Thursday, 1 January 2015

Oh My Ex-Husband! 30

HUJUNG minggu kali ini agak membosankan bagi aku. Disebabkan itu, aku terus bersiap-siap untuk ke The Gardens. Dapat window shopping pun jadilah daripada asyik terperap di rumah tak buat apa-apa. Boleh mati kebosanan aku nanti! Ditakdirkan Tuhan, aku terserempak dengan Amirullah di sana.

“You buat apa tu?” aku tengok Amir dari tadi asyik sangat main conteng-conteng atas tisu. Datang The Gardens tak ada tempat lain lagi yang akan kami singgah melainkan Alexis. Dapat juga makan pavlova setelah sekian lama tak merasa pencuci mulut kegemaran.

“I lukis kita. Nah, dah siap!” Amir hulur tisu tadi pada aku.

Aku tergelak melihat karikatur yang dilukis oleh Amir. Karikatur aku dan dia, naik vespa berdua. Alahai.. Comel gila! Kagum aku melihat hasil contengannya ini. Amir pandai melukis. Tak aku sangka jurutera seperti dia ada kebolehan dalam melukis. Rasanya kalau cuba apply jadi kartunis dah boleh sangat dah ni!

“Ya Allah! Comelnya!! Kreatif sangat you ni! Kenapa tak jadi kartunis je? You memang berbakat sangat bab lukis-lukis ni, kan?” aku masih ralit menilik lukisan kreatif dari Amir.

“Jadi kartunis? Taknaklah! Melukis ni hobi I je. Tak pernah terfikir nak jadikan kerjaya. Sesekali tu gatal tangan jugaklah nak melukis..”

“Bestnya pandai melukis! I pulak langsung takde seni. Tangan I keras macam kayu. Masa sekolah dulu bila masuk subjek Pendidikan Seni mesti I rasa stressed sebab kalau cikgu suruh lukis apa-apa mesti I tak boleh buat. Lukis je padam, lukis, padam, lukis, lukis, lukis.. Padam, padam, padam. Sampai berlubang kertas tu dibuatnya.” ujar aku. Iri hati dengan bakat terpendam Amirullah. Dia yang lelaki pun tahu melukis. Aku yang perempuan ni pula tangan macam kayu! Suruh lukis kucing jadi tikus. Lukis bunga raya jadi bunga matahari. Tak ke haru-biru namanya tu?

Amir ketawa. “Alaa.. Setiap orang ada kebolehan masing-masing. I pandai lukis tapi I tak pandai masak macam you. You serba-serbi boleh masak. Sebut je nak apa, mesti you boleh buat. I rasa tak lama lagi you bolehlah masuk MasterChef Malaysia tu pulak,”

“Ada-ada ajelah abang ni!” Aku terus menekup mulut. Tersasul panggil Amir abang! Ya Allah! Tak sengaja!! Aku ingat aku tengah bercakap dengan Harith! Aduh! Apa yang tak kenanya dengan aku ni? Baru dua hari tak jumpa Harith, aku dah kronik macam ni? Dua hari tak tengok dia, aku rasa kehilangan sesuatu. Macam ada yang tak lengkap.

“Hah? Apa dia? Abang?” Amir terpempan.

Aku menggeleng laju. Tak sengaja! Tak sengaja!! Nama pun tersasul!! Ya Allah! Malunya!

“Haaa.. Ni mesti ingatkan Harith! Sebab tu tersasul panggil I abang, kan?” Amir serkap jarang.

“Sorry! Tak sengaja!”

“Rindulah tuuu..!”

Aku malas nak pedulikan Amir. Aku sengaja pekakkan telinga. Bengonglah kau ni, Rene! Lain kali mulut tu jagalah sikit. Ini tak pasal-pasal kena bahan dengan Amir pula.

“Ni mesti sebab Harith you tak pakai rantai I bagi tu. Betul tak?” Pandangan Amir jatuh pada leher aku yang kosong tanpa sebarang aksesori. Nasib baiklah hari ni aku pakai gelang Hermes. Kalau pakai gelang Pandora tu mesti Amir sentap.

“Aaa.. Sebenarnya.. I lupa!” aku mulalah cari helah. Jujur aku kata memang aku sengaja tak pakai rantai tu. Sebab aku ingat Harith cakap dia tak suka aku pakai rantai yang Amir beri. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk jaga hati dia. Tak mahu buat dia cemburu, tak mahu bangkitkan kemarahannya lagi. Pendek kata, aku ingin jaga hubungan kami sebaik mungkin dan tidak mahu ianya terjejas lagi.

“Alaaa.. Tak payah kelentonglah, Rene. Cakap aje kalau betul. I takkan marah. Takkan ambil hati sikit pun. Sebab I dah boleh baca apa yang ada dalam hati you.”

Aku dah tak senang duduk. Amir tiba-tiba saja berubah mood. Serius dan tidak ada senyuman di wajahnya. Jangan-jangan Amir marahkan aku. Habislah! What should I do?

“Alang-alang dah cakap pasal ni apa salahnya kalau you mengaku je dengan I, Rene. Be honest, I need to know the truth. You masih cintakan dia atau tidak? Kali ni I nak dengar jawapan yang jujur. I taknak you mengelat lagi. Luahkan semua. You do love him, don’t you?” Amir berterusan merenung anak mataku.

Aku tarik nafas dalam-dalam, sebelum mengiakan tekaan Amir yang tepat belaka.

“Sejujurnya, hati I masih ada dia..” aku memilih untuk berlaku jujur. Tak perlu berahsia lagi. Amir bukannya anak kecil yang naif. Dia sudah cukup dewasa dan matang untuk memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Inilah apa yang aku rasa. Bila Harith jauh di mata, baru aku sedar yang aku sememangnya perlukan Harith di sisi. Sehari kalau Harith tak call, aku rasa semacam. Jiwa bagaikan kosong dan sepi. Tapi bila dia ada, hidup aku berseri-seri!

“I dah agak dah. Sebab sebelum ni pun you mana pernah cakap you sayang I. Sejak I dapat tahu yang you pernah jadi isteri Harith, lagilah I dapat rasa itulah penyebabnya you tak boleh nak balas cinta I. Bila I tengok Harith macam cuba curi hati you balik, I dah ingatkan diri I agar jangan letak harapan yang tinggi pada you. Sekarang apa yang I jangka dah pun terjadi.”

“Maafkan I, Amir. I takde niat nak sakitkan hati you.”

“Taklah. Jangan risau. I tak marah you dan I tak ambil hati sikit pun sebab I dah boleh agak. Tipulah kalau I langsung tak rasa frust. Tapi insya-Allah kekecewaan I ni akan terubat juga nanti, lagipun I tahu tak ada gunanya kalau I paksa you terima I sedangkan dalam hati you ada orang lain.”

Aku tersenyum pahit. Jauh di sudut hati aku mengagumi lelaki di hadapanku ini. Aku sangka dia pasti akan mengamuk bagai nak gila setelah mengetahui kebenarannya. Namun aku silap. Amir menerimanya dengan tenang dan masih mampu untuk tersenyum. Tapi apa yang tersirat dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Mungkin dia kecewa, mungkin juga terluka.

Lantaran itu aku terkenangkan Adam Khalid. Kalaulah lelaki itu juga seperti Amir, alangkah gembiranya aku. Tapi manusia ni rambut saja sama hitam, hati lain-lain. Sikap mereka jauh berbeza, macam langit dengan bumi!

“Kita masih okey, kan? Kita tetap akan jadi kawan baik sampai bila-bila, kan? Jangan disebabkan ni you jauhkan diri you dari I pulak.” aku dihimpit rasa bersalah. Sekali lagi aku melukai hati insan yang tidak berdosa. Dia dan Adam. Dua-dua mengharapkan cinta dari aku yang serba kekurangan. Dan aku takut persahabatan kami akan terjejas kerana ini.

“Jangan risau. I tetap sayangkan you walaupun you tak boleh jadi milik I. I will always be there for you, Rene. Whenever you need me.”

“Kenapa you baik sangat? Sedangkan I dah banyak sangat sakitkan hati you.”

“Habis tu takkan you nak suruh I balas balik semua perbuatan you pada I? You ingat I ni kejam sangat ke sampai semua benda pun nak berdendam. You rasa I jenis yang macam tu?”

Aku hanya menggeleng kecil. Seraut wajah Amir menjadi tatapan aku sejenak. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan riak marah atau hampa. Kalaulah semua orang bersikap seperti ini, dunia ini pasti akan aman dan tenteram. Kan?

“Harith and I are like siblings. We share everything together. Dia je kawan baik yang I ada. Kawan sampai mati. I nak tengok dia bahagia. Macam tu juga dengan you. I nak you bahagia. Bahagia you, bahagialah I.”

“Habis tu mama dengan babah you macam mana? Apa you nak cakap pada dia orang nanti?”

“Alaaa.. Pandailah I slow talk dengan mereka nanti. Cakap tak ada jodoh. Habis cerita.” Ujar Amir tenang.

“Thank you, Amir. I yakin dengan kebaikan dan ketulusan hati you ni pasti Allah akan balas dengan kebaikan dan pahala yang berlipat ganda. Insya-Allah, Tuhan dah aturkan jodoh you dengan seseorang yang lebih layak terima cinta dan kasih sayang dari you, Amir.”

Senyum meleret Amir. “Amin. Ni I nak pesan, kalau Harith sakitkan hati you, cakap dekat I. Biar I belasah dia cukup-cukup. Tau?” tutur Amir serius sambil mengenggam penumbuknya kuat.

Aku ketawa, lantas mengangguk laju. Kalau Harith sakitkan hati aku, memang habislah dia. Bukan setakat Amir je, Adam pun dah lama nak belasah dia. Lepas ni tak pasal-pasal dua lawan satu.

“Oh ya! You tahu kan Harith pergi Melaka untuk ziarah kawan dia yang sakit kat sana. You kenal tak siapa?” Terlintas di fikiranku untuk bertanyakan tentang itu pada Amir. Hari tu aku terlupa nak tanya Harith nama kawan dia tu. Saja nak tahu.

Dahi Amir berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “Kawan Harith? Tak. Tak kenal. Mungkin tu kawan masa dia belajar dekat U dulu kut.. Kenapa?”

“Takde. Saja tanya. Ingatkan you kenal siapa kawan Harith yang duduk kat Melaka tu.”

Dengan senyuman kelat, Amir menggeleng. “Jom balik. Dah nak Maghrib..”

Aku angguk, segera mengekori Amir dari belakang melangkah keluar dari sini.







IPHONE 5 berbunyi kuat. Aku yang baru hendak berbaring di katil sementara tunggu masuk waktu Maghrib pantas mencapai fon di atas meja solek. Terujanya aku melihat nama si pemanggil yang amat aku rindui muncul di skrin telefon itu.

“Assalamualaikum,” ucapku lembut. Terubat kerinduan ini akhirnya. Seharian tunggu dia telefon, nak dengar suara machonya. Aku berbaring semula di katil.

“Waalaikumussalam. Rene kat mana ni? Tadi kenapa tak jawab abang call?” soal Harith bertubi-tubi.

“Sorry, Rene tak dengar fon. Rene dekat The Gardens tadi.” beritahu aku.

“Patutlah. Rene dengan siapa?”

“Dengan Amir.”

“Amir? Tak cakap pun dekat abang Rene nak keluar dengan dia?” intonasi Harith berubah. Marah atau cemburu aku tidak pasti. Yang pasti, dia terkejut bila tahu aku ada dengan kawan baiknya itu tadi.

Alamak! Silap pulak aku tak mesej dia tadi. Kalau cakap awal-awal tak adalah jadi macam ni. Tapi aku memang langsung tak terfikir nak mesej dia. Okey. Itu satu kesilapan yang tak seharusnya berulang lagi lepas ini. Aku mengingatkan diri sendiri.

“Tak, sebenarnya Rene terserempak dengan dia kat situ. Alang-alang jumpa, kita orang lepaklah sekali. Minum petang, chit-chat.”

“Betul ni? Bukan dating?” Harith seperti mencurigai aku.

“Abang ni ke situ pulak perginya. Kan Rene dah cakap kita orang terserempak, tak plan pun nak jumpa.” jelas aku sungguh-sungguh. Lepas ini kalau nak ke mana-mana, harus beritahu dia dulu. Kalau tidak, ada pula yang fikir aku tak jujur dengan dia.

“Yelah.. Abang percaya.”

Aku senyum nipis. Mr. Bear di sebelah aku pandang sekilas. Wahai Mr. Bear, bilalah tuan kau ni nak balik? Kau agak-agak, dia rindukan aku macam aku rindukan dia tak? Aku bermonolog di dalam hati.

“Papaaa.. Mama panggill!” suara budak kecil kedengaran sayup-sayup di corong telefon.

Eh? Ada orang ke kat sana? Papa? Mama? Anak siapa pulak tu? Aku mengerut dahi.

“Hello? Abang? Abang dekat mana ni? Suara budak mana tadi tu?”

“Ha? Abang dekat kedai makan ni. Suara budak? Budak mana?”

“Tadi Rene dengar ada budak jerit panggil papa. Siapa?” Memang betul ada suara budak tadi. Takkanlah aku saja yang dengar? Biar betul?!

“Oh! Itu anak tauke kedai ni. Dia duk main lari-lari kat sini.”

Kus semangat! Ingatkan aku sorang je dengar! Meremang bulu roma jugalah kalau macam tu! Dahlah waktu senja macam ni! Jangan main-main! Aiyarkk!! Macam manalah aku boleh terfikir sampai ke tahap itu pulak? Banyak sangat tengok cerita hantulah ni! Kuat betul pengaruhnya. Heshh!!

“Ooo.. Ermm.. Abang balik KL bila?”

“Tak tahu lagi, sayang. Maybe esok atau lusa. Kenapa? Rindu ye?”

Aduhai..! Dia makin kerap panggil aku sayang. Aku senyum segaris. Angau! Love sick! Memang sahlah penyakit aku ini tak boleh diubati lagi melainkan Harith Daniel saja yang boleh menjadi penawarnya. Ha ha ha!

“Alaa.. Orang tanya ajelah,” Boleh pula aku nak cover line. Masih malu-malu hendak berterus-terang. Ya, Harith. Rene Hannani rindukan awak. Luahan itu cuma bergema di dalam hati. Malu punya pasal, rela terseksa menanggung rindu. Teruklah kau ni, Rene!

“Eleehh.. Rindu abang mengaku ajelah! Malu-malu pulak dia. Abang pun rindu sangat dekat Rene.”

“Mengada-ngada!” muka aku sudah panas semacam. Harith dah tahu! Tapi sengaja buat-buat tanya.

“Biarlah orang tu nak cakap abang mengada-ngada pun. Abang tak malu pun dengan dia. Abang rindu sangat dekat buah hati abang ni, tak sabar nak balik KL. Nak jumpa kesayangan abang kat sana.”

“Yelah tu. Boleh percaya ke tu?”

“Betul. Demi Allah! Percayalah. Dah dua malam tak lena tidur asyik ingatkan Rene je.. Rene kalau rindukan abang peluklah Mr. Bear tu. Anggap Rene peluk abang je bila nak tidur nanti.”

“Eeee.. Naughty!! Cubit kang!”

“Taknak cubit. Tak best. Cium naklah.. He he he he!!”

“Dah, dah! Jangan nak merepek. Dah Maghrib ni. Rene nak mandi lepas tu solat. Nanti-nanti kita borak lagi.”

“Okey, sayang. I miss you already. Take care.”

“Insya-Allah. Abang pun. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aku tersenyum-senyum sendiri. Meleret sampai ke telinga. I miss you too, Harith Daniel. Tak sabar tunggu dia balik ke sini. Rindu kian mencengkam di dada. Tak sabar nak jumpa dia lagi!







SEPERTI yang diarahkan oleh mama, aku bergegas ke rumah mak long a.k.a kediaman keluarga Adam Khalid di Shah Alam. Mama suruh aku hantar barang. Mulanya mama yang nak hantar sendiri, tapi papa pula tiba-tiba sakit kepala jadi tak boleh biarkan papa di rumah seorang diri.

“Pak long mana, mak long? Kereta pun tak ada ni.” tanya aku seraya melangkah ke arah mak long yang menanti di pintu. Sunyi rumah ini. Garaj kereta pun kosong. Mana pergi semua orang?

“Pak long kamu katanya nak pergi ambil Adam kat rumah kawan dia. Dari tadi tak balik-balik. Mak long pun tak tahulah ke mana pulak dua beranak tu pergi..”

Aku segera menyalami mak long lalu menyerahkan paper bag yang ada bekas 1 set bekas Tupperware di dalamnya.

“Mehlah masuk dulu, Rene. Mak long buat air kejap.” pelawa mak long.

Aku angguk. Elok saja aku hendak masuk ke rumah, kedengaran enjin kereta pak long masuk ke parkir garaj. Aku tak jadi nak masuk bila terlihat Adam Khalid yang baru keluar dari kereta berjalan terhencot-hencot. Dengan dahinya melecet, mata kirinya pula lebam dan hujung bibirnya berdarah. Macam baru lepas bertumbuk!

“Ya Allah! Angah!! Apa dah jadi ni?!” kaget aku bertanya. Segera membantu pak long memapahnya masuk ke dalam rumah.

Adam bagai tidak mendengar pertanyaanku. Dengan penuh kepayahan dia cuba untuk melangkah. Sesekali terdengar dia mengaduh perlahan. Erat pautan aku pada lengannya.

“Astaughfirullah hal azim, Adam!! Kenapa dengan kamu ni?! Lebam sana, bengkak sini! Kamu pergi bertumbuk dengan siapa ni?!” mak long menerpa ke arah Adam sebaik kami bergerak ke ruang tamu.

“Abang pun tak tahulah apa kenanya dengan anak awak ni. Sejak bila dia ada musuh pun abang tak tahu.” pak long membantu Adam duduk di kerusi.

“Bukan macam tulah, ayah. Adam tak.. Bermusuhan.. dengan sesiapa pun...” tutur Adam dengan penuh kepayahan. Luka di bibirnya disentuh perlahan.

“Habis tu?! Adam nak kata bengkak-bengkak ni semua tiba-tiba ada sendiri? Macam tu?!” mak long nampaknya sudah tidak terkawal emosi. Bimbang, terkejut dan panik melihat keadaan anak terunanya yang seorang ini.

“Sudah-sudahlah tu. Tak guna bebelkan budak ni sekarang. Baik pergi ambil ubat, buat cuci luka si Adam ni.” ujar pak long tidak mahu isterinya mengeruhkan keadaan.

Mak long segera berlalu ke tingkat atas seperti yang disuruh oleh pak long. Aku pula hanya mampu memandang abang sepupuku itu dengan rasa sayu. Apa yang jadi sebenarnya ni? Adam kata dia tak ada musuh tapi kenapa dia kena belasah teruk macam ni? Siapa yang punya angkara?







“OUCHH!!” Adam terjerit kesakitan saat aku sapu ubat pada luka di dahinya.

“Tahanlah sikit..” ujar aku lembut.

Aku merapatkan kedudukan kami, membuatkan Adam terus menundukkan pandangannya. Sikit pun dia tak pandang aku. Aku cuci pula luka di hujung bibir Adam. Bibirnya yang berdarah aku tekap dengan kapas sehabis lembut, tidak mahu menyakitinya. Adam hanya membiarkan.

“Lain kali jangan buat macam ni lagi. Jangan buat mak long dengan pak long susah hati,” aku memberanikan diri untuk menasihati Adam. Biarlah kalau Adam nak kata aku busy body pun aku tak kisah. Baru tadi Adam beritahu yang dia dibelasah oleh seorang lelaki hanya kerana hal yang tak seberapa. Adam cuma ingin tolong kawannya minta hutang. Tanpa disangka-sangka, lelaki itu naik berang dan belasah Adam. Adam ni kan ada ilmu silat? Dah tentu dia melawan. Tapi tak sangka pulalah orang yang belasah dia tu jauh lebih kuat dari Adam. Sekali tumbuk pecah bibir Adam. Kesian Adam.

Tidak ada respons dari abang sepupuku itu. Entah dia dengar entahkan tidak. Aku ni cakap dengan orang ke cakap dengan dinding? Mukanya berkerut kesakitan.

“Angah dengar tak apa Rene cakap?” soalku sedikit geram bila Adam tak endahkan aku. Orang risaukan dia, dia boleh pula buat tak tahu dengan kita.

“Kan angah dah cakap ni semua tak disengajakan? Bukannya angah mintak kena belasah macam ni..” akhirnya Adam bersuara. Cuba untuk membela diri.

“Rene cuma cakap je. Rene pun risau tengok angah ni.”

Tuala kecil di tangan aku dirampas Adam. “Aku boleh buat sendiri! Aku tak hadap kau layan aku macam ni!”

Aku tergamam. Terasa hati dek bahasa kasar yang dilontarkan lelaki itu. Tiba-tiba dia berubah angin. Pasti Adam bersikap begitu kerana dia bengangkan aku yang tak sudah-sudah meleteri dia. Aku tenung Adam lama. Kenapalah Adam layan aku seteruk ini?

“Rene cuma nak tolong angah, takkan itu pun salah?”

“I don’t need your help!!”

“Kenapa angah jadi macam ni? Benci sangat angah dekat Rene. Angah buat Rene tak ubah macam musuh,”

Adam senyum sinis. “Selama ni kalau aku layan kau baik-baik pun ada kau peduli?! Takde, kan?!”Adam mencerlungkan mata.

Aku tersentap. Kasar sungguh cara dia bercakap. Adam tidak lagi membahasakan dirinya angah, tidak juga panggil aku Rene. Sebelum ini dia tak pernah guna 'kau-aku' bila bercakap. Kalau ada pun bila dengan kawan-kawan dia saja.

“Lagi aku baik dengan kau, lagi kau nak lari dari aku. Sikit pun kau tak peduli perasaan aku! Mentang-mentanglah aku ni banyak kekurangan, tak macam bekas laki kau yang kau tergila-gilakan sangat tu! Serba-serbi ada, serba-serbi sempurna!! Sebab itulah kau layan aku macam sampah, kan?!” tempik Adam, naik angin tak tentu pasal. Nafasnya turun naik menahan marah.

“Angah salah. Rene tak pernah..”

“Dahhh!! Aku taknak dengar apa-apa lagi! Balik!” Adam menarik aku kasar bangun dari sofa sebelum aku diheret ke pintu. Kuat lengan aku dicengkamnya. Hendak melawan aku tak berdaya. Sukar untuk aku percaya abang sepupu aku berkelakuan gila seperti ini. Sebelum ini Adam tidak pernah mengasari aku, ini pertama kali. Bebola mataku sudah dibasahi air mata.

“Angah! Jangan buat macam ni!! Tolonglah!!” aku meronta-ronta agar dilepaskan. Aku cuba tepis tangan Adam namun gagal. Ya Allah! Apa dah jadi dengan Adam Khalid? Apa yang dia nak buat pada aku?

“Berambus! Jangan datang sini lagi!! Berambus!!” tanpa rasa bersalah Adam terus menolak aku keluar dan aku terjelepok di situ. Merah padam mukanya menandakan api kemarahannya sedang menjulang tinggi. Daun pintu dihempas kuat.

Aku di luar dibiarkan begitu saja. Pintu yang sudah ditutup rapat itu aku pandang dengan mata yang berkaca. Setitik demi setitik air mata membasahi pipi. Sampai hati Adam buat aku macam ni. Sampai hati dia!!


*****************

Assalamualaikum & happy new year! This is the first page of 365. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dr yg sebelumnya. Tq for reading, guys! Pls take note, this will be the last post for Oh My Ex-Husband. Belum tahu lagi berjaya diterbitkan atau tidak. Kalau tak berjaya pun, ini bukan pengakhiran buat saya. Saya akan berusaha dan terus berusaha lagi sehingga berjaya. Pada kalian yang tak henti2 memberi sokongan, terima kasih saya ucapkan. Mohon maaf sekiranya banyak kekurangan di dalam cerita ini. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya sendiri. Sekali lagi, terima kasih!

9 comments:

  1. Lama nya miss writer menghilangkan diri. Mohon bagi teaser pula. Harris ada wife lain ke dekat Melaka tu? *curious* Short stories bila nak sambung? Lama tunggu ������

    ReplyDelete
  2. smga brjaya diterbitkan...truskan usha kak iman....jgn lah HD ad isteri lain sian reen nnt......

    ReplyDelete
  3. mmg addicted baca story ni. Hope segera dibukukan

    ReplyDelete
  4. so mcm mana progress?? I cant wait anymore...hehehe..

    ReplyDelete
  5. *curious*takkan la harith ada anak kut...mustahillah sbb dia cerai dgn reen pun setahun je takkan la dalam masa tu dia kahwin pastu dapat anak dan anak tu dah boleh cakap walaupun kecik lagi..mustahillah kan..tapi kalau harith dah kahwin sebelum dia kahwin dgn reen boleh aje...ish..geram la pulak kita rase..apasal la novel ni post setakat ni je sye nak sgt tahu cerita selanjutnya..apa2 pun novel ni mmg best dan terbaik giler ..i wish you good luck and saye harap sangat novel ni boleh diterbitkan...

    ReplyDelete