Wednesday 11 February 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 11

KAMI keluar dari rumah tepat pada jam 8 pagi. Singgah sebentar di kedai makan untuk bersarapan. Ini semua rancangan tok pa yang mahu tiba di Pahang sebelum solat Jumaat. Sebaik kereta diparkir, Ashman, mama dan tok pa terus meluru masuk ke Restoran Melati. Papa kata makanannya sedap-sedap belaka. Dia dah pernah pergi. Ini pun dialah yang ajak kami makan kat sini.

“Ad, termenung apa lagi tu? Cepat turun.” suara papa menyapa telingaku.

Aku yang masih kaku di tempat duduk paling belakang Toyota Vellfire ini hanya tersengih memandang papa yang tercegat di tepi kereta. Bayang mama, tok pa dengan Ashman sudah tidak kelihatan.

“Aci tak kalau tak turun?”

“Laa.. habis tu takkan nak berlapar? Mehlah makan sekali.”

“Tak rasa nak makan apa-apalah, papa. Ad tunggu dalam kereta ajelah. Makan kat rumah Ucu je nanti.” kata aku. Sebenarnya aku bukannya taknak, tapi dek kerana Ashmanlah aku rela kelaparan. Taknak tengok muka dia langsung kalau boleh. Masuk hari ni dah dua hari aku tak bercakap dengan dia. Bila kat rumah, aku lebih selesa berkurung dalam bilik. Mengelaklah, apa lagi?

“Jangan macam tu, sayang. Nak tunggu sampai rumah Ucu lambat pulak. Nanti perut masuk angin lagi. Dah.. jom cepat. Makan sikit pun jadilah. Alas perut.”

Aku masih tidak berganjak. Taknak turun!!

“Rugi tau kalau tak makan. Kat sini ada nasi lemak ayam tau. Sedap. Pedas pulak tu! Kan favourite Ad tu?” papa yang sememangnya tahu kegemaranku cuba memujuk.

Aku geleng. Taktik papa tak menjadi!

“Ok, ok. Kalau taknak nasi lemak, makan benda lain. Tak boleh biar perut kosong. Papa risau anak papa ni sakit lagi.”

Melihat wajah risau papa, aku terus jadi serba-salah. Sudahnya, aku mengalah. Lambat-lambat aku turun dari kereta. Papa tersengih lebar. Berjaya juga pujuk anak dia yang keras kepala ni. Sebaik aku keluar, terus papa kunci kereta dan kami beriringan masuk ke restoran. Awal pagi macam ini pun pelanggan dah ramai. Agaknya memang betullah makanan dia sedap, sebab itulah laku semacam!

Papa, mama dengan tok pa duduk semeja. Aku pulak duduk di meja lagi satu, bersebelahan dengan mereka. Tiga-tiga pun dah ready nak makan. Aku je yang blank tak tahu nak makan apa. Punyalah banyak menu tersedia, satu pun aku tak berkenan.

“Kenapa tak makan, cik adik?” tegur Ashman. Sepinggan mee goreng di tangannya diletak ke meja.

Aku hanya menggeleng tanpa memandang wajah itu. Ashman menarik kerusi yang bertentangan denganku lalu duduk di situ.

“Nak kena gastrik lagi?”

“Takde selera nak makan.” jawab aku dengan nada hambar sambil mata memandang ke tempat lain.

Ashman mengeluh perlahan. Dia bingkas bangun dan menghilang seketika. Ke mana pulaklah tu agaknya? Memang tak reti duduk diamlah dia ni. Aku mengomel dalam hati. Seketika kemudian, Ashman muncul semula bersama sekotak air milo dan dua biji pau ayam yang diletakkan dalam pinggan putih.

“Makan ni.” arah Ashman. Pau ayam dengan air milo kotak diletakkan di depanku.

Laa! Dia pergi ambil untuk aku rupanya? Ingatkan dia yang nak makan! Kenapalah awak ni sweet sangat, encik boyfriend?

“Kan orang cakap orang taknak?” aku merenungnya tajam.

“Abang tak kira. Taknak dengar apa-apa alasan. Sayang kena makan jugak walau sikit.” kata Ashman tegas.

“Mamaaa.. tengok dia ni! Paksa orang makan pulak!” aku mengadu pada mama yang baru hendak menyisip teh tarik.

“Ala.. makan ajelah sikit, sayang. Mama pun risau kalau Ad tak makan.” pujuk mama pula.

Aku tenung pau ayam itu tak berperasaan. Ashman ni dah tau aku tak ada selera paksa aku makan buat apa? Tapi, suka jugaklah bila dia layan aku macam ni. Sejujurnya hati aku sudah terpujuk dengan kesabarannya itu. Aku buat bodoh dengan dia pun, dia masih mampu tersenyum.

“Suruh makan pun susah. Ke nak abang suap?”

“No way!! Ad boleh makan sendiri!” aku menjelingnnya geram. Ingat aku ni manja sangat ke sampai makan pun nak kena bersuap bagai? Huh!

Ashman ketawa mengekek-ngekek. Sudu dan garfu dalam bekas yang tersedia di meja dicapai dan dia terus menyuap mee ke mulut. Aku cubit sedikit isi pau yang gebu dan lembut itu. Mmmm.. boleh tahan sedap!! Getusku dalam hati. Sedap memang sedap tapi aku makan satu saja. Yang lagi satu langsung aku tak sentuh.

“Aik? Ni lagi satu ni kenapa tak habiskan?” soal Ashman sambil menunjuk pada pau ayam itu. Mee goreng yang diambil tadi sudah licin dalam sekelip mata. Laju betul makan!

“Taknak. Abanglah habiskan.”

“Abang dah kenyang. Lagipun abang ambik tu untuk sayang. Habiskanlah. Please...”

Aku menggeleng laju dengan wajah serius. Kalau aku dah kata taknak maknanya taknaklah.

“Macam mana ni? Takkan nak buang. Menangis dia nanti.” Ashman buat suara sedih.

Erkk!! Ayat dia!! Itu saja nak buat aku rasa bersalah tu! Bila Ashman cakap macam tu, terus aku ambil pau tu dan makan laju-laju. Ashman tersengih menayang gigi, suka sangat bila taktiknya menjadi.

“That’s my girl.” kata Ashman.



NIAT di hati hendak mengambil angin di halaman terbantut tatkala terlihat Ashman yang sedang bersembang dengan Nina, anak bongsu Ucu. Lama aku berdiri di muka pintu, memerhatikan mereka. Entah lawak apa yang Ashman buat sampaikan Nina ketawa tak ingat dunia. Bahu Ashman dipukul-pukul manja. Pedih mata aku tengok!! Amboi, amboi!! Bukan main mesra lagi!! Meluap-luap cemburuku bila Nina sengaja merapatkan bahunya ke bahu Ashman dan lelaki itu pula hanya membiarkan. Seriously, I can't believe my eyes!!

Memang Ashman ni rapat dengan sepupu-sepapat kami, tapi bila dengan Nina ni lain macam sikit. Aku fikir itu cuma mainan perasaan saja tapi lepas tengok semua ini aku jadi tak keruan. Terdetik dalam hati, mungkin Nina sukakan Ashman. Oh tidak! Macam mana kalau sangkaan aku ini benar belaka? Macam mana dengan aku? Nina bukannya tahu pun tentang hubungan aku dan abang sepupunya tu. Silap aku juga sebab minta Ashman diamkan dulu pasal ni. Bukan sengaja nak berahsia, cuma masih belum bersedia. Tunggulah bila dah nak kahwin nanti baru cakap. Kalau heboh sekarang takut nanti tak jadi kami juga yang malu!

Rasa marah dan cemburu bercampur menjadi satu. Turun naik nafasku menahan geram. Sabar, Ad. Sabar. Istighfar. Ingat Allah. Marah itu dari syaitan. Sabar itu separuh dari iman. Hatiku memujuk. Aku pantas meluru ke anak tangga, tidak sanggup lagi hendak melihat kekasih hati sendiri bermesraan dengan orang lain. Ketika itu jugalah abang sepupuku yang duduk melepak di ruang tamu menegur.

“Ad, nak pergi mana?” soal Nuqman.

“Nak masuk bilik.” jawab aku sambil tersenyum hambar.

“Kata nak tengok Maharaja Lawak Mega? Lagi 5 minit je nak start ni.” balas Nuqman sambil mengerling pada jam dinding.

Mataku tertumpu pada kaca TV. Terpampang wajah Zizan yang menjadi duta Kit Kat, salah satu penaja rasmi Maharaja Lawak Mega tahun ini.

“Takpelah. Ad tengok ulangan dia je nanti. Letih sangat ni. Rasa nak baring je.” aku berdalih. Memang aku tak pernah miss pun Maharaja Lawak tu. Tapi bila dah tak ada mood macam ni nak tengok apa pun dah tak ada feel. Nak gelak pun malas. Sampai hati Ashman, tak sudah-sudah nak sakitkan hati aku. Aku baru nak okey, dia pulak buat hal!

Nuqman senyum dan mengangguk. Aku terus naik ke bilik Nazira dan Nina. Rumah Ucu ni tak banyak bilik sebab tu aku kena kongsi dengan mereka. Tudung bawal hitam yang tersarung di kepala aku campak ke bucu katil. Novel Twilight Eclipse kepunyaan Nazira di atas meja solek aku capai. Dari duk fikir pasal Ashman, baik aku layan novel. Hati pun tak sakit! Aku bersandar pada dinding. Baru saja nak baca muka surat 1, Ashman call. Aku mencebik geram. Kacau!

Aku biarkan fon itu berdering lama. Sengaja buat Ashman ternanti-nanti. Lambat-lambat aku melekapkan telefon ke telinga.

“Sayang..” seru Ashman lembut.

“Hmm..” aku menyahut dingin. Mata masih melekat pada novel di tangan.

“Dah tidur ke?”

“Belum.”

“Habis tu kenapa berkurung dalam bilik tu? Meh la lepak dengan abang dekat luar ni. Tengok TV sama-sama.”

“Buat apa ajak Ad? Ajaklah Nina tu.” Laju mulutku menyindir. Makin panas hati setiap kali teringat apa yang aku lihat sebentar tadi.

“Laa.. abang nak lepak dengan bucuk abang ni, buat apa ajak dia?”

“Tadi bukan main syok lepak dengan dia. Pergilah sembang lagi. Kan korang dah lama tak jumpa? Bolehlah lepaskan rindu.”

“Kenapa sayang cakap macam tu?”

“Takde apa-apa. Cuma suka tengok korang berdua ni. Sweeeett sangat! Macam belangkas. Manja-manja, bergurau senda. Comel je nampak!!” aku memerli.

“Laa.. mana ada? Kami macam biasa jelah. Mana ada manja-manja?”

Aku tersenyum sinis. “Ingat orang tak nampak korang kat luar tadi? Orang bukan budak-budaklah!”

Ashman mengeluh. “Sayang, takkan dengan Nina pun nak cemburu?”

“Kenapa? Tak boleh?”

Kami saling membisu untuk beberapa saat. Geramnya aku dengar ayat Ashman. Takkan dia tak faham kenapa aku jadi macam ni? Kalau Nina tu lelaki bolehlah dia cakap macam tu!!

“Oh ya! Ad lupa! Ad ni baru girlfriend abang je, bukan isteri. Jadi Ad tak ada haklah nak rasa cemburu, kan? Ok, fine. Buatlah apa-apa saja yang abang suka, yang abang rasa betul. Silakan. Ad tak ada hak nak halang. Pergilah spend time dengan dia. Sembang sampai pagi besok pun tak apa.” Aku menjulingkan mata ke atas. Meluat!

“Sayang..”

“Dahlah. Ad penat. Nak tidur.” Aku memotong percakapannya. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi, aku pantas memutuskan talian.

Novel Twilight aku letak ke tepi. Hilang mood nak membaca. Segera aku berbaring dan memeluk bantal extra yang Ucu bagi. Aku terus memejamkan mata. Tidur lagi baik. Malas nak fikir apa-apa dah. Time tu jugaklah Ashman telefon lagi sekali namun tanpa rasa bersalah aku pantas mereject panggilannya. Sudah tidak berminat untuk berbicara dengannya lagi.



LEPAS Subuh tadi aku ingat nak tidur kejap saja, sudahnya terlajak sampai pukul 10. Sorang pun tak tolong kejutkan aku. Sabar ajelah. Ini semua gara-gara malam tadi aku langsung tak boleh nak lelapkan mata. Maklumlah, fikiran tengah bercelaru. Semua benda pun terganggu!

Selesai membersihkan diri, aku bergegas turun untuk bersarapan. Masa lalu dekat ruang tamu, aku nampak tok pa tidur di kerusi panjang. Mukanya pula ditutup dengan suratkhabar. Tersengih aku melihatnya.

“Ad, atas meja tu ada roti canai dengan mee goreng. Makanlah banyak mana yang Ad nak. Orang lain semua dah makan dah.” beritahu mama sebaik keluar dari dapur.

“Sorry sebab bangun lambat. Tak boleh tidur malam tadi. Kenapa mama tak kejutkan Ad?”

“Bukan taknak kejut. Tapi tak sampai hati sebab tengok Ad lena sangat. Mama taknak kacau.”

Aku tersengih macam kerang busuk. Sebaik duduk di meja makan, aku ambil roti canai sekeping dengan kuah kari. Pagi-pagi macam ni aku memang tak makan banyak.

“Ehem! Good morning, my princess!” ucap Ashman dengan wajah ceria.

Aku cuma tersenyum hambar. Langsung tak hiraukan dia yang datang duduk di sebelahku. Roti canai dalam mulut aku kunyah perlahan-lahan.

“Sayang, kejap lagi keluar pusing-pusing bandar nak? Dah lama kita tak dating.” tutur Ashman perlahan, seakan berbisik. Bimbang ada yang dengar.

Dating? Marah pasal malam tadi pun masih tak hilang. Tak kuasalah nak keluar dating dengan dia pulak! Aku menggeleng laju.

“Kejap je. Jom laa..!”

Aku geleng lagi. Ashman mengeluh hampa. Permintaannya ditolak. Selang beberapa saat, Nina muncul dari dapur, berjalan mendapatkan Ashman Aidil.

“Abang Ash! Boleh tak kalau Nina nak mintak tolong sikit?”

“Tolong apa?”

“Teman Nina pergi kedai. Ibu suruh beli barang dapur.”

Kunyahanku terhenti. Teman pergi kedai? Dia tak boleh pergi sendiri ke? Kenapa ajak Ashman? Mana pergi abang-abang dia?

“Kedai? Aa... err.. Nuqman mana?” soal Ashman sedikit gagap. Terpancar riak gelisah di wajahnya.

“Abang Nuqman pagi-pagi lagi dah keluar dengan Abang Nazim. Dia orang ada hal. Sebab tu Nina ajak abang. Nina kan takde lesen lagi.”

Ashman pandang aku sejenak sebelum dia berpaling ke arah Nina semula.

“Sekarang ke?”

“Sekaranglah. Jomlah cepat!” ujar Nina. Dengan wajah selamba dia menarik tangan Ashman, memaksa lelaki itu bangkit dari duduknya.

Lambat-lambat Ashman bangun, seakan keberatan. Terpempan aku melihat reaksi spontan Nina. Pandanganku jatuh ke arah tangan Ashman yang digenggam erat oleh Nina. Hati yang sedia sakit, bertambah sakit melihat aksi-aksi mesra dan manja gadis itu. Ashman yang terperasan akan perubahan pada riak wajahku segera meleraikan genggaman tangan Nina. Ternyata dia juga kurang senang dengan tingkah gadis itu. Aku segera melarikan pandangan ke lain.

“Kak Ad nak ikut?” soal Nina.

Aku menggeleng seraya tersenyum pahit pada gadis yang sudah aku anggap macam adik aku sendiri. Rasa cemburu yang menjalar di hati sudah tidak terbendung lagi. Ashman merenungku tanpa kata.

“Nina pergilah dengan Abang Ash.” Balasku. Aku bingkas bangun dan terus ke dapur. Panas punggung nak duduk lama-lama di situ. Sumpah aku tak sangka Nina berani buat begitu. Stressednya!! Rasa macam nak balik KL sekarang jugak!! Lepas ni tak adalah orang kacau Ashman lagi!!


_________________

Komen sikit pls! Thankkkss!! =)

2 comments:

  1. sambung ar..best. tapi sambung tu pjg kit atau hbiskan..huhu tmd tu pun sambungla..huhu

    ReplyDelete
  2. Lah Ad nie keras kepala sgt2. Kesian Ashman, nasiblah dia sabra... hehe Bila agaknya angina kus2 nie nak reda.

    ReplyDelete