Esok malam majlis persandingan Zalia dan Hakimi akan berlangsung di Hotel
Shangri – La, Kuala Lumpur. Memang sesuailah Zalia ni jadi cucu Tan Sri Hilmi.
Dapat aku bayangkan betapa gahnya majlis resepsi dia nanti. Nama pun cucu Tan
Sri. Cucu kepada ahli korporat yang namanya cukup dikenali di Malaysia. Pun
begitu, aku lihat mommy dan adiknya, Auntie Aisya cukup low – profile. Waktu mula – mula kenal Harith dulu pun, aku tak
tahu yang dia itu cucu Tan Sri Hilmi.
Teringat pula aku pada majlis perkahwinan kami dulu, juga tak kurang
hebatnya. Kalau ikutkan aku dan Harith, nak buat kecil – kecilan saja. Tapi
atuk dan nenek yang beria benar hendak memastikan majlis kami diadakan dengan
sempurna. Sudahnya kami terima sajalah. Bila mereka sudah bersuara, jangan
sesekali membantah.
Fokus pada siaran ulangan Maharaja Lawak Mega 2012 di televisyen
terganggu tatkala ada mesej yang masuk ke telefon bimbitku. Aku yang berbaring
di atas sofa, memanjangkan tangan mengambil fon di atas meja kopi.
Reen.. Boleh kita jumpa? – Adam
Hai... Dia ni memang suka rosakkan moodlah. Aku baru je nak relaks,
tenangkan fikiran. Dia dah sibuk ajak jumpa pulak. Dahlah tu.. Eja nama aku pun
salah. Dah berapa kali aku kata jangan memandai ubah ejaan nama aku. RENE.
Bukan REEN. Walau sebutannya sama, tapi aku cukup pantang kalau nama aku salah
ejaannya.
Nak jumpa? Buat apa? – Rene
Begitu mesej yang aku taip untuk Adam. Kalau ikutkan, malas nak
jawab. Tapi.. Nanti - nanti dia akan cari aku juga. Rimas.
Ada hal nak bincang. Malam
esok angah pergi sana. Boleh? – Adam
Sorry… Tapi Rene tak boleh.
Ada kenduri kahwin jadi Rene kena pergi. Tak bolehlah jumpa esok. – Rene
Mujur ada alasan kukuh. Ya, aku masih belum bersedia untuk bertemu
dengan dia. Sakit hati dengan apa yang dia dah buat pada aku dan Amir. Bila
disuruh minta maaf, tak mahu. Ego!
Jumpa sekejap je pun tak
boleh? – Adam
Eeeii!! Dia ni kenapa tak faham bahasa? Aku rasa aku taip guna
Bahasa Melayu tadi. Apa yang payah sangat dia nak faham eh? Orang cakap ada hal
maknanya ada hallah!
Tak boleh. Takut tak
sempat. Next time ajelah. Tu pun kalau Rene tak sibuk. – Rene
Hampir 10 minit menanti, tak ada jawapan dari Adam. Lantaklah..
Bagus juga! Penat aku nak melayan kerenah dia sorang. Aku mengetap bibir bawah.
Kalau ikutkan hati nak aje aku penyek – penyek si Adam Khalid ni. Banyak
songeh!
“ Hai.. Masam je muka tu? Apa hal pulak ni?” tegur mama yang sudah
siap bertelekung. Tunggu masuk waktu Asar lagi 5 minit.
“ Adam nilah… Ajak jumpa malam esok. Dia nak datang sini.”
“ Haa.. Eloklah macam tu… Bawak – bawaklah berdamai.. Sampai bila
nak bergaduh macam ni kan?”
“ Tak.. Sayangnya kami takkan jumpa. Esokkan nak pergi majlis
resepsi Zalia? Mana sempat nak jumpa dia.” kata aku sambil membetulkan posisi.
“ Ye tak ye. Suruhlah dia datang lain kali.” pesan mama sebelum naik
ke atas.
“ Ermm.. Okey….” aku bernada malas. Arghh!! Kalau mama dah suruh aku
tak boleh buat apa - apa! Nak tak nak, aku kena mengalah jugak!! Bosan!
_________________________________
“ Angah.. Kan Rene cakap Rene ada hal. Kenapa datang jugak?” tanya
aku dengan nada tidak senang sewaktu aku berjalan keluar ke halaman rumah,
mendapatkan Adam Khalid yang sedang menanti di situ. Aku sudah siap berbaju kurung
moden chiffon warna coklat tanpa corak, dihiasi batu swarovski pada bahagian leher dan hujung lengan baju. Aku pilih baju ni sebab Hanim kata coklat ialah warna tema majlis resepsi Zalia dan Hakimi.
Bengang sungguh aku dengan abang sepupu aku yang seorang ni. Dah
berapa kali aku cakap jangan datang, tapi dia datang juga. Sudahlah aku kelam –
kabut nak ke hotel. Dia sibuk ajak jumpa jugak! Memang tak faham bahasa! Lama
sangat duduk Australia tu agaknya sampai cakap Melayu pun dia dah tak faham!
“ Maafkan angah, Rene. Tapi angah tak boleh duduk diam selagi tak
jumpa Rene. Angah nak selesaikan masalah kita baik – baik.”
“ Rene dah lambat ni.. Takut terlambat sampai pulak kalau jalan jam.
Dahlah majlis lagi 10 minit je nak mula. Tak boleh tunggu lain kali ke?”
“ Angah tahu takkan ada lain kali kalau Rene tengah marah. Lepas ni
mesti Rene akan terus elak dari jumpa angah, kan?”
Betul sangatlah tu... Bukan kami baru kenal semalam. Adam Khalid dah
masak benar dengan sikap aku. Kalau marah atau merajuk, mesti tak mahu jumpa
sesiapa. Selagi boleh elak, elak!
Dah sedia maklum yang aku terpaksa juga berdepan dengan Adam Khalid
malam ini, aku terus hantar SMS untuk si HD. Ada baiknya aku beritahu awal –
awal dekat dia. Si HD ni dah banyak kali mesej aku suruh aku datang awal.
Katanya dia malas nak bersoal jawab dengan atuk dan nenek kalau aku lambat.
Sudahlah pergi berasingan. Entah alasan apa pula yang akan dia beri pada mereka
berdua.
Rene lambat sikit. Abang
pergi dulu. Ada hal nak kena selesaikan. Kalau atuk tanya cakaplah Rene ada hal
penting. – Rene
Mesej berbalas. Tak sampai 10 saat pun. Cepatnya dia respons! Confirmed telefon tu 24 jam dekat
tangan.
Pulak…. Ermm.. Okey… Jangan
lama sangat tau… See you there.. – Harith
“ Rene bagi angah 10 minit je untuk jelaskan apa yang angah nak
jelaskan..” ujar aku dingin. Mesej Harith tadi aku tak balas.
“ Pasal hari tu… Angah tahu Rene marah… Tolonglah.. Angah tak tenang
selagi kita tak berbaik, Rene.” pujuk Adam.
Aku senyum sinis. “ Rene dah pernah cakap pada angah hari tu… Rene
tak boleh buat apa kalau angah langsung taknak buat apa yang Rene suruh. Mintak
maaf dengan Amir. Susah sangat ke nak buat?”
“ Angah tak suka dia. Sebab tu angah rasa angah tak perlu mintak
maaf pada dia.”
“ Apa sebab angah benci sangat dengan dia? Dia tak kenal angah pun…
Dia tak ada buat salah apa – apa dengan angah, kan?”
“ Memanglah dia tak kenal angah… Tapi dalam tak sedar dia dah buat
kacau dah pun…!” suara Adam naik satu oktaf. Giginya diketap kuat. Geram kerana
aku memilih untuk mempertahankan Amir dan bukannya dia.
Respons Adam sangat memeranjatkan aku. Kenapa dia angin tak tentu
pasal? Apa salah Amir? Dia kata Amir dah buat kacau? Apa yang mamat tu dah buat
pada dia? Setahu aku malam itulah kali pertama Amir jumpa dia.
“ Apa ni angah? Cuba cakap tu biar jelas sikit? Rene tak faham!”
berkerut dahi aku mendengarnya.
“ Betul Rene nak tahu kenapa angah tak suka dia?”
Aku cuma mengangguk. Gerun melihat air muka Adam Khalid. Tegang
setegang – tegangnya. Macam singa kelaparan. Bengis! Betul ke ini Adam Khalid
sepupu aku?
“ Sebab dia penghalang. Sama macam Harith jugak.” Ujar Adam lalu dia
merengus kasar.
“ Penghalang?! Angah cakap apa ni?!” Bertambah bingung aku. Jawapan
Adam mengundang seribu satu pertanyaan. Kenapa Amir dikatakan penghalang?
Harith Daniel pun terlibat sekali? Apa cerita ni?
“ Dulu angah sukakan Rene, tapi Rene dah ada Harith. Sekarang.. Rene
dah kembali solo.. Angah ingat ini peluang kedua angah untuk rapat dengan Rene
semula.. Tapi angah salah.. Sekali lagi ada tembok besar antara kita yang jadi
penghalang untuk angah terus dekat dengan Rene.. Sebab itulah angah tak suka
dia. Sama macam mana angah tak suka Harith sebab jadi penghalang untuk angah
memiliki cinta Rene!”
“ Ya Allah… Angah…..” aku begitu terkejut sehinggakan tak mampu
untuk berkata apa – apa lagi. Bermakna andaian yang dibuat oleh Bella dan
Harith tepat! Lelaki ini masih cintakan aku! Aku fikir dia redha melepaskan
cintanya demi kebahagiaan aku dan Harith. Namun pengakuan jujurnya itu
menjelaskan segala – galanya! Adam benci Harith!
“ Ya… Angah masih sayangkan Rene.. Angah masih ada hati pada Rene.
Terkejut?”
“ Angah… Angah tahu, kan? Rene tak boleh…” Tak tahu apa dan
bagaimana hendak aku luahkan. Tapi rasanya kalau aku tak jelaskan
apa – apa pun, Adam Khalid dah terlebih faham. Aku tak boleh paksa hati ini
agar sayangkan dia.
“ Kenapa? Sekarang ni Rene bukan lagi milik Harith… Tolong jangan
kata Amir dah berjaya gantikan tempat dia dalam hati Rene sekarang.” suara Adam
kedengaran lirih, kecewa dan hampa.
Aku menggeleng laju. “ Bukan itu maksud Rene. Tapi Rene nak angah
tahu.. Angah dah Rene anggap macam abang Rene sendiri.. Sebab itu Rene tak mahu
jalinkan hubungan cinta dengan angah. Angah tentu faham.. Dah banyak kali Rene
jelaskan…” ujar aku yang sudah dihujani rasa bersalah terhadapnya. Rasa
bersalah kerana sekali lagi aku terpaksa mengguris hatinya.
“ Tapi Rene boleh belajar untuk mencintai, kan?” soal Adam dengan
pandangan mengharap.
Aku menundukkan muka. Tak sanggup untuk terus menatap wajah pilu
lelaki di hadapanku ini.
“ Angah…. Maafkan Rene… Tapi Rene takkan sesekali beri harapan palsu
pada angah atau sesiapa pun… Maafkan Rene…” aku terus memberi kata putus. Lebih
baik begini dari Adam Khalid terus mengharap dan akhirnya menderita nanti.
Tidak ada kata lagi yang terungkap di bibir Adam. Nyata dia teramat
kecewa. Maafkan Rene, angah. Rene cuma luahkan apa yang Rene rasa. Rene tak
mahu angah terluka dan merana. Rene doakan agar angah dipertemukan dengan
seseorang yang lebih baik dari Rene satu hari nanti. Insya - Allah.
_____________________________________
Seperti yang aku jangka, majlis resepsi Zalia dan Hakimi sememangnya
gah dan eksklusif, dah macam wedding of
the year! Dekorasi pelamin dan dewan ini sangat indah dan menarik!!
Siapalah perancang majlis perkahwinan ini agaknya ya? Pastinya orangnya sangat
hebat kerana hasil sentuhannya begitu unik dan kreatif! Lain dari yang lain!
“ Sampai pun Rene… Daddy
ingatkan Rene tak datang dah tadi..” tegur Encik Johari, daddy Harith merangkap
bekas ayah mertuaku.
“ Eh.. Mana boleh macam tu daddy.. Dah orang jemput kenalah datang…
Maaflah lambat.. Kami ada hal sikit yang nak diselesaikan tadi…” ujar aku. Kan
betul aku cakap? Semuanya jadi kacau – bilau disebabkan oleh kehadiran Adam
Khalid yang tak diundang tadi. Pandangan aku menghala ke arah pasangan mempelai
Zalia dan Hakimi di atas pelamin. Merpati dua sejoli itu bagaikan pinang
dibelah dua!
“ Tak apa.. Majlis pun baru mula je…” Daddy pandang papa. “ Terima
kasihlah Syahril, Sofea.. Sudi jugak datang.. Lama sungguh kita tak jumpa kan…”
ujar daddy seraya memandang papa dan mama bersilih ganti. Pantas dia
menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan papa. Lelaki yang usianya
sebaya dengan papaku itu tampak sedikit gempal berbanding dulu. Rambutnya yang
dulu hitam, dah ada uban sehelai dua. Begitulah kita bila dah berusia. Semuanya
berubah. Tapi papa maintain tak ada
uban. Rambut hitam pekat macam pakai inai. Walhal tak pun.
“ Itulah.. Alhamdulillah sampai jugak kami…. Kalau tak kerana Rene
dengan Harith ni, agaknya bila pulak kita nak jumpa…” ujar papa mesra.
Aku hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Baru sekarang aku
perasan, kelibat Harith Daniel langsung tak kelihatan di dalam dewan ini. Ke
mana pula dia agaknya?
“ Daddy.. Mana Harith?” tanya aku dengan mata yang melilau ke
sekeliling, tercari - cari bayang lelaki itu.
“ Tadi dia ada.. Ni dah hilang pulak…” daddy turut melihat ke
sekeliling dewan. Berkerut dahinya bila bayang anak sulungnya itu tiba – tiba
saja lesap dari pandangan.
“ Haa.. Panjang umur dia…” kata daddy sambil menggamit Harith Daniel
yang baru masuk ke dewan.
Tersengih – sengih dia mendapatkan kami yang sudah mengambil tempat
duduk di meja VIP itu. Seketika, lelaki itu menjadi tatapan aku tanpa dia
menyedarinya. Dalam diam aku memuji ketampanannya malam ini. Dia memakai baju
Melayu cekak musang berwarna coklat, dipadankan dengan kain samping songket hitam
dan songkok hitam. Baju Melayu yang
dipakai oleh Harith malam ini mengingatkan aku pada raya Aidilfitri dua tahun
yang lalu. Itulah kali pertama kami sambut Hari Raya Aidilfitri sebagai
pasangan suami isteri. Baju Melayunya itu baju raya yang aku tempah khas sekali
dengan baju kurung moden yang aku pakai pada malam ini. Sedondon
gitu!
“ Dah lama sampai ke mama, papa?” tanya Harith seraya menyalami papa
penuh hormat.
“ Baru tadi je, Harith…” jawab papa sambil tersenyum lebar.
“ Abang pergi mana tadi?” aku menyoal sewaktu lelaki itu menyalami
mama pula.
Harith menoleh pada aku. Terus lidahnya jadi kelu membisu. Soalan
aku tak dijawab. Sebaliknya dia berterusan memandang aku tanpa berkelip mata.
Eh! Harith ni kenapa? Macam kena pukau je? Tengok aku macam tak pernah tengok
aku! Seram!
“ Abang..! Dengar tak Rene tanya?” aku menampar lengannya perlahan.
Kurang selesa bila ditatap oleh Harith seperti itu. Malu pada mama, papa, mommy
dan daddy yang semeja dengan kami. Masing – masing sudah tersenyum penuh makna
melihat tingkah Harith Daniel itu tadi.
“ Eh… Sorry… Apa dia?”
Harith baru tersedar dari khayalan.
Aku mencebik geram. Itulah! Berkhayal tak tentu masa. Sampai aku
cakap apa pun dah tak masuk dalam kepala. Ngomel aku dalam hati.
“ Rene tanya.. Abang ke mana?”
“ Oh.. Pergi ambil fon tertinggal dalam kereta tadi…” ujar Harith
sambil menayang handphone di tangan.
“ Cantik sangat Rene ya? Terpegun Harith dibuatnya…” usik papa
sambil tersenyum meleret.
“ Papaa….!” Aku mengetap gigi. Panas mukaku disakat oleh ayah
sendiri.
Serentak mereka berempat ketawa. Seronok sangatlah tu dapat usik
aku. Tak pasal – pasal aku jadi bahan usikan mereka ini malam. Merah muka aku
dibuatnya. Nasib baik atuk dan nenek leka berbual dengan para tetamu yang lain.
Kalau mereka dengar, lagi parah aku kena! Pendek kata, aku dan Harith akan jadi
topik utama mereka nanti!
“ Betul tu, papa. Cantik sangat anak papa ni… Harith ingatkan
bidadari manalah turun dari langit tadi..” puji Harith penuh makna, sekali lagi
memandang aku dengan senyuman lebar yang menghiasi bibirnya itu.
Erkk!! Bidadari? Harith Daniel ni demam labi – labi ke? Aku
dikatanya bidadari? Rabun ke bekas suami aku ni? Kalau bab memuji, dialah
juara! Papa, mama, mommy dan daddy sudah tersengih macam kerang busuk. Aku rasa
macam nak tukar muka sekarang jugak! Harith ni memang nak kena! Patutlah dia
pandang aku semacam. Terpesona dengan penampilan akulah kononnya!
“ Dahlah.. Rene lapar. Nak pergi makan. Bye.” Aku yang sudah malas hendak melayan mereka, pantas bangkit dari
kerusi dan berlalu ke meja buffet.
__________________________________
“ Tadi kenapa lambat?” tanya Harith.
“ Err… Ada masalah sikit kat rumah tadi..” Tersekat - sekat aku
menjawab, sekali gus menyembunyikan tentang pertemuan aku dan abang sepupuku
itu tadi. Kalau Harith tahu, pasti akan banyak lagi soalan yang akan keluar
dari bibirnya nanti. Lebih berbahaya kalau Harith tahu yang abang sepupuku itu
sebenarnya masih mencintai aku seperti dulu.
“ Masalah? Masalah apa? Besar ke kecik?”
“ Kecik.. Don’t worry..
Dah selesai dah pun..”
“ Tadi atuk dah tanya dah mana Rene.. Nasib baiklah abang pandai cover line.. Abang cakap Rene kena balik
rumah mama dulu baru datang sini…”
Aku menghembus nafas lega. Nasib baik! Bijak jugalah mamat ni dalam
hal – hal macam ni. Buat seketika kami membisu. Aku ralit memerhatikan Zalia dan
Hakimi yang sedang bersuap – suapan di meja makan pengantin. 3 – 4 orang
jurugambar sibuk ambil gambar mereka. Dengar kata nanti siap ada
video kahwin mereka. Terbaik!
Kami dihiburkan dengan persembahan dari Hanim dan Zameer, adiknya
Zalia. Kalau di awal majlis tadi mereka menyanyikan lagu Selamat Pengantin
Baru, kemudian lagu Kompang Dipalu. Sekarang ini, mereka berduet menyanyikan
lagu Endless Love. Gandingan vokal yang mantap dan merdu! Nyanyian yang sungguh
mengasyikkan. Berbeza dengan Zaquan kembarnya si Zameer. Suaranya biasa – biasa
saja, tapi dia berbakat dalam bermain alat muzik. Walaupun kembar, tak
semestinya bakat sama!
Tersenyum aku melihat Hanim dan Zameer yang mengalunkan lagu itu
dengan penuh penghayatan.
My love,
There's only you in my life
The only thing that's
bright
My first love,
You're every breath that I
take
You're every step I make
And I
I want to share
All my love with you
No one else will do...
And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you
care
Ooh yes, you will always be
My endless love…
Tersentuh hati ini mendengar bait - bait liriknya. Tak tahu kenapa.
Mungkin juga kerana lagu ini adalah lagu kegemaran Harith dan aku. Sebab itulah
tak pasal - pasal aku jiwa kacau.
Akibat terleka dengan nyanyian Hanim dan Zameer, aku langsung tak
sedar yang aku kini sedang diperhatikan oleh Harith. Senyuman tidak lekang di
bibirnya. Mulalah aku jadi tak senang bila Harith buat macam tu. Panahan
matanya bisa membuatkan hati wanita cair, meleleh macam ais krim!
“ Abang… Behave sikitlah…
Jaga mata tu…” tegur aku tanpa mengerling ke arahnya walau sekilas.
“ Kenapa dengan mata abang?” Harith semakin galak merenung aku.
Langsung tak pedulikan teguran aku tadi.
Aku mendengus. Buat – buat tak faham pulak dia... Cucuk mata tu
dengan garfu baru tahu!
“ Mata abang tu rosak kut. Dari tadi asyik pandang sini je. Cuba
pandang sana pulak…”
“ Dah yang dekat depan abang ni aje yang tak jemu mata memandang…
Baik pandang yang ni aje.. Buat apa pandang yang lain…”
Hurmm... Rasanya kalau aku
cakap apa pun memang Harith takkan peduli. Sepatah aku cakap, berpatah – patah
dia balas. Payah juga bercakap dengan orang macam ni. Petah tahap melampau!
Layaknya dia jadi peguam, bukan arkitek! Berdebat, berhujah dengan Harith
Daniel siapa pun takkan menang!
“ Bila tengok Zalia dengan suami dia, buat abang teringat pada
kenangan kita. Masa majlis nikah kita.. Masa tu Tuhan je yang tahu perasaan
abang.. Macam tak percaya Rene Hannani adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk
Harith Daniel,” kata Harith sambil dari jauh melihat Zalia dan Hakimi yang
sudah sedia untuk acara memotong kek pula.
Aku diam. Serentak itu semua memori itu masuk ke dalam ingatanku.
Memori indah yang tak mungkin kami lupa sampai bila – bila.
“ Satu perasaan yang tak dapat abang gambarkan dengan kata – kata,
sebaik kita sah diijabkabulkan. Bila abang kucup dahi Rene.. Subhanallah.. Baru
abang tahu betapa indahnya perasaan itu.. Semuanya jadi halal untuk kita. Tak
ada batasan pun...” sambung Harith.
Jauh di sudut hati aku mengiakan kata – katanya. Bukan dia saja yang
dapat merasa itu semua, bahkan aku juga begitu. Tatkala bibirnya mengucup dahi
ini, aku hampir menitiskan air mata terharu, bersyukur kerana akhirnya doa ini
dimakbulkan oleh Yang Esa.
“ Ada satu benda yang paling abang ingat waktu tu... Nak tahu tak
apa?” tanya Harith sambil merenung aku sejenak.
“ Apa dia?” aku tak sabar ingin tahu.
“ Rene blushing bila abang
cium pipi Rene lepas tu. Hahahaa!”
Ohh!! Yang itu? Sekarang ini pun aku rasa pipi aku merah bila
terkenangkan kejadian tu. Harith dengan selambanya cium pipi aku tanpa memberi
isyarat. Depan orang ramai pulak tu!
“ Dahlah! Cukup – cukuplah cakap pasal tu! Malunyaaa...!” aku terus
menekup muka dengan kedua belah tangan.
Sakan Harith ketawakan aku. Aku sendiri tak tahan gelak bila ingat
pasal tu. Harith macam kucing gatal masa tu. Tak sabar – sabar nak cium aku,
terus dibantainya depan semua tetamu! Malu gila!
“ Kak Rene… Abang Harith! Jom ambil gambar dengan pengantin! Cepat!”
ajak Hanim, sekali gus membantutkan perbualan kami.
Ambil gambar? Kenapa nak kena ambil gambar dengan pengantin pulak?
Tak ambil gambar tak boleh ke?
“ Eh… Alaa.. Seganlaa..” luah aku.
“ Segan apanya? Bukannya akak takde hidung… Jomlaaa.. Kejap je….
Mommy daddy semua dah tunggu dah tu..” Hanim terus menarik tangan aku dan
menuju ke pelamin. Harith menurut dari belakang.
Di atas pelamin, mommy dan daddy statik berdiri di kiri dan kanan
kerusi pengantin. Mommy di sebelah Zalia, daddy di sebelah Hakimi. Hanim pula
duduk di atas anak tangga pelamin. Aku dan Harith berdiri di belakang Zalia dan
Hakimi. Pandai betul kameraman atur kedudukan kami. Nak tak nak terpaksalah
ikut. Nanti dalam gambar nampak tak cantik pulak. Saat ini aku tak ubah macam
robot. Tegak berdiri dan langsung tak bergerak. Kaku, keras macam kayu. Walhal
aku kalau bab berposing, kalah model!
Tapi hari ni entah apa yang dah jadi dengan aku. Apa lagi berdiri di depan
hampir 400 orang tetamu di dewan ini buat aku terasa hendak pitam.
“ Rapat sikit Kak Rene.. Kenapa jauh sangat dengan Abang Harith tu?”
Zaquan yang berdiri dekat dengan pelamin menegur.
Hah? Rapat dengan Harith? Biar betul? Ishhh!! Ini yang aku malas ni!
Aku menggumam dalam hati. Baru saja
hendak rapatkan kedudukan dengan Harith, tanpa diduga tangan Harith mendarat di
pinggang aku, menarik aku agar lebih dekat dengannya. Aku tergamam! Darah
seakan berhenti mengalir. Nafas juga bagaikan tersekat. Aku menelan air liur.
Bulat mata aku pandang Harith yang hanya fokuskan penglihatannya pada lensa
kamera di depan. Aku berkalih pandang pada papa dan mama yang duduk di meja
VIP. Mereka tersengih – sengih memandang kami dari jauh. Harith tetap juga
dengan wajah selamba. Tanpa segan – silunya dia memeluk aku di khalayak ramai
membuatkan wajahku merona merah!
“ Senyum sikit…. Kita nak ambil gambar ni…” bisik Harith dengan
senyuman manis di bibir.
Walaupun kurang selesa berada di dalam situasi ini, aku paksa juga
bibir untuk menarik senyum walaupun saat ini aku cuma rasa nak lempang Harith
yang sengaja mengemaskan pelukan di pinggang aku. Damn it!! Mamat ni ambil kesempatan nampaknya!!! Kalau tak
mengenangkan yang kami sekarang di depan orang ramai, memang dah lama aku siku
dia!
gud job iman ariana.....suka cite ni...x sbr nk tggu yg seterusnya....cepat2 update yer....moga happy ending....
ReplyDeletetq kaklong! happy ending atau tidak.. jengg jengg jenggg.. sama2 kita tunggu. hehehehee
DeleteBest sgt. Nk lg!
ReplyDeletethankssss!! :)
DeleteHahahah....best jln crta...good job sis...nak lagi
ReplyDeletethank u fatin ila! :) insyaAllah will update the next chapter soon :)
DeleteMemang terbaik. Sambung lagi. Harith mmHg sengaja membakar hati Rene
ReplyDeleteterima kasih!! :)
Deletebest3! hehehee
ReplyDeletefirst time dtg blog ni..
ReplyDeleteni mmg cte cerpen ke.. or ct benar?
by the way.. ur article is great.. :)