Tuesday 4 November 2014

Oh My Ex-Husband! 29

HARI ini Harith ajak aku ke E-One Cafe, restoran milik sepupu Bella. Kali terakhir aku ke sini, ialah waktu Harith nyanyikan lagu Kerna Ku Sayang Kamu. Kenangan malam itu memang tak aku lupa sampai sekarang. Sampai di E-One Cafe, tak sampai 10 minit pun kami duduk Harith sudah dipanggil naik ke pentas. Tak ku sangka buah cempedak menjadi nangka. Sungguh aku tak sangka yang Harith Daniel kini semakin dikenali ramai. Setiap kali dia ke sini, pasti akan ada yang buat permintaan Harith menyanyi, menghiburkan mereka semua.

Harith membisikkan sesuatu pada salah seorang gitaris live band di belakang sebelum dia duduk di kerusi bulat itu. Semua yang ada di sini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dia, termasuklah aku.

“Ladies and gentlemen, lagu yang akan saya dendangkan sebentar lagi saya tujukan khas untuk seseorang yang amat bermakna buat saya. Dia ada di sini bersama-sama kita pada malam ini,”

Satu restoran bersiul nakal, mengusik. Ada yang dah tercari-cari, melilau mata ke sana sini ingin melihat siapa gerangan yang Harith maksudkan. Harith ketawa mengekek-ngekek. Aku hanya mampu tersengih. Dalam hati tertanya-tanya lagu apa yang hendak Harith tujukan pada aku nanti.

“Untuk cik adik manis yang duduk di meja sana tu, saya harap awak enjoy malam ni,” tanpa disangka-sangka Harith menudingkan jari telunjuknya ke arah aku.

Semua pandang aku. Mukaku terasa membahang serta-merta, malu-malu kucing gitu. Aduhh!! Harith ni! Saja je nak naikkan nama aku pulak! Cukup dia seorang yang famous, tak perlulah libatkan aku sekali. Malunya!

Harith tersengih-sengih pandang aku dari atas pentas. “This song is for you, Rene. Hayati liriknya,”

Petikan gitar dari salah seorang ahli live band itu berkumandang. Tidak lama selepas itu, suara lunak Harith menyapa gegendang telinga kami semua.



Cerita ini tak lagi sama, meski hatimu selalu di sini

Mengertilah bahawa ku tak berubah

Lihat aku dari sisi yang lain



Bersandar padaku, rasakan hatiku

Bersandar padaku



Masuk bahagian korus, Harith mengajak semua yang ada di situ bertepuk tangan, ikut irama lagu yang didendangkan. Serentak mereka semua bertepuk tangan, cukup sporting dan semua pun begitu enjoy sekali. Aku cukup kagum dengan bakat Harith ini. Selain pandai bermain gitar, dia juga boleh menyanyi. Dan dia membawakan lagu Tak Lagi Sama nyanyian Noah dengan caranya tersendiri.



Dan diriku bukanlah aku, tanpa kamu tuk memelukku

Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku



Waktu yang telah kita lalui, buatmu jadi lebih bererti

Luluhkan kerasnya dinding hati

Engkaulah satu yang aku cari



Dan diriku bukanlah aku, tanpa kamu tuk memelukku

Kau melengkapiku, kau sempurnakan aku



Dan diriku bukanlah aku, tanpa kamu menemaniku

Kau menenangkanku, kau melegakan aku



Sekali lagi Harith mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang ada di sini. Dah boleh kalahkan artis terkenal pula dia ni. Semua terpaku mendengar nyanyiannya, memuji-muji kemantapan suaranya itu. Selesai menyanyi, Harith terus kembali ke tempat duduknya semula.

“Ni semua abang punya pasal. Semua orang pandang Rene je dari tadi. Malu la!” luah aku dengan wajah yang masih membahang. Ada beberapa orang yang matanya masih galak merenung aku dari tadi.

“Alaa.. Nak malu apanya? Biarlah semua orang pandang Rene. Biar semua tahu siapa gadis yang begitu istimewa di hati abang.” ujar Harith, tak lekang dengan senyuman.

Sekali lagi wajahku merona merah tatkala Harith sebut perkataan 'istimewa' itu. Rasa darah menyerbu ke muka. Pun begitu, aku masih mampu berlagak tenang, kawal gugup dan gementar yang menjalar di hati. Bertambah gementar bila sepasang mata Harith menikam tepat ke wajahku dengan panahan mata yang cukup mempesonakan. Relaks, Rene. Relaks. Tarik nafas, hembus perlahan-lahan.

Tidak berani hendak bertentang mata dengannya, aku pandang ke tempat lain. Saat ini sepasang merpati sejoli yang duduk di meja bertentangan dengan kami menarik perhatianku. Yang lelakinya berbangsa Inggeris, yang perempuan pula berbangsa Cina. Sweet sangat mereka. Saling berpegangan tangan, langsung tak lepas-lepas. Yang si lelaki pula seakan tidak jemu menatap seraut wajah ayu milik kekasih hatinya itu. Bersuap-suapan, bergelak ketawa, bergurau senda. Ah! Alangkah bahagianya mereka! Bibirku menarik senyum panjang melihat gelagat mereka. Tanpa sedar, Harith juga turut merenung aku yang terleka melihat gelagat manja merpati sejoli tadi.

“Agak-agak, kita boleh jadi macam lovebirds tu tak?” suara Harith begitu dekat dengan telingaku.

“Hmm?” aku terpinga-pinga memandangnya. Jadi macam lovebirds tu? Maksud dia apa?

“Rene rasa kita boleh ke jadi macam tu?” Harith mengulangi soalan yang sama, sambil matanya turut dihalakan ke arah pasangan kekasih itu. Jus carrot milk disedut suku gelas.

Serius aku tak faham. Apa yang Harith cuba sampaikan sebenarnya? Dia nak kami jadi macam mana? Aku pandang Harith lama-lama dengan pandangan blur. Harith ketawa. Fahamlah dia yang aku masih belum jelas dengan maksudnya itu tadi.

“What are you talking about?”

“Rene tak faham atau buat-buat tak faham? Perasan tak yang sekarang ni pun kita dah okey sangat-sangat, kan? Abang terfikir jugak, kalau kita cuba untuk pergi lebih jauh dari ini, mesti boleh kan?”

“Apa maksud abang dengan pergi jauh dari ini?”

“Abang nak kita jadi pasangan romantik macam tu. Ke mana-mana pun berdua, suka dan duka kita kongsi sama-sama. Tak kira susah atau senang, kita tetap ada untuk satu sama lain.”

Oh I see!! Aku dah faham sekarang. Adakah ini bermaksud Harith ingin kami melangkah ke peringkat yang seterusnya? Peringkat yang lebih serius. Yang lebih dari sekadar teman. Or in other words, dia nak berbaik dengan aku semula!

“Maksud abang, kita couple semula?”

Harith mengangguk sungguh-sungguh. “Abang selalu sangat berangan satu hari nanti dapat jadi buah hati Rene semula. Macam dulu-dulu. I love you, you love me. Saling memerlukan antara satu sama lain. Alangkah bahagianya kalau boleh lalui balik semua tu.” jawab Harith yang tak lekang dengan senyuman di bibir. Matanya masih ralit perhatikan pasangan kekasih berlainan bangsa itu.

“Abang ni nak bergurau pun agak-agaklah.” ujarku malas hendak membicarakan tentang hal ini dengan lebih lanjut lagi. Benda yang dah melibatkan soal hati ni yang buat aku lemah sebenarnya. Kenapa Harith tiba-tiba cakap pasal ni? Mimpi apa dia?

“Siapa kata abang bergurau? Nampak macam abang main-main? Abang serius ni.” Harith menayang riak serius. Tak ketawa, tak juga senyum.

Aku telan air liur. Gulp! Dia serius dan dia maksudkan apa yang dia cakap tadi. Tengg teng tenggg..!







PUAS melepak di E-One Cafe, Harith ajak aku balik. Aku tak terus masuk ke rumah. Sembang kejap dalam kereta.

“Abang masih berharap agar Rene boleh beri abang peluang untuk tebus semula kesalahan abang pada Rene,” luah Harith sambil memandangku penuh mengharap. Aku fikir perkara ini tidak akan berlanjutan. Rupanya Harith masih belum selesai. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.

Aku bungkam tanpa suara. Bila Harith mula ungkit tentang ini, aku mati kata. Sedari tadi lidahku kelu. Sejujurnya aku agak terkejut kerana Harith tiba-tiba saja membuat pengakuan seperti ini. Setelah sekian lama, akhirnya dia meluahkan rasa. Bukan aku tak suka, malah aku teramat bahagia mendengarnya. Namun tak aku nafikan pengalaman pahit yang pernah aku lalui dulu menyebabkan aku lebih berhati-hati. Dan aku tidak tahu sejauh manakah keikhlasannya mencintaiku? Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Aku takut luka lama berdarah kembali.

“Kalau Rene sudi, abang nak mulakan sekali lagi dengan Rene. Abang yang lukakan hati Rene jadi biarlah abang yang ubatinya semula. Abang nak hidup bahagia dengan Rene macam dulu. Tapi andai kata dah tak ada ruang di hati Rene untuk abang, abang redha..” sayu suara Harith kedengaran. Sangat menyentuh hati.

“Abang, Rene..” Sedikit ragu-ragu aku hendak meneruskan kata. Patutkah aku berikan kata putus sekarang? Semuanya terjadi dengan begitu pantas sekali. Lagipun soal hati dan perasaan bukannya boleh dibuat main. Jadi aku perlukan sedikit masa untuk beri jawapan mengenai hubungan kami.

“Rene tak perlu beri kata putus sekarang. Abang tahu Rene perlukan masa. Abang taknak Rene fikir abang ni terlalu mendesak, terburu-buru..”

Aku menghela nafas lega. Mujurlah Harith sangat memahami. Dia seakan sudah tahu apa yang aku rasa.

“Okey, Rene faham. Rene akan fikirkan sedalam-dalamnya tentang kita.”

Harith senyum lebar. “Sebelum abang terlupa abang nak cakap yang abang nak pergi Melaka hari Khamis ni,”

Melaka? Teringat apa yang Hanim pernah beritahu, abangnya kerap benar ke Melaka. Aku rasa macam nak sangat tahu apa yang ada kat sana sampaikan Harith sering ke sana.

“Melaka? Again? Hari tu pun abang dah pergi Melaka, kan? Hanim kata abang kerap ke sana. Ada apa kat Melaka tu sebenarnya?” ringan mulutku bertanya. Alang-alang Harith sebut pasal ni, baik aku tanya.

Soalan aku tak terus dijawab. Harith menghela nafas berat. Tak semena-mena, wajahnya berubah kelat. Bingung aku melihatnya. Harith bagaikan berat hati untuk memberitahu.

“Err.. Sebenarnya abang ada kawan kat sana. Kawan abang tu… Dia… Dia…” ayat Harith tergantung di situ.

“Dia apa?” aku ternanti-nanti ayat selanjutnya.

“Dia tu orang susah. Sekarang ni dia tak berapa sihat sebab tu abang kerap ke sana. Ziarah dia.” jawab Harith tanpa melihat mataku.

“Ye ke? Kesiannya dia. Habis tu dia macam mana sekarang?”

“Dah okey sikit. Tapi masih tak sihat sepenuhnya. Sebab tu sesekali abang akan ke sana. Jenguk dia.”

Aku turut bersimpati walaupun aku tak kenal dan tak tahu siapa yang dimaksudkan. Dahlah orang susah, sakit pula tu. Baru aku sedar betapa bertuahnya aku kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan alhamdulillah setakat ini makan pakai semuanya lengkap tersedia. Kalau kita rasa kita susah, ingatlah bahawa ada orang yang lebih susah dari kita. Jangan pandang pada yang ada, tapi pandanglah pada yang tiada.

Aku cukup tersentuh hati melihat keprihatinan Harith terhadap rakannya itu di saat dia memerlukan. Harith memang baik. Tak sekali dia lupakan kawan-kawannya yang di dalam kesusahan. Punyalah seronok bersembang, baru aku sedar yang hari sudah semakin lewat. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 10.30 malam.

“Dah lewat ni. Rene masuk dulu eh?” ujar aku lembut.

Harith angguk tidak membantah. Aku baru hendak membuka pintu kereta. Tiba-tiba Harith menyeru namaku perlahan. Aku toleh ke arahnya dengan kening yang sedikit terjungkit.

“Pasal apa yang kita bincangkan tadi tu, Rene fikir habis-habis. Nanti bila dah dapat jawapannya, Rene beritahu abang. Abang akan tunggu.” kata Harith.

“Insya-Allah,” balas aku dengan senyuman nipis sebelum aku turun dari kereta.

“Dah, Rene masuklah. Sejuk kat luar ni. Nanti Rene selsema pulak.” suruh Harith.

Aku angguk perlahan. “Okey. Bawak kereta elok-elok. Nanti dah sampai rumah beritahu Rene okey?” spontan aku berpesan. Dulu memang wajib aku pesan macam itu pada Harith. Sebabnya aku takkan senang hati selagi tak tahu dia dah sampai rumah atau tidak? Cukup dengan dapat SMS atau call dari dia, baru aku lega.

Makin meleret senyuman di bibir Harith. Suka sangat aku pesan macam tu agaknya.

“Okey, sayang.”

Bergetar hatiku tatkala panggilan itu terlafaz di bibirnya. Namun aku masih mampu berlagak selamba. Tanpa menanti lama, aku terus masuk ke dalam rumah. Bunyi enjin kereta Harith juga sudah tidak kedengaran menandakan lelaki itu juga sudah pergi. Pintu rumah aku kunci dan terus tersandar di situ. Terngiang-ngiang suara romantik itu memanggilku sayang. Aduh! Ini yang buat jiwa terasa melayang-layang. Aku tersenyum. Angau!







“ANGAH dengar Rene dengan Harith dah berbaik semula. Is it true?” soal Adam.

Adam yang baru hendak duduk di sebelah aku pandang sekilas. Lambat-lambat aku mengangguk.

“A’ah. Kami dah okey. Alhamdulillah.” jujur aku menjawab.

Air muka Adam berubah keruh. Berbeza benar reaksinya dengan ahli keluargaku yang lain tatkala aku memaklumkan perkara ini pada mereka. Orang yang paling gembira sudah tentulah papa dan mama. Ternyata mereka menerimanya dengan hati yang terbuka tetapi Adam Khalid pula sebaliknya. Aku fikir dia pasti akan tersenyum gembira, mengucapkan tahniah di atas kebahagiaanku ini namun sangkaanku meleset. Wahai hati, bertabahlah!

“Patutlah ceria je muka dia. Harith ada sebut apa-apa pasal rujuk?”

Aku terdiam. Perlu ke aku beritahu Adam itulah niat Harith yang sebenarnya? Kalau aku beritahu, macam mana dia? Tapi aku rasa ada baiknya aku berterus-terang. Setidak-tidaknya lepas ni Adam Khalid tak akan mengharap apa-apa lagi bukan? Aku mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan itu.

“And?” Adam tak ubah macam wartawan Melodi. Bertubi-tubi soalan dia tanya.

“Harith tak mintak jawapan sekarang. Dia faham Rene perlukan masa. Jadi sekarang ni Rene tak beri apa-apa kata putus lagi pada dia.”

“Macam mana dengan Rene? Rene masih sayang dan masih perlukan dia?”

“Kalau ya kenapa?” tanya aku sambil pandang terus ke dada langit yang sedikit mendung kelihatan. Mungkin hujan akan turun sekejap lagi. Padanlah angin pun rasa sejuk sangat petang ini.

“Then how about me, Rene? Angah pun sayangkan Rene, cintakan Rene..” luah Adam dengan suara perlahan seakan berbisik. Hampir tidak kedengaran butir bicaranya itu.

Aku memejamkan mata rapat. Tak sanggup aku lihat air mukanya itu. Ternyata dia kecewa dan hampa. Cintanya sekali lagi ditolak dengan alasan yang sama. Dan aku rasa, ianya akan kekal begini. Hati manusia itu Allah yang pegang. Rasa cinta itu pasti Dia akan lemparkan pada jiwa hamba yang dikehendakiNya. Namun mungkin bukan aku. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah tidak biarkan hati ini terpaut pada lelaki yang bernama Adam Khalid.

“Angah, Rene taknak cakap pasal ni lagi. Kalau Rene cintakan angah, dah lama Rene terima angah. Kalaulah Rene boleh paksa diri Rene untuk terima angah, Rene akan buat. Tapi sayangnya Rene tak boleh,” tegas aku.

“Tak apa. Angah sanggup tunggu.”

“Jangan! Jangan jadi bodoh kerana cinta. Jangan seksa diri angah sebab Rene!” aku pandang wajah itu tajam. Bodohlah Adam Khalid kalau terus menunggu sesuatu yang tidak pasti.

“Demi Rene, terseksa bertahun lamanya pun angah sanggup. Kalau itu saja caranya untuk angah buktikan betapa besarnya cinta angah pada Rene. Seandainya Rene tetap menolak, tak apalah. Mungkin sudah takdir yang angah tak layak untuk hidup bahagia dengan orang yang angah sayang..”

Aku menghela nafas berat. Ya Tuhan, kejamkah aku seandainya aku tidak mampu membahagiakan dia? Berdosakah aku kerana melukai hatinya? Dia tidak pernah berhenti mencintaiku namun sehingga ke saat ini aku tidak pernah merasakan yang sama.

“Tak. Jangan cakap macam tu, angah. Setiap insan layak untuk merasai bahagia yang sebenar-benarnya. Angah juga begitu tapi tak semestinya kebahagiaan angah terletak pada Rene. Siapa tahu mungkin ada yang lebih baik menanti angah di luar sana. Jadi tolonglah jangan sesekali angah seksa hidup angah macam ni..”

“Rene yakin Rene boleh bahagia dengan dia? Macam mana kalau dia tu sebenarnya masih tak berubah? Angah takut dia tak ikhlas dengan Rene. Angah takut dia sakitkan hati Rene macam dulu! Rene takkan bahagia dengan dia!” suara Adam sudah meninggi.

“Insya-Allah Harith takkan buat Rene macam tu, angah. Rene dapat rasa Harith dah menyesal di atas perbuatannya dulu. Rene takkan terima dia kalau Rene sendiri tak yakin yang dia boleh bahagiakan Rene. Tapi ternyata dia sanggup buat apa saja untuk kembalikan kebahagiaan kami,”

Adam membisu lama. Aku bangkit dari kerusi batu itu, namun tidak terus masuk ke dalam rumah. Aku berdiri membelakangi Adam yang hanya tunduk menekur rumput karpet itu.

“Maafkan Rene sebab tak mampu balas cinta angah. Mungkin Rene bukanlah yang ditakdirkan untuk angah. Tapi Rene percaya satu hari nanti angah pasti akan bertemu dengan jodoh yang lebih baik, yang boleh berikan angah kebahagiaan seperti yang angah idamkan. Yakinlah yang Allah sedang merencanakan yang terbaik untuk angah. Dan Rene harap, angah takkan benci Rene. Sekali lagi, maafkan Rene.”

Adam Khalid pantas berdiri dan menapak ke keretanya tanpa berpaling lagi. Riak wajahnya yang tegang menunjukkan api kemarahannya menjulang tinggi. Pintu kereta sengaja dihempas kuat. Berdecit bunyi tayar keretanya dipacu laju dari sini. Aku menghantarnya pergi dengan pandangan sayu.

****
Thank u for reading! Oh ya, saya akan stop post sampai bab 30 saja (manuskrip ini tak ada rezeki lagi nampaknya. masih dlm percubaan hantar ke publisher lain pula. ampun beribu ampun sebab dah lama tak update. tp jangan risau saya xkan menyepi mcm tu je. sy tetap akan update dgn cerita2 lain pulak, heheee.. sekali lagi, maaf sebab buat kalian tertunggu2.) Jgn lupa tinggalkan komen, ya? TQ! :)

Thursday 4 September 2014

Oh My Ex-Husband! 28

AKU mundar-mandir di ruang tamu. Peristiwa petang tadi masih segar di ingatan. Gara-gara Harith dan Amir, aku tak senang duduk. Boleh pula mereka berebut nak hantar aku balik? Kelakar!! Jadi demi untuk berlaku adil, aku terpaksa meminta Afrina hantarkan aku pulang. Kira okeylah tu. Baik Amir mahu pun Harith, dua-dua pun tak akan sakit hati. Itu lebih baik daripada ada yang bermasam muka kerana aku.

Disebabkan itu, aku nekad untuk tamatkan semua ini. Aku tak akan biar Amir buat macam tu lagi. Aku juga takut kalau satu hari nanti ada yang rela putus kawan kerana cinta. It ain't going to happen! Amir dan Harith tak boleh putus sahabat hanya disebabkan aku. Fon di tangan aku tenung lama. Berkira-kira hendak menelefon Amir atau tunggu waktu yang sesuai untuk aku cakap dengan dia tentang ni. Tapi rasanya aku dah tak boleh tunggu walau sesaat pun lagi. Aku takut malam ni aku tak lena tidur pula! Ah! Serabut!

Aku sabar menanti Amir angkat telefon. Mana dia ni? Dah tidur kot? Aku menebak dalam hati. Hampir aku putuskan talian tapi tak jadi bila akhirnya kedengaran suara lelaki itu dari corong telefon.

“Amir, sorry ganggu. Tapi I telefon you sebab I rasa I perlu sangat-sangat cakap hal ni dengan you.” aku menghenyakkan tubuh di sofa panjang berwarna krim lembut itu. Hening sekali rumah ini. Papa dan mama langsung tak turun-turun dari tadi. Suara mereka juga sudah tidak kedengaran. Dah tidur agaknya.

“Apa dia tu, sayang?”

Sayang? Ini kalau Harith dengar, tak tahu apa pula yang akan jadi. Aku takut Amir kena belasah dengan Harith je nanti. Oh tidak! Aku harap perkara sebegitu tak akan terjadi. Mintak jauh!

“I rasa mulai esok you dah tak payah datang ambil I lagi. Biar I pergi kerja sendiri je. Lepas ni tak payahlah you datang ambil I pulak.” ujar aku nekad. Tak akan sesekali aku ubah fikiranku lagi. Ini demi kebaikan semua.

“Tapi kan kita dah setuju pasal ni?”

Sudah aku agak lelaki itu pasti tak akan bersetuju. Biarlah. Kan aku dah kata yang aku takkan ubah fikiran lagi? Tak kira apa pun yang jadi aku akan buat sampai Amir setuju. Noktah.

“I tahu, tapi sampai bila? I taknak buat you jadi kuli I pulak. Walaupun you yang rela hati buat macam tu tapi I tetap tak selesa. Cuba kalau mama dengan babah you tahu, apa dia orang fikir pasal I? Suka-suka hati je buat you macam kuli I.” Aku harap bila aku dah sebut mak ayah dia sekali, Amir akan beralah.

“Ya Allah.. Takkanlah mama dengan babah nak fikir macam tu pulak. Rene, janganlah risau pasal tu. I okey je. Tak rasa macam I ni kuli you pun.”

Aku mengeluh perlahan. Masih tak faham lagi rupanya dia ni. Aduh! Macam mana ni? Macam mana nak suruh Amir faham yang aku dah taknak teruskan semua ni? Ke dia sengaja buat-buat tak faham? Ini yang aku lemah ni.

“Amir, I hargai niat baik you. You buat semua ni sebab you risaukan keselamatan I tapi sampai bila? I tak selesalah macam ni. Lagipun kalau I tak bawak kereta langsung nanti lama-lama I jadi takut pulak nak drive.” Kalau Amir fikir dia saja yang tak mudah berputus asa, aku juga begitu. Aku berhak tentukan apa yang aku mahu dan apa yang tidak. Jangan sesiapa pun cuba campur tangan dalam urusan hidup aku. Sayang macam mana sekali pun aku peduli apa? Lainlah kalau dia suami aku. Itu barulah aku kena dengar cakap dia.

Lama Amir membisu. Aku pelik. Dah letak fon ke mamat ni?

“Amir, you dengar tak I cakap apa?”

“Yes.. I dengar. Cuma I tak sedap hati nak biar you drive sorang.” Amir menghela nafas berat.

“Amir, tak ada siapa yang minta untuk terlibat dalam kemalangan atau apa pun. Tapi you kena fikir kita ni manusia, mana boleh lawan kehendak Dia? Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kalau pun lepas ni I upah driver lain, kalau dah memang takdir Allah nak I accident, tetap akan accident. Betul tak?”

“Janganlah cakap macam tu, you. Seriau I dengar..” Amir cuak.

“Contoh je. Bukannya I mintak jadi macam tu. Kesimpulannya kita hanya mampu berdoa dan berserah pada Dia. Andai kata terjadi sesuatu yang tidak diingini, bermakna itu memang sudah qada’ dan qadar Tuhan. Ingat tu.”

“Ke you tak suka I buat macam ni sebab takut Harith marah? Takut dia cemburu?”

E'eh!! Ini dah masuk bab lain pula ni. Mesti dia ingat Harith yang suruh aku buat macam ni walhal tidak. Harith tak tahu apa-apa. Cuma aku sendiri yang dah naik rimas bila Amir hari-hari datang jemput aku di rumah dan di pejabat. Rasanya kalau orang sekeliling tengok tak manis. Ke hulu ke hilir, 24/7 berkepit mengalahkan suami isteri.

“Tak. Bukan macam tu.”

Aku berjeda.

“Sebenarnya I amat-amat terharu dengan keprihatinan orang di sekeliling I. Tapi I taknaklah sampai ada yang terlupa bahawa ada yang lebih berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. You kena ingat, hidup kita Allah yang atur. Allah yang tetapkan apa yang akan jadi dan apa yang tidak. Lagipun kita belum ada ikatan yang sah. I taknak kelakuan kita ni diperhatikan orang. Takut nanti jadi buah mulut orang, Amir. Tak manislah rasanya.. Maruah kita kena jaga.” ujar aku lembut dan penuh mengharap agar Amir juga mengerti.

“Okey, fine. I dah faham sekarang. Maafkan I sebab terlalu ikutkan hati sampaikan tak boleh berfikir dengan baik. So, you nekad dengan keputusan you ni?” Amir meminta kepastian.

Aku tersenyum lega. Alhamdulillah. Akhirnya dia akur dengan keputusanku. Syukur, Ya Allah. Engkau mempermudahkan segala-galanya.

“Ye, Amir. I nekad. Dan I takkan ubah keputusan I ni lagi. I harap you faham,”

“Kalau dah itu kata you. I faham. I hormati keputusan you.” balas Amir.

“Terima kasih, Amir. Terima kasih banyak-banyak sebab faham I. I takkan lupa jasa baik you selama ni. I sangat bertuah kerana berpeluang untuk mengenali insan sebaik you. Sanggup buat apa saja untuk I. Terima kasih, Amir.”

“Sama-sama. I buat semua ni sebab I nak tunjuk kat you yang I betul-betul sayangkan you. Sayang I bukan setakat di bibir, tapi lahir dari hati yang tulus ikhlas.”

Padanlah kalau dia nampak bersungguh-sungguh lakukan apa saja untuk aku. Dia hanya ingin membuktikan yang dia benar-benar menyayangi aku setulus hatinya.

“I tahu. Sebab itu I terharu sangat. Allah saja yang boleh balas budi baik you, Amir. Okeylah, maaf ganggu you. I dah nak masuk tidur ni. Good night.” tuturku sebaik aku lihat jam di dinding. Jarum sudah bergerak ke angka 11. Masa untuk tidur. Esok kerja.

“Good night. Sweet dreams.”

“You too.”

Selesai berbual dengan Amir di telefon, aku terus meninggalkan ruang tamu itu dan ingin naik ke tingkat atas. Terkejut aku bila terpandang papa yang entah bila masa tercongok di kaki tangga.

“Macam mana? Dah lega dah bila dah lepaskan semua?” tanya papa sambil merenung aku lembut.

Aku hela nafas perlahan seraya mengangguk kecil. Papa dengar perbualan aku dan Amir tadi rupanya.

“Lega. Lega sangat-sangat, papa.”

“Macam tulah anak papa. Kena tegas sikit. Orang lelaki ni jangan bagi muka sangat, Rene. Papa takut tak sempat kahwin nanti belum apa-apa dah jadi king control.” nasihat papa.

Aku senyum dan mengangguk tanda faham. Memang itulah yang sedang aku lakukan sekarang. Aku sedar aku tak seharusnya sentiasa beralah semata-mata nak jaga hati mereka.

“Insya-Allah, Rene ingat pesan papa. Rene naik dulu, papa. Dah ngantuk sangat ni. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Selamat malam. Waalaikumussalam.”

Elok aku nak berbaring di katil, aku terima satu mesej dari si HD pula.



Thank you sebab tak balik dengan Amir petang tadi.


Buntang mataku membacanya. Harith ni kenapa? Mengigau ke dia? Malas hendak berteka-teki, mesejnya aku balas segera.



Thank you? Maksud abang? Rene ingat abang akan marah sebab Rene tak balik dengan abang tadi.



Taklah. Abang tak kisah pun sebenarnya. Abang saja buat macam tu sebab taknak bagi Amir hantar Rene. You know why.. Tak perlulah abang cakap lebih-lebih. Rene mesti dah faham.



Jadi Harith buat semua ni kerana cemburu? Dia sengaja cuba halang Amir hantar aku? Baru aku tahu. Ini hanyalah satu muslihat. Aku sengih seraya menggeleng-gelengkan kepala. Kelakar Harith ni kalau dia dah cemburu. Sanggup buat apa saja asalkan aku tak berdua dengan Amir.







SESEKALI dapat keluar shopping dengan adik iparku ini memang seronok. Aku dan Hanim punya citarasa yang sama. Kalau beli baju, suka jenama Guess, Esprit dan Zara. Jeans pulak suka Levis. Kalau keluar dengan Hanim, kami pasti akan ke butik yang sama.

“Kak Rene, apa yang Kak Rene dah buat dekat abang Hanim tu ye? Ceritalah sikit. Ada baca jampi serapah apa-apa ke?” Hanim tersengih-sengih sebaik dia menanyakan soalan cepumas itu. Penat berjalan, kami berhenti di Big Apple. Dah lama tak makan donut!

Aku tergelak kelucuan. Soalan apalah yang si Hanim ni tanya? Apa sebab dia tanya macam tu? Apa yang aku dah buat dekat Harith? Setahu aku, Harith yang dah buat aku dulu. Maksud aku, dia buat aku jadi separuh angau. Angaukan siapa lagi kalau bukan dia? Ini sudah terbalik!

“Jampi serapah? Maksud Hanim? Apa yang dah jadi dengan abang tu? Kak Rene tak buat apa-apalah.” tawaku masih bersisa.

“Takdelah.. Hanim tengok dia tu dah lain sangat sekarang. Nampak happy memanjang.”

“Yang itu Hanim kena tanya dialah. Akak memang takde buat apa-apa pun. Demi Allah!”

Hanim turut tertawa perlahan. “Alaa.. Tak payah tanya. Hanim dah tahu sebab apa dia jadi macam tu. Itu semua Kak Renelah punya penangan. Dia happy sebab sekarang korang berdua dah tak ada gaduh-gaduh macam dulu, kan?”

Sekarang baru aku faham. Hanim nak kata yang Harith jadi happy semuanya kerana aku. Tak aku nafikan semenjak peristiwa aku hampir dilanggar oleh kereta itu, aku dan Harith kembali mesra seperti dulu. Aku pula, setiap saat hanya inginkan dia di sisi. Aneh, bukan? Tapi itulah hakikatnya. Aku rasa inilah dia tanda-tanda cinta sudah berputik kembali.

“Memang hubungan kami dah semakin pulih. Alhamdulillah.. Mungkin ada hikmahnya akak nyaris kena langgar hari tu. Hikmah di sebalik kejadian tu akak dengan dia dah okey dah. Dah tak bermasam muka macam dulu.”

“Alhamdulillah.. Hanim harap semua ni akan berkekalan sampai bila-bila,”

“Insya-Allah. Amin.” sahut aku.







TUMPUANKU terhadap novel Qaseh Qaisy terganggu dengan bunyi deruman ekzos motor berkuasa tinggi dari luar Starbucks ini. Lelaki yang baru turun dari superbike Ducati 1199 Panigale warna merah di tempat parkir itu menjadi tumpuanku sejenak melalui dinding kaca. Terkejutnya aku bukan kepalang setelah helmetnya dibuka. Harith Daniel!! Dia rupanya gerangan yang membawa motor besar itu? Sejak bila dia ada superbike? Setahu aku Harith cuma ada kereta saja. Tak tahu pula yang dia ada motor besar ni!

Insan yang segak memakai jaket kulit hitam bertulis DUCATI di belakangnya menarik perhatian beberapa orang gadis yang duduk di sebelah mejaku saat lelaki itu masuk ke sini. Aduh! Kacaknya dia! Awek manalah yang tak tersangkut bila tengok dia yang sememangnya kacak, bertambah kacak bila pakai macam tu. Bawak motor besar pula tu! Macho gila! Senyuman tidak lekang di bibir Harith saat dia mendekatiku. Itu yang membuatkan gadis-gadis tadi galak merenungnya tak berkedip mata. Ish! Ini yang bahaya ni! Bila Harith senyum saja, pasti akan ada yang cair macam aiskrim! Bahaya, bahaya! Mataku tak lepas dari memandang Harith yang berjalan menghala ke meja yang aku duduki ini.

“Sorry lambat. Dah lama ke sampai?” tanya Harith sambil menarik kerusi yang bertentangan denganku. Helmetnya diletak pada kerusi kosong di sebelah.

“Baru 15 minit.” Novel di tangan aku sudah tidak berminat nak baca. Lelaki kacak di hadapanku ini lebih menggoda jiwa! Ouch!! Rene!! Behave, please. Janganlah gatal sangat kut ya pun! Tapi, serius dia nampak macho sangat hari ni! Apa yang buat dia nampak macho terlajak ni? Mungkin sebab janggut dengan misai nipis dia tu kut? Aisehh!! Mamat ni kalau simpan janggut dengan misai, memang nampak matang sikit dari usianya dan semestinya lebih tampan!

“Datang dengan siapa? Amir hantar?” sempat lagi Harith menyindir. Dia tertawa kecil kemudiannya.

Aku mencebik bibir. “Abang ni! Ke situ pulak dia! Mestilah Rene drive. Buat apa suruh dia hantarkan?”

Jaket kulit yang tersarung di badannya dibuka. “Manalah tahu dia nak jugak jadi pemandu tak bergaji Cik Rene Hannani kita ni.”

Huh! Tak habis lagi dia nak ungkit pasal tu. Cemburu sangat dengan kawan baik sendiri. Walhal aku belum lagi bercinta dengan Amir. Cubalah kalau aku dengan Amir tu couple agak-agak Harith masih akan cari aku lagi atau pergi membawa hati yang luka?

“Kejap! Sejak bila abang bawak motor besar ni? Rene tak tahu pun?” aku pantas menukar topik. Cerita pasal Amir buat apa? Baik cerita pasal superbike dia tu. Lawa gila!

Harith melirik ke arah motor besarnya di luar sana sebelum dia berkalih pandang pada aku semula.

“Dah lama. Sesekali bila teringin nak naik motor, abang bawaklah ‘baby’ abang ni ronda-ronda KL.”

“Abang dah lupa ke apa yang Rene pesan dulu? Naik motor tu bahaya. Abang pun dulu pernah jatuh motor. Tak serik-serik lagi ke?” Aku masih ingat dulu Harith pernah cerita ketika dia berusia 19 tahun, dia pernah jatuh motor yang ditunggang oleh kawannya sendiri. Akibat kejadian itu, dia dapat parut kekal di lutut kirinya. Nasib baik dekat lutut. Kalau dekat muka? Habislah saham dia!

“Tahu. Serik masa tu ajelah. Tapi sekarang abang tak boleh tahanlah tengok superbike Ducati ni. Cun sangat. Lagipun Rene tahu abang memang suka motor selain kereta, kan? Sebab tu abang beli demi memenuhi kehendak hati sendiri.”

Yup! Memang aku tahu Harith suka motor. Tapi aku larang dia naik motor gara-gara insiden itu. Aku bimbang dia accident lagi, lagi dan lagi. Lagipun motor lebih berisiko berbanding kereta. Motor senang terbalik. Aku taknaklah jadi macam tu.

“Suka hatilah. Orang risaukan dia. Bawak motor mengalah pelesit. Nanti tak pasal-pasal tambah lagi satu parut, jatuh saham dia.” omelku serius sebelum menyisip caramel macchiato sedikit demi sedikit.

Harith tergelak. “Kalau abang dapat lagi satu parut, Rene dah tak sayang abanglah sebab abang dah tak handsome? Macam tu ke?”

“Ish! Mulalah tu nak mengarut.”

“Mengarut apanya? Abang tanya ni jawablah. Kalau abang dah tak handsome Rene dah taknak abanglah?”

Aku pekakkan telinga, pura-pura tidak mendengar pertanyaannya. Itu soalan ke perangkap? Ini yang aku malas nak layan Harith ni. Novel tadi aku capai dan buat-buat khusyuk membacanya. Walhal dari tadi asyik tenung muka surat 1 saja.

“Tak boleh jawab? Maksudnya betullah tu. Yelahh.. Sekarang kita tak handsome pun dia memang taknak. Esok lusa kalau dapat parut kat muka ke, makin tak handsome makinlah dia taknak.” tutur Harith sambil buat muka sedih, minta simpati.

Jelingan tajam dariku mengundang tawa kecil di bibir Harith. Tak lama kemudian, bebola matanya tertancap pada gelang Pandora yang aku pakai sebelum ke sini tadi.

“Eh.. Rene dah pakai gelang tu balik? Cantik.” tegur Harith dengan sengihan panjang. Gembira sungguh dia bila aku dah pakai semula gelang yang dia beri.

“A’ah. Rindu nak pakai.” jawab aku bersahaja. Rantai Amir aku simpan elok-elok dalam laci. Semuanya sebab taknak cari pasal dengan Harith yang sememangnya kuat cemburu.

“That’s my girl.” ujar Harith senang.

Perbualan kami terganggu saat ada mesej yang masuk ke fon Harith. Aku sabar menanti Harith membalas mesej itu. Aku perhatikan saja air mukanya. Serius dan kelat. Hatiku dilanda hairan. Kenapa pulak dengan dia ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?

“Abang taknak order apa-apa?” tanya aku spontan. Dari tadi asyik bersembang saja. Harith langsung tak pesan apa-apa. Tak lapar ke dia? Pagi tadi dia juga yang beria-ia ajak aku lepak kat sini. Katanya nak minum coffeelah. Nak makan keklah. Mengidam macam-macamlah pulak dia ni.

Ralit sungguh Harith berbalas mesej sampaikan langsung tak dengar aku tanya. Aku mendengus bosan. Ini yang buat aku marah sangat ni. Main handphone masa lepak dengan aku satu hal. Lepas itu sakan berbalas mesej sampai aku dibuatnya macam halimunan. Dia datang sini nak lepak dengan aku ke nak main SMS dengan kawan dia?

“Oo abang! Taknak makan ke?” aku mengulang soalan yang sama.

Diam lagi. Kali ini, kesabaran aku menipis.

“Abang!” sergah aku geram. Marah ni! Tahu tak?

Harith tersentak. “Sorry! Rene tanya apa tadi?”

“Main mesej dengan siapa? Orang cakap pun tak dengar!” aku dah bising macam mak nenek. Sakitnya hati bila kita cakap orang buat tak endah.

“Aaa..? Err.. Ni haa.. Kawan abang..” Harith seakan keresahan, gagap tak tentu pasal. Lain macam perangai dia hari ni.

Beberapa saat kemudian, ada seseorang yang menelefon Harith. Air mukanya nampak lain macam tatkala melihat nama si pemanggil. Tak tahu kenapa. Mungkin dia tidak suka diganggu oleh pemanggil yang aku tak kenali itu.

“Kejap eh.. I need to take this call. I’ll be right back.” Harith pantas meninggalkan aku di meja itu dan terus keluar dari Starbucks. Dia berdiri di satu sudut, tidak jauh dari pintu kaca itu.

Makinlah aku jadi pelik dengan dia. Tadi sibuk main SMS. Sekarang ni cakap telefon pun jauh dari aku. Apa cerita ni? Aku perhatikan saja gerak-geri Harith dari sini. Sesekali dia menggaru-garu kepalanya. Berkerut-kerut dahinya seolah-olah ada perkara serius yang sedang dibincangkan. Dia bercakap dengan siapa ya? Pelik. Selalunya Harith kalau ada orang call dia, dia tak pernah lari jauh-jauh dari aku. Ini tidak. Sepertinya dia tidak mahu aku dengar apa-apa. Siapa yang call dia agaknya? Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena ni? Hanya kerana Harith tak cakap fon depan aku, aku mula nak bersangka buruk dengan dia. Tolonglah, Rene. Jangan jadi kebudak-budakan sangat. Mungkin Harith taknak cakap kat sini sebab kat sini bising. Think positive, Rene. Hatiku cuba menyedapkan diri sendiri. Tak sampai 10 minit, Harith masuk semula ke sini.

“Siapa telefon?” tanya aku sekembalinya Harith di situ.

“Kawan.” jawab Harith sambil tersenyum hambar. Duduk saja di kerusi, Harith terus menggamit salah seorang waiter yang berdiri di tepi kaunter untuk membuat pesanan. Kawan. Kawan telefon sampai nak kena lari jauh dari aku? Apa pelik sangat perangai Harith ni? Sangat pelik sebab dia tak pernah buat macam ni pun sebelum ini. Aku mengeluh dalam hati. Kalau boleh aku tak mahu bersangka buruk dengan dia. Namun entah mengapa, kelakuannya itu bikin hati jadi gundah-gulana.

**********************************

Maaf lambat, terlalu byk benda lain yg perlu dibuat selain fokus pd blog saya ni (maaf sangat2). Dan lagi, ada yg tanya bila nak publish.. sebenarnya cerita ni masih belum tahu bila akan diterbitkan. Kalau ada rezeki adalah.. Doa2kan saya ya? Terima kasih :)

jgn lupa lepas baca tu komen sikittt... tak pun klik je butang reaction tu ya? Thanks!

Friday 8 August 2014

Oh My Ex-Husband! 27

“ALANGKAH bagusnya kalau kita boleh gembirakan banyak hati sekali gus,” kata-kata itu terpacul di bibirku secara spontan.

“Rene cakap pasal apa ni? Tiba-tiba je?”Abang Firdaus yang duduk di hujung sofa bersebelahan dengan Kak Ana memandang hairan.

Kak Ana juga bereaksi sama seperti suaminya. Masing-masing berkerut dahi, bingung tak mengerti. Kak Ana tenung aku, seakan meminta penjelasan.

“Entahlah, cakap pasal diri sendiri kut?” aku mengusap-usap kepala Boboi yang sudah lena di atas pehaku. Kesian anak buah aku ni. Mengantuk sangat agaknya. Lepas saja minum susu, terus tidur.

“Aikk? Lain macam je adik kakak ni? Sedih sangat bunyinya tu. Kenapa?” giliran Kak Ana pula bertanya. Toto dibentangkan di tengah-tengah karpet, lantas dia mengambil Boboi dari aku dan baringkan si kecil mereka di atas toto itu. Lenanya Boboi sampaikan langsung tak sedar orang angkat dia.

Aku menjungkit bahu. Tak tahu macam mana nak jelaskan pada mereka masalah yang aku hadapi sekarang. Rumit. Amat rumit. Sampaikan kadang-kadang aku jadi sakit kepala fikir pasal ni. Pasal Adam, Amir dan Harith. Kalaulah aku ada magik, aku akan bahagiakan semua yang aku sayang serentak. Biar adil dan saksama. Biar tak ada hati yang merana.

“Entahlah, kak. Rene tak tahu macam mana nak cakap. Life is so complicated.” Tutur aku dengan nada yang berbaur keluhan.

Mama yang leka dengan Ipad mencelah. “Mana tak complicatednya kalau dah sampai tiga orang sekali yang duk tergila-gilakan adik Ana yang seorang ni,”

“Hah? Tiga?! Siapa?!” Kak Ana sudah terbeliak mata.

“Laa.. Ana ni duduk planet mana? Tak tahu cerita lagi? Harith, Adam, Amir. Dah lupa?” mama menggeleng-geleng perlahan.

“Oh, yang Ana tau cuma Harith dengan Adam je. Amir tu sekali ke? Maknanya dia memang serius nakkan Rene?”

Aku tersengih kelat. Patutlah Kak Ana terkejut. Rupa-rupanya dia fikir Amir tu tak serius dengan aku. Rasanya aku dah pernah beritahu sebelum ni. Mungkin Kak Ana sibuk fikirkan hal lain, jadi hal Amir dengan aku dia tak letak dalam kepala.

“Dah dia sendiri sampai sanggup jadi driver Rene ke sana sini, itu kalau tak cukup serius lagi tak tahulah nak cakap macam mana..” cerita mama lagi. Papa pula leka dengan cerita Die Hard di Astro sampaikan langsung tak menyampuk perbualan kami.

“Wah, hebatnya adik ipar abang ni! Jadi rebutan jejaka terhangat di Malaya!” Abang Firdaus menyengih. Semangkuk kacang pistachio di atas meja kopi dicapai.

Aku juih bibir. Orang lain tak rasa apa yang aku rasa, sebab itulah boleh cakap macam-macam. Yang sengsaranya aku!

“Hebatlah sangat! Orang yang menanggung ni juga yang sakit kepala nak menghadap tiga-tiga orang tu!”

“Apa susahnya, Rene? Tepuk dada tanya hati. Mana satu yang ada dalam hati Rene, mana yang paling Rene sayang, yang Rene rasa boleh bahagiakan Rene, Rene pilihlah.” nasihat Abang Firdaus panjang. Abang ipar aku ini anak tunggal dalam keluarganya. Tak punya sesiapa selain mak dan ayahnya sendiri. Sebab itulah bila dengan aku, dia caring sangat. Sebab aku sajalah satu-satunya adik yang dia ada walaupun hanyalah adik ipar. Tapi, lebih kurang pangkat adiklah juga tu, kan?

Aku diam. Rasanya tak kiralah siapa yang aku pilih antara mereka bertiga nanti, pasti akan ada hati yang terluka. Pasti akan ada yang merana.

“Kan bagus kalau lelaki boleh bermadu? Rene madukan aje tiga-tiga tu.” Mulalah terlintas yang bukan-bukan dalam kepala otak aku ni. Mulalah nak cakap benda yang merepek, yang tak masuk akal. Kalau para penghuni Tanjung Rambutan dengar, pasti mereka sakan gelakkan Rene Hannani yang jauh lebih mental dari mereka. Aku rasa, mereka pun lebih waras dari aku.

Semua dah pakat ketawakan aku. Nasib baik Boboi tidur. Kalau Boboi tak tidur pun, Boboi takkan ketawa sebab dia tak faham apa-apa. Tapi kalau dia faham, malulah aku! Mesti Boboi malu dapat makcik yang separuh biul macam aku.

“Rene, Rene. Mazhab mana ajar lelaki boleh dimadukan? Adik akak ni nak kena mandi bunga ke apa?” sindir Kak Ana dengan tawa yang masih bersisa.

“I said kalau. K.A.L.A.U = KALAU! Rene masih waras. Masih tahu apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dalam Islam, cuma kadang-kadang tu terlintas jugak benda-benda bodoh macam tu. Nak puaskan hati semua orang punya pasal.”

“Rene, we can’t please everyone, sis. Keep that in mind. Kalau boleh buat macam tu, amanlah dunia!”

Abang iparku itu angguk berkali-kali, tanda dia bersetuju dengan isterinya. “Betul tu. Lagi satu tak semua benda yang kita mahu akan jadi milik kita. Tak kiralah siapa pun pilihan Rene mereka kena terima hakikat bahawa cinta itu tak semestinya memiliki. Jangan ada yang meroyan bila Rene tolak cinta mereka nanti sudahlah.”

Tergelak aku dengar ayat Abang Firdaus yang akhir tu. Jangan ada yang meroyan. Hmmm.. Kesian pula kalau ada yang meroyan kerana aku. Gila gara-gara cinta tak kesampaian. Kesian, kesian, kesian.







AKU menemani mama ke Empire Gallery malam itu. Sepatutnya mama pergi dengan papa, tapi tak jadi sebab papa ada ceramah di masjid lepas Isyak. Jadi papa akan balik lambat. Aku pula sambil menyelam minum air. Selain temankan mama, dapatlah aku usha baju dan seluar jeans baru. Dah lama sangat aku tak shopping. Patutlah tadi aku rasa gatal tapak kaki. Rupa-rupanya Empire Gallery menanti aku malam ini!

Sebaik mama selesai membeli barang yang diperlukan, aku mengajak mama ke Chatime. Kaki bagai ditarik-tarik hendak ke sana. Sungguh aku tak dapat menahan godaan minuman bubble tea itu. Malam ini tekak aku macam nak sangat minum strawberry pudding au-lait. Terbaik dari ladang!

Tiba-tiba, aku terpandang kelibat ibu mertuaku yang berdiri tidak jauh dari situ seorang diri. Aku dan mama pantas menuju ke arahnya. Kami saling bertukar senyuman dari jauh. Tadi aku bukan main semangat nak beli Chatime, namun terbantut hasratku itu tatkala melihat queue yang begitu panjang. Aduh! Ramainya orang! Malaslah nak beratur.

“KL ni tak besar mana pun. Pi mai pi mai tang tu jugak. Tak sangka jumpa kat sini pulak, kan?” kata mommy mesra.

“Itulah. Mommy sorang aje ke? Harith dengan Hanim tak ikut sekali?” aku lihat ke sekeliling. Tercari-cari batang hidung dua beradik itu namun tak kelihatan pula di sini.

“Hanim pergi jumpa kawan dia dekat Subang Jaya. Harith ada. Kat sana tu haa!” mommy menuding pada Harith yang baru masuk kedai CD.

Aku tersengih panjang. Ada pun mamat ni! Ingatkan tak ada! Gembiranya aku bukan kepalang. Terubat rindu pada lelaki itu setelah hampir dua hari tidak ketemu. Pun begitu, tetap kami berhubung melalui telefon. Tapi telefon saja tak cukup. Nak juga tengok dia depan mata. Okey, fine. Mesti ada yang pelik kenapa aku jadi macam ni, kan? Entahlah. Aku sendiri pun pelik dengan diri aku ni. Sejak akhir-akhir ni, cuma dia saja yang aku rindu. Rasa-rasa, boleh agak kenapa?

“Mama jalan-jalan dengan mommy dulu, boleh? Rene nak pergi kacau orang kat sana tu kejap.” beritahu aku pada mama yang sedang rancak berbual dengan besannya itu. Datang idea jahat hendak mengacau Harith yang begitu ralit membelek CD di sana.

“Yelah.. Pergilah.” kata mama sambil tersenyum panjang.

Langkah ku ayun laju menghala ke kedai CD itu. Harith begitu leka membaca sesuatu di belakang hard cover VCD di tangan sehinggakan langsung tidak sedar aku tercegat di belakangnya.

“Khusyuk nampak?!” sergah aku seraya mencuit bahu Harith.

Harith tersentak. Nasib baik dia tak melatah. Kalau melatah pun tak ada yang dengar. Kedai CD ini bising dengan bunyi lagu yang dipasang kuat melalui speaker yang melekat di dinding.

“Eh?! Laaa.. Rene!! Rene pun datang shopping kat sini?” Harith baru perasan akan kewujudanku di situ.

Aku tergelak. “Yup! Mama ajak Rene temankan dia. Abang cari CD apa ni?”

“Tak adalah. Saja aje tengok-tengok. Sekarang ni banyak lagu tak best macam dulu. Tak macam Marc Anthony. N’ Sync. Backstreet Boys.” ujar Harith tak puas hati. CD di tangannya tadi diletak ke tempatnya semula. Matanya melilau melihat CD yang lain sepintas lalu.

Aku sependapat dengan Harith tentang itu. Semua yang Harith sebut, semuanya favourite dia. Favourite aku juga sebenarnya! Memang betul zaman sekarang punya lagu tak setanding dengan lagu-lagu era 90an. Bukanlah yang sekarang tak sedap. Tapi lagu sekarang kalau sekali dengar pun dah jemu. Kalau lagu-lagu lama tu, dengar banyak kali pun tak apa! Selang beberapa saat, mama dan mommy mendapatkan kami yang baru hendak keluar dari kedai itu.

“Rene, mama dengan mommy nak naik tingkat atas kejap ni. Nak ikut?” tanya mama sambil memandang aku dan Harith bergilir-gilir.

Aku tak terus jawab soalan mama. Aku pandang Harith di sebelah.

“Abang nak join?”

“Takpelah. Biar mama pergi dengan mommy, Rene teman abang pergi Teh Tarik Place ajelah.” pinta Harith sambil sengih macam kerang busuk. Mama angguk, terus berlalu bersama mommy ke arah eskalator. Aku dan Harith pula bergegas ke Teh Tarik Place yang juga terletak di aras yang sama.

Masa dekat The Tarik Place, aku perhati je kelakuan si HD ni. Ralit dia usha gadis cantik dan tinggi lampai, duduk tidak jauh dari meja kami. Sampaikan dia tak perasan aku perhatikan kelakuannya itu dari tadi. Panas hatiku melihat tingkah-laku Harith tatkala gadis itu ingin berlalu keluar dari restoran ini. Matanya tak lepas menyoroti langkah gadis itu hinggalah kelibatnya hilang dari pandangan. Tak berkelip langsung! Senyum meleret sampai ke telinga, macam tak pernah tengok perempuan! Geramnya aku!

“Abang!” sergah aku geram.

“Ye?” sahut Harith sedikit tersentak.

“Tengok apa sampai tak berkelip mata tu?!” aku sengaja buat-buat tanya. Walhal dari tadi aku perhatikan dia. Gatal sangatlah mamat depan aku ni! Aduh! Sakitnya hati! Kalau depan aku dia boleh buat perangai macam ni, belakang aku wallahua'lam. Entah macam manalah dia kalau jumpa awek cantik dan hot macam yang tadi tu?

“Awek tadi tu cun!” jawab Harith, dengan selambanya memuji gadis lain di depanku. Kalau dulu pandai dia jaga hati aku. Tapi sekarang semua itu sudah tidak diambil peduli.

Aku ketap gigi sekuat hati. Kecik besar aku nampak si HD ni. Kalau boleh, sekarang juga aku kunyah dia hidup-hidup!

“Ish!! Gatalnya!! Mata tu tak duduk diam, kan?!” aku mengecilkan mata memandangnya dengan penuh geram.

“Alaa.. Apa salahnya? Bukan selalu abang macam ni. Sekali-sekala,” Harith beriak selamba. Keningnya dijungkit berkali-kali.

Amboi!! Statement berani mati namanya tu! Wah, wah! Sebelum ni bukan main lagi sibuk ngorat aku. Bagi itu, buat ini. Semuanya untuk aku seorang. Sekarang ni dia dah mula jadi lelaki kasanova? Pantang tengok perempuan dahi licin! Arghhh!! Sakit hati aku! Sakit! Sakittt!!!

“Lagipun abang tengah single ni. Boleh je kalau cuci mata, kan? Mana tahu nanti tersangkut kat mana-mana awek ke? Boleh kenal-kenal.”

Aku dah panas telinga, panas punggung. Rasa macam nak angkat kaki blah dari sini! Tapi relaks dulu, Rene. Ada baiknya kau bawak bersabar. Ingat apa yang Bella pernah cakap dulu? Lelaki juga suka menguji. Berkemungkinan sekarang ini Harith sedang menguji. Dia nak tengok kau cemburu atau tidak. Mungkin!

“Ye, boleh sangat! Apa-apa hal cabut dulu cincin dekat jari tu. Barulah boleh menggatal kalau nak sangat.” Aku juga cuba untuk berlagak selamba. Dalam hati faham-faham sendirilah.

Harith geleng. Terus pandangannya tertancap ke arah cincin di jari manisnya itu. “Taknaklah. Sayang nak cabut..”

“Apa masalahnya? Cabut je. Buang terus dalam tong sampah, kan senang macam tu?” aku cabar Harith.

”E’eh! Yang Rene serius sangat ni kenapa? Marah eh abang cakap macam tu tadi?”

Akibat rasa marah yang meluap-luap, wajah Harith juga sudah tidak ingin aku tatap. Aku terus melarikan anak mataku ke lain.

“Ke jealous?” tebak Harith.

Huh! Dah tahu lagi mahu tanya! Menyampah! Meluat! Benci! Aku membisu terus. Malas nak berkomunikasi dengannya lagi.

“Ohooo… Ada orang jealous rupa-rupanya!” Harith dapat mengesan riak cemburu di mukaku.

“Mana ada! Dah nak usha awek sangat, kan? Pergilah! Itu hak abang. Suka hati abanglah nak buat apa pun. Lagipun macam yang abang cakaplah, abang tengah single. So you can do whatever you want.” Berlagak sungguh aku. Pura-pura tak hairan dan langsung tak cemburu. Beraninya aku cabar dia macam tu. Kalau Harith betul-betul tak kisah dengan aku, esok juga dia pergi cari awek lain! Yang berputih matanya aku!

“Alalala.. Abang gurau je tadi tu. Takkan tu pun nak ambil serius? Mana boleh abang usha perempuan lain sedangkan depan abang dah ada bidadari yang cantik jelita ni?” Harith mula memujuk.

Aku tak hiraukan dia. Buat seolah-olah dia tak wujud di sini. Lelaki kalau dah mengayat, memang bahaya. Kalau hati tak kuat, memang aku dah cair dengan dia. Sekarang ni pun dah ada rasa macam nak meleleh macam aiskrim. Dahsyat!

Harith merapatkan badan ke meja. Dia duduk menopang dagu, sambil matanya tepat memandang ke wajahku.

“You know what? Abang paling risau kalau Rene tak bereaksi macam ni. Cemburu tandanya sayang.”

Erkk!! Dia dah main serkap jarang pulak. Bahaya ni.

“Dahlah! Malas nak layan abang. Taknak cakap dengan abang 10 minit.” ujarku yang langsung tak tengok Harith lagi.

Harith ketawa lantas pipiku dicubit geram.

“Ouchh!! Sakitlah! Kenapa cubit Rene?” aku mengusap-usap pipi yang terasa pedih. Memberikannya jelingan tajam.

“Sorry! Abang geram sangat tengok kecomelan Rene. Sebab tu abang cubit. Bila dia marah tu lagilah comel. Sangat-sangat comel! Eee!! Merajuklah, merajuk. Ada yang kena cium dengan abang kejap lagi.”

Aku mencebik benci. Sikit-sikit nak cium, sikit-sikit nak peluk. Gatal! Dasar lelaki! Memang takkan lari jauh dari penyakit gatal dan miang mereka tu!

“Awek tadi tu comel. Tapi comel-comel dia pun, tak mampu buat abang rasa berdebar macam pertama kali abang terpandangkan Rene dekat Rasta tu. You don’t know how I feel at that moment. Love at the first sight.. Masa mula-mula nampak Rene, Tuhan je tahu apa abang rasa. Padahal kita tak kenal pun masa tu. Bila Rene senyum balik dekat abang, rasa macam dalam hati ada taman. Tak sangkalah pulak Rene ni pelajar kepada Sir Farid a.k.a kawan abang. Lagilah abang happy! Sebab tu abang nekad nak sangat kawan dengan Rene, nak kenal hati budi Rene dengan lebih mendalam lagi. Dan alhamdulillah impian jadi kenyataan. Abang berjaya curi hati Rene yang mahal tu.”

Hilang rasa marah, timbul rasa terharu. Wahai hati, jangan mudah terpedaya dengan setiap pujuk rayu dan kata-kata manis bak gula itu. Aku diam tanpa bicara. Pandailah dia pujuk aku dengan mengungkit semula kisah lama. Saja nak suruh aku cepat cair tu!

“Dan sehingga ke saat ini, setiap kali abang dengan Rene, abang bahagia. Walaupun Rene tak pernah kata sayang, tak pernah kata cinta tapi abang gembira. Sangat-sangat gembira.”

Aku pandang wajah Harith semula. Mata bertentang mata. Lelaki itu tersenyum penuh makna.

“Kesimpulannya, takkan ada seorang pun gadis yang boleh curi hati abang, melainkan Rene seorang.” bersungguh-sungguh Harith meluahkan.

Dan.. Aku terkedu. Kalau tak kerana yang aku sekarang ini berada di khalayak ramai, rasanya sudah lama aku menitiskan air mata terharu.

“Oh ya! Kalau abang nak cakap sikit boleh?” tanya Harith tiba-tiba.

“Apa dia?”

“Lain kali jangan pakailah rantai tu..”

Pandanganku turun ke rantai pemberian Amir.

“Kenapa pulak?”

“Takde. Abang tak suka tengok. Tu je.” Jawab Harith dengan wajah tak puas hati. Lain macam nada percakapannya. Pasti hatinya diusik cemburu.

Aku menahan tawa yang hampir meletus di bibir. Dengan rantai ni pun nak cemburu ke, wahai Encik Harith? Tapi kalau aku jadi dia pun mungkin aku akan rasa macam tu juga. Tengok macam tadilah, dia pandang dan puji awek lain pun aku dah bengang sampai nak merajuk dengan dia. Jadi kami ni dua kali limalah sebenarnya. Dua-dua pun kuat cemburu!







“I dah sampai. Turunlah,” Amir memberitahu di talian.

Aku kerling jam tangan sepintas lalu. Awal pula mamat ni sampai. Selalunya pukul 5.30 baru nampak batang hidungnya tu.

“Okey. Kejap. Lima minit.” balas aku sebelum talian diputuskan. Masuk hari ni genaplah tiga hari Amir jadi driver tanpa gaji aku. Pagi dia hantar, petang dia ambil. Mengalahkan mak datin pula aku ni.

Komputer di depan aku shut down. Segera mengemas meja, menyusun fail-fail dan kertas yang berselerak.

“Rina, aku balik dulu. Jumpa esok.” kata aku pada Afrina yang masih tidak berganjak dari workstationnya. Bukan dia saja yang masih di sini, ada lagi beberapa orang rakan sepejabatku yang kekadang akan balik lewat dari waktunya.

“Yup! Okey. Take care!” Afrina melambai tangan ke arahku.

Aku membalas lambaiannya itu. “You too!”

Aku berlari anak ke arah lif yang hampir tertutup pintunya. Mujurlah sempat masuk. Kalau tidak satu hal pula nak tunggu lif sampai. Sudahlah lif yang lagi satu rosak. Terpaksalah kami rebutkan lif yang satu ni.

Keluar saja dari bangunan itu, aku lihat Amir sudah tercongok bersandar pada sisi kiri keretanya.

“Hai, jelita!” tegur Amir ceria.

“Hai..” balasku bersahaja dengan langkah yang diatur ke arah pemilik Toyota Camry itu.

Amir sudah hendak membukakan pintu kereta bila tiba-tiba ada sebuah BMW Z4 yang membelok masuk dan berhenti betul-betul di depan kereta Amir.

“Rene, jom abang hantar balik.” ajak Harith sebaik dia keluar dari keretanya.

Aku tak jadi nak masuk kereta Amir. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Macam mana ni? Harith ajak aku balik dengan dia? Amir pun nak aku balik dengan dia jugak! Aduh! Peningnya aku! Yang Harith ni langsung tak cakap dia nak ambil aku hari ni. Ini tak ada angin tak ada ribut muncul kat sini pula.

“Eh takpe, Harith. Biar aku je hantar dia.” sela Amir.

“Takpe, aku boleh hantarkan. Lagipun memang aku nak pergi jumpa mama dengan papa Rene pun. Biar Rene balik dengan aku ajelah hari ni.” Harith tak mahu kalah. Masing-masing nak tunjuk hebat.

“It’s okay. Aku boleh hantarkan.” Balas Amir pula.

“Tak payah susah-susah. Biar Rene balik dengan aku je.” Harith berkeras.

Aku pandang Harith, kemudian Amir. Aku tersepit di tengah-tengah. Tak tahu nak balik dengan siapa! Ya Allah! Serabutnya! Kalaulah aku boleh klon diri aku sekarang, senanglah cerita. Satu boleh balik dengan Harith, satu lagi balik dengan Amir. Tapi sayangnya itu tak mungkin terjadi! Arghh!! Stressnya aku! Tolong!

Monday 21 July 2014

Oh My Ex-Husband! 26

SELESAI solat Subuh, aku segera bersiap-siap untuk ke pejabat. Sempat lagi aku menilik pantulan diri pada cermin wardrobe sebelum turun ke bawah. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku terus capai beg tangan di katil.

“Rene pasti ke Rene boleh pergi kerja ni?” papa bertanya ketika aku baru hendak duduk di meja makan.

“Pasti, papa. Muktamad.” jawab aku tanpa ragu. Setiap kali terkenangkan insiden itu aku jadi cuak, namun ianya bukanlah alasan untuk aku ponteng kerja. Aku bukannya cedera parah. Dan alhamdulillah, Tuhan masih beri aku kudrat untuk keluar mencari rezeki.

“Okey. Kalau ada apa-apa telefon papa.” ujar papa yang sudah menghabiskan sepinggan nasi goreng dan secawan air teh susu.

Aku angguk patuh. Mama cepat-cepat beredar dari meja makan saat papa melangkah ke muka pintu. Beg komputer riba papa dijinjit dan terus menghantar papa hingga ke kereta. Rutin wajib setiap pagi sebelum papa bertolak ke kampus. Mama panggil aku setelah dia masuk ke rumah semula.

“Rene, cuba tengok siapa yang ada kat luar sana tu.” mama memuncungkan mulut ke arah sliding door yang dibuka luas.

Aku memanjangkan leher dari tempat dudukku ini. Kereta putih Toyota Camry terparkir di depan pagar. Hampir tercampak biji mataku melihatnya. Amirullah datang sini?! Untuk apa? Malas hendak berteka-teki, aku bergegas keluar mendapatkan Amirullah di luar pagar.

“Good morning, princess!” ucap Amir ceria.

“Good morning! What a surprise! What has got into you? Pagi-pagi lagi dah datang sini?” aku mendekati Amir yang tercegat di tepi keretanya.

“I’ll drive you to the office. Hari ni dan hari-hari yang seterusnya biar I jadi driver you.”

Aku tayang wajah blur. Sumpah tak faham. Dia nak jadi driver aku?

“Kejap! I tak faham ni. You nak jadi driver I? Apa yang you merepek pagi-pagi ni?” soalku dengan dahi yang berkerut seribu.

“I risaukan you, I takut you cuai semasa memandu, jadi secara suka relanya I lantik diri I sendiri jadi driver you. You pergi kerja I hantar. You balik kerja I ambil. Okey tak?”

Mulut aku melopong luas. “Amir, you buat lawak ya? I tahu semua orang risaukan I tapi itu tak bermaksud I perlukan pemandu untuk hantar dan ambil I hari-hari.”

“Rene, tolonglah. I tak senang duduk bila dapat tahu you hampir-hampir kena langgar. I jadi takut. You macam hilang fokus je bila nak buat apa-apa. I taknak bila atas jalan nanti you tak fokus pada pemanduan you, silap haribulan… Ish! Malaslah I nak sebut. Nauzubillah.” Amir mempamerkan riak risau di mukanya.

Aku melepaskan keluhan berat. Pagi-pagi lagi dah serabutkan kepala, risau tak bertempat. Macamlah aku ni sakit sampai tak boleh berjalan.

“Listen, Amir. I tahu semua orang pun risaukan I. Papa, mama, Harith, you. I sangat-sangat terharu dengan keprihatinan korang semua tapi I taknaklah menyusahkan sesiapa. Yakinlah yang Allah dan malaikat ada bersama I. Insya-Allah I selamat. Dan andai kata terjadi apa-apa, itu semua dah memang ketentuan Ilahi.” Tutur aku lancar. Aku tahu Amir sayangkan aku. Sebab itulah dia sanggup buat apa saja untuk aku. Tapi kalau dah sampai ke tahap sanggup jadi driver aku, itu dah over sangatlah tu.

“Okey, okey. You menang. Tapi I tetap takkan ubah fikiran. Alang-alang I dah ada kat sini, biar I hantarkan.” Amir tak putus asa.

“Tapi..”

Amir terus buat isyarat diam, tak mahu aku meneruskan bicara. “No excuses. Jangan nak kata you susahkan I ke apa. I tak pernah rasa susah dan tak akan rasa macam tu, sebab office kita bukannya jauh. In fact, kita lalu jalan yang sama. One way. Jadi jangan sikit pun rasa you dah menyusahkan I.”

Aku mati kutu. Dah bermacam alasan aku beri, namun tetap gagal untuk padamkan niat Amir. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Hurry, princess. Dah pukul berapa ni? Nanti terperangkap dalam jam pulak.” Kata Amir bila dia lihat aku seperti jauh bermenung.

Hendak tak hendak aku terpaksa akur dengan kehendak Amir. Aku pantas masuk ke rumah untuk ambil beg dan fon. kemudian pantas mendapatkan Amir semula. Amir bukakan pintu kereta untuk aku.

“Thanks,” ucap aku padanya.

“You’re most welcome.” Balas Amir sebelum dia berlalu ke tempat duduk pemandu.

Aku pakai tali pinggang keledar. Melambai-lambaikan tangan pada mama sebaik kereta mula bergerak perlahan, keluar dari kawasan kejiranan ini. Sepanjang perjalanan, aku langsung tak berkata apa. Hanya celoteh Johan, Ray dan Hanif di radio Era yang menjadi penghibur kami berdua. Aku tertanya-tanya dalam hati, Amir serius ke buat macam ni? Tapi, sampai bila?







AKU duduk termangu di hadapan komputer. Apa yang berlaku pagi tadi semuanya masih di ingatan. Masih terdengar-dengar apa yang Amir kata. Mulai hari ini dan hari-hari yang seterusnya, dialah driver aku. Can you believe that? Secara tak langsung, makin keraplah dia akan jumpa aku. Makin kerap jugalah aku kena hadap muka dia.

Aku ketuk-ketuk pen ke meja. Skrin monitor di depan aku renung kosong. Di saat yang lain sibuk melaksanakan tugas masing-masing, aku pula sibuk memikirkan dugaan yang datang bertimpa-timpa. Be strong, Rene. Keep calm and relax. Just smile and pretend that everything is okay. Suara hatiku berbisik.

Terlintas di fikiranku untuk menghubungi seseorang. Ya.. Rasanya hanya dia saja yang dapat tolong aku sekarang. Cuma dia tempat aku mengadu. Siapa lagi kalau bukan Nur Nabila? Lantas aku terus ambil handphone dan mendail nombor Bella.

Tak sampai 10 saat, kedengaran suara Bella lembut memberi salam di corong telefon.

“Bell! Matilah aku, Bell!.” aku mengadu sebaik menjawab salam Bella.

“Kenapa? Ada masalah ke?!” suara Bella kedengaran panik.

“Memang pun. Masalah besar!” Ibu jari kanan aku gigit-gigit perlahan. Aku selit rambut ke belakang telinga.

“Kau janganlah buat aku sakit jantung, beb! Apa masalahnya ni?” Bella bertambah kaget bila aku berkata begitu. Takut ada sesuatu yang menimpa diri aku lagi.

Entah bagaimana hendak aku memulakan cerita. Aku ambil masa beberapa saat sebelum membuka mulut.

“Amir tu.. Aku rasa dia sekarang dah jadi macam Adamlah. Protective sangat. Tambahan pulak lepas apa yang jadi kat aku semalam dia dengan sendirinya lantik diri dia jadi driver aku. Sebab dia takut aku accident lagi.”

“Hah?! Apa maksud kau dengan jadi driver kau?!” Bella terjerit kecil.

“Amir kata mulai hari ni dan hari-hari yang seterusnya dia akan hantar dan ambil aku di pejabat. Maknanya setiap lima hari seminggu aku tak dibenarkan drive sendiri. Kau faham tak?”

“Ya Allah, sampai macam tu sekali? Habis tu Harith tahu ke pasal ni?”

Harith?! Ye tak ye! Harith!! Kalaulah Harith tahu pasal ni, entah apa yang akan jadi nanti? Aku langsung tak terfikirkan Harith. Sikit pun tak! Bertambah-tambah kerisauan aku tatkala wajah Harith bermain-main di mata. Amirullah itu kawan dia. Tapi bila sudah melibatkan hati dan perasaan, aku takut itu semua Harith dah tak ambil peduli lagi. Masa di hospital tempoh hari pun bila dia dah mula cemburu, masya-Allah! Aku sendiri tak tahu nak cakap apa.

“Tak tahu. Patut ke Harith tahu pasal ni? Aku takut mamat tu mengamuk je nanti,” luah aku.

“Apa kes pulak Harith nak mengamuk?” tanya Bella pelik.

“Bella, sebenarnya aku dapat rasa Harith cemburu aku rapat dengan Amir. Walaupun selama ni depan aku dia buat-buat okey je. Tapi dalam hati dia aku tahu, dia tak suka Amir selalu ada dengan aku.”

Kali ini Bella pula yang mengeluh. “Habis tu takkan kau nak sorok semua ni dari dia? Lambat-laun mesti dia dapat tahu jugak. Kau kena ingat sikit yang dia orang tu best buddies dunia dan akhirat. Kalau kau tak beritahu aku rasa lepas ni Amir mesti akan cakap dekat Harith jugak. Baik kau kasi tahu je kat Harith. At least dia taklah bengang sangat.. Tak adalah dia fikir kau sengaja nak berahsia dengan dia.” Bella meluahkan pendapatnya.

“Hmm.. Betul jugak tu. Memang aku langsung tak terfikir pasal tu, Bell. Nasib baik kau ingatkan. Thanks, beb. Kau memang sahabat aku, dunia dan akhirat. Sama macam Harith dengan Amir.” Barulah aku boleh bernafas dengan lega. Lapang sikit dada. Fikiran pun tenang berbanding tadi. Kalau tidak, tadi aku rasa macam ada gajah seekor tengah duduk atas kepala aku. Boleh macam tu?

“Mestilah! That’s what bestfriends are for. Haa.. Lepas ni kita tengok pulak Adam punya cerita.”

“Ish!! Tolonglah! Taknaklah aku!! Janganlah Adam pun buat hal jugak. Memang aku mati terus lepas ni.” ujar aku. Saat ini aku hanya mampu berharap Adam Khalid takkan tambah lagi pening aku ni. Kalau dia pun buat perangai, tak teragak-agak aku untuk lari jauh-jauh sampai ke hujung dunia. Tak siapa pun boleh ganggu!

“Hahahaa! Janganlah cakap macam tu. Sebenarnya kau ni beruntung, tiga-tiga tu sayang setengah mati dekat kau. Rene, nanti kita sembang lagilah. Aku nak kena pergi pejabat pos ni. Ingat apa aku pesan tadi. Beritahu Harith kalau kau taknak mamat tu merajuk macam hari tu lagi.”

Cakap Bella ada betulnya. Aku dah serik nak gaduh dengan Harith. Cukuplah pening aku ni hanya sebab melayan kerenah Amir saja sekarang. Janganlah ditambah lagi dengan tercetusnya satu lagi pertengkaran di antara aku dan si HD tu. Sudah, cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja... Eh eh.. Menyanyi pula kau Rene.

“Yelah. Aku akan beritahu dia nanti. Jaga diri, Bella. Bawak kereta baik-baik.” pesan aku.

“Insya-Allah. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aku genggam fon kemas-kemas. Sekarang ini aku perlu cari cara macam mana nak beritahu Harith pasal ni. Sebelum apa-apa terjadi, baik aku lakukan sesuatu!







MASUK tengahari, aku terus ajak Afrina makan di kedai makan yang berhadapan dengan pejabat kami. Kalau ikutkan hati, aku taknak makan kat sini. Lagipun aku macam teringin sangat nak makan McDonald's. Tapi baru ingat yang aku tak bawak kereta. Afrina pulak datang kerja dengan teksi. Kereta dia rosak, patah kakilah jawabnya. Nampaknya kami senasib.

“Harap-haraplah ada lauk favourite aku tu nanti. Dah lama tak makan. Macam teringin sangat je ni.” ujar Afrina sambil berjalan seiringan dengan aku keluar dari lif.

Aku sengih. Lauk lala masak lemak cili api di restoran yang menyediakan masakan kampung itu menjadi kesukaan Afrina sejak dari awal aku mula bekerja di sini.

“Insya-Allah ada. Kalau rezeki tak ke mana.” tutur aku.

Tak sampai beberapa langkah aku dan Afrina menuju ke restoran itu, aku terdengar deheman kecil dari seseorang. Pantas aku menoleh ke arah suara itu.

“Eh? Abang? Buat apa kat sini?” soalku sedikit terkejut dengan kemunculan Harith secara tiba-tiba.

Harith yang bersandar di tiang besar segera menghampiri aku bersama senyum lebar di bibir. Aku membalasnya semanis mungkin.

“Abang nak ajak Rene lunch dengan abang. Boleh?”

“Laa.. Kenapa tak cakap awal-awal. Rene nak pergi makan kat kedai sana tu dengan Afrina.” aku memberitahu.

“Eh, takpe Rene! Aku boleh makan sorang. Kau pergilah lunch dengan Harith.” kata Afrina. Bukan main sporting lagi dia. Sedangkan aku memang dah janji nak makan dengan dia hari ni.

“Tapi.. Kesian pulak kau sorang.” Serba-salah aku dibuatnya. Tengok pula muka Harith yang semacam frust menonggeng makinlah aku berbelah-bahagi. Salah dia jugak sebab tak cakap awal-awal. Nak surprisekan akulah kononnya.

“Alaa.. Bukannya aku tak boleh makan kalau kau takde. Dahlah! Pergilah cepat!” gesa Afrina.

“Sure?”

Afrina menyengih sambil angguk laju. “Yes I am very sure! Go!”

“Thanks, Afrina. Esok Rene lunch dengan awak ya?” kata Harith pula. Ceria air mukanya bila Afrina beri peluang kami keluar makan berdua.

Afrina angkat ibu jari tanda beres. Tanpa berlengah, aku terus mengikut Harith ke kereta. Sempat lagi aku berpaling ke belakang. Kelibat Afrina sudah tidak kelihatan.

“Nak lunch dekat mana ni?” tanya aku sebaik kami masuk ke dalam kereta.

Sebaik enjin dihidupkan, berkumandang lagu My Baby You nyanyian Marc Anthony dari radio. Alahai. Lagu bestlah pulak! Aku pantas menguatkan radio sebelum pakai tali pinggang keledar.

“Tak kisah. Mana-mana pun okey. Asalkan berdua dengan Rene, abang ikut je. Rene nak makan dekat mana?” soal Harith sambil memasukkan gear R. Penuh hati-hati keretanya diundur keluar dari kotak parking.

Awww.. Tak kisah ke mana-mana asalkan berdua dengan aku? Ini yang buat aku rasa tak berpijak di bumi nyata ni! Opss!! Sabar, Rene. Kalau ya pun cair, jangan nampak sangat. Buat selamba sudah!

“Ermm.. Kita pergi McDonald’s nak? Rene teringin nak makan Grilled Chicken Burger. Hari tu tengok dalam iklan, dah keluar balik menu yang tu.” Ada bagusnya juga Harith datang. Mungkin dah memang rezeki aku ada di McDonald's agaknya.

Harith senyum. “Comellah Rene ni. Okey, okey. Your wish is my command.”

Aku senyum lebar. Alhamdulillah, ada juga rezeki aku. Sampai di McDonald’s, aku order burger dengan nugget. Dan dapat ais krim McFlurry percuma. Bukan McDonald’s yang kasi percuma, tapi Harith! Dia yang belanja sebab dia tahu aku memang sangat sukakan McFlurry! Hai, untungnya aku! Rezeki jangan ditolak. Dah orang nak belanja, terima saja!

“Tadi masa pergi office Rene abang tak nampak pun kereta Rene. Rene parking kat mana?”

Berubah air muka aku bila diaju soalan itu. Macam mana ni? Apa aku nak jawab? Alasan apa yang patut aku beri? Tapi, kalau aku buat macam tu tak ubah macam aku menipu. Aku tak jujurlah maknanya. Seperti yang dinasihatkan Bella aku sepatutnya berterus-terang. Jangan sembunyikan apa-apa dari Harith kalau tak mahu bergaduh lagi.

Aku sedut air milo ais sedikit demi sedikit, sebelum pertanyaan Harith dijawab. “Err.. Sebenarnya Rene tak drive hari ni..” jawab aku dengan pandangan yang dilontarkan ke luar dinding kaca McDonald's. Tak berani nak tatap mata Harith!

“Habis tu pergi dengan apa? Ke papa hantar?” soal Harith. Nugget ayam yang sudah dicicah sos tak jadi disuap ke mulut.

“Tak… Amir…” takut-takut aku memberitahu. Tidak!! Janganlah Harith mengamuk ke apa! Nayalah aku!

“What?!! Amir?!” terperanjat sungguh Harith.

Lambat-lambat aku mengangguk. “Dia yang beria sangat nak hantar Rene. Err.. Balik nanti pun mungkin dia yang akan ambil Rene dekat office.”

Terus air muka Harith berubah. Sudah aku agak Harith akan bereaksi seperti itu. Jelas dia tidak suka dengan apa yang didengarinya. Harith tidak lagi pandang aku. Dan aku lihat tangannya mengepal kuat tisu yang tidak berdosa itu. Oh no! It is a bad sign! Seriously! I'm dead meat!

“Dia buat macam tu sebab dia risaukan Rene. You know.. After what had happened to me yesterday.” aku memberanikan diri menjelaskan niat baik Amir. Aku tak mahu Harith fikir yang bukan-bukan. Apa lagi ini melibatkan sahabat baiknya juga.

“Haii!! Ada orang nak cuba lawan tauke nampak?” gumam Harith dengan nada tak puas hati sambil memalingkan muka ke lain.

“Hah? Apa dia?”

“Tak.. Takde apa-apa,” Harith menggeleng laju.

Nugget ayam yang tinggal lagi dua keping aku dah tak boleh nak telan. Selera terbantut dek kerana melihat riak tegang di muka Harith. Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Harith. Aku tak boleh nak baca apa di hatinya juga. Tapi aku tahu hanya ada satu sebab yang buat dia memberi respons seperti itu. Cemburu. Semuanya kerana cemburu.

******************
ok guys, ini blog akan saya sambung update selepas raya nanti, insyaAllah. do leave ur comment/klik butang reaction ya? thanks! selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. pd yg nak balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya. see u guys again soon! assalamualaikum. :)

Wednesday 9 July 2014

Repost Oh My Ex-Husband 12 (edited)

Salam, guys. Ini bab 12 yang dah saya edit semula (sebab yang lama tu pendek sgt). hehehe tak banyak pun yang saya ubah, cuma tambah sedikit scene antara Rene dan Harith. enjoy reading ok? :)
-----------------------------------------------


AKU meneguk sedikit smoothies kiwi yang aku buat tengahari tadi. Ah, nikmatnya dapat minuman sejuk macam ni! Lebihan smoothies tadi aku tuang ke dalam jug dan aku simpan dalam peti. Tatkala aku mahu naik ke bilik, mataku terpandang wajah Farid Kamil yang terpampang di kaca TV. Langkahku terhenti, terpaku melihat kekacakan lelaki itu sebagai watak utama drama yang aku tak tahu tajuknya.

Aku duduk sekejap depan TV. Tak jadi nak masuk bilik. Tak puas tengok muka Farid Kamil, hebat betul penangannya. Dia kelihatan sangat segak memakai baju kemeja lengan panjang dipadankan dengan seluar panjang hitam. Tengok imej Farid Kamil ni, aku teringat Harith Daniel masa dia ajak aku lunch dulu. Itu kali pertama kami keluar bersama. Harith pakai ala-ala Farid Kamil nilah! Memang macho habis! Haish! Tak pasal-pasal aku teringat semula cerita lama...

“Tersenyum-senyum. Bahagianya orang bercinta ni, kan?” tegur aku pada Harith yang begitu leka dengan handphonenya. Kejap senyum, kejap ketawa. Lepas tu sengih pulak. Nampak angau semacam! Dia yang segak berkemeja lengan panjang warna dark purple dan berseluar panjang hitam menjadi tatapanku sejenak. Suka pulak aku tengok dia pakai formal macam ni. Jauh lebih handsome dari pensyarah-pensyarah yang ada dekat kampus aku tu! Sesuai sangat jadi arkitek. Uik? Aku ni dah kenapa? Kenapa puji Harith lebih-lebih sangat? Sawan ke apa?

“Excuse me? Awek pun takde macam mana nak bercinta? Tengah baca conversation dekat Whatsapp group ni ha. Macam-macam topik member-member saya bualkan. Saya baca ajelah, malas nak menyampuk.” Harith simpan fon ke dalam poket seluarnya. Iced chocolate disedut sedikit demi sedikit.

Aku sengih seraya meraup rambut ke belakang. Yelah tu takde awek. Orang handsome macam dia takde awek? Susah aku nak percaya. Hampir sejam makan-makan di Nando's, Plaza Mas Alam. Dah tiba masa untuk aku balik ke UiTM semula. Walaupun seksyen 7 tak jauh mana, tapi aku malas nak berlengah. Dibuatnya jalan jam, naya aku! Dahlah kelas lepas ni pukul 2.30. Cepat betul masa berjalan.

Tanpa berlengah, aku terus minta diri. Harith nak hantar aku sampai ke tempat parking, tapi aku tak bagi. Rasa macam over pulak dia nak iring aku macam bodyguard. Langkahku terhenti sebaik tiba di main entrance pusat membeli-belah ini.

It's raining! Dahlah payung tak bawak, kereta pulak boleh tahan jauh letaknya. Hish! Kalau nak tunggu hujan reda, lambatlah aku! Ah, redah sajalah! Bukannya lebat sangat pun. Lari laju-laju, insyaAllah tak basah punya. Baru nak bukak langkah, tiba-tiba ada seseorang datang payungkan aku. Aku toleh ke kiri. Harith Daniel? Lelaki itu tersengih memandangku sambil memegang payung sebelah tangan.

“Terkejut saya! Ingatkan siapalah tadi? Bila masa awak ikut saya ni?” Aku memandangnya pelik. Kan tadi aku tak bagi dia hantar aku?

“Dari tadi dah. Risau nak biar awak jalan sorang-sorang sebenarnya.”

Risaukan aku? Aduh, boleh tahan caring jugalah mamat ni! Dahlah handsome, caring pulak tu. Pakej lengkap! Aku tersengih menayang gigi.

“Payung ni? Rasanya tadi awak tak bawak payung, kan?” aku menunjuk payung di tangannya pula.

“Saya pinjam dengan orang tu kejap.” Harith menudingkan jari ke arah lelaki yang tercegat di kaki tangga.

“Suka hati awak je, kan?” aku tergelak kecil. Sanggup dia pinjam payung orang. Macam-macam hal Harith ni!

“Alaa.. Kejap lagi saya pulangkan balik. Yang penting awak tak kena hujan. Nanti kalau awak demam, saya yang susah.”

“Apa dia?” Sengaja aku minta dia ulang, walau aku yakin aku tak silap dengar.

“Kalau awak demam, saya yang susah!” ulang Harith. Perkataan susah ditekankan.

Aku senyum. Terharu dengan keprihatinannya. Baru kenal, tapi layanannya pada aku sangat istimewa. Susah nak jumpa lelaki macam ni. Atau baik ada makna? Ish, tak baik cakap macam tu, Rene. Kami berjalan ke keretaku. Nasib baik jugak Harith payungkan aku. Makin lama makin lebat pulak hujan ni. Agaknya kalau aku redah tadi, tak sempat sampai kereta gerenti aku basah kuyup!

“Thank you, awak. Susah-susah aje tolong payungkan saya.” kata aku berbahasa.

Harith geleng perlahan. “Susah apanya? Bukannya kena angkat berat pun..”

Aku gelak. Makin hari makin terserlah perangai dia. Suka buat joke! Serius aku suka kawan dengan dia. Aku terus membuka pintu kereta.

“Saya balik dulu, ye?” kata aku pada Harith yang masih setia menanti di situ.

“Okey. Drive safely. Nanti dah sampai mesej, tau?” pesan Harith.

“Wajib ke?” soal aku.

“Wajib. Bukan sunat. Saya nak pastikan awak sampai dengan selamatnya, wahai Cik Rene.”

“Insya-Allah, I will.” ujar aku seraya tersenyum ke arahnya.

Bunyi door bell ditekan dari luar pagar mematikan lamunanku pada cerita dulu. Baru aku sedar aku tersengih sorang-sorang, macam tak siuman! Aku menampar-nampar muka sendiri. Stop it, Rene! Tak payah angau sangat. Tapi aku memang macam ni tiap kali teringat kisah lama. Masa tu masih bersaya-awak lagi dengan dia. Bila dah couple, baru Harith mintak panggil abang. Sekali lagi loceng pintu ditekan. Cepat-cepat aku berlari ke sliding door, memanjangkan leher ke luar sana. Pos laju rupanya! Ingatkan siapa datang tadi. Kacau je aku nak berangan. Huh!







“AMIR, kalau I cakap sikit you jangan marah tau?” kata aku kepada Amir sewaktu kami makan tengahari di Restoran Homst, restoran yang menyediakan masakan Cina Muslim. Aku ajak dia keluar sebenarnya bersebab. Bukanlah sekadar suka-suka atau kerana ingin melepaskan rindu. Tidak sama sekali.

“Apa dia? Cakaplah,” suruh Amir. Mangkuk kaca kecil yang berisi jus mango sago lolo ditarik dekat padanya.

Aku tarik nafas dalam. Beri Amir peluang untuk menikmati jus kegemarannya terlebih dahulu. Takut juga kalau benda yang hendak aku cakapkan nanti akan mematikan seleranya pula. Silap haribulan, mood dia pun hilang.

“Pasal kejadian malam tu I mintak maaf sangat-sangat bagi pihak Adam. Sebab dia dah tuduh you yang bukan-bukan.” luah aku akhirnya. Inilah dia tujuan aku sebenarnya. Salah faham di antara aku dan Adam malam itu, membabitkan Amir juga. Jadi kalau aku tak buat begini, aku akan terus dihimpit rasa bersalah.

“Oh, tak ada hallah! Lupakanlah pasal tu. I tak simpan dalam hati.” ujar Amir tenang. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia marah dengan insiden malam itu.

“Betul ke you tak marah dia?” aku sedikit ragu-ragu.

Amir ketawa. “Betul. I tak marah. You kenal I macam mana, kan? I tak suka marah-marah ni… Buat sakit kepala je fikir pasal tu.”

Inilah sikap Amirullah yang sangat menyenangkan. Dia memang baik. Sebab itulah muka dia tampak jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Amir tak adalah tua mana pun. Tua setahun saja dari si HD. Cuma mungkin kerana hatinya yang bersih itulah yang membuatkan wajahnya kelihatan tenang dan sejuk mata memandang.

“I bukannya apa, I malu sangat dengan you, Amir. Sepupu I buat perangai entah apa-apa. Sumpah I malu. Kesian you. Dia bengang dengan I, you yang jadi mangsa.”

“Alaa… Takde apa-apalah! You jangan risau, Cik Rene Hannani. I rasa dia cuma nak lindung you dari bahaya. Yelah.. Dia tak kenal I, lepas tu dia fikir I ada niat tak baik dekat you. Kalau I jadi dia pun mungkin I akan mengamuk jugak malam tu,”

Aku menghembus nafas lega. Tapi tak kiralah apa pun Amir kata, aku tetap nak suruh Adam datang minta maaf dengan Amir sendiri! Itulah yang sepatutnya, bukan?

“Sebelum I lupa, jangan lupa temujanji you dengan I hujung minggu ni. Tengok wayang.” Amir mengingatkan.

“Hujung minggu ni? Wajib ke? Kalau tukar jadual lain tak boleh?”

“Alaaa.. Kenapa? I ingatkan you tak kisah.”

“Hmm.. Mula-mula memanglah. Tapi tiba-tiba macam hilang mood pulak. Tukar plan boleh?”

Amir memasamkan muka. Tunjuk proteslah! Apa lagi?

“I dah set jadual hujung minggu ni nak lepak dengan you. So please say yes.. Pleaseeee..!” Amir meleretkan suara. Memujuk dengan gaya manjalah konon, nak suruh aku cair punya pasal.

Ini yang lemah ni.. Kalau ditolak, merajuk. Bab memaksa orang, dialah paling terror! Amirullah ni pun satu hal. Langsung tak mahu fikir tentang kehendak aku jugak. Asyik kena fikir pasal dia saja. Ini kalau aku bebel panjang, ada yang tarik muncung lagi. Baru tadi aku puji, sekarang dia buat hal lagi. Alaa.. Biasalah tu, Rene. Nobody is perfect!

“Pleaseeeee…” Amir tak putus asa.

Aku genggam tisu kuat-kuat. Nak marah punya pasal, tisu yang jadi mangsa. Geram sangat dengan Amir sebenarnya. Tapi apa lagi yang terdaya? Sudahnya, terpaksa jugalah aku akur dengan permintaannya itu.

“Hmm.. Yelaaaa.. Yelaaa.. As you wish!”

“That’s my girl! Thank you, honey!!” ucap Amir dengan wajah yang berseri-seri.







SUDAH setengah jam aku menunggu kemunculan Amir di Mid Valley. Kata semalam wayang start pukul 2.30 petang. Lagi 15 minit saja wayang akan bermula. Sampaikan kaki aku pun dah naik lenguh berdiri macam statue dekat sini macam orang bodoh. Amir masih juga tak sampai-sampai. Memang cari pasallah dia ni! Entah bila nak sampai? Takkan nak tunggu cerita dah mula baru dia muncul? Buang mood aje.

Untung papa dan mama tak termakan hasutan Adam Khalid tempoh hari. Dapat juga aku keluar tengok wayang dengan Amir hari ni. Fikirku dek kerana insiden itu sudah tentu papa dan mama akan melarang aku terus berhubung dengan Amirullah. Namun tak semudah itu Adam boleh memburuk-burukkan Amir.

“Papa dan mama takkan larang atau sekat Rene nak berkawan dengan sesiapa pun. Kami kenal anak kami. Sebab semuanya sudah kami didik sejak dari kecil. Jadi tak perlu ada apa yang perlu dibimbangkan. Papa dan mama tahu Rene boleh jaga diri. Tahu dengan siapa Rene berkawan.”

Mengingatkan kata-kata papa, aku jadi lega. Alhamdulillah aku dikurniakan orang tua yang sangat penyayang dan memahami. Buat kali yang entah ke berapa aku tengok jam. Kaki pun sudah terasa lenguh akibat terlalu lama berdiri. Aku mendengus bosan. Jemu menanti dan terus menanti. Fon di dalam beg aku ambil, nombor Amir dicari.

“Amir, mana you?! Dah lama I tunggu you tahu tak?! Jadi ke tak jadi ni?” aku mundar-mandir tidak jauh dari kaunter tiket. Panjang gila orang beratur! Nasib baiklah Amir dah booked tiket melalui online. Senang tak payah queue.

“Rene, sorry! Tapi you tak dapat ke SMS I tadi? I tak dapat ke sana! Ada emergency laa.. Officemate I masuk wad. I nak pergi melawat dia ni.” suara Amir tenggelam timbul. Mungkin line tak berapa nak elok. Tapi aku dengar Amir kata dia SMS aku. Bila masa?

“Hah? Bila you mesej? Takde pun?! Maknanya memang betul tak jadilah ni? Aduhhh..! Tiket pun kira burn ajelah?” aku mengetap gigi. Macam mana ni? Takkan nak cancel macam tu aje? Dahlah cerita best! Rugi kalau tak tengok! Betul ke Amir dah SMS aku? Kenapa aku tak terima apa-apa mesej dari dia? Memang betullah agaknya line bermasalah! Mesej pun tak sampai! Sakitnya hati tak usah cakaplah. Sudahlah hari tu dia paksa aku ikut dia ke sini. Alih-alih dia pula yang tak jadi! Geram gila!!!

“Eh, jangan!! I dah wakilkan orang lain untuk temankan you tengok wayang kat sana!”

Apa?! Dah wakilkan orang lain? Biar betul Amir ni? Suka hati saja dia main hantar wakil. Kalau macam ni aku pun boleh buat! Tak dapat keluar dengan dia, aku upah orang wakilkan aku! Biar Amir rasa apa yang aku rasa.

“Siapa?!” Rasa kurang enak menjalar di hati. Mulalah aku terfikir yang bukan-bukan. Entah apalah yang Amir fikir sampaikan dia sanggup bertindak sendiri tanpa memaklumkan pada aku terlebih dahulu. Geram sangat sampai rasa nak gulaikan si Amir ni!

“Rene.” muncul satu suara dari belakang.

Perlahan aku berpaling. Dan.. Wajah yang terpampang di mata buat jiwa aku bergetar hebat dan terasa mahu pitam di sini juga!

“Harith!!” terpacul namanya di bibirku. No way, man! This is not happening! Kenapa dia pula yang muncul?

Harith Daniel a.k.a HD hanya tersengih sumbing melihat aku. Aku tak rabun lagi. Memang sah ini Harith Daniel. Aku tak bermimpi! Harith betul-betul ada depan aku sekarang!

“Eh?! I tak sempat cakap lagi you dah tahu dah?! Harith dah sampai ke?” Amir di talian menyampuk. Tak tahu yang kawan baiknya ini sudah terpacak di depanku.

“Memang dah sampai dah pun! Ada depan I ni!! You wakilkan dia teman I tengok wayang?!” Makinlah aku sakit hati dengan dia. Memandai dia saja suruh Harith temankan aku! Patutlah tak cakap apa-apa. Mesti takut aku ubah fikiranlah tu. Aku segera berdiri di satu sudut yang agak jauh dari Harith. Tidak mahu lelaki itu mendengar perbualan kami.

“Heheheee! Sorry, sayang. I tak ada pilihan lain. Nak burn tiket sayang. So, I call Harith suruh temankan you kat sana. Jangan marah ok? Nanti I belanja you Happy Meal McD tu.”

Sayang konon! Huh! Dia fikir aku ini budak kecik? Disogok dengan Happy Meal, hilanglah marahku. Amir memang dah melampau! Kenapalah sejak akhir-akhir ni semua orang suka sangat buat aku tertekan? Dia orang ni memang nak sangat tengok Rene Hannani mengamuk agaknya.

“Eeeee.. You ni kaann!!! Memang sengaja nak kenakan I! Tak cakap awal-awal tu kenapa?!” geram di hati masih belum hilang. Malah semakin menjadi-jadi. Sesekali mata aku melirik pada Harith yang hanya melihat aku dari jauh.

“Maaflah, mana I nak tahu jadi macam ni. Nama pun emergency. Sorrylah! I janji lepas ni I akan ganti balik waktu untuk I luang dengan you. Boleh?”

“Taknak! I marah sangat ni!"

“Janganlah marah. Nanti kena jual. Okeylah, princess. I dah sampai hospital dah. Nanti I call you okey. Enjoy the movie. Bye!”

“Amir…”

Tutt tut tut tu tutt.....

Tak sempat aku habiskan ayat, Amir letak fon begitu saja. Selamba dia buat aku macam ni. Sampainya hatimu, Amirullah! Siaplah dia! Lepas ni aku merajuk tak ingat dunia baru padan muka! Aku melangkah ke arah Harith dengan berat hati.

“Abang tahu Rene tak suka. Tapi, Amir mintak tolong. Abang tolonglah dia.” Harith macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam kepala aku. Memang aku tak mengalu-alukan kehadirannya di sini. Senang ceritalah kalau Amir batalkan temujanji kami pun tak apa. Aku lebih rela begitu dari berdua-duaan dengan lelaki yang bernama Harith Daniel ini.

“Hmmm..” aku mengeluh kecil dengan wajah cemberut. Langsung tak pandang Harith dah gara-gara sakit hati yang melampau!

“Dahlah.. Tak payah buat muka macam tu. Comel terlajak. Nanti tak pasal-pasal orang lain pulak jatuh cinta dengan Rene.” Lebar senyuman Harith saat ini.

Cehh!! Tu sajalah nak mengena aku! Macamlah tak tahu taktik Harith Daniel! Aku mendengus geram. Memberinya jelingan tajam namun hanya disambut tawa kecil oleh Harith.

“Jom! Kita pergi beli pop corn dengan air kejap. Movie pun dah nak mula dah ni.” Harith terus berjalan ke kaunter makanan ringan.



Aku masih kaku di tempat aku berdiri. Apa boleh buat. Takdir mengatasi tadbir. Mungkin ini semua sudah ditetapkan Tuhan. Amir tak dapat keluar dengan aku, Harith pula jadi penggantinya. Maybe... Just maybe.

Wednesday 2 July 2014

Oh My Ex-Husband! 25


TERKEJUTNYA mama bukan kepalang setelah Harith menceritakan apa yang telah terjadi. Aku pula kelu membisu. Sedari tadi hinggalah ke saat ini, aku langsung tak bersuara. Kejadian yang hampir meragut nyawaku tadi memberi impak yang amat besar pada diriku. Cubalah kalau tadi Harith tidak ada di situ, apakah aku masih bernyawa ketika ini?

“Alhamdulillah, syukurlah Rene selamat. Lain kali nak lintas jalan tu hati-hati sikit Rene, tengok kiri dan kanan. Jangan main redah aje.” mama mengusap kepalaku lembut. Rambutku dielus-elus perlahan.

“Rene tak perasan ada kereta masa tu, mama.” Aku sedar akan kecuaian aku sendiri.

“Tak perasan? Rene ni banyak sangat berfikir mama rasa. Sebab tu buat apa-apa pun tak fokus. Kepala tu dah melayang jauh ke mana-mana dah agaknya. Nasib baik Harith ada. Kalau tidak?”

Aku bungkam, lalu menundukkan pandang ke permaidani yang terbentang di ruang tamu itu.

“Banyak fikir? Rene fikir apa sebenarnya?” soal Harith kebingungan. Tadi dia langsung tak menyampuk walau sepatah. Nampaknya dia juga terkesan dengan insiden itu. Harith tak izin aku pandu kereta pulang ke rumah. Bimbang nak biar aku balik sendiri. Dialah yang pandu kereta aku pulang ke sini. Keretanya pula terpaksa ditinggalkan dekat PappaRich sekejap.

Mama segera bangun dari sofa. “Harith duduk dulu. Mama pergi buatkan air kejap.”

“Thanks, mama.”

Mama mengangguk. Seketika kemudian dia berlalu ke dapur. Aku faham mama sebenarnya cuma ingin memberi ruang untuk kami saling berbicara.

“Betul ke apa yang mama cakap? Rene banyak fikir? Rene ada masalah ke?” Harith menumpukan perhatian pada aku semula. Pantas dia duduk di sisiku dalam jarak yang begitu dekat.

Nafasku seakan terhenti tatkala haruman Giorgio Armani menusuk ke hidung. Hati berdebar tak terkata. Apa sudah jadi dengan aku? Resah dan tak keruan bila dia ada di depan mata. Takkanlah ini semua kesan akibat daripada kejadian tadi? Terus jadi macam orang tak betul!

“Cuba cerita dekat abang, Rene fikir apa? Is something bothering you?” Harith menyoal bertubi-tubi. Jelas dia begitu runsingkan aku.

Suaraku bagaikan tersekat di kerongkong. Pertanyaan semudah itu pun tak mampu aku jawab. Apa reaksi Harith kalau tahu apa yang menganggu fikiran aku sejak kebelakangan ini?

“Rene, dengar tak abang tanya ni?” suara Harith kedengaran lagi, cuba menyedarkan aku yang jauh mengelamun entah ke mana.

Lambat-lambat aku mengangguk. Pandangan aku tetap pada kaca televisyen di depan.

“Dah tu? Cakaplah apa yang Rene fikir?”

“Abang.” akhirnya aku berterus-terang.

“Abang?” Harith kebingungan.

“Rene fikir pasal abang.”

“Fikir pasal abang? Kenapa dengan abang?” Harith seakan tercengang.

Harith ni biar betul? Dia memang tak faham atau buat-buat tak faham? Aku tarik nafas dalam-dalam, menghembusnya perlahan.

“Boleh pulak dia buat-buat tak tahu, kan? Kita separuh gila cari dia, tunggu dia dekat sana tadi. Tapi dia tak muncul-muncul jugak! Sajalah tu nak balas dendam balik, kan? Nak suruh Rene rasa macam mana abang rasa masa abang tunggu Rene hari tu, betul tak?” Lancar mulut aku menyerangnya.

Sepi. Harith tidak menunjukkan sebarang respons. Namun di wajahnya, dia tampak kesal dengan apa yang terjadi.

“Lama Rene tunggu abang. Mati-mati ingat abang tak datang. Sebab tulah Rene blah macam tu je. Tup-tup abang muncul masa Rene nak kena langgar dengan kereta tu,”

Harith melepaskan keluhan berat. “Maaflah. Sebenarnya, abang memang dah nak pergi jumpa Rene pun tadi. Tapi sebelum tu abang pergi draw duit dulu dekat mesin ATM. Itu yang lambat tu..”

“Habis tu kenapa tak balas mesej?” Saat ini kami bertentang mata.

“Abang tak perasan. Sorry..” luah Harith yang sudah dihimpit rasa bersalah.

Aku berkalih pandang pada TV semula. Suasana kembali hening bila dua-dua membisu tanpa kata.

“Sakit jantung abang masa Rene nak kena langgar dengan kereta tu tadi. Syukur alhamdulillah Allah lindungi Rene dari bahaya..”

Risau juga dia pada aku rupanya. Ingatkan memang langsung dah taknak ambil tahu pasal aku. Maklumlah, dua hari dia abaikan aku macam itu saja. Ada hikmahnya juga bila jadi macam ni. Harith yang loving and caring dah kembali semula!

Aku sandarkan kepala ke penyandar sofa. Selesa. Harith pandang aku, bagai ternanti-nanti apa yang hendak aku luahkan pula. Namun aku memilih untuk terus berdiam diri. Selang beberapa saat, mama keluar dari dapur membawa dulang ke meja kopi.

“Meh minum dulu, Harith.” pelawa mama sambil tuang teh O panas ke dalam cawan.

“Terima kasih, mama. Susah-susah aje,” ujar Harith sambil tersenyum manis.

“Alaa.. Buat air je pun. Haa.. Cookies ni Rene yang buat kelmarin. Makanlah. Sedap!” Sepiring biskut cip coklat yang aku buat dihulur pada Harith.

Harith menjungkit kening. “Ye? Rene buat? Kalau macam tu memang rugilah kalau tak makan.” Biskut cip coklat tadi diambil sekeping lantas disuap ke mulut.

“A'ah. Sedap! Dah boleh buka bisnes dah anak mama ni.” puji Harith. Tersenyum dia sebaik pandangannya dihalakan ke arahku sekilas.

Mama senyum sampai ke telinga. Aku pula curi-curi pandang dia dengan ekor mata. Pandailah dia nak ambil hati aku. Itulah Harith Daniel. Bab memuji dan memujuk, dialah champion.







LAMA aku termangu di laman rumah. Bersandar pada tiang gazebo sambil berpeluk tubuh. Langit cerah aku renung kosong. Tanpa menyedari ada yang memerhati. Aku pantas berpaling ke belakang bila terdengar deheman seseorang.

Mataku menyoroti langkah Harith ke gazebo itu. Dia duduk lantas wajah aku ditatap lembut.

“Jauh termenung? Dah sampai ke mana?”

Soalan itu mengundang senyuman di bibirku. Aku sekadar menggeleng kecil.

“Kalau termenung jangan jauh-jauh sangat. Jangan tinggal abang sorang-sorang kat sini..” senda Harith. Cuba untuk buat aku ketawa.

Aku ketawa perlahan. Harith turut ketawa. Sukalah tu taktik dia menjadi.

“Macam tulah! Ketawa. Abang suka dengar Rene ketawa. Your laugh is like music to my ears.”

Aku juih bibir seraya menjelingnya manja. Manisnya mulut dia. Jangan kena hurung semut sudah. Harith menghela nafas berat, pandangannya dilontar jauh entah ke mana.

“Abang mintak maaf sebab abang buat tak endah dengan Rene sehari dua ni. Disebabkan tu, Rene jadi susah hati. Maafkan abang.”

“Rene yang patut mintak maaf dengan abang sebab semua ni berpunca dari silap Rene sendiri. Kalau Rene tak lupa temujanji kita, kita takkan gaduh..” aku mengambil tempat duduk di sebelah Harith.

“Abang mengaku abang frust, harap sangat dapat keluar dengan Rene. Tapi bila tahu Rene keluar dengan Amir, abang rasa lain macam. Bila tunggu Rene tak balik-balik, lagi abang jadi geram. Dahlah call tak dapat-dapat. Sedih sangat masa tu.”

Aku berkalih posisi, menghadap ke arah lelaki itu. Merenung dia dari sisi kirinya tanpa berkelip mata. Aku diam, memberi ruang untuk Harith meluahkan semuanya.

Harith meneruskan bicara. “Abang terlalu ikutkan emosi. Sebab tulah sehari dua ni abang mengelak dari jumpa Rene. Sebab abang takut abang melenting tak tentu pasal, takut terluah benda yang tak sepatutnya pada Rene. Abang bukannya saja-saja taknak cakap dengan Rene. Abang cuma perlukan ruang untuk bersendirian, untuk tenangkan diri. Itu aje,”

“Tell me what should I do to make you forgive me?”

“Tak ada apa-apa yang perlu Rene buat untuk dapatkan kemaafan dari abang. Abang dah maafkan Rene dah pun.”

“Tapi.. Rene dah sakitkan hati abang..” aku masih dihantui perasaan bersalah terhadapnya.

“Alaa.. Sakit sikit je, tapi sekarang abang dah okey.” Tutur Harith, ingin menyedapkan hatiku ini.

“Yelah tu…” cemik aku.

Harith pandang aku. “Laa.. Tak percaya? Betullah! Abang dah okey. See, I’m smiling!” Bibirnya menarik senyum lebar sampai ke telinga. Sungguh-sungguh dia meyakinkan aku.

Melihat senyuman itu, semua tekanan yang melanda bagaikan hilang sekelip mata. Emosi yang sedikit terganggu gara-gara kejadian tadi kembali stabil.

“Maafkan abang sebab buat Rene risau.” pujuk Harith sambil merapatkan kedudukannya dengan aku.

Terasa gugup bila duduk dekat-dekat macam ini dengan Harith. Namun, aku tetap cuba berlagak tenang, agar keresahan itu tidak ketara di matanya.

“It’s okay. Tapi lain kali jangan buat macam ni lagi. Tau?”

“I won’t. I promise.” Harith angkat tangan kanan tegak.

Aku tertawa kecil. Syukur, alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Tidak ada lagi salah faham di antara kami berdua. Harapnya lepas ni kami takkan bergaduh lagi.

Harith mengerling jam tangannya sekali lalu. “Abang dah kena gerak ni. Nak pergi ambil ‘girlfriend’ abang tu. Kesian kena tinggal lama-lama. Mesti dia dah rindu sangat kat abang.”

Girlfriend?! Bulat mata aku mendengarnya. Harith dah ada kekasih baru? Dia dah jumpa pengganti aku? Siapa? Siapa perempuan tu?! Kenapa aku tak tahu?

“Girlfriend? Siapa dia? Mesti cantik orangnya, kan?” aku mengukir senyum paksa. Hati sudah dijentik rasa cemburu. Who is that lucky girl anyway? Beruntungnya dia sebab berjaya pikat lelaki sehebat Harith Daniel! Nanti dulu! Kenapa aku cemburu tak tentu pasal ni? Weirdo!

Harith ketawa mengekek. Entah apa yang begitu mencuit hatinya aku pun tak pasti.

“Bukan girlfriend yang itulah. Maksud abang kereta abang la! Hehe..”

Oh! ‘Girlfriend' yang dimaksudkan Harith tadi tu rupa-rupanya kereta kesayangan dia! Ya Allah! Malunya! Boleh tak aku sorokkan muka aku kat mana-mana sekarang? Agak-agak, Harith perasan ke tak reaksi aku tadi? Alaa.. Buat relaks sudah! Jangan gelabah sangat, Rene!

“Err.. Biar Rene hantarkanlah.” ujar aku yang cuba untuk berlagak selamba.

“Tak apa, abang call Hanim suruh dia datang ambil abang kat sini. Rene rehat je kat rumah. Jangan risaukan abang, I can handle it myself..”

Aku diam tidak membantah. Kalau dah begitu kata Harith, turutkan sajalah. Harith pantas mengambil fon di dalam poket jeansnya. Setelah nombor adiknya itu ditekan, dia terus melekapkan fon ke telinga.

“Hanim sibuk tak? Datang ambil abang dekat rumah Kak Rene. Kereta abang takde kat sini.” jelas Harith panjang lebar.

Jeda.

“It's a long story. Kak Rene nyaris accident tadi. Tapi dia okey je ni. Hanim datanglah sini dulu, nanti abang cerita. Okey?”

“Okey. Abang tunggu. Bye.” Talian dimatikan.

Sementara menunggu Hanim datang, aku dan Harith sempat berbual panjang sambil menikmati angin petang.







LEPAS makan malam, aku terus naik ke bilik untuk berehat. Papa yang suruh aku tidur awal. Siap suruh aku MC esok sehari gara-gara terlampau runsingkan aku. Puas aku cuba yakinkan papa agar tidak terlalu bimbangkan aku. Berkali-kali aku kata yang aku okey, barulah papa boleh tarik nafas lega.

Fon di atas meja solek aku capai dan terus duduk di birai katil. Iphone 5 warna hitam itu aku tenung lama. Ternanti-nanti panggilan dari seseorang. Aku pelik dengan hati aku ni. Lepas Harith balik petang tadi, aku rasa macam serba tak kena. Rasa macam tak puas sembang dengan dia, tak puas tengok dia depan mata. Adakah ini rindu?

Lima minit menanti namun masih juga tidak ada panggilan dari Harith. Aku mengeluh hampa. Aku ketuk-ketuk dahi perlahan dengan fon kesayangan. Memang sahlah aku dah terkena sakit rindu. Sakit yang ubatnya hanya ada pada Harith Daniel seorang.

Tiba-tiba fon aku berbunyi. Terujanya aku bukan kepalang. Namun keterujaan itu tidak lama bila terlihat nama Kak Ana yang terpampang di skrin itu. Lain yang ditunggu, lain pula yang telefon. Mana Harith ni? Tak rindu aku ke?

“Assalamualaikum, Kak Ana.”

“Waalaikumussalam, dik. How are you? Mama dah ceritakan semuanya dekat Kak Ana. I was so worried about you. Are you okay, sis?” soal Kak Ana gusar.

“Rene okey, kak. Jangan risau. Rene sangat-sangat okey. Tak ada calar sikit pun.” jawab aku. Timbul rasa terharu dengan keprihatinan mereka semua.

“Itulah. Mama kata kebetulan Harith ada kat situ. Dia yang tarik Rene ke tepi. Ya Allah.. Sakit dada akak dengar mama cerita tadi.. Syukurlah Rene selamat..”

Aku senyum mendengar nama yang meniti di bibir Kak Ana. Rasanyalah, mereka semua tak perlu risau tentang kejadian yang menimpa aku tadi. Tapi yang patut mereka risaukan ialah bila tengok aku yang separuh angau ketika ini. Macam tak siuman pun ya juga. Ingat Harith saja, automatik aku senyum sendiri. Janganlah aku kena mandi bunga pula nanti.

“Yup! Harith jadi hero Rene hari ni. Alhamdulillah, semuanya okey. Allah beri Rene peluang bernafas sampai ke saat ini.”

“Alhamdulillah. Lepas ni kena hati-hati selalu. Okeylah, Rene. Akak nak tidurkan Boboi kejap. Besok akak balik sana.”

“Okey, kak. Jumpa esok insya-Allah. Selamat malam. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Lima saat selepas kami menamatkan perbualan, panggilan dari Harith pula yang masuk ke telefonku. Hari ini dalam sejarah. Panggilan masuk bertubi-tubi. Aku sengih lebar. Panggilan yang ditunggu-tunggu sedari tadi! Cepat-cepat aku tekan butang hijau.

“Assalamualaikum, Rene. Tengah buat apa?” suara Harith kedengaran di corong talian.

Aku membetulkan posisi. Dari birai katil, aku henyakkan tubuh ke tilam. Berbaring santai sambil memeluk Mr. Bear yang menjadi peneman setia aku setiap malam.

“Waalaikumussalam. Tak buat apa. Tengah rest dalam bilik. Baru lepas cakap fon dengan Kak Ana tadi,” aku mengiring ke kanan. Ceria benar dapat dengar suara Harith malam ni. Satu perasaan indah yang sudah lama tidak aku rasai. Harith macam dapat rasa je yang aku tunggu dia call. Chemistry kuat sangat kut ni? Heheh!

“Ooo.. Habis tu abang ganggu ke ni?”

“Taklah, tak ganggu pun. Rene pun tengah lepak-lepak je dalam bilik ni.”

“Good, abang call ni bukan apa, cuma nak tanya khabar Rene. Nak tahu Rene okey ke tak. After what had happened today, abang jadi risau. Rene tak apa-apa, kan?”

Awww, dia call semata-mata nak tanya khabar aku! Sukanya! Sukanya! Sukanya!! Aku menjerit dalam hati. Dari posisi kanan, aku bertukar pula ke posisi kiri. Berguling-guling atas katil. Jangan ada yang jatuh katil kejap lagi sudahlah!

“Yes, I am doing fine. Thank you for asking. Abang janganlah risau sangat. Rene cuma terkejut je tadi. Tapi sekarang Rene dah okey. Alhamdulillah.” tutur aku tenang.

“Baguslah, lega abang dengar. Abang bukan apa, abang macam ternampak-nampak lagi kejadian tadi. Abang pulak yang trauma semacam.”

Terharunya aku hanya Tuhan yang tahu. Mendengarkan suaranya, aku tahu dia memaksudkannya. Harith tak main-main. Dia betul-betul risaukan aku.

“Takde apa-apalah. Abang jangan fikir sangat. Rene okey. Kalau Rene tak okey, mesti mama dah call abang dah. Kalau mama tak cakap apa-apa itu maksudnya Rene okey.” Balas aku.

“Kalau macam tu okeylah. Baru tenang sikit hati abang ni..” Harith menghela nafas lega.

“Abang,”

“Yes, honey?”

Honey pulak! Kenapa tiba-tiba dia jadi romantik semacam malam ni? Aduh! Bikin hati jadi tak torah! Abang oh abang! Rene kat sini dah separuh sasau disebabkan abang. Kalaulah abang boleh tengok sendiri betapa kroniknya Rene sekarang…

“Terima kasih untuk semuanya. Kalau tak kerana abang Rene mungkin dah..”

“Syhh.. Jangan cakap macam tu, Rene. Tolonglah...” Harith pantas memotong percakapanku. Tidak sanggup untuk mendengar luahan selanjutnya dariku. Suaranya lirih kedengaran. Menangiskah dia?

“Okey.. Maaf..” aku juga mati kata. Mutiara jernih sudah bertakung di kelopak mata. Emosi semacam pula aku malam ni.

“Tak perlu mintak maaf. Kejadian tu beri impak yang amat besar pada kita. Abang tak tahu apa yang akan jadi pada abang, kalau abang tak sempat selamatkan Rene tadi. Abang takkan maafkan diri abang.”

“Abang, ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu semua di tangan Dia. Kalau pun sesuatu menimpa diri Rene, jangan sesekali abang salahkan diri abang. Kita manusia kena terima qada’ dan qadar Tuhan.”

“Yes, you’re right. Sorry for being too emotional tonight.. Sepatutnya abang gembirakan Rene. Bukan buat Rene sedih macam ni.”

Aku menyeka air mata yang sudah meleleh dari tubir mata, membasahi cadar katil merah jambu itu. Aku menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana hati ini cukup tersentuh dengan pengakuannya itu. Hati aku kuat mengatakan, Harith Daniel masih Harith Daniel yang dulu. Yang menyayangi aku setulus hatinya. Aku harap gerak hati aku ini tak salah.

“Tak apa. Rene okey je ni,” aku tertawa kecil. Air mata juga sudah berhenti mengalir.

“Alhamdulillah. Itu yang abang nak dengar. Okeylah. It’s getting late. Rene tidurlah. Esok-esok abang call lagi.” ujar Harith perlahan.

“Okey. Good night, abang. Sweet dreams. Assalamualaikum.”

“Abang nak mimpikan Rene malam ni. Good night. Waalaikumussalam.”



Senyuman tidak lekang di bibir walau talian sudah di matikan. Mr. Bear yang besar dan berbulu sejuk di sebelah aku peluk erat lalu aku pejamkan mata rapat. Terngiang-ngiang suara romantik lelaki itu di telinga. Oh tidak! Belum apa-apa aku sudah rindukan dia! Hebatnya penangan Harith Daniel!