Telefon bimbit di dalam handbag
berdering, menandakan ada panggilan dari seseorang. Aku yang tadinya khusyuk buat kerja pantas mencapai fon di dalam beg tangan yang aku letak di atas
meja kerja. Tengok saja nama pemanggil, bibir sudah mengoles sengihan panjang.
Rindu sungguh aku pada insan yang menelefon aku tengahari ini.
“ Assalamualaikum, kakakku sayang..” ucap aku ceria sebaik aku
lekapkan telefon ke telinga.
“ Waalaikumussalam.. Rene..
Sorry ganggu. Nak tanya tengahari ni teman akak keluar lunch boleh? Abang
Firdaus hari ni katanya tak balik makan tengahari. Jadi akak malas nak masak.
Ingat nak keluar lepak dengan adik akak ni kejap.” tutur Kak Ana panjang
lebar.
Aku terus lihat jam tangan. Lagi berapa minit saja nak masuk ke
pukul 1.
“ Boleh! Nak makan dekat mana? Waktu lunch pun dah tak lama ni..”
Kak Ana berfikir sejenak. Terdengar suara Boboi yang baru berusia
setahun tiga bulan terjerit - jerit di sebelah sana. Aku tersengih. Rindu pula
pada telatah si comel itu. Entah apalah yang dia buat tu agaknya. Bising
semacam!
“ Dekat Sunway Pyramidlah..
Akak rasa nak makan Nandos. Hehehee… Rene terus pergi sana ya? Jumpa kat sana.”
“ Okey, kak. Insya – Allah.”
Talian dimatikan. Aku segera mengemas meja sebelum keluar dari situ.
Tak sabar nak jumpa Kak Ana. Paling tak sabar nak jumpa si comel Boboi!
______________________
Masuk saja ke Nando's, kami terus bergerak ke meja yang berhampiran
dengan pintu masuk Nando’s. Pelayan restoran itu terus menyerahkan dua menu
pada kami. Dia beredar pergi setelah aku mengucapkan terima kasih.
Mata turun naik membaca senarai menu itu. Tengah lapar macam ni,
kalau boleh rasa macam nak pesan semua benda. Astaughfirullah..! Bawak mengucap
sikit, Rene! Makan jangan ikut nafsu! Hatiku mengingatkan.
“ Assalamualaikum.. Boleh join?”
Menu di tangan tidak lagi menjadi tumpuan sebaik terdengar suara
yang menyapa. Aku menoleh ke kanan. Terkejut aku dengan kehadiran insan yang
tak disangka – sangka.
“ Waalaikumussalam… Adam.. Boleh.. Duduklah..” pelawa Kak Ana ramah
dan mesra.
Kerusi kosong di sebelah aku ditarik lantas dia duduk di situ. Bukanlah
selama ini aku tak biasa duduk macam ni dengan dia namun hari ini aku agak
canggung duduk bersebelahan dengannya. Agak janggal untuk berhadapan dengan
lelaki ini setelah aku mengetahui isi hatinya dan dia berubah sikap hanya
kerana cinta. Aku tak suka Adam Khalid yang ini. Aku nak Adam Khalid yang dulu!
Adam Khalid yang bersikap penyayang, suka ambil berat dan pelindung seperti
seorang abang!
Ada seperkara yang aku kurang mengerti. Macam mana Adam boleh sampai
ke sini? Dia memang dah tahu ke kami nak makan tengahari kat sini? Aku pandang
Kak Ana lama, seakan meminta penjelasan dari dia yang tidak nampak terkejut
dengan kemunculan Adam Khalid. Kakakku itu hanya tersenyum membalas
pandanganku. Apa cerita ni? Kak Ana memang dah tahu ke Adam nak datang sini?
“ Sorry, Adam lambat.
Jalan sesak sikit tadi..” tutur Adam, sekali gus menjawab persoalan di benak
fikiranku. Benarlah dia sudah berpakat dengan kakakku ini untuk bertemu di
sini. Mungkin Kak Ana sengaja taknak beritahu pada aku tentang hal ini awal
tadi.
“ Takpe. Faham sangat. Lagipun ini Kuala Lumpur. Kalau tak jam itu yang pelik sebenarnya.”
Adam tertawa kecil. Pipi tembam Boboi sempat dicuit mesra. Boboi
yang tak tahu apa – apa itu sibuk bermain dengan fon Nokia 3310 yang sudah
retak skrinnya akibat dicampak oleh dia sendiri. Memang Kak Ana sengaja khaskan
fon tu untuk Boboi. Bila Boboi mengamuk nak main handphone Iphone 4s dia, dia
bagilah telefon lama tu. Kalau aku jadi Kak Ana pun aku mungkin akan buat macam
itu juga. Tak sangguplah nak bagi Boboi campak handphone mahal sesuka hati.
“ Errmm… Kak Ana tak cakap pun angah nak join?” sela aku.
“ Sebenarnya angah yang suruh Kak Ana ajak Rene keluar. Sebab angah
tahu cakap Kak Ana je Rene akan dengar. Dan dengan cara ni saja yang boleh buat
angah jumpa Rene.” Adam menjelaskan bagi pihak Kak Ana.
“ Oooooo.. Dah berpakat laaa nii…..?” aku menebak dengan kening yang
terjungkit sebelah, pandang wajah Kak Ana dan Adam bersilih ganti.
Kak Ana tersengih sumbing. “ Eheee.. Sorry!!! Jangan marah!! Dahlah.. Jom order makan. Akak dah lapar ni. Boboi pun dah tak sabar nak makan
sekali.”
Huh! Sudah aku agak! Dia orang rancang dalam diam, tanpa pengetahuan
aku. Aku yakin ini semua Adam yang punya buah fikiran. Aku kerling seraut wajah
Adam dengan hujung mata. Dia pura – pura sibuk membaca menu. Stress!! Punyalah aku taknak jumpa dia.
Tup – tup hari ni jumpa jugak!
Selesai makan, Kak Ana tiba – tiba saja meminta diri untuk ke kedai
kasut. Dia menyuruh aku dan Adam tunggu di sini. Aku dah mula rasa tak sedap
hati. Rasanya Kak Ana bukan nak pergi kedai kasut pun. Tapi dia cuma cari
alasan untuk biarkan kami berdua – duaan di sini. Sudah tentulah ini semua di
atas permintaan Adam Khalid. Aku tak tuduh… Tapi aku dah 26 tahun jadi sepupu
dia. Dah masak sangat dengan perangai dia tu.
Adam menarik kerusi agar lebih dekat dengan aku. Sepertinya ada
sesuatu yang dia hendak perkatakan. Aku buat - buat selamba, menikmati minuman
kegemaranku iced lemon tea.
“ Masih marahkan angah ke?”
Pertanyaan dari Adam aku biarkan sepi begitu saja. Pura - pura leka
membelek handphone di tangan. Tengok Instagram, Twitter, Facebook. Ini lebih
menyenangkan hati daripada melayan mamat di sebelah aku ini.
Adam mengeluh kecil. Mungkin sedikit geram kerana aku cuma buat tak
endah saja dengan dia.
“ Cubalah letak fon tu kat tepi dulu. Angah tengah cakap dengan Rene
ni, kan?”
Adam Khalid aku buat tak ubah seperti halimunan. Biarkan dia bercakap sorang
– sorang. Aku memang tak ada mood pun. Malas nak layan dia. Geram juga dengan
Kak Ana ni. Suka hati je biarkan aku dengan Adam kat sini. Entah apa yang Adam
dah jampikan dia sampaikan dia ikut saja telunjuk Adam.
“ Would you just listen to
me?!” Adam pantas merampas telefon dari tangan aku. Aku tersentak.
“ Angah!!! Bagi balik fon Rene!” aku terus menadah tangan ke arah Adam,
meminta dia pulangkan semula handphone
kesayangan aku a.k.a nyawa aku.
Adam menggeleng laju. “ No!!
Not until you talk to me first!” Adam tak mahu kalah. Iphone5 aku selamba
saja dia simpan dalam poket seluarnya.
“ Fine!! You were saying???”
soal aku cukup sinis.
“ Masih marahkan angah?” Adam mengulangi soalan yang sama.
“ Hmmm.. Entah!” acuh tak acuh aku membalas.
“ You’ve changed… It’s like I
don’t know you anymore…” luah Adam dengan nada berbaur hampa.
Aku bungkam. Memberi dia peluang untuk meneruskan kata.
“ Dulu Rene paling senang makan pujuk. Kalau angah buat salah macam
mana pun, Rene boleh je maafkan angah. Tapi kenapa sekarang Rene susah sangat
nak beri angah peluang untuk tebus kesalahan angah pada Rene?”
“ Entahlah.. Rene dah penat.. Asyik Rene saja yang jaga hati orang.
Hati Rene ni siapa yang nak jaga?” keluh aku sebal.
“ Give me one more chance.. I
promise, I am not going to hurt you anymore..” rayu Adam penuh mengharap.
“ Don’t you ever make promises
that you cannot keep.” Tutur aku dengan riak selamba. Sebenarnya aku
sengaja tunjuk ego dengan Adam. Aku fikir dengan cara ini Adam takkan berharap
apa – apa lagi dari aku.
____________________________
“ Memang dia yang suruh Kak Ana ajak Rene keluar. Sebab dia kata kalau
dia ajak, mati hidup balik Rene takkan keluar dengan dia.” cerita Kak Ana
sewaktu kami berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Sudah tiba masa untuk
pulang ke pejabat semula.
“ Lain kali Kak Ana tak payahlah ikut cakap dia sangat.”
“ Nak buat macam mana? Akak kesian tengok dia. Merayu – rayu mintak
tolong bawak Rene datang sini.”
Haih..! Kakak aku ni memang seorang yang sangat lembut hati, senang
makan pujuk. Sikap kami ini macam langit dan bumi, banyak perbezaannya.
“ Lagipun sampai bila Rene nak bermasam muka macam ni? Adam tu
bukannya orang lain, sepupu Rene jugak. Agaknya Rene dah lupa yang dia tu yang
paling rapat dengan Rene. Dulu korang okey je akak tengok..” sambung Kak Ana.
Aku diam. Sedari dulu, kalau aku dan Adam bergaduh mesti Kak Ana
yang akan jadi orang tengah untuk damaikan kami semula. Sebab itu kalau apa – apa
hal, Adam mesti akan mengadu pada Kak Ana. Mengada – ngada!
“ Dulu lain, sekarang lain. Adam yang dulu baik, yang sekarang ni
macam pentingkan diri je.” ujar aku, meluat dengan sikap Adam yang menjengkelkan.
Kak Ana mengeluh. “ Berilah dia peluang, Rene. Manusia mana yang tak
pernah buat silap? Sudah – sudahlah tu. Berdamailah.”
Aku sudah tidak berminat untuk memanjangkan lagi topik tentang Adam
Khalid. Sampai di kereta, aku terus keluarkan kunci dari dalam beg tangan.
“ Rene dah kena pergi dah ni, kak. Akak tu bawak kereta elok – elok
ya?” pesan aku seraya menyalami dan memeluknya erat.
“ Insya – Allah. Rene pun. Jaga diri baik – baik. Kerja elok –
elok.” pesan Kak Ana pula. Peluh yang merenik di dahi Boboi dikesat dengan
belakang tangan.
“ Insya – Allah.” Aku cuit dagu Boboi sebelum masuk ke dalam kereta.
“ Boboi.. Nanti Mama Rene pergi rumah Boboi ya? Jangan nakal – nakal tau. Mama
Rene sayang dia sangat!” aku cium pipi gebu Boboi yang berbau wangi.
“ Okey, Mama Rene! See you!!”
balas Kak Ana bagi pihak si kecilnya yang comel itu. Boboi atau nama sebenarnya
Irfan Hakim baru setahun lebih. Masih belum boleh bercakap.
Aku senyum lantas segera masuk ke dalam kereta. Kak Ana juga sudah
bergerak ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari sini.
__________________
Kepala yang terasa berat dan berdenyut – denyut, mengganggu fokus
aku pada kerja yang masih belum siap. Semua benda dalam pejabat ini pun aku
nampak berlapis – lapis. Ah sudah! Ini mesti akibat aku redah hujan masa pergi
bank pagi tadi. Sebab itulah peningnya lain macam! Salah sendirilah. Siapa
suruh tak bawak payung? Omelku dalam hati.
“ Nah, nasi yang kau pesan..” Afrina meletakkan sebungkus
polisterin putih dan sebungkus teh O panas yang aku kirim di atas meja itu.
Harum semerbak bau lauk ayam masak lemak cili api yang dibeli oleh Afrina di
kafeteria bawah pejabat kami.
“ Thanks, Afrina..” ucap
aku sambil tersenyum nipis. Untung ada kawan sebaik Afrina. Dia yang rela hati
nak bungkuskan makan tengahari untuk aku akibat terlampau risau dengan keadaan
aku yang tak berapa baik.
Afrina angguk. Ubat Panadol diletakkan di tepi tetikus komputer
di meja aku. “ Lepas makan tu.. Telan ubat ni.. Biar lega sikit sakit kepala
kau tu.”
“ Awww… So sweet of you!
Terharu aku. Bertuah sungguh dapat officemate
macam kau ni.” Makin terharu aku dengan layanan Afrina yang sangat prihatin orangnya.
“ Alaa.. Just a piece of cake.
Hari ni giliran kau, esok lusa giliran aku pula.”
Aku angguk, mengerti. Kami semua di sini bukan setakat teman
sekerja, namun bagaikan satu keluarga. Saling tolong – menolong antara satu
sama lain. Hening suasana di pejabat memandangkan yang lain masih belum balik
dari keluar makan tengahari. Beberapa minit kemudian, Puan Lily, majikan kami
yang baru hendak keluar makan berhenti di meja aku.
“ Awak okey tak ni, Rene?” soal Puan Lily sambil pandang tepat ke
wajah aku. Nadanya kedengaran gusar.
“ Saya okey, puan. Cuma kepala je pening sikit.” jawab aku dengan
suara perlahan.
“ Tulah.. Gatal sangat pergi redah hujan tu siapa suruh.. Kan cari
penyakit namanya tu?” Afrina yang sudah duduk di mejanya mencelah.
Aku hanya sengih. Padanlah muka aku. Tak pasal – pasal kena bebel
dengan cik kak ni pulak. Puan Lily hanya tersenyum mendengar omelan Afrina.
“ Tak apalah.. Kalau awak rasa tak larat sangat.. Pergilah klinik.
Ambil MC. Jangan dibiarkan sakit tu melarat. Bahaya.” pesan Puan Lily lagak
seorang ibu yang begitu mengambil berat akan anaknya. Dia memang seorang
majikan yang baik. Sepanjang aku bekerja di sini, cukup selesa dengan sikapnya
yang ramah dan prihatin terhadap kakitangannya yang lain. Dia cukup mahir
dengan selok – belok perniagaan syarikat milik ayahnya ini, Dato’ Abbas.
“ Eh.. Tak apa, Puan Lily. Saya okey. Boleh bertahan lagi ni.. Kerja
pun dah tak banyak.. Sikit lagi nak siap.” balas aku kemudiannya.
“ Okey. Kalau macam tu kata awak, tak apalah. Kalau tak tahan jugak,
pergilah berehat dekat surau..”
Aku angguk. “ Terima kasih, puan.”
Puan Lily tersenyum dan berlalu pergi. Aku menghela nafas berat.
Sebungkus nasi dan teh O panas tadi aku ambil lalu menuju ke pantri. Masa untuk
mengisi perut yang sudah berkeroncong. Lepas ini boleh telan ubat. Harapnya
sakit ini akan hilang nanti.
___________________________
Seusai solat fardhu Isyak, aku terus merebahkan diri ke katil. Aku
fikir lepas saja makan ubat yang Afrina bagi, sakit kepala ini akan berkurangan
namun sangkaan aku meleset. Semakin menjadi – jadi sakitnya. Sampaikan nak
turun makan pun tak larat. Ya Allah.. Janganlah biarkan sakit ini melarat.
Masih banyak urusan di pejabat yang perlu aku selesaikan esok.
“ Rene.. Kenapa ni? Dari tadi langsung tak turun makan. Tak lapar
ke?” mama yang terjengul di sebalik daun pintu bilik tidurku itu menyoal.
Aku pandang mama dengan mata yang kuyu. “ Tak lalulah, mama…”
Mama pantas menghampiri aku dan duduk di birai katil. Aku tahu pasti
mama risaukan anaknya ini.
“ E’eh… Pucatnya muka…” mama menyentuh leher aku pula. “ Badan pun
panas ni. Lain macam je ni. Rene demam agaknya ni..”
“ Tak tahulah, mama… Tapi memang pagi tadi Rene kena hujan masa
pergi bank. Lupa bawak payung. Rene kalut nak balik pejabat. Tu Rene main redah
je tu.”
“ Rene, Rene. Kalau dah tahu badan tu lemah cepat kena penyakit,
lain kali beringatlah sikit.. Tengok sekarang siapa yang susah? Mama dengan
papa jugak tau.” Omel mama namun masih ada kelembutan di dalam nada
pertuturannya. Kepala aku diusap manja.
Aku senyum hambar. “ Tak apalah, mama. No worries. I’ll be okay. Insya – Allah esok baiklah ni. Tadi Rene
dah telan ubat. I just need some rest.
That is all.” Kata aku ingin menyedapkan hati mama.
“ Iyelah. If you need
anything, just call me. Rene rehatlah.”
“ Yes, mam.”
_______________________
Habis saja waktu kerja, aku tak tunggu lama. Terus kemas barang
untuk segera pulang ke rumah. Tak sabar nak cepat balik dek kerana kesihatan
yang tidak begitu baik. Demam bertambah teruk. Bangun tidur tadi pun rasa
semacam namun aku cuba lawan sakit ini untuk hadirkan diri ke pejabat.
Kaki yang tadinya laju menapak ke tempat parkir kereta, terhenti
saat terpandang kelibat si HD yang bersandar pada Honda Jazz warna pink methalic milik aku.
“ Abang.. Buat apa kat sini?” soal aku kehairanan dan terus
menghampirinya di situ. Sudahlah tak beritahu langsung yang dia nak datang.
“ I came to see you..” jawab Harith dengan senyumannya yang menawan.
Harith kelihatan begitu segak memakai kemeja lengan panjang warna
maroon dipadankan dengan seluar panjang warna hitam. Mesti habis saja office hour terus dia datang sini. Getus
aku dalam hati.
“ Rene nak balik dah ni.” beritahu aku dengan suara lemah. Rambut
yang terurai di dahi aku kuis ke belakang.
“ Nak balik dah? Awal lagi ni. Jom kita pergi minum petang kejap
nak? Lagipun dah berapa hari tak jumpa. Tak dengar suara. Takkan malu lagi
dengan abang pasal malam tu kut..?”
Dia pergi ungkit pasal hal malam tu buat apa? Aku baru je nak lupa,
dia sebut lagi. Sumpah aku malu. Mesti Harith fikir aku ni jenis yang suka
imagine benda 'blue' macam tu.
Disebabkan itulah hampir seminggu aku mengelak dari bertemu mata dengannya.
Setiap kali dia telefon, aku tak pernah angkat. Sekadar berbalas mesej saja,
itu pun boleh kira berapa kali aku reply
SMS dia.
“ Rene nak balik cepat.. Nak rehat..”
Harith renung muka aku sejenak. Berkerut dahinya itu. “ Okey ke tak
ni? Apasal muka pucat sangat ni?”
Harith segera menghampiri aku. Spontan belakang tangannya dilekapkan
ke dahi aku. Aku tersentak. Sejuknya tangan Harith!! Cepat – cepat aku alih
tangan dia yang macam ais dari dahi aku. Mungkin sebab aku tak sihat, sampaikan
tangan Harith pun aku rasa sejuk semacam.
“ Panasnya!! Demam ke? Dah tahu demam kenapa datang kerja jugak?”
tanya Harith yang mula menampakkan kerisauan di wajahnya.
“ Erm... Banyak sangat,.. Benda nak kena buat.. Sebab itulah.. Tak
ambil MC. Takpelah.. Rene okey.. Rene balik dulu..” kata aku sepatah – sepatah
dengan suara yang agak serak. Suara dah makin hilang. Berbotol air mineral aku
teguk, tapi rasanya langsung tak ada perubahan. Malahan semakin kronik jadinya.
“ Sure ke boleh bawak
kereta ni? Bahayalah Rene macam ni..” tutur Harith melahirkan kebimbangannya.
“ Insya – Allah Rene boleh.”
Lelaki itu masih tidak berganjak pergi. Dia segera memberikan laluan
kepada aku yang ingin membuka pintu kereta. Aku terhuyung – hayang, lemah kaki
ini untuk terus menampung tubuhku sendiri. Untuk seketika aku bersandar di tepi
kereta. Semua benda aku nampak seakan berlapis – lapis. Semakin lama aku
semakin lemah, hampir saja rebah di situ namun mujurlah Harith pantas
menyambut. Mata aku terpejam rapat.
“ Ya Allah! Rene..! Wake up!”
Harith terus mencempung tubuhku. Suaranya yang memanggil namaku kedengaran
begitu dekat di telingaku, namun aku tidak berdaya untuk menyahut. Aku pengsan
tidak sedarkan diri.
***************
saya dalam proses menyiapkan manuskrip. mintak maaf kalau lepas ni lambat update blog. perlukan fokus yang lebih untuk completekan jalan cerita. heheheee.. doakan saya ya semua? terima kasih!
z123- sy suka baca citer ni..please update ASAP...sy terbaca start drp Penulisan2u..pastu2 sy cari blog awak...
ReplyDeletefighting..
thank u so much! :)
Deletebest. awk nak hantar manuskrip dkt publ mana? KN ke? saya rasa better hantar dkt IKP (Idea Kreatif Production). Lg bgs. pendapat saya lah. btw, cerita ni makin lama makin menarik. rene dgn harith mmg spdn.
ReplyDeleteainn lala, belum decide lg nak hantar publisher mana. apa pun time kasih utk pendapat awak. saya hargai sgt :) doakan ada rezeki sy publish buku. terima kasih!
Deletebest.
ReplyDeleteheheh tq baby!
DeleteBest sgt la cerita ni! I wait for every chapter like almost everyday! Good luck anyway! :-)
ReplyDeleteawwww.. terharu saya.. terima kasih!
Deleteawesome.:D
ReplyDeletethanksssss!!
Deletenak lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... hihihi....
ReplyDeleteyaappp.. nantikan update seterusnya ok? hehehee. tq.
Deletemembaca karya ni seolah2 membaca karya aisya sofea....gd job iman....
ReplyDeleteaduhhh.. tinggi sgt pujian awak sebab aisya sofea tu otai dah. heheheee.. apa pun terima kasih sgt2. semua yg baik tu dr Allah, yang kurang itu dr saya sendiri. :)
Deletesis....it is fntstic!! haha
ReplyDeletehaha really? alhamdulillah... thank u for reading, dear! :)
DeleteSuka sgt baca u punya cerita..mmng tertunggu-tunggu all the time..unik sgt..hope sgt u akan hbiskan novel ni kat blog..klau da ad buku pun jgn lupa utk hbiskan dlm blog ye..good luck utk bukukan cerita ni..
ReplyDeletebila nak update bab 19?
ReplyDeletekalo jadi buku, saya beli!!!!!!!!!
ReplyDeletebest sgt...ada sambungan terbaru x..???
ReplyDelete