Seronok sungguh aku malam ini. Pertama
kali dapat menjejakkan kaki ke E – One CafĂ©, restoran milik cousin sahabatku Bella. Yang menjadikan
suasana di kedai restoran ini lebih havoc
dan happening, sudah tentunya live band yang pasti akan menghiburkan
para pelanggan pada setiap malam Sabtu dan Ahad!
Alhamdulillah! Kenyang dapat makan chicken chop dan minum cranberry juice! Bella pula memesan mushroom soup bersama garlic bread. Sempat juga aku rembat
makanan Bella sikit tadi. It tastes so
good! Sepanjang kami di sini, kami dihiburkan dengan lagu – lagu yang
didendangkan oleh vokalis band yang
hanya dikenali sebagai Pa’an. Suaranya lunak sekali! Rasanya kalau dia jadi
penyanyi, sekelip mata si Pa’an ni boleh jadi famous! Laris macam pisang goreng panas gitu! Tapi, sesedap – sedap
suaranya, sedap lagi suara si HD! Eh kejap! Yang aku nak puji dia ni kenapa?
Kenapa dia pula yang aku ingat? Dah buang tebiat ke aku ni? Tapi itulah
hakikatnya! Macam mana nak aku nafikan lagi? Suara dia memang sedap! Noktah!
“ Haa.. Dari tadi lagi aku nak tanya..
Asal kau potong rambut?” tanya Bella seraya menyentuh hujung rambut aku yang original lurus dan lembut. Tak perlu
buat rebonding atau relaxing. Guna jari pun boleh! Hehehee!
“
Hehehee.. Saja! Sesekali ubah style
apa salahnya?” aku melurut – lurut rambut yang dulunya panjang sampai ke
pinggang, sekarang ini dah pendek paras bahu. Aku memang suka hairstylist dekat saloon yang selalu aku
pergi ni. Kalau aku tak cakap nak buat style
macam mana pun dia dah tahu. Aku paling suka potongan layered!
“ Tak salah! Bertambah cun okey! Nampak
lain sikit bila kau ubah hairstyle
kau macam ni.”
Aku tersengih panjang. “ Alaaa.. Tak
payahlah puji – puji aku macam tu.. Dah kembang setaman dah ni!” kata aku
sambil mata hanya fokus pada live band
di atas pentas kecil di depan sana. Pelbagai jenis lagu yang dimainkan. Baik
yang berentak rancak mahu pun perlahan, semuanya menghiburkan.
“ Betul apa? Bertambah cun! Kalau tak,
takkanlah orang kat meja sana tu dari tadi usha kau je memanjang.. Live band kat depan sana, tapi mata dia
tu kat sini jugak!”
Aku yang tadinya baru hendak suap kentang
goreng ke dalam mulut, terbantut. Aku memandang Bella penuh hairan. Bella ni
cakap pasal siapa sebenarnya?
“ Kau cakap apa ni? Siapa pulak usha aku?”
“ Tuuu.. Abang handsome kat meja sana tuuuu..” Bibirnya dijuihkan pada insan yang
dimaksudkan.
Aku toleh pada gerangan itu. Melopong
terus mulut aku saat sepasang mata milikku ini tertumpu pada lelaki yang duduk
di meja di sebelah kanan kami. Tak terlalu jauh tak terlalu dekat. Hanya selang
dua buah meja saja. Pandangan kami bertaut seketika.
“ Hei! Bila masa dia ada kat sini?” Aku
masih tak percaya Harith Daniel ada di depan mata. Ya Allah! Punyalah aku syok bersembang
dengan Bella, sampai langsung tak sedar yang mamat tu pun ada kat sini! Aku dan
Harith masih saling berpandangan dari jauh. Lelaki itu tersenyum simpul. Dia
tidak keseorangan malam ini. Ditemani lagi tiga orang lelaki yang tak aku
kenal. Kawan – kawan dia agaknya.. Getus aku dalam hati.
Bella tertawa kelucuan. Geli hati melihat
reaksi aku. “ Alaaa.. Dari tadi dah! Kau aje yang tak perasan!”
Aku mendengus bosan. “ Huh! Mana – mana
pergi pun mesti dia ada jugak! Dah takde orang lain ke dalam dunia ni yang
boleh terserempak dengan aku?” Bising mulut aku membebel. Nasib baiklah
restoran ini bising. Kalau tak, orang yang duduk meja lain pun boleh dengar sama.
“ Habis tu kau nak terserempak dengan
siapa? Saiful Apek?” kuat Bella ketawa.
Saiful Apek?! Huh!! Tak pasal – pasal
Saiful Apek pula yang kena!
“ Ish kau ni! Aku tak minat Saiful Apek!
Cuba bagi yang aku minat.. Contohnya macam Orlando Bloom ke, Chris Hemsworth
ke, Johnny Depp ke? Berseleralah jugak aku nak tengok! Ini tak.. Harith Daniel
juga yang aku jumpa!”
“ Chemistry
kuatlah tuuuu..!” makin seronok pula Bella mengusik.
Aku cubit bahu Bella geram. Berkerut dahi
Bella menahan sakit. Padan muka! Usik aku lagi!
“ Malam ini anda semua sangat bertuah ya.
Kerana hari ini seorang pelanggan tetap kita yang bersuara lunak, mantap, lazat
berkrim disukai ramai turut hadir pada malam ini…!” tutur Pa’an sebaik dia
selesai mendendangkan dua buah lagu Inggeris, She Will Be Loved dan You Sang To
Me.
Satu restoran ketawa terbahak – bahak
dengan lawak spontan dari Pa’an. Tak sangka mamat ini suka bergurau juga
orangnya. Nampak muka macam serius sangat. Rupanya pandai buat joke juga! Siapa agaknya orang yang
dimaksudkan Pa’an tu? Aku tak tahu apa – apa memandangkan ini kali pertama aku
ke sini. Bella juga jarang ke sini walaupun restoran ini pemiliknya adalah
sepupu dia sendiri. Apa boleh buat. Keadaan tidak mengizinkan kami untuk
sentiasa menghabiskan masa di sini. 24 hours
asyik hadap kerja saja!
“ Rasanya saya tak perlu sebut namanya
lagi.. Sebab saya yakin you guys semua
dah tahu siapa orangnya, kan?”
“ Tahu….!!” Sahut beberapa suara serentak.
“ Siapa
agaknya?” laung Pa’an.
“ Harith!!!” satu lagi suara kedengaran.
Kuat dan lantang.
Terdiam terus aku. Harith? Harith mana?
Harith Danielkah? Atau ada sesiapa lagi yang namanya Harith di sini?
“ Exactly!
Tanpa berlengah lagi saya menjemput Harith untuk naik ke pentas!” Pa’an
menggamit lelaki itu ke pentas.
Tepukan gemuruh dan sorakan bersilih –
ganti kedengaran saat Harith Daniel berjalan menuju ke pentas kecil itu. Aku
dan Bella saling berpandangan. Masing – masing sukar hendak percaya insan yang
dimaksudkan oleh Pa’an sebentar tadi sebenarnya Harith Daniel!! Dialah regular customer yang bersuara mantap
tu!!! Maksudnya, Harith dah selalu buat persembahan kat sini!
Saat Harith duduk di kerusi bulat yang
digunakan oleh Pa’an tadi, terdengar beberapa jeritan dari gadis – gadis ayu
dari satu meja, memanggil namanya. Oh my
God!! Dah popular sangat si HD ni
rupa – rupanya?! Aku pandang saja pada gadis – gadis itu. Lebar senyuman di
bibir mereka dengan mata yang hanya dihalakan pada lelaki kacak itu. Wah, wah!
Dia orang ni datang ke sini nak makan – makan ke, nak cuci mata sebenarnya?
Tahulah Harith tu handsome! Sampai
macam tu sekali reaksi mereka? Pa’an terus menyerahkan gitar pada Harith
sebelum dia turun dari pentas itu.
“ Thank
you, Pa’an.. Sebenarnya dia tak cakap dulu kat saya yang malam ni dia nak
saya perform… Takpe nanti lepas
nyanyi saya mintak bayaran dengan dia eh..” sempat lagi Harith bergurau dengan
Pa’an yang sudah mengambil tempat di meja yang hampir dengan pentas.
Pa’an
dan yang lain – lain ketawa terbahak – bahak. Pa’an mengangkat ibu
jarinya pada Harith tanda beres.
Pandangan aku saat ini hanya pada Harith
seorang. Tiba – tiba rasa tak sabar nak tahu lagu apa yang bakal dia dendangkan
sebentar nanti. Lelaki itu membetulkan duduk. Dia berdehem sedikit sebelum
memulakan nyanyian.
“ Lagu yang akan saya nyanyikan nanti..
Saya tujukan khas buat seseorang yang amat saya sayangi. For you, Miss R.
You will always be my only one...” Harith merenung aku lama. Aku tergamam.
Miss R? Akukah yang dia maksudkan?
Masing - masing bertepuk tangan saat
Harith memetik gitar. Syahdu dan mengasyikkan. Suasana hening seketika bila
masing – masing menumpukan sepenuh perhatian pada Harith.
Seandainya
kau ada di sini denganku
Mungkinku
tak sendiri
Bayanganmu
yang selalu menemaniku
Hiasi
malam sepiku
Ku
ingin bersama dirimu
Ku
tak akan pernah berpaling darimu walau kini
Kau
jauh dariku
Kan
selalu ku nanti kerna ku sayang kamu
Aku juga seperti mereka. Kagum, terpegun,
terkesima. Suaranya yang lunak sudah tentu memukau jiwa setiap yang
mendengarnya. Harith Daniel sememangnya talented! Gitar dipetik tanpa
perlu dia melihatnya. Sudah hafal semua chord. Saat ini mata Harith
hanya memandang pada aku seorang. Matanya tu macam dah tak reti nak pandang ke
tempat lain!
Hati
ini selalu memanggil namamu
Dengarlah
melatiku
Ku
berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan
pernah ada yang lain
Adakah
rindu dihatimu seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah
ku terus terlena tanpamu di sisiku
Ku
kan selalu menantimu
Sekali lagi Harith mendapat tepukan
gemuruh dari mereka yang ternyata begitu kagum dengan kemerduan suara Harith
menyanyikan lagu Kerna Ku Sayang Kamu nyanyian Dygta. Lagu ini memang lagu favourite dia. Harith terus menyerahkan
gitar pada Pa’an semula setelah Pa’an naik ke pentas. Pa’an membetul – betulkan
mic stand di depannya.
“ Itu dia nyanyian yang cukup memikat dari
Harith! Agak – agaknya siapalah Miss R yang abang handsome kita ni maksudkan ya? Bertuah sungguh Miss R tu…!” usik
Pa’an disusuli ketawa kecil.
Harith yang baru hendak turun dari pentas
juga sudah tergelak. Lantas dia melaung pada Pa’an. “ Biarlah rahsia!”
“ Biarlah rahsia ya? Ramailah gadis makan
hati bila tahu Encik Harith kita ni dah berpunya!” Pa’an tak habis – habis
menyakat. Satu restoran sorakkan si Harith. Sampai blushing Harith dibuatnya. Malulah tu! Nasib baiklah Harith jawab
biarlah rahsia. Kalau tak, haruslah aku pun jadi bahan malam ni! Selamat!
Harith segera kembali ke tempat duduknya
semula. Nampak sangat dia dah malas nak melayan si Pa’an tu. Aku berkalih
pandang pada Harith. Lelaki itu macam tahu – tahu saja yang dirinya sedang
diperhatikan. Dia pantas melirikkan matanya pada aku. Bibirnya mengoles senyuman
manis yang memikat jiwa!
“ Aku tak tahu pulak ex kau selalu datang sini…!” ujar Bella.
“ Ermm.. Kita bukannya selalu ke sini,
kan? So.. Logiklah kalau tak tahu apa
– apa.”
“ By
the way… Sedap suara dia! Kalau aku jadi kau, dah lama aku cair! Siap tuju
lagu kat kau tu! So sweet!!”
Aku menjuih bibir. “ Sweetlah sangat!!”
Bella ketawa mengekek – ngekek.
________________________________________
Masa aku hendak ke tempat parkir kereta,
aku lihat Harith sedang bersembang dengan rakan – rakannya di luar restoran.
Aku suruh Bella jalan di depan, aku di belakang.
“ Phewwiitt!”
Malas hendak melayan, aku mempercepatkan
langkah. Telinga aku pekakkan dan pura – pura tidak melihat dia di situ. Dah
tahu sangatlah siapa yang buat macam tu. Dah tentulah si Harith! Takkanlah
kawan – kawan dia pula? Mahu kena pelangkung dengan si Harith nanti!
“ Alaaa.. Sombongnya dia! Nak berkenalan
boleh?”
Aku memang nekad taknak layan Harith.
Makin laju aku berjalan, rasa makin lambat nak sampai ke kereta. Langkah aku
terbantut bila aku terasa belakang bahu aku dicuit seseorang. Erk!! Alamak!
Siapa pulak main cuit – cuit aku ni?! Aku toleh ke belakang. Harith menayang
sengihan panjang. Cepatnya dia kejar! Rasanya aku dah jauh tinggalkan dia tadi.
Tapi dia dapat juga kejar aku. Eeee.. Sabar ajelah banyak – banyak! Tahulah
kaki dia tu panjang.
“ Apa masalah awak ni, Encik Harith? Tak
cukup awak kenakan saya tadi… Sekarang ni awak tak puas – puas lagi nak usik
saya?” aku menggerutu, seraya menjelingnya tajam.
“ Laaa.. Rene cakap apa ni? Bila masanya
abang kenakan Rene?” Harith yang memakai kemeja Banana Republic menggaru – garu kepala yang tidak gatal. Bingung.
“ Tadi tu apa?! Main tuju – tuju lagu
pulak!!! Buang tebiat apa?” aku berpeluk tubuh dengan wajah cemberut. Aku
nampak Harith kecik besar aje ni! Kalau ikut hati, nak saja aku pijak – pijak
dia sampai lunyai! Err.. Jangan, Rene! Anak orang tu. Kesian mak ayah dia kalau
kau buat dia macam tu.
Harith tayang muka selamba. “ Alaa… Apa
salahnya, Rene. Bukannya abang buat benda tak elok. Dedicate lagu je.. Itu bukan buang tebiat.. Itu caranya abang
luahkan isi hati abang pada Rene.”
Luahkan isi hati konon! Huh! Ada saja
alasan dia tu! Cakap apa pun tak guna, dia tetap akan bagi bermacam alasan.
Terus aku pandang ke tempat lain bila Harith pandang aku tanpa bekerdip
matanya. Pandangan itulah yang selalu buat aku jadi tak tentu arah. Tapi kalau
dengan Harith Daniel sajalah. Kalau dengan orang lain, aku boleh balas balik
renungan mereka tu. Tak tahu kenapa. Tapi kalau dengan si HD ni, aku kalah!
“ Mana Amir?” Harith bersandar pada pintu
kedai stationery yang sudah ditutup.
Aku lihat jam. Dah pukul 11. Padanlah kalau kedai pun dah tutup. Bella sabar
menanti di dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari sini. Kesian Bella. Dah
berapa kali menguap tadi. Katanya malam tadi dia tak boleh tidur. Lepas tu
langsung tak ada masa nak take a nap.
Sibuk uruskan itu dan ini walaupun hujung minggu. Hujung minggu atau tidak, tak
ada bezanya bagi Nur Nabila!
“ Takde. Outstation.” Kata aku senada. Pagi tadi aku dapat mesej dari Amir,
memberitahu yang dia akan ke Sarawak untuk tiga hari. Untunglahkan? Sambil
menyelam minum air. Sambil bekerja, dapat juga kenal tempat orang. Aku ni yang
selalu tertinggal kereta api. Orang lain dah merasa pergi ke Seoul, Paris, New
York. Aku? Sabah dan Sarawak pun tak pernah pergi! Sadis!
“ Oooo… Patutlah.. Kalau tak 24 jam
berkepit dengan dia, kan?”
Hai.. Lain macam saja bunyinya! I smell jealousy! Hahaa! Ada orang jealous ke? Uh – oh! Nasiblah kalau dia jealous pun! Aku tak boleh buat apa –
apa! Hehehee!
“ Kejap… Did you cut your hair?”
Wah! Harith perasanlah aku potong rambut!
Kalau sesetengah lelaki, dia orang bukannya alert
sangat dengan benda macam ni. Tapi Harith, sekelip mata dia dapat kesan setiap
perubahan pada diri aku. Contohnya kalau aku nampak tembam sikit ke, kurus
sikit ke. Mesti dia akan tegur!
“ Habis tu? Nampak macam Rene sambung
rambut ke?” sindir aku.
Harith tergelak kecil. “ Sayanglah Rene
potong….. Elok – elok rambut tu panjang, dia potong pulak.” Kata Harith.
“ Habis tu kenapa? Tak cantik ke rambut
pendek?” Tanya aku. Sajalah nak uji dia sebenarnya.
“ Cantik. Anak perempuan Puan Sofea dan Professor
Madya Ir. Mohd Syahril ni kalau potong rambut style apa pun tetap cantik. Tapi… Kalau Rene pakai tudung, lagi
cantik! Drop dead gorgeous!” jawapan
Harith sebenarnya ada maksud yang tersirat.
Aku diam tanpa kata. Panas wajahku tatkala
ditegur begitu. Ya, teguran yang mendalam. Aku tahu apa yang cuba Harith
sampaikan. Dulu waktu dia jadi boyfriend aku,
dia pernah tanya bila aku nak bertudung. Jawapan aku, aku masih degil untuk
berubah jadi lebih baik.
“ Insya – Allah… Akan sampailah waktunya
nanti.” Aku memilih jawapan selamat. Sebenarnya aku memang dah ada niat untuk
berhijab. Tapi tak dinafikan iman aku ni tersangatlah lemah. Masih terlalu liat
untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi aku tetap cuba untuk berubah menjadi hamba
Allah yang baik.
“ Insya – Allah.. Amin…” Harith senyum. “
Nak tanya lagi satu soalan boleh?”
“ Hmm.. Apa dia?”
“ Sejak bila Rene bebas sangat keluar
malam ni?”
“ Sejak dua menjak nilah.” Jawab aku acuh
tak acuh.
“ Dah tak ada rules balik sebelum Maghrib?”
“ Ada! Alaa.. Bukannya Rene selalu keluar
malam. Kalau keluar pun, bila dapat green
light dari big boss aje! Kalau
tak, takdenya Rene nak keluar.”
“ Bagus….. Anak solehah.”
Anak solehah? Insya – Allah.. Mudah –
mudahan… Tapi… Apahal mamat ni banyak tanya sangat malam ni? Dah mengalahkan
FBI pulak! Haihh…!!
“ Yang abang ni nak berlagak macam warden ni kenapa?” aku kembali menyoal
bila terasa sedikit rimas disoal itu dan ini bertubi – tubi.
“ Warden
ni risaukan Rene. Sebab macam – macam benda boleh jadi dalam dunia zaman
sekarang. Tak bagus untuk kaum perempuan macam korang ni keluar malam – malam.”
Panjang lebar Harith menjawab. Menyeluk tangan ke dalam poket. Santai habis!
Bibir aku muncungkan sedikit. Macam tulah
reaksi aku kalau ada rasa tak puas hati dengan Harith Daniel. Perangai memang
tak matang langsung! Aku pun tak tahulah macam mana mamat ni boleh fall in love dengan aku yang keanak –
anakan ni?
“ Elehh.. Pantang orang bebel sikit
mulalah nak muncung sedepa! Cium kang!” Harith sengaja menggertak. Dia
tersenyum nakal.
Maaakkk!! Seramnya aku dengar!! Harith
Daniel memang melampau!
“ Buatlah kalau berani! Rene takut ada
yang tak sempat balik rumah je nanti! Habis Rene buat gulai!” Dengan selambanya
aku mencabar Harith. Berani sungguh kau ya, Rene? Kalau Harith betul – betul
buat nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah? Jangan berlagak sangat,
Rene. Tadi Harith ugut nak cium pun kau dah cuak!
“ Amboi! Garangnya! Usik sikit pun tak
boleh…. Sensitif sangat sekarang!”
Memang. Memang Rene Hannani bertambah
sensitif sejak akhir – akhir ni. Tak tahu kenapa. Beberapa saat kemudian, lalu
beberapa orang gadis di situ. Kalau tak silap aku, mereka ini yang dekat
restoran tadi. Nama Harith dipanggil. Depan – depan aku Harith berbalas
senyuman dengan mereka. Ewah, ewah! Ramainya peminat dia! Bukan main lagi! Aku
buat – buat tak nampak semua itu. Lantak dialah kalau orang nak minat dia ke
apa. Dia bukannya husband aku lagi. So, kalau ada orang nak sukakan dia pun
biarkan aje!
“ Rene! Cepatlaaa… Kut ya pun nak dating
tunggu lain kali la! Esok kerja oi!” laung Bella sebaik cermin tingkap kereta
diturunkan. Kepalanya dijengahkan keluar sedikit.
Aku mencebik geram. Suka hati aja cakap
kami dating. Mulalah tu nak provoke
aku pulak! Boleh harap punya kawan!
“ Dahlah.. Pergi balik.. Ingat.. Terus
balik rumah. Jangan melencong tempat lain pulak.” Pesan Harith lembut.
“ Tak. Kejap lagi Rene nak pergi clubbing. Abang nak ikut?” Ringan mulut
aku memerli. Dah dia pesan macam – macam. Macamlah aku ni liar sangat nak
merewang ke sana sini sampai tak ingat nak balik rumah.
“ Amboi, amboi! Bukan main lagi! Clubbing ya? Babab kangg..!” sekali lagi
Harith menggertak.
“ Habis tu pesan macam orang ni budak
kecik je! Come onlah! Rene dah besar.
Rene tahu jaga diri.”
“ Yelah.. Abang cuma ingatkan aje… Okey
okey. Taknaklah gaduh dengan Rene. You
better go now.. It’s getting late..” jawab Harith sambil mengerling jam Tag
Heuernya sebelum dia berpaling pada kawan – kawannya yang masih tidak berganjak
dari tempat mereka berdiri.
Tanpa membantah, aku terus meluru ke
kereta Bella yang sudah diundur keluar dari kotak parking. Buka saja pintu, aku terdengar nama aku dilaung Harith.
Lambat – lambat aku menoleh. Pandang saja pada dia, terus dia bagi flying kiss! Eeee!! Harith Daniel memang
gatal! Blueeekkk!! Aku jelirkan lidah
padanya sebagai balasan. Mengekek – ngekek dia ketawa.
________________________________________
Sakan Amir ketawa setelah aku menceritakan
tentang apa yang terjadi di restoran sepupu Bella tempoh hari. Tentang Harith
nyanyikan lagu untuk aku dan macam – macam lagi.
“ You janganlah marah Harith hanya sebab
dia tuju lagu kat you. Bukannya dia buat benda yang tak senonoh pun.
Relakslah…!” tutur Amir. Cuba sejukkan hati aku yang sudah membara.
Aku menjuih bibir. Sikit – sikit nak back up kawan dia. Tahulah kawan baik!
Tapi asyik Harith saja yang betul, mana adil? Aku ni semuanya salah! Stresslah macam ni!
“
Oh ya! Sebelum I terlupa! I ada benda nak bagi pada you. Ole – ole dari Sarawak!” Amir mengeluarkan sesuatu dari poket
kemejanya.
Aku tersengih lebar sebaik Amir
menyerahkan rantai leher bertali hitam, siap dengan alphabet beads yang berbentuk cube
dijadikan sebagai loket.
“ Aww…
Cantiknya! Siap ada nama I lagi!” Ralit aku membelek alphabet beads berwarna silver
itu. R.E.N.E. “ Thanks, Amir. Terharu
I. Ingat juga you kat I, kan? Siap beli ole
– ole lagi. So sweet!”
“ Mestilah! Ini baru rantai leher je.
Lepas ni I belikan you cincin tunanglah pulak!”
Erk?! Cincin tunang? Amir ni dah kenapa
sampai dah masuk bab bertunang pulak? Heii.. Seram pulak aku!
“ You kenapa? Demam balik dari Sarawak
hari tu ke? Tiba – tiba cakap pasal tunang.”
“ You ingat I buat lawak ya? I serius tau!
Kan I dah cakap I sayang you? Tak percaya?”
Aku tergamam. “ Err.. Amir… Please… Dah banyak kali I cakap pada
you.. I sebenarnya…”
“ Masih tak bersedia untuk terima orang
lain dalam hidup you. Okey, I faham.” Amir memotong bicaraku. Ada kehampaan di
wajahnya.
Sejenak, aku diam. Soal hati dan perasaan
bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh. Cinta itu bukannya boleh dipaksa.
Harapnya Amir mengerti.
________________________________________
Tidur lenaku terjaga tatkala terdengar
bunyi handphone berdering meminta
diangkat. Aku mencebik geram. Siapalah yang call
malam – malam buta ni? Tanpa membuka mata, aku menggagau fon di atas meja lampu
di sisi katil.
“ Rene….”
suara Harith kedengaran sebaik Iphone aku dekatkan ke telinga.
Hish! Dia ni nak kacau aku tak agak –
agak! Tengah malam macam ni pun sibuk cari aku!
“ Hmm….” Sahut aku malas – malas. Langsung
tak buka mata. Mengantuk sangat!
“ Sorry
ganggu… Dah tidur ke?” tanya Harith. Dah tahu lagi mahu tanya!
“ Hmmmm…. Yelaaa… Abang call ni dah tak pasal – pasal Rene
terjaga…” omel aku dengan suara ala – ala serak basah. Seksi gitu.
“ Sorry…
Ingatkan belum tidur. Saja je abang call. Nak dengar suara Rene sebelum tidur.
Okeylah.. Dah dapat dengar sekejap pun dah boleh tidur lena. Pergilah sambung
tidur. Good night.”
“ Errmm.. Good night… I love you..” Tiga patah perkataan itu terlafaz di
bibirku tanpa sengaja. Hilang terus mamai aku tadi! Aku memukul – mukul mulutku
sendiri!!! Ya Allah! Rene!! Macam mana kau boleh luah macam tu pulak?! Kau
mengigau ke apa? Bodohnya!! Bodohnya Rene Hannani!!!
“ Hah?
Apa dia?! Ulang balik?!”
“ Hah?!! Ehh.. Tak… Takde apa – apa! Rene
cakap good night to you too!” Lagi
mau cover line!! Ah! Malunya!! Aku
menyembamkan wajah ke bantal.
“ Eleleleleee….
Tu nak cover line la tu!! Abang dengar Rene cakap I love you tadi.. Kannn?
Kaaaann? Kaaaannn??” Harith tergelak sakan di corong talian.
Eeeeii!! Salah sendiri!! Tak pasal – pasal
mamat ni dah terlebih perasan pulak! Terlajak perahu boleh diundur, Rene! Lain
kali mulut tu biar insurans sikit!
“ Eh tadi kata nak tidur! Dah, dah! Rene
ngantuk! Selamat malam!” aku sudah malas hendak melayan Harith. Takut lepas ni
terlepas cakap lagi! Sengal!
“
Comel sangat Rene ni. Hahahaa. Selamat malam. I love you too!!” luah Harith dengan selamba. Ini mengambil kesempatan namanya!
Talian segera dimatikan. Aku menampar –
nampar pipi sendiri. Marah. Argh!! Rene! Kau dah jatuhkan air muka sendiri! Sengalnya
kau, Rene Hannani! Moral of the story,
jangan cakap fon masa mengantuk! Bahaya! Sangat berbahaya!
No comments:
Post a Comment