana menyindir Krisya tadi. Dia tahu Krisya jenis hati kering. Soundlah macam mana pun, sikit pun dia tak terkesan.
“I ingatkan bila I dah kahwin tak adalah you kacau I lagi. Ini tidak, makin menjadi-jadi!”
“Tak mudah I nak lupakan you. Makin lama makin kuat ingatan I pada you,”
Adrian tergeleng-geleng sendiri. Lama dia membisu. Saat ini baru dia sedar yang kisah hidupnya tak ubah macam cerita dalam novel. Bila dia sudah mula bahagia dengan yang lain, muncul kekasih lama untuk menagih cinta yang sudah lama mati. Perlahan Adrian menapak ke gazebo yang terletak hanya beberapa langkah darinya.
“I harap you sudi bagi I satu lagi peluang untuk I menebus segala dosa I pada you. Please, Ian. I tak boleh hidup tanpa you.” sambung Krisya. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berputus asa.
“Peluang untuk apa? Peluang untuk you sakitkan hati I lagi?!”
“Tak. You salah. I dah sedar kesilapan I dan I janji I takkan ulanginya lagi.”
“Kalau you fikir I akan penuhi semua kehendak you, you silap. I bukan lagi Adrian yang you kenal, Krisya. Ian yang dulu dah tak ada, dia dah mati!!” bentak Adrian dan talian segera diputuskan.
Dasar perempuan gila! Adrian menjerit dalam hati. Tangannya menumbuk tiang gazebo sekali, melepaskan geram. Dari luar rumah, telinganya menangkap bunyi gelak ketawa Auntie Fiza, abang dan kakak iparnya. Suara Abang Afnan yang paling kuat. Semua tengah seronok layan ulangan Maharaja Lawak Mega. Adrian bingkas bangun. Dia tidak mahu berlama di situ kerana bimbang Arissa mengesyaki apa-apa nanti.
Sebaik saja dia memusingkan tubuhnya, matanya tertancap ke wajah Arissa yang entah bila masa tercegat di belakangnya.
“Sayang, terkejut I. Bila masa you ada kat sini?” Adrian yang sedikit terperanjat, mengurut-urut dada. Kus semangat! Dia tak sedar Arissa ada dekat situ. Agaknya Arissa dengar ke tadi?
“You cakap dengan siapa tadi?” tanya Arissa perlahan.
“Tadi? Err.. kawan..” Adrian berbohong. Dia tunduk menekur lantai. Tak berani ingin menatap wajah Arissa saat ini.
“Maksud you Krisya?”
Adrian menelan air liur. Terasa kesat. Habislah aku!! Macam mana dia tahu?
“I dengar you sebut-sebut nama dia tadi. Kenapa, Ian? Kenapa mesti you tipu I? Kenapa?!” bentak Arissa, seakan dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran suaminya. Sungguhlah dia kecewa. Sangkanya lelaki itu akan berlaku jujur dengannya, namun ternyata dia silap. Adrian sudah pandai berbohong!
Arissa dah tak peduli kalau ada sesiapa yang dengar pertengkaran mereka. Biar semua tahu perangai Adrian yang sebenar. Dia tidak pasti apa yang dibualkan, namun yang dia pasti memang Krisyalah dalam telefon tadi. Orang kalau dah berbohong, itu bermakna ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Itulah yang menyebabkan Arissa teramat marah dan sakit hati. Mungkinkah masih ada sesuatu di antara mereka?
“I.. I cuma..”
“Tergamak you buat I macam ni..” hampa nada Arissa, sehampa hatinya. Sudahlah moodnya tak berapa baik setelah mendengar cerita yang diberitahu oleh Sofea petang tadi. Kata Sofea, dia dengar Yasmeen mengaku pada seseorang, yang dia sudah lama menaruh hati pada Adrian. Mendidih darah Arissa dibuatnya. Instinctnya sangat tepat!! Apa yang dia risaukan sudah jadi kenyataan.
Wajah Adrian ditenung beberapa saat, sebelum dia ingin melangkah masuk ke rumah semula. Namun langkahnya terhenti bila tangannya tiba-tiba ditarik Adrian yang cuba menghalangnya.
“Sayang, dengar dulu penjelasan I.” Adrian berdiri betul-betul di depan Arissa ketika ini. Sungguh dia kesal kerana bertindak sedemikian rupa. Kalaulah tadi dia berterus-terang, tentu Arissa takkan bersedih hati.
Laju Arissa menggeleng. Tidak ada apa-apa yang perlu Adrian jelaskan lagi. Semuanya dah terlambat.
“I kecewa dengan you, Ian.” lirih suara Arissa. Hanya itu saja yang mampu diungkapkan dan dia terus berlalu pergi.


***********************************************


BAB 11


“KHUSYUKNYA dia baca buku. Boleh join?”
Arissa mengangkat muka. Tak sampai sesaat wajah itu dipandang, dia kembali fokus pada buku nota di tangan. Tanpa menanti respons dari Arissa, insan yang menegur itu terus duduk di sebelahnya. Arissa buat tak endah. Masa aku tengah tak ada mood inilah dia datang mengacau. Omel Arissa dalam hati.
“Kenapa awak sorang je kat sini? Mana kawan awak yang lagi dua orang tu?” soal Zarif ramah.  Pelik bila dia tengok cuma Arissa seorang di ruangan U-Plaza ini. Tempat lepak student sementara tunggu kelas bermula. Namun ketika ini suasananya agak lengang sedikit. Mungkin ramai yang dah keluar makan tengahari.
“Pergi Tesco kejap.” acuh tak acuh Arissa menjawab.
“Ooo.. awak dah makan?”
“Belum. Kenapa?”
“Baguslah. Bolehlah kita makan sekali.” ujar Zarif, benar-benar berharap agar permintaannya tidak dikecewakan. Seboleh-bolehnya dia ingin mendekati gadis itu. Ya, dia tahu Arissa tidak mudah untuk didekati, namun itu bukanlah penghalang. Sekeras-keras hati Arissa, dia tetap perempuan. Kalau kasi ayat baikkk punya gerenti sekejap saja dah cair. Heh!! Ini Zariflah. Jejaka terhangat di pasaran. Perempuan bodoh saja yang berani reject aku. Hatinya memuji-muji diri sendiri.
Makan sekali? Siapa entah nak makan dengan dia? Tak boleh jadi ni. Aku kena cari alasan supaya buaya darat ni takkan boleh paksa aku makan dengan dia. Kata-kata itu bergema di dalam hatinya. Ligat kepala otaknya mencari alasan kukuh. Tiba-tiba...
“Sayang, jom lunch.” suara macho itu menyapa halwa telinganya.
Arissa berkalih pandang ke arah suara itu. Kemunculan Adrian benar-benar melegakan Arissa, walaupun dia sebenarnya tidak ada hati ingin bertemu mata dengan suaminya itu buat masa ini. Namun, dia sudah tidak ada pilihan lain. Memang dia masih marahkan Adrian, tapi dia lebih rela begitu daripada keluar dengan jantan kasanova tu. Great!! This is just great!! Adrian tiba tepat pada masa. Senyum Zarif pudar. Alamakkkk... boyfriend dia dah datang pulak!!
“Sorry, Zarif. Saya tak dapat join awak makan. Saya nak lunch dengan Ian.” Arissa segera menyimpan buku nota ke dalam beg. Mahu cepat-cepat beredar kerana dia sudah tidak sanggup terus berlama di situ.
“It’s okay. Saya faham. Lain kali ajelah nampaknya.” balas Zarif sedikit hampa. Gagal lagi rancangan aku!
Adrian melirik sekilas ke arah Zarif sebelum dia memandang ke tempat lain dengan wajah serius. Cukup benci melihat playboy itu yang sentiasa menganggu isterinya. Nasib baik dia datang cepat. Ada hati nak ajak Arissa makan pulak. Dah puas hidup agaknya mangkuk tingkat ni!
Pasangan suami isteri itu berjalan beriringan menuju ke parking lot. Arissa cuma diam tanpa bicara. Sesekali Adrian menoleh ke arah Arissa yang kelihatan seakan tidak berminat untuk bercakap dengannya. Adrian dapat rasa yang isterinya itu masih marahkan dia tentang kejadian malam tadi.
“Mamat tu ajak you lunch ke?” Adrian mencetus keheningan di antara mereka.
Arissa cuma mengangguk. Macam ada berlian dalam mulut, langsung tak bercakap.
“Berani betul. Nasib baik I cepat datang, kalau tak..” Adrian tidak menghabiskan ayatnya.
Kata-kata Adrian dibiarkan sepi tanpa reaksi. Arissa tahu apa yang Adrian rasa. Sebelum ini pun dah banyak kali lelaki itu meluahkan rasa tidak senangnya dengan sikap Zarif. Apa lagi bila Zarif cuba menggoda isteri dia pula. Siapa yang suka?
“Sayang nak makan dekat mana?” soal Adrian sewaktu kereta sudah meluncur keluar dari perkarangan kampus.
“Entah.”
Sepatah saja jawapan di bibir Arissa, itu sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya. Orang tengah moody tu jadi jangan cuba cari pasal, Ian! Adrian mengeluh berat.
“You bukannya nak keluar sangat dengan I, kan? Saja cari alasan nak lari dari si Zarif tu, betul tak?” tebak Adrian.
Arissa bungkam. Tekaan Adrian mengena. Memang betul dia cuma gunakan peluang itu untuk menjauhkan diri dari Zarif. Hatinya jadi sakit setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Adrian sanggup membohonginya, itu yang buat dia kecewa. Adrian tak pernah belajar dari kesilapan. Dulu pun hubungan mereka hampir musnah kerana sebab yang sama. Sudah lupakah Adrian tentang kejadian itu? Tak serik-serik! Janji taknak buat, tapi buat juga! Kalau dah namanya lelaki, hanya tahu menabur janji. Besar sangat ke permintaan kami, wahai lelaki? Bukan intan permata yang kami mahu, yang kami mahukan hanyalah sebuah kejujuran. Itu pun terlalu sukar untuk ditunaikan.
Dengan wajah serius, Arissa melemparkan pandangan ke luar tingkap. Adrian mengerling Arissa dengan ekor mata. Layanan dingin dari isterinya itu amat-amat menyeksa jiwa. Rindunya dia nak tengok Arissa senyum dan ketawa. Selama mereka berkahwin, ini pertama kali mereka bergaduh.
Proton Satria GTi yang pernah menjadi milik abangnya Adrian satu ketika dulu dipecut laju menuju ke McDonald's Seksyen 2. Sengaja Adrian pilih tempat yang agak jauh dari MSU. Dalam keadaan sekarang, hanya sedikit privasi yang mereka perlukan. Dia hanya mahu berdua dengan Arissa tanpa ada yang menganggu.
Di McDonald's, Arissa memilih untuk duduk di luar memandangkan tempat duduk di dalam sudah penuh. Dekat luar lengang sikit. Maklumlah, angin tak berapa nak baik. Dia malas nak bersesak dekat tempat crowded. Adrian yang sememangnya sudah faham dengan perangai isterinya hanya menurut. Dia sendiri pun jenis yang cepat rimas.
“You duduk dulu, biar I pergi beli makanan. You nak apa?” tanya Adrian.
“Milo ais.”
“Minum je? Makan?”
Arissa geleng. Tak rasa nak makan apa-apa. Malas nak banyak soal, Adrian terus masuk dan beratur. Nasib baik queue dah tak panjang, jadi tak perlu tunggu lama untuk isi perut yang sudah berkeroncong.
Beberapa minit kemudian, Adrian datang ke meja dengan dulang yang ada dua air, dua burger dan sekotak nugget. Sos cili pun bukan main banyak lagi dia ambil. Kegemaran dialah katakan. Adrian sudah menggigit burgernya sedikit. Arissa pula cuma minum air. Nugget dengan burger tak dijamahnya langsung. Adrian menggeleng perlahan. Pantang gaduh sikit, mulalah mogok lapar. Aduhai, isteriku. Janganlah seksa suamimu begini. Ujarnya dalam hati.
“Bukak mulut.” suruh Adrian sambil menyuakan sekeping nugget ke mulut isterinya.
“Kan I dah cakap I taknak makan.”
“Kena makan. I taknak you sakit.” Adrian berkeras.
“You ingat you boleh pujuk I dengan tunjuk caring macam ni?” penuh serius wajah Arissa. Nugget di tangan Adrian diambil lalu diletak ke dalam kotaknya semula.
Berubah riak wajah Adrian. Seketika, dia membisu. Terbantut selera makannya. Milo ais disedut sedikit untuk membasahkan tekak.
“Tolonglah, sayang. I taknak bergaduh dengan you.”
“I nak tanya you, apa lagi yang you sorokkan dari I? Mesti sebelum ni pun you dengan dia kerap berhubung, kan? I je yang tak tahu.” akhirnya Arissa meluahkan juga apa yang dipendamkan sejak dari malam tadi. Balik dari rumah Auntie Fiza, terus dia matikan telefon, tak mahu diganggu.
“Dia je yang cari I, tapi I tak pernah layan pun.”
Arissa tersenyum sinis. “Masa yang kita dekat butik ZARA tu pun you cakap fon dengan dia? Bukan orang tersalah nombor?”
Pertanyaan itu hanya disambut dengan anggukan lemah dari Adrian. Arissa mengetap gigi. Makinlah dia geram. Rupa-rupanya dah banyak kali dia tertipu, tapi disebabkan rasa percayanya terhadap Adrian, dia langsung tak syak apa-apa. Akhirnya, Tuhan tunjukkan kebenaran.
“I tak boleh terimalah semua ni. Suami I tak jujur langsung dengan I. You tahu itu benda yang paling I benci, tapi you buat jugak. Sengaja nak sakitkan hati I.”
“Demi Allah itu bukan niat I. I mengaku I salah sebab tak pernah berterus-terang dengan you, tapi sumpah I tak pernah contact dia. Dia je yang kerap cari I.”
“Baru sekarang you nak berterus-terang.”
“I takut you marah, sebab tu I tak pernah cakap.”
Arissa ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Alasan apa dia bagi ni? Macam budak-budak!! Bencinya aku dengar!
“Kenapa nak takut kalau betul you tak bersalah? Lainlah kalau you ada hubungan sulit dengan dia.” lancar mulut Arissa menyindir suaminya. Berani kerana benar, takut kerana salah. Adrian tak perlu takutkan apa-apa kalau betul dia tak ada apa-apa dengan Krisya.
“Tak. Demi Allah tak, sayang. Percayalah.” ujar Adrian sungguh-sungguh. Tak sanggup lagi nak dengar segala macam tuduhan keluar dari bibir itu.
“Dulu you pernah cakap, dalam perhubungan harus ada kejujuran. Sekarang you sendiri yang tak jujur. Kalau itu pun you tak mampu lakukan, macam mana kita nak bertahan?” saat ini mata Arissa merenung jauh ke dalam anak mata Adrian.
“I cuma nak jaga perasaan you, sebab I tahu you langsung tak boleh dengar nama dia. Maafkan I, sayang. I fikir tindakan I ni betul, rupa-rupanya I dah tersilap langkah.”
“I akan lebih terseksa kalau you tak berlaku jujur dengan I, Ian. Ingat tu.”


NADA dering Payphone berbunyi kuat, meminta segera diangkat. Cepat-cepat Adrian mengambil telefonnya dalam poket seluar. Jai. Adrian menghela nafas lega. Nasib baik bukan Krisya. Sejak kejadian malam tu, dia betul-betul serik. Dia sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan gadis itu lagi.
“Bro, jadi tak join kita orang lepak Ahad ni?”
“Tak. Malas.” jawab Adrian yang sedang bersandar pada keretanya. Jam tangan dijeling sekilas. Sudah 10 minit dia menunggu isterinya di tempat parkir itu, namun bayang Arissa tetap tidak kelihatan.
“Laa.. asal pulak?” soal Jai.
“Kalau korang berkumpul jawabnya si Krisya pun ada sekali. Aku taknak.” serta-merta peristiwa malam reunion mereka menerjah ke ingatan. Disebabkan hal itu, dia bergaduh besar dengan Arissa. Adrian takut kalau dia terkena lagi kali ni. Kata nak lepak dengan member-member, tup-tup minah psiko tu ada jugak. Adrian tak sanggup!
“Tolong sikit eh? Aku belum gila lagi nak ajak minah tu. Lainlah kalau aku ni Azmeer. Join jelah, bro. Sejak akhir-akhir ni susah sangat nak jumpa kau.”
Azmeer. Dengar nama itu saja sudah cukup menyakitkan hati Adrian. Adrian senyum sinis. Sehingga ke saat ini dia masih belum melupakan tindakan bodoh Azmeer. Disebabkan kejadian itu, mereka jadi renggang. Azmeer juga tidak dijemput hadir ke majlis pernikahannya.
“Tengoklah macam mana. Aku tak janji. Apa-apa hal nanti aku call.”
“Okey. Chow!”
Adrian melihat jam sekali lagi. Satu keluhan halus dilepaskan. Manalah sayang aku ni? Takkan dia lupa kut? Ke tak habis merajuk lagi? Soalnya dalam hati. Tadi sewaktu di McDonald's, puas Adrian memujuk, memohon kemaafan dari isterinya itu, namun Arissa tetap juga buat tak endah. Mungkin dia masih marah. Sabarlah hati.
Aplikasi Whatsapp dibuka dan terus diklik pada nama My Sayang, nama manja yang dikhaskan untuk Arissa. Last seen Arissa sejam lepas. Ish! Busy sangat ke sampai langsung tak tengok Whatsapp? Soal Adrian dalam hati. Laju jari-jemarinya menaip mesej.


Sayang kat mana? Cepatlah turun. I tunggu dekat parking.

Sekejap saja dah double tick, bermakna mesej itu sudah diterima namun masih belum dibaca. Adrian mundar-mandir di situ. Resah. Dia benar-benar resah. Kalau Arissa tak datang jugak, masaklah dia! Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Adrian sudah mati akal.
“Ian!”
Adrian tersentak. Pantas dia menoleh ke arah gadis yang sedang berjalan ke arahnya. Mampus aku! Minah gedik dah datang! Adrian sudah mula menggelabah. Menggelabah kerana dia tahu dia takkan dapat larikan diri dari Yasmeen lagi. Tadi masa dalam kelas, Yasmeen tiba-tiba cakap nak tumpang balik. Cepat-cepat dia mesej Arissa dan harap sangat Arissa boleh selamatkan dia dari perempuan gedik ini. Masalahnya, batang hidung Arissa masih juga belum kelihatan. Kenapalah wife aku ni tak datang lagi? Dia sengaja ke nak biarkan aku dengan Yasmeen? Dia suka ke perempuan gedik ni kacau suami dia?
“Hai, Yasmeen..” Adrian senyum. Senyuman yang dibuat-buat.
“I ingatkan you dah tinggalkan I tadi.” rengek Yasmeen dengan nada manja bercampur gedik. Tadi dia panik gila sebab tak jumpa Adrian. Walhal tadi lelaki itu sudah setuju nak tumpangkan dia balik. Sangkanya Adrian akan menolak tapi tidak. Seronok sungguh dia. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Harus dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Hah? Aaa.. tak.. I.. err..”
“You ni tiba-tiba je jadi gagap. Jomlah cepat! Nanti jalan jam pulak,” gesa Yasmeen.
Adrian menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia buntu. Tak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Dia sudah tidak ada pilihan lain. Nampak gaya terpaksalah dia tumpangkan Yasmeen juga.
Adrian sudah ingin membuka pintu bila dia dipanggil seseorang.
“Sayang!”
Lebar senyuman Adrian melihat Arissa ketika itu. Alhamdulillah, datang pun! Dia menarik nafas lega. Matanya melirik ke arah Yasmeen. Tidak ada lagi senyuman di wajahnya. Ternyata dia kurang senang Arissa yang tiba-tiba muncul, merosakkan rancangannya untuk berdua-duaan dengan Adrian.
“Sorry I lambat, ada discussion sikit dengan kawan-kawan tadi.” jelas Arissa seraya tersenyum nipis. Tali beg sandang di bahunya dibetulkan.
“It’s okay. Masuklah cepat.”
“Yasmeen pun tumpang kita?” kening Arissa terjungkit sebelah. Dia mengerling Yasmeen dengan hujung mata. Sengaja buat-buat tanya walhal semuanya sudah Adrian ceritakan. Satu senyuman plastik dilemparkan ke arah Yasmeen yang berdiri kaku di sisi kereta, persis patung tidak bernyawa.
“Ha’ah. I.. I tak bawak kereta.. hari ni.” jawab Yasmeen tersekat-sekat. Wajahnya ditundukkan sedikit. Kurang asam betul! Sia-sia je semua rancangan aku. Baru ingat nak berkepit dengan mamat handsome ni, alih-alih datang pulak perempuan ni. Kacau!
“Ooo.. masuklah. You tak kisah duduk kat belakang, kan?” soal Arissa sekadar ambil hati. Bukan ikhlas pun tanya. Memang sepatutnya dia yang duduk di depan, bukan Yasmeen!
Yasmeen tersenyum paksa. “Yup, it’s okay. I don’t mind.”
Arissa angguk dan terus masuk kereta. Sewaktu dia hendak pakai tali pinggang keledar, sempat dia kerling Adrian. Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya mengemam bibir menahan tawa.


BERKERUT dahi Arissa memandang suaminya yang tiba-tiba ketawa sendiri, seakan ada sesuatu yang begitu mencuit hati. Entah apa yang lucu sangat entah? Nak kata dia buat lawak, tak pun. Nak kata DJ radio kelakar pun tidak.
“What’s so funny?”
“Takde apa. I cuma teringat pasal tadi. Kelakar.” jawab Adrian dengan tawa yang masih bersisa.
“Pasal Yasmeen?”
Tanpa memandang Arissa, Adrian mengangguk. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya pada jalan raya.
“Dia tu kalau you tak ada bukan main gedik lagi, tapi tadi bila you ada je terus jadi baik. Dah macam robot pun ada. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Ha ha ha ha!” semakin galak Adrian ketawa. Geli hati mengenangkan kejadian tadi. Depan Arissa pijak semut pun tak mati minah tu tapi belakang Arissa terus jadi ulat bulu.
“Gelak la gelak!! Yasmeen tu pun sama, sejenis betina murahan. Gedik kacau hak orang!” Arissa sudah mencuka.
Alamak, garangnya orang sebelah aku ni! Getus Adrian dalam hati. Tawanya sudah mati. Tak berani nak ketawa lebih-lebih, takut kena karate dengan Arissa yang kelihatan begitu serius.
“I tak fahamlah kenapa dunia ni dipenuhi perempuan gila? Kurang kasih sayang agaknya! Baik kekasih orang, tunang orang, suami orang, semua dia nak sapu! Dah takde jantan lain ke nak kejar?”
“Dah, dah! Calm down, sayang. Bawak mengucap. Istighfar banyak-banyak. Takut nanti dapat dosa kering je.” Adrian cuba meredakan kemarahan isterinya. Dia tahu apa yang menyebabkan Arissa begitu marah. Semuanya sudah diceritakan kepadanya. Baru dia tahu yang Yasmeen dalam diam meminatinya.
“I sakit hati! Tau tak?”
“I tahu. Tapi bukan perempuan je macam tu, lelaki pun sama. Macam si Zarif tulah.”
“Zarif?”
“Ya. I pantang betul kalau nampak dia dekat dengan you. I tak suka cara dia pandang you, cara dia bercakap dengan you. I tak suka.”
“Tadi tu dia yang datang tiba-tiba. I buat hal sendiri je.”
“I tahu, sayang. Lepas ni jangan dekat dengan dia lagi. Tau?”
“Yelah, sayangku.”
Adrian senyum sampai ke telinga. Sungguh, dia rindu sangat nak dengar Arissa panggil dia sayang.
“Dah tak marah I ke?” Sesekali Adrian melirik ke arah isterinya.
“Tak sangat. Sikit-sikit je.”
“Alaa.. janganlah marah-marah lagi. You tak kesian dekat encik suami you ni ke?”
“Marah tandanya sayang, cemburu juga tandanya sayang. Kalau I tak sayang, tak adanya I nak cemburu, marah-marah bagai. You buatlah apa pun, I tak ambil peduli. Faham?”
“Faham, sayang.” balas Adrian. Stereng kereta dikawal dengan sebelah tangan, sebelah lagi meraih tangan Arissa lalu digenggam erat.
Arissa hanya tersenyum dengan tingkah suaminya itu. Dia mengemaskan genggamannya. Semakin meleret senyumnya bila Adrian mengucup tangannya lama. Arissa hanya membiarkan. Hilang terus stress bila dapat bermanja-manja dengan suami.
“Lepas ni you beritahu yang sebenar jelah dekat Yasmeen.” ujar Arissa tiba-tiba.
“Beritahu apa?” kening Adrian terjungkit.
“Yang kita ni dah kahwin.”
“You pasti ke ni, sayang? Kata taknak orang lain tahu.”
“Kalau dah macam ni keadaannya, lebih baik dia tahu. I taknak dia kacau you lagi.” Arissa nekad. Dia sudah tidak mahu berselindung. Ada baiknya Yasmeen tahu, mungkin lepas ini dia takkan berani kacau Adrian lagi.
“Kalau macam tu, Zarif pun kena tahu. I akan pastikan yang buaya darat tu takkan dekat dengan you lagi. Titik.”
Arissa angguk faham. Nafas dihela perlahan. Cuak dia memikirkan apa reaksi Yasmeen dan Zarif setelah mengetahui perkara sebenar. Harapnya mereka akan menjauhkan diri dan takkan ganggu kami lagi. Bisik Arissa dalam hati.

Monday 2 November 2015

Truly, Madly, Deeply 9


~Beberapa bulan kemudian~

Sayang, I dah sampai. I tunggu you depan McDonald’s.

PESANAN ringkas dalam private message Whatsapp itu dibaca sekali lalu. Langkah yang diatur laju menuju ke butik ZARA terhenti. Arissa ingat sempatlah dia cari baju sementara tunggu Adrian sampai. Arissa menggeleng perlahan. Sejak dari dulu sampai sekarang Adrian memang tak pernah tepati masa. Tadi dia janji nak datang Mid Valley sebelum pukul 1, tetapi sudahnya terlambat setengah jam.
Semalam memang mereka rancang untuk pergi satu kereta, tapi banyak pula halangannya. Tiba-tiba pula Adrian ada hal dengan Hanif, sudahnya Arissa drive sendiri ke Kuala Lumpur. Arissa berlari anak menuju ke escalator. Niatnya untuk ke butik ZARA terpaksa ditangguhkan. Dia bergegas turun ke lower ground floor.
Nampak saja kelibat Adrian di depan McDonald’s, Arissa mempercepatkan langkah. Dari jauh mereka saling berbalas senyuman.
“Sayang dah makan?” soal Adrian sebaik Arissa mendekatinya.
“Belum. Tunggu you.”
“Jom makan Nando’s. Dah lama tak makan.”
“Boleh jugak. I ikut je.” Balas Arissa.
Adrian sengih. Tangan Arissa diraih lalu dipimpin erat, berjalan menuju ke Nando’s. Arissa tersenyum meleret. Pegangan tangannya dikemaskan. Jauh di sudut hati, cuak juga dia takut ada kawan-kawan MSU yang ternampak gelagat mesra mereka itu. Bukan semua tahu yang dia dan Adrian dah menikah. Mintak-mintak janganlah kantoi pulak. Dia dan Adrian tidak mahu menghebohkan tentang pernikahan mereka yang dilangsungkan beberapa bulan yang lalu.
“Sayang, sorry sebab I lambat. Kesian you lama tunggu.” Luah Adrian sebaik mereka duduk di meja yang tidak jauh dari pintu masuk Nando’s.
“It’s okay. Sempat jugak I usha barang tadi. Kenapa you lambat?”
“Sebenarnya I memang nak cepat tapi tadi masa nak balik I terserempak dengan classmate I, Yasmeen. Kereta dia rosak. Tak sampai hati nak biarkan dia, I hantarlah dia balik dulu.” jelas Adrian panjang lebar. Nasib baiklah kereta Yasmeen rosak dekat Plaza Mas Alam. Kalau buat hal dekat tengah jalan, lagi haru-biru!
Yasmeen? Arissa cuba mengingat nama yang pernah dia dengar sebelum ini. Sayangnya muka Yasmeen tu dia tak berapa nak ingat. Ramai sangat kawan Adrian. Tak hafal semua, kecuali yang betul-betul baik dengan suaminya itu.
“Kereta rosak? Ye ke ni?” soal Arissa. Terselit nada curiga.
“Kalau tak percaya tanyalah Hanif. Dia ada sekali tadi.”
Melihat wajah Adrian yang cukup tenang dan bersahaja, Arissa jadi lega. Ternyata tidak ada apa-apa yang disorokkan oleh Adrian. Adrian sudah berlaku jujur dengannya, cuma dia saja yang terlalu paranoid.
“Encik Adrian ni memang baik hati orangnya.”
“Kita permudahkan orang, Allah permudahkan kita.”
“Setuju. Tapi cuba kalau yang kereta rosak tu lelaki, you tolong tak?” soal Arissa masih ingin menduga.
“Tolong. Tolong tengok.” Adrian ketawa. Sengaja bikin panas.
Arissa menjeling Adrian tajam. Bahu Adrian dipukul perlahan. Marah. Dia serius, Adrian main-main. Selalu macam tu. Sakit hati Arissa dengar jawapan Adrian. Ooo.. kalau perempuan bukan main laju nak tolong. Kalau lelaki dia buat tak hairan jelah.
“Gurau je sayang. Cemburu ke? Bukan I berdua je dengan dia. Kan I dah cakap Hanif pun ada.” Cepat-cepat Adrian memujuk. Bimbang perkara kecil jadi serius. Nanti kalau Arissa badmood, dia juga yang susah! Jangan dijolok sarang tebuan.
Adrian menggamit salah seorang pelayan Nando’s, ingin membuat pesanan. Adrian saja yang nak makan ayam, Arissa pula cuma minta sup dengan garlic bread. Orang tengah dietlah katakan. Sementara tunggu makanan sampai, macam-macam cerita yang dibualkan. Arissa tak berhenti berceloteh itu dan ini. Seronok betul Adrian sebab itu menunjukkan yang Arissa dalam mood baik. Adrian menopang dagu. Raut wajah isterinya ditatap sepuas-puasnya. Saat ini apa yang Arissa cerita satu pun tak masuk ke kepala. Dia begitu asyik melihat keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya ini. Cantik isteri aku ni. Bertuah aku dapat dia. Bisik Adrian dalam hati. Tanpa secalit solekan, Arissa tetap tampak jelita di matanya. Cuma hari ni Arissa nampak agak lain dari biasa. Mungkin warna lipstik yang dipakai tak begitu sesuai dengan Arissa, itu yang buat Arissa nampak lain.
“Jauhnya berangan!” sergah Arissa sambil menepuk lengan Adrian setelah dilihat lelaki itu seakan berkhayal. Penat mulutnya berceloteh, entah Adrian dengar atau tidak.
Adrian tersentak. “Hah? You cakap apa tadi?”
Arissa mendengus geram. Memang sahlah Ian tak fokus langsung aku cakap apa tadi! Sabar jelah!
“Kenapa you tengok I macam tu tadi? Ada benda ke kat muka I? Comot eh?” bertubi-tubi pertanyaan Arissa. Dia sedikit kehairanan. Dari tadi Adrian tak berkelip pandang dia. Cepat-cepat dia buka front camera di handphone. Wajahnya ditilik lama. Tak ada apa yang pelik pun. Yang Ian tengok macam nak telan aku tu kenapa?
Adrian sengih seraya menggeleng. “Lipstik tu. Apasal terang sangat? Takde lipstik lain ke?”
“Kenapa? Tak cantik ke?”
“Tak cantik. Merah sangat. I lagi suka you pakai warna yang lembut-lembut je. Lagipun yang ini terlalu menonjol. I tak suka. Lain kali jangan pakai yang ni. Tau?” Adrian bernada tegas.
Arissa terkedu. Adrian memang seorang yang outspoken. Kalau dia tak suka, maknanya tak sukalah. Arissa tak ambil hati pun cuma apa yang menghairankan, sebelum ini Adrian tak pernah komen pasal cara dia bersolek.
“Alaaa… I suka warna ni…” Arissa tak puas hati. Baru minggu lepas dia beli gincu ni. Alih-alih Adrian tak bagi pulak. Membazir je beli.
“Tengok tu. Boleh tak jangan melawan?”
“Okey, okey. Baiklah, wahai suamiku sayang.” Arissa mengalah. Sedar yang Adrian punya hak untuk menegur kerana dia suami. Dan sebagai seorang isteri, dia wajib taat pada perintah suami.
Adrian senyum. Selang beberapa saat, makanan yang dipesan sampai. Masa makan, entah berapa kali Adrian paksa Arissa makan. Arissa taknak tapi Adrian tetap juga mendesak. Naik geram Arissa dibuatnya. Katanya Adrian sengaja nak rosakkan diet dia. Adrian cuma ketawa. Bukan itu niatnya. Dia risau Arissa tak kenyang dengan hanya makan sup. Rela berlapar sebab takut gemuk. Nak lawa tapi sanggup seksa diri sendiri. Beauty is pain katanya.
“Sayang, you ada nak buat apa-apa tak lepas ni?” Adrian baru selesai makan. Gelas kaca di depan ditarik dekat dengannya. Iced lemon tea disedut sikit-sikit.
“I nak pergi ZARA kejap, nak tengok baju. You temankan eh?”
“Boleh. Lepas tu kita pergi tengok wayang nak? Ada banyak masa lagi ni.”
“Sure! I pun ingat nak ajak you tengok wayang. Dah lama kita tak layan movie.”
Adrian mengangguk kecil, setuju dengan isterinya. Kali terakhir mereka ke panggung wayang, beberapa bulan sebelum kahwin. Adrian segera menggamit pelayan Nando’s yang sedang sibuk membersihkan meja, meminta bil.
“Jom.” Ajak Adrian setelah selesai membayar.
Arissa mencapai beg tangan yang diletak pada kerusi kosong di sebelahnya dan mereka terus melangkah keluar dari situ. Arissa merangkul lengan Adrian mesra. Adrian tersenyum sampai ke telinga.
Tiba-tiba, mereka disapa Krisya yang berjalan dari arah bertentangan. Senyuman mereka mati. Langkah mereka juga terhenti. Terkejut dengan kemunculan Krisya yang tak disangka-sangka.
“Hai, lovebirds.” sapa Krisya.
“Hai, Krisya.” Arissa tetap tersenyum walau dia juga tidak begitu senang melihat Krisya di situ.
Adrian di sebelah hanya diam membisu. Sikit pun dia tak pandang Krisya. Mukanya tak usah cakaplah, masam gila! Sampaikan Arissa sendiri tak berani nak pandang lama-lama. Adrian sudah hilang mood. Ke mana-mana pergi pun, mesti ke jumpa minah ni? Dah tak ada orang lain ke nak terserempak dengan kami? Omelnya dalam hati.
“Apa khabar pengantin baru? Lama tak jumpa.” Krisya memandang merpati dua sejoli itu bersilih ganti. Dinginnya Adrian menyebabkan dia sedikit tersinggung. Sampai hati dia. Jangankan pandang, tegur aku pun tidak. Sampai macam itu sekali bencinya dia dekat aku.
“Alhamdulillah, sihat. You sorang je?” Arissa menjawab bagi pihak Adrian. Suaminya itu langsung tak bercakap. Boleh nampak yang dia tak suka jumpa Krisya. Nak tak nak, Arissalah kena ambil hati Krisya. Dia pun bukannya suka, tapi tak sampai hati nak abaikan Krisya begitu saja. Orang tanya kenalah jawab.
“Orang tak ada partner macam nilah. Sorang-sorang je. Tak ada yang sudi temankan.” ujar Krisya dengan wajah yang ditundukkan. Sayu nadanya, seakan meraih simpati. Sebenarnya, kata-kata itu sengaja dituju kepada Adrian, dengan harapan lelaki itu akan mengerti isi hatinya. Matanya tertumpu ke arah lengan Adrian yang dipeluk erat oleh Arissa. Hatinya terasa sakit. Cemburu melihat betapa bahagianya mereka.
Adrian yang masih tidak memandang Krisya, tersenyum sinis. Terasa jengkel dengan ayat gadis itu. Buat muka sedih konon. Nak suruh orang kesiankan dialah tu! Adrian menjeling jam tangannya sekilas.
“Sayang, kata nak pergi tengok baju. Let’s go.” ternyata Adrian sudah tidak betah untuk berada di situ lebih lama lagi. Dia ingin cepat-cepat pergi.
Arissa hanya mengangguk. Faham apa yang dirasakan oleh suaminya saat ini. Dia menoleh ke arah Krisya sejenak.
“Kami pergi dulu, Krisya.”
Krisya angguk kecil. Sempat dia mengerling wajah Adrian dengan hujung matanya. Lelaki itu masih juga seperti tadi. Serius dan dingin. Sudah tidak ada lagi Adrian yang dulu. Tanpa berlengah, Adrian terus menarik Arissa pergi, langsung tidak menoleh lagi.
Di butik ZARA, Arissa jadi rambang mata. Cantik-cantik belaka bajunya. Yang berlipat, yang bergantungan, semua dibeleknya. Tak tahu nak beli yang mana satu. Adrian di belakang, tersengih melihat gelagat si isteri. Orang perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan. Tapi Arissa ni bukannya jenis yang gila shopping. Keinginan untuk membeli itu cuma datang sekali-sekala. Itulah Arissa.
“Sayang, okey tak kalau I pakai baju macam ni?” Arissa meletakkan printed blouse berlengan panjang di badannya.
“You pakai apa pun cantik, sayang. Asalkan menutup aurat, itu dah cukup.”
Jawapan Adrian membuatkan Arissa tersenyum meleret. Faham sangat dia apa maksud suaminya itu. Sebelum ini pun Adrian memang suka tengok dia bergaya, asalkan tidak melanggar syariat.
“I masuk fitting room kejap. You tunggu kat sini.”
“Nak I masuk sekali?” Adrian sudah tersenyum gatal.
Arissa menjeling Adrian geram. Miangnya laki aku ni!
“Jomlah kalau tak malu.” Arissa mencabar. Dia nak tengok Adrian berani buat atau tidak.
Adrian pantas menggeleng. Mengekek-ngekek dia ketawa. Saja nak usik Arissa. Arissa ketawa kecil. Tahu takut! Hatinya mengejek. Dia terus berlalu ke fitting room. Sementara tunggu Arissa, Adrian bergerak ke bahagian pakaian lelaki. Dia baru saja nak belek sehelai sweatshirt bila handphonenya berdering tiba-tiba. Nombor yang tidak dikenali terpampang pada skrin sesentuh itu. Dahi Adrian berkerut. Siapa pulak yang telefon ni?
“Hello.”
“Hai, Ian. You kat mana? Kenapa sombong sangat dengan I tadi?” suara Krisya kedengaran amat perlahan, tenggelam dek kebisingan lagu yang bergema di corong speaker butik itu.
Adrian terdiam. Krisya rupanya! Menyesal pula dia jawab panggilan itu.
“You memang takkan berhenti ganggu I, kan?” ujar Adrian dengan suara yang tertahan-tahan. Kalau tak fikir yang sekarang ini dia di kedai, pasti saja Krisya ditengkingnya.
“I’m sorry. I cuba untuk jauhkan diri tapi I tak boleh. I terlalu rindukan you.”
Adrian senyum sinis. Cukup meluat mendengar perkataan yang meniti di bibir Krisya.
“I akan cakap ini sekali saja. Get over it!”
Tanpa memberi Krisya peluang untuk berkata-kata, Adrian segera memutuskan talian.
“Sayang, cakap dengan siapa?”
Tersentak Adrian dek teguran lembut itu. Perlahan dia menoleh. Arissa berdiri betul-betul di belakangnya. Mati aku! Apa aku nak jawab ni? Patut ke aku berterus-terang?
“Tadi? Aaaa.. salah nombor. You dah try baju ke belum?” teragak-agak Adrian menuturkan kata. Dia memilih untuk berbohong kerana bimbang Arissa pula yang mengamuk nanti.
“Dah. Tak jadi nak beli. Baju tu buat I nampak gemuk. Jomlah pergi beli tiket wayang.” Arissa menarik tangan Adrian keluar dari situ.


“PUAS hati tak dapat makan bihun sup tadi?” tanya Arissa ketika dia menghantar Adrian ke kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Esok Adrian ada kelas awal pagi. Nak suruh duduk lama-lama, Arissa tak sampai hati. Takut esok Adrian bangun lambat pula.
“Puas sangat. Sedappp!! Pandai isteri I masak. Thank you, sayang. Lain kali sayang masak macam tu lagi boleh?” pinta Adrian. Rezeki dia malam ni dapat makan makanan kegemarannya. Untung dapat isteri pandai masak.
Arissa mengangguk seraya tersenyum nipis. Alhamdulillah, tercapai hajat suami. Dari hari tu lagi Adrian teringin nak makan bihun sup yang dia buat, jadi malam ni dapatlah Arissa penuhi kehendak suaminya itu. Balik dari Mid Valley tadi, terus Arissa buat apa yang perlu. Mujur cukup semua bahan.
“Tentulah boleh. Nanti I nak cuba resepi lain pulak.”
“Sepatutnya you masuk MasterChef je, sayang. Gerenti boleh jadi juara.”
“Silap haribulan awal-awal dah tersingkir.”
Tawa mereka berderai.
“Belum cuba belum tahu.”
“Taknaklah. I jadi MasterChef untuk suami I cukuplah,”
Adrian ketawa lagi. Selang beberapa saat, ada mesej yang masuk ke telefonnya. Mesej dari Yasmeen.

Ian, thank you sangat-sangat sebab tolong I tadi. Oh ya, tolong beritahu kawan-kawan lain kita ada kelas ganti petang Selasa nanti.

“Siapa mesej tu?” tanya Arissa ingin tahu.
“Yasmeen.”
Yasmeen? Yasmeen yang sekelas dengan dia ke? Arissa tertanya-tanya dalam hati.
“Dia nak apa?”
“Dia beritahu lusa petang ada kelas ganti. Lepas tu dia cakap terima kasih sebab tolong dia tadi.”
“Yasmeen yang mana satu eh? I tak berapa nak ingatlah dia.” Arissa cuba mengingati semula wajah teman sekelas suaminya itu.
“Alaa.. yang rambut pendek macam Nad Zainal tu. Ingat?”
“Oooo.. ingat dah!” Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya. Terbayang-bayang wajah gadis kecil molek itu. Orangnya boleh tahan cantik.
“Dia tahu kita dah kahwin?” soal Arissa lagi.
“Tak. Kenapa you tanya?”
Arissa sekadar menggeleng. “Tak ada apa. Saja nak tahu. Takpelah, dah lewat ni. You baliklah. Esok nak bangun pagi.”
“Peluk I dulu.” pinta Adrian sambil menarik Arissa rapat dengannya. Sempat lagi nak bermanja sebelum balik ke rumah sewa.
Arissa senyum. Tubuh Adrian dipeluk kemas. Berat hatinya mahu berpisah dengan Adrian walau hanya untuk sementara. Esok dah tentu jumpa dekat kampus lagi. Tapi tetap rasa tak puas. Tetap nak dia selalu ada depan mata. Kronik sangat ke aku ni? Agak-agak, orang lain mengada-ngada macam ni ke dengan suami dia? Suara hati Arissa berbunyi.
“I miss you already,” luah Arissa perlahan, seakan berbisik.
“Me too! Insya-Allah esok kita jumpa lagi.” balas Adrian. Ubun-ubun Arissa dikucup mesra.
Sebaik pelukan dileraikan, Adrian terus masuk kereta.
“Drive safely, sayang.”
“Ok, sayang. Nanti dah sampai I call.”
Arissa angguk. Sebaik Adrian pergi, dia terus masuk ke rumah. Dalam hati dia berdoa agar suaminya dijauhkan dari segala musibah.




SEBAIK kelas tamat, Arissa terus ke kafe. Dari tadi dia cuba contact Adrian, tapi Adrian langsung tak jawab. Dia agak Adrian tak dengar mungkin sebab fonnya dalam mod senyap. Selalunya lepas kelas Adrian akan lepak di kafe dengan kawan-kawan, sebab itulah Arissa cepat-cepat ke sana.
Sampai di kafe, dia mencari-cari kelibat Adrian, namun hampa. Adrian tidak ada di situ. Arissa sudah ingin beredar apabila dia ternampak Shahrul, classmate Adrian yang sedang mencuci tangan di sinki.
“Shahrul, nampak Ian tak?” soal Arissa sebaik mendekatinya.
Shahrul menggeleng. Tangannya yang masih basah dilap dengan tisu.
“Tadi kita orang makan sekali, tapi lepas tu dia terus lesap.”
“Aduhh.. mana la dia ni? Aku call tak jawab-jawab.” Arissa merungut. Sekali lagi dia cuba call Adrian. Tetap tak berjawab. Sahlah Adrian tak sedar. Geramnya!
“Haaa.. baru ingat! Kalau tak salah aku tadi dia ada cakap nak pergi library lepas lunch. Nak buat group assignment dengan budak kelas kita orang. Kau trylah cari dia kat sana.”
Arissa sudah tersengih lebar. Langsung tak terfikir nak cari Adrian di sana. Nasib baik Shahrul cakap.
“Ok, ok. Thanks!”
Tanpa berlengah, Arissa bergegas naik ke tingkat lima. Nasib baik hari ni dia tak pakai baju kurung. Bolehlah langkah anak tangga banyak-banyak. Kalau tak terhegeh-hegeh berjalan, takut tersadung nanti malu!
Melalui pintu cermin perpustakaan, Arissa terpandang susuk tubuh yang sangat dia kenal walau dari belakang. Kepala Adrian terlentok di atas meja panjang berwarna merah itu. Tak bergerak sikit pun. Tidurlah tu! Arissa menggeleng berkali-kali. Kata nak buat assignment, tapi ini tidur pulak! Mentang-mentanglah library ni pasang air-cond, laju je 'pengsan'. Patutlah orang telefon tak jawab. Omelnya dalam hati. Melihatkan Yasmeen juga ada di situ, Arissa jadi tertanya-tanya sendiri. Yasmeen sekumpulan dengan Adrian ke? Kenapa mereka berdua je? Mana pergi yang lain?
Arissa sudah ingin masuk, namun langkahnya terbantut bila dia lihat Yasmeen tiba-tiba bangkit dari kerusi dan mendekati Adrian yang begitu nyenyak. Lama Arissa memerhati. Ternanti-nanti apa yang hendak dilakukan Yasmeen. Sikit pun Yasmeen tak sedar tingkahnya diperhatikan.
Berderau darah Arissa tatkala melihat Yasmeen tiba-tiba membuka sweater di badannya, lalu diletak atas belakang Adrian. Yasmeen tidak berganjak dari tempat dia berdiri, merenung Adrian yang masih lena. Arissa sudah bengang. Dia merasakan seolah-olah Yasmeen sengaja menggunakan kesempatan itu untuk menatap wajah Adrian sepuasnya. Arissa terasa wajahnya membahang. Dia menggenggam penumbuknya kemas. Kalau Yasmeen ada dekat dia, dah lama perempuan itu makan penumbuk.
Entah kenapa hatinya terasa sakit melihat kelakuan Yasmeen yang dirasakan agak melampau dan berani. Ada hati menggatal dengan suami aku! Arissa menggerutu dalam hati. Niat di hati ingin berjumpa Adrian terpaksa dibatalkan. Arissa pantas berlalu pergi. Apa yang dilihatnya sebentar tadi benar-benar menganggu emosinya.