“ Hanim datang ni sebab nak bagi kad jemputan kat akak…” beritahu
Hanim setelah dia mengeluarkan sekeping kad jemputan dari dalam beg tangannya.
“ Congrats, Hanim!! Dah
sampai seru dah dia!!” ujar aku separuh menjerit seraya memeluk erat tubuh
gadis itu dengan penuh teruja. Patutlah kalau budak ni awal pagi lagi sudah
terpacak depan rumah. Rupa – rupanya bawa berita baik! Alhamdulillah! Bertambah
ahli keluarga Encik Johari dan Puan Nadira!
Hanim ketawa, lalu dia menggeleng. “ No! Not me!! Cuba tengok dulu nama dekat dalam kad ni.” Segera
sampul surat berwarna krim tadi diserahkan pada aku.
Aku segera melihat kad jemputan yang juga berwarna krim. Simple saja kadnya namun sangat cantik.
Zalia dan Hakimi. Laaa!! Zalia? Zalia sepupu Hanim dengan Harith ke?
“ Zalia? Zalia dah nak kahwin?!” soal aku antara percaya dan tidak.
“ Yalaaa.. Zalia mana lagi? Zalia sepupu kita tulah!” jelas Hanim
sambil tersenyum lebar.
Aku senyum. Masih tak percaya yang gadis itu akan menamatkan zaman
solo akhirnya. Rasa macam kejap sangat masa berlalu. Rasa macam Zalia ni masih
mentah. Tapi kalau dah sampai seru, apa lagi nak ditunggu? Takkan nak tunggu
tua kerepot baru nak kahwin? Ye tak?
“ Alhamdulillah.. I’m happy
for her.”
“ Haa.. Ni dia yang amanahkan Hanim bagi kad ni pada akak. Akak
jangan tak datang pulak tau. Majlis tu lagi tiga minggu. Hari tu dia cakap dia
sendiri yang nak hantar by hand. Tapi
dia busy sangat sebab itulah dia
suruh Hanim bagi.. Akak ajaklah parents
akak sekali..”
“ Insya – Allah. Kalau dizinkan Tuhan, sampailah kami.” Aku senyum.
Hanim angguk faham. Aku meminta diri untuk ke dapur dan hidangkan
apa yang patut. Tiba – tiba aku teringatkan si HD. Entah apa ceritalah mamat
tu. Sampai dah dua hari dia masih lagi menyepi. Malam tu aku ingatkan dia akan call, tapi hampeh! Tak ada! Tak syak
lagi. Memang lelaki itu sedang merajuk. Alahai………..!
“ Hanim… Kalau akak tanya sikit boleh tak?” tanya aku pada Hanim
sekembalinya aku di meja makan. Aku letakkan dulang ke meja. Aku tuangkan air
untuk Hanim ke dalam cawan. Piring yang berisi donut bersalut coklat juga aku
letak di depan Hanim.
“ Boleh! Apa dia, Kak Rene?”
“ Abang Harith still dekat
Melaka?”
Hanim mengangguk seraya mengunyah donut perlahan.
“ Maybe dia balik esok.
Kenapa, kak?” tanya Hanim.
Aku geleng. “ Tak… Takde apa – apa. Saja tanya.”
“ Mesti rindu ni…. Kaannnn…?” Hanim menyerkap jarang.
Wajahku membahang. Aduh!! Inilah adik Harith Daniel. Kuat menyakat
macam abangnya juga. Tak tahu mana lagi aku nak sorokkan muka yang sudah merah
ini. Aduhai…! Boleh ke kalau aku pengsan sekarang jugak?
“ Tak adalah… Kesitu pulak! Ada – ada je Hanim ni.” Aku cuba menutup
rasa malu. Buat – buat tengok TV.
“ Oh ya.. Cakap pasal abang.. Ada tak dia cakap kat akak dia pergi
Melaka untuk apa?”
“ Dia cuma cakap dia ada hal yang nak diuruskan. Kenapa?” aku terasa
pelik bila ditanya begitu.
“ Sebenarnya… Masuk kali ni dah 4 kali dia ke Melaka. Hanim pelik…
Sebulan sekali mesti dia ke sana. Bila Hanim tanya nak buat apa dia tak jawab
pulak.”
Dah 4 kali? Apa yang ada dekat Melaka tu sampaikan kerap sangat
Harith ke sana? Hairan sungguh. Sebelum ini Harith memang tak ada sebut hal
ini. Kalaulah tak kerana Hanim, alamatnya sampai kiamatlah aku tak tahu!
____________________________________
“ I datang ni sebab nak ajak you tengok wayang hari Khamis ni.
Boleh?” Amir bersandar pada keretanya tenang. Matanya memandang aku lembut.
Aku duduk bertenggek di bonet depan kereta. “ Wayang? Ada cerita best ke?”
“ Of course! Kalau tak best tak adalah I ajak you, wahai Rene
Hannaniku sayang…”
Aku sengih. “ Nak ajak wayang je. Sanggup redah jam datang rumah I? Telefon kan ada? Kenapa tak call je? SMS ke? Whatsapp ke? Ni tak..
Membazir minyak je. You pun penat drive.
Buang duit kena bayar tol bagai.” Lancar aku menutur kata. Terkejut juga aku
lepas Isyak tadi Amir tiba – tiba datang. Sudahlah papa dan mama tak ada. Terpaksalah
aku ajak Amir lepak luar pagar saja. Derma darah pada nyamuk yang
bermaharajalela berterbangan ke sana ke mari. Nak ajak Amir masuk dalam? Memang
taklah! Menempah maut namanya tu!
“ Alaa.. I sanggup buat apa saja untuk buah hati I ni.”
Aku menjuih bibir. Meluat dengar ayat yang macam itu. Itu ayat kliche tahu? Rata – rata kumbang yang
mahu memetik bunga di taman larangan, pasti akan guna kuasa vito mereka dengan
menjadi sweet talker! Rene Hannani,
tolonglah berhati – hati. Amirullah lelaki. Sebaik – baik dia, dia tetap
lelaki!
“ Indah sungguh tempat dating kita. Ditemani nyamuk – nyamuk yang
kelaparan. I dah macam beruk dah ni.. Tergaru sana tergaru sini.” Amir menampar
lengan kanannya kuat. Tergaru – garu akibat digigit nyamuk yang bermaharajalela
menghisap darah kami.
Aku tergelak mendengarnya. Macam beruk dia kata. Mengata diri
sendiri nampak?
“ Sorry, Amir. Tapi I lagi
rela kehabisan darah daripada mengundang bala kena cekup dengan pencegah
maksiat.”
“ Okey jugak kalau macam tu. Boleh kahwin free.. I kan dah lama nak jadi suami you. So, senang – senang je dapat jadi suami you. Bahagia I!”
Melopong luas mulut aku. menjegilkan mata ke arah Amirullah yang
hanya tersenyum selamba sebaik dia menghabiskan kata.
“ Eeeee….!! Teruk la you ni! Kalau ya pun nakkan I, bukan dengan
cara tu okey? Jangan sampai nak calarkan maruah diri dan keluarga! Jaga nama
baik family!” aku terus mencubit
bahunya kuat – kuat. Kalau ada cili api ni, dah lama aku tenyeh dekat mulut dia
yang celupar tu! Selamba aje main mintak kena tangkap basah. Hish! Meremang
bulu roma aku! Nauzubillah!
Amir ketawa. Sepantas kilat dia mengelak dari terus dicubit oleh
aku. “ Alaaa.. I gurau je. Walaupun I nakal, I masih ingat Tuhan. I masih
takutkan dosa. I pun nak jadi baik, nak pahala. Dan insya – Allah, I akan
dapatkan you dengan cara yang halal. Barulah hidup pun diberkati dan
dirahmatiNya. Tak gitu, Rene Hannani?”
“ Kalau you tak dapat I pun, who
knows maybe one day you will find someone better than me. Kan?” dengan
petahnya aku membalas.
Amir terdiam. Tak lama kemudian, dia ketawa. Asyik ketawa aje mamat
ni. Memang dia ini periang orangnya. Itu yang buat aku selesa sangat berkawan
dengan Amir. Dia jenis yang cool dan
relaks. Jaranglah nak tengok dia marah – marah. Cuma kalau dah datang angin kus
– kus dia, bila dia merajuk memang kalahkan perempuanlah! Sensitif yang amat!
Aku pun pelik, apa yang mak dia makan masa hamilkan dia sampaikan hatinya
selembut dan sesensitif orang perempuan?
Sedang aku seronok bersembang dengan Amir, Adam Khalid datang mengejut.
Keretanya diparkir bertentangan dengan kereta Amir. Silau mata kami dek panahan
lampu kereta Hyundai Sonata. Gelak tawa kami tidak lagi kedengaran tatkala dia
menghampiri kami dengan air muka yang cukup bengis dan menggerunkan.
“ Mama dengan papa mana?!” cara Adam bertanya macam nak ajak bergaduh.
Kasar nak mampus!
“ Keluar. Kenapa? Angah nak jumpa dia orang ke?” tanya aku.
“ Kalau dah tahu mama dengan papa takde, buat apa ajak jantan datang
rumah?! Elok sangatlah kalau orang sekeliling tengok?!”
Amir tersentak. Aku pula kelu lidah untuk bersuara. Kami berbalas
pandang. Tercengang melihat Adam Khalid yang melenting, angin satu badan tak
tentu pasal.
“ Eh, bang.. Maaflah menyampuk.. Tapi cakap siang pandang – pandang,
bang… Kami takde buat apa pun. Rene pun tak ajak saya masuk rumah. Dari tadi
lagi kami lepak kat sini. Kami tak buat apa – apa pun..!” Amir masih boleh
menahan sabar, biar pun aku lihat air mukanya sedikit berubah.
“ Kau jangan nak berabang sangat dengan aku! Aku tak kenal kau
siapa! Sekarang ni ada baiknya kau balik!! Sebelum aku hambat kau dengan cara
yang lebih teruk lagi!!!” nada Adam semakin meninggi. Sesuka hati melepaskan
kemarahannya tanpa sebab. Macamlah Amir cari pasal dengan dia. Dia yang cari
pasal dengan Amir adalah!
“ Angah! Apa ni? Kenapa marah Amir macam tu?! Dia tak buat apa pun
dengan Rene! Dia cuma nak datang jumpa Rene kejap je!! Angah jangan fikir yang
bukan – bukan! Angah kenal Rene macam mana, kan?!” Sungguh aku juga sudah tidak
mampu untuk mengawal rasa marah yang meluap – luap terhadapnya. Apa lagi bila
mengenangkan kejadian beberapa hari yang lalu, bertambah pedih hati aku. Adam
Khalid bukan lagi Adam Khalid yang aku kenal satu ketika dulu. Aku tak tahu
lagi siapa Adam Khalid yang di hadapanku ini.
“ Rene tak payah nak back up dia!!
Masuk!!!” arah Adam Khalid tegas mengalahkan komando lagaknya. Jarinya dituding
pada pintu rumah.
“ No!! Apa hak angah buat
Rene macam ni?! Amir kawan Rene! Angah tak boleh buat macam ni!” Aku sudah tidak boleh bersabar lagi. Adam
Khalid memang gila!! Datang – datang je terus mengamuk macam ni! Agaknya skru kat
kepala otak dia tu ada yang dah tercabut! Sebab tu dia jadi macam ni!
“ Masuk angah kata!!” Adam jegil mata.
Aku geleng. Berdegil tak mahu ikut cakap Adam Khalid yang seperti
hendak kongkong aku. Mentang – mentanglah dia abang sepupu, dia fikir dia boleh
buat aku macam robot? Serba – serbi boleh dikawal dan patuh pada arahannya?
Kalau dulu aku masih terlalu mentah untuk melawan. Apa saja yang dia suruh aku
turutkan. Tapi sekarang aku juga ada keinginan sendiri. Aku mahu bebas! Aku
bukan lagi Rene Hannani yang cengeng dan mudah dibuli. Aku sekarang lebih kuat
dan tabah dari dulu!
“ Angah kata masuk, masuk!!!!!” desak Adam yang cuba untuk menarik
tangan aku tetapi mujurlah Amirullah yang tadinya hanya memerhati pantas
menghalang.
“ Bro… Jangan macam ni…
Relaks…. Jangan fitnah yang bukan – bukan. Kami tak buat salah. Tak baik tuduh
– tuduh. Berdosa hukumnya!” Amir berdiri di tengah – tengah, antara aku dan
Adam. Segera dia menolak Adam jauh dari aku. Mungkin dia bimbang lelaki itu
akan bertindak di luar kewarasannya.
Adam menepis tangan Amir kasar. Mencerlung matanya memandang Amir.
“ Sebelum tulang kau patah riuk, ada baiknya kau berambus sekarang
jugak!!!! BERAMBUS!!!!!!” kuat Adam menjerkah.
“ Amir!! Adam!! Apa bising – bising ni?!! Tak malu ke dekat jiran
sekeliling?!” sergah satu suara garau, sekali gus menjadi penyelamat keadaan di
saat getir sebegini.
Adam, Amir dan aku sama – sama menoleh ke arah papa yang baru keluar
dari perut kereta. Aku menghela nafas lega. Mujurlah ada papa. Kalau tidak aku
tak tahulah apa nasib yang akan menimpa kami bertiga malam ini.
__________________________________
Suasana di ruang tamu cukup hening dan sepi. Hanya kedengaran bunyi
televisyen yang langsung tidak menarik perhatian. Angin satu badan aku malam
ni. Adam Khalid benar - benar menguji kesabaran. Dia sengaja datang buat kecoh
dan cari pasal dengan Amirullah. Tak cukup dengan itu, dia tuduh pula kami buat
maksiat! Itu paling tak boleh dimaafkan!
“ Adam mintak maaf, pak su, mak su. Adam cuma fikir demi nama baik
pak su sekeluarga. Hari tu Adam dah bagi amaran dekat Rene. Tapi dia still juga jumpa budak tu.” Adam yang
duduk bertentangan dengan papa dan mama bersuara perlahan. Matanya hanya
menekur lantai. Pandai pula dia berlembut bila dengan papa dan mama. Dengan
papa dan mama pandai dia tunjuk respek, tapi dengan aku? Dengan Amir? Dia tak
ubah macam orang gila!
“ Budak tu ada nama. Budak tu kawan Rene. Rene kecewa dengan angah…
Bertindak sesuka hati. Langsung tak ada rasa hormatkan orang lain. Kesian
Amir.. Dia tak salah apa pun!” Baru sekarang aku rasa nak menyampuk. Aku harus
pertahankan Amirullah tak kira apa yang jadi sekali pun. Adam tak ada hak
burukkan Amir di mata papa dan mama.
“ Tengok.. Dalam hal macam ni pun Rene masih nak back up dia? Kalau dia tu reti bahasa,
dia takkan tunggu malam hari baru nak jumpa Rene…!”
Aku menjelingnya geram. Kalau ikutkan muka dia tu aku lempang biar
hancur sampai tak nampak rupa asal. Cara dia tegur perangai Amir, macamlah dia
tu baik sangat. Dia ingat dia suci sangat ke? Tak ada dosa? Tak pernah buat
silap?
“ Adam.. Sudah – sudahlah tu.. Sebenarnya Rene dah mesej mak su cakap yang Amir datang sini. Bukannya dia
ajak Amir senyap – senyap tanpa pengetahuan kami. Lagipun dia orang bukannya
berdua – duaan dalam rumah.” mama cuba untuk menenangkan keadaan yang sedia
kusut. Cuba untuk memulihkan semula suasana tegang di antara aku dan anak
saudaranya itu.
“ Dari awal lagi Adam memang dah tak berkenan dengan budak tu, mak
su. Tak tahu kenapa. Adam rasa Rene tak selamat dengan dia.”
“ Angah tak kenal dia jadi angah jangan memandai nak tuduh dia yang
bukan – bukan! Don’t judge the book by
its cover. Amir budak baik! Sepanjang Rene berkawan dengan dia, Amir tak
pernah ambil kesempatan dengan Rene! Dia tahu antara kami ada batasannya!”
Papa diam. Aku dan Adam masih lagi seperti dulu. Pantang ada yang
tak puas hati, pasti kami akan berperang mulut sampai naik bernanah telinga
yang mendengarnya. Aku taknak mengalah, Adam juga begitu. Yang menjadi penenang
kami, sudah tentu Kak Ana, kakak sulungku.
“ Pak su tahu Adam cuma buat semua ni untuk kebaikan Rene. Malah pak
su hargai sangat – sangat. Cuma pak su rasa tindakan Adam tu saja yang kurang
sesuai. Kami kenal Amir tu. Baik budaknya. Itu pak su terkejut bila Rene kata
Adam halau dia balik…. Pak su harap perkara yang macam ni takkan berulang
lagi…” lembut suara papa kedengaran. Papa juga seperti mama, tak mahu
mengeruhkan lagi keadaan.
“ Maafkan Adam pak su, mak su. Sekali lagi Adam mintak maaf.. Adam
terlalu ikutkan emosi tadi.. Adam tak ada niat nak buat Rene marah.” ujar Adam
dengan nada kendur.
“ Sudahlah tu.. Benda dah jadi tak perlu ungkit dah…” kata mama.
Aku mendengus geram. Panas punggung untuk terus berada di situ, aku
pantas bangkit dan meluru ke kaki tangga.
“ Rene dah takde apa nak cakap dengan angah. Baik angah balik! Rene
tak mahu diganggu." pinta aku dingin tanpa memandang sesiapa pun lagi dan
terus mengatur langkah naik ke bilik. Aku cuma ingin tenangkan fikiran. Perlu ruang
untuk bersendirian. Buat masa ini aku tak mahu lihat Adam Khalid yang sangat
menyakitkan hati!
***********************************************
thank u for reading!! mohon maaf sekiranya terdpt byk kelemahan dan kekurangan dlm story line, dialog, tatabahasa dan sebagainya! saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. (komen yg membina sgt membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri) :) terima kasih!! sorry jugak kalau ada bab - bab yg membosankan. akan saya cuba utk bg all out setiap bab! :) insyaAllah
thank u for reading!! mohon maaf sekiranya terdpt byk kelemahan dan kekurangan dlm story line, dialog, tatabahasa dan sebagainya! saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. (komen yg membina sgt membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri) :) terima kasih!! sorry jugak kalau ada bab - bab yg membosankan. akan saya cuba utk bg all out setiap bab! :) insyaAllah
huhu..adam jeles tuuuu.....nk lagi!!
ReplyDeleteheheheee!! mengada2 sikit adam ni. nak kena babab kut :p
DeleteCerita vagus...memang JD penunggu setia
ReplyDeletehehe thank u so much!! :)
Deleteyeay.... ada new entry..... nak lagi.....
ReplyDelete- Si buta dr gua hantu -
hehehee.. si buta dr gua hantu? lol... thanks for reading :)
Deleteadam khalid,namanya sedap..tp orgnya...haha..apa2 pun,still nak HD..thanks for d story...:)
ReplyDeletehahahh.. perangai tak seindah namanya. ekekkee. tq awk :)
DeleteBest sgt! Cerita ni agak lain dri yg lain. Best :) pls update next chapter asap :D
ReplyDelete-myra-
alhamdulillah, thank u so much, myra. :)
DeleteBEST SAMBUNG LAGI YA TQ.
ReplyDeletethank u so much, baby mio! :)
DeleteAdam jeles ler tu...... hehe
ReplyDeletehahaa.. thanks for reading! :)
Deletebest novel ni... :D
ReplyDelete*nursya*
hihihi thanksss nursya :)
Deletesalam iman,
ReplyDeleteharap boleh hubungi saya melalui redskat7@gmail.com.
tq
salam bimbo77.. boleh. berkenaan apa ya?
ReplyDelete