Sepanjang dalam panggung wayang, aku langsung tak boleh tumpukan
perhatian pada cerita tersebut. Resah dan serba tak kena saat berada di samping
lelaki itu. Kali terakhir kami begini waktu kami masih suami isteri. Sekarang macam
tak percaya semua ini akan berulang lagi. Ya, benar. Kita hanya mampu merancang
tetapi Dia yang menentukan. Siapa sangka, kan? Mulanya aku plan untuk tengok wayang dengan Amir, tapi Allah dah tetapkan
Harith yang berada di sisi aku sekarang.
Lagi satu sebab kenapa aku hilang fokus. Dari ekor mata, lelaki di
sebelahku ini lagaknya macam tak pernah tengok Rene Hannani. Mata dia tu setiap
saat pasti akan renung aku di sebelah. Jantung aku ni pula bukan main laju
lagi degupannya setiap kali sepasang mata itu tertumpu pada wajah aku
sepenuhnya. Walaupun aku hanya berlagak tenang, namun dalam hati hanya Tuhan
yang tahu.
“ Cerita dekat depan… Bukan dekat muka Rene…” sindir aku dengan nada
berbisik tanpa melihat Harith. Sungguh aku tak selesa dengan kelakuannya itu.
Harith ketawa. “ Biarlah… Movie
ni bosan. Tengok Rene tak bosan.”
Kotak bertih jagung di tangan aku serahkan pada Harith. “ Nah.
Kunyah pop corn. Gerenti bosan abang
tu hilang.”
Ketawa lagi dia. Sedikit kuat berbanding tadi. Cepat – cepat aku
meletakkan jari telunjuk ke bibir, memberi isyarat agar diperlahankan suaranya
itu. Bimbang menganggu yang lain. Nanti kalau orang dengar apa pula orang cakap.
Tengok cerita serius. Tapi dia ketawa macam ada badut dekat depan tu. Tak pasal
orang fikir dia otak mereng pula nanti.
Harith buat lagi. Kali ini badannya disengetkan ke kanan. Terlalu
dekat sehinggakan bahu kami hampir bersentuhan. Aku pula tetap juga fokuskan
pandangan ke skrin besar di depan. Malas hendak melayan lelaki di sebelah aku
ini. Aku buat muka selamba. Tak senyum sikit pun.
“ Seriusnya muka… Cuba senyum sikit….” Tegur Harith sambil mengunyah
bertih jagung.
“ Tengok cerita serius mestilah kena serius jugak. Takkan nak senyum
kut?”
“ Yelah… Rene menang…” balas Harith. Air Coke disedut sedikit.
Spontan tangan aku hendak mengambil pop corn yang berada di tangan Harith tanpa melihatnya. Entah macam
mana.. Lain yang aku nak buat, lain pula yang jadi. Tanpa sengaja aku terpegang
tangan Harith. Kami terpana seketika. Cerita di depan tak lagi menjadi tumpuan.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku pantas menarik tangan aku kembali.
Darah menyerbu ke mukaku. Ya Allah. Masuk ini dah dua kali aku memalukan diri
sendiri di depan lelaki itu. Hari tu tercakap I love you. Hari ini terpegang tangan dia pulak! Apa cerita ni,
Rene? Boleh tak kalau tak buat benda yang boleh memalukan diri? Boleh tak?
“ Sorry.. Tak sengaja…”
ujar aku dengan rasa bersalah.
“ Tak apa… Peganglah lagi.. Lama – lama pun takpe. Abang suka.”
Bisik Harith nakal. Bibirnya menarik senyum sampai ke telinga.
Tergamam terus aku ketika ini. Aku menjegilkan mata padanya. “
Gatal!”
Harith tergelak.
___________________________________________________
Habis wayang, Harith mengajak aku minum petang di Starbucks pula.
Dia mengidam nak makan tiramisu. Aku layankan ajelah. Dah alang - alang ada kat
sini, apa salahnya kalau aku temankan dia sekejap. Lepas ni aku cabut terus!
“ Cantik rantai… Buah hati bagi ke?” tanya Harith dengan mata yang
dihalakan pada rantai leher yang aku pakai.
“ Kalau Rene jawab, nanti ada orang merajuk lagi.”
“ Siapa? Abang?” Harith menuding jari telunjuk ke mukanya sendiri.
“ Taklah. Abang dekat kaunter tu. Obviously I am talking about you right now, Mr. Harith Daniel. Tak payah buat – buat tanyalah..” ringan mulut aku
menyindir sambil buat muka. Sengajalah tu Harith buat – buat blur. Walhal
manalah ada orang lain yang duduk semeja dengan kami. Cuma kami berdua. Ya,
hanya kami.
“ Oh. Abang ke? Bila masa abang merajuk?” tanya Harith sedikit
tercengang.
“ Hari tu.. Yang pasal gelang tu. Itu bukan merajuk namanya?” aku
mengingatkan.
“ Errmm…. Ingatkan tak perasan… Dah tu… Tahu abang merajuk kenapa
tak pujuk?”
“ Eee.. Malaslah! Tak kuasa nak pujuk orang ni! Banyak kerja lagi
Rene nak buat.”
“ Yelaaa kannn…. Kalau kita merajuk tak kuasa nak pujuk. Cuba kalau
Si A bukan nama sebenar yang merajuk, laju je pujuk.” Harith buat suara sedih.
Aku mencebik. Itu semua lakonan semata - mata hendak meraih belas
simpati. Jangan terpedaya! A bukan nama sebenar katanya. Macamlah aku tak tahu
siapa yang dia maksudkan.
“ Cakap pasal Amir, abang teringat dia cerita pasal insiden antara
korang bertiga hari tu. Sumpah abang terkejut sangat. Tak sangka boleh jadi
macam tu.” Harith membuka cerita.
Dahi aku berkerut seribu. “ Cerita pasal apa ni?”
“ Adam. Sepupu Rene tulah..”
Oh... Mesti Amir dah mengadu semua dekat Harith. Memang dia ni tak
boleh simpan rahsia. Semua benda nak kongsi dengan Harith. Kawan baiklah
katakan!
“ Kesian Amir. Tak pasal – pasal kena ‘sembur’ dengan angah. Geram
jugak Rene hari tu.” Aku masih tak lupa peristiwa seminggu yang lalu. Marah dan
geram masih bersisa di hati. Adam Khalid ada juga telefon aku, tapi aku buat
tak hirau. Usahkan jumpa dia, nak dengar suara dia juga aku dah tak sanggup!
“ Errmm… Kalau masa tu abang yang kena ‘sembur’ dengan dia, rasanya
dah lama abang bertinju dengan dia kat situ.”
Haihh…!! Nasib baik sangat! Aku takut juga kalau Harith yang kena
‘serang’ dengan Adam malam tu. Rasanya memang bahaya. Takut ada yang bermalam
di hospital aje nanti.
“ Kenapa dia buat macam tu ya? Dia jealous ke apa?” Tanya Harith sebelum menghirup sedikit hot mochanya.
Aku melepaskan keluhan berat. Tak suka nak bercerita pasal Adam. Tapi
tak guna berahsia lagi. Harith dah tahu dah pun. Aku menopang dagu di meja
sambil buat muka bosan. Bosan bercerita pasal Adam Khalid. Buat sakit kepala
je!
“ Apa sebab dia nak jealous?
Kami bukannya ada apa – apa hubungan istimewa pun.”
“ Rene je yang cakap macam tu. Tapi Rene tak tahu apa ada dalam hati
dia. Abang dapat rasa tu, Rene. Adam Khalid masih sayangkan Rene. Sebab itulah
dia buat macam tu.. Abang lelaki. Dia lelaki. Apa yang Amir cerita malam tu,
abang dah boleh agak dah…”
Aku terdiam. Ulasan dan tanggapan si HD ni sama macam Bella. Dua –
dua pun kata Adam masih cintakan aku. Kalau itu terjadi, apa yang patut aku
lakukan? Jauhkan diri dari dia atau buat seperti biasa, macam tak ada apa – apa
yang jadi antara kami. Entahlah…. Serabut!
“ Kalau firasat abang ni tepat, Rene akan terima dia atau tidak?”
soalan cepumas dari Harith Daniel.
“ Ish! Merepek apa ni? Terima dia untuk apa?” Soalan dibalas dengan
soalan.
“ Terima dia sebagai pengganti abang. Sebagai soulmate Rene. Jawablah. I’m
eager to know..” Jawab Harith seraya merapatkan diri ke meja. Matanya
difokuskan pada aku sepenuhnya. Seakan begitu berminat hendak mendengar jawapan
untuk soalannya itu sekarang.
Aduh! Soalan jenis apalah yang Harith ni bagi? Rasanya masa SPM dulu
pun soalan taklah sepayah ini! Ini tidak... Buat pecah kepala nak cari jawapan
yang tepat. Nanti kalau salah bagi jawapan, tak pasal – pasal dia salah faham.
Sengajalah tu nak buat aku jadi serba – salah! Eh... Berapa banyak salah
daaa...?
“ Abang dah tahu Rene cuma anggap dia tak lebih dari seorang abang,
kan? Rasanya tak semudah itu Rene akan jatuh cinta pada dia.” jawab aku tenang.
Memang itulah perasaan yang tak berubah sedari dulu. Adam Khalid hanya abang
sepupu dan akan kekal begitu.
Harith menghela nafas perlahan. “ Okey.. Itu dengan Adam. Dengan
Amir pulak macam mana? Ada rasa sesuatu tak bila Rene dengan dia?”
Ish! Mamat ni kenapa? Nak kena buat gulai agaknya? Aku sekadar
menjungkit bahu. Malas nak jawab apa – apa.
“ Sajalah tu taknak jawab. Errmmm… Kalau dengan abang?”
Okey... Harith Daniel memang nak uji aku. Sekarang ini aku dah mula
gelabah. Aku membetulkan duduk, cuba untuk mengawal keresahan yang melanda
hati. Relaks, Rene. Tarik nafas. Hembus perlahan - lahan.
“ Apa halnya pula dengan abang?” soal aku pura - pura tidak
mengerti. Walhal sudah dapat aku baca makna yang terselindung di sebalik soalan
semudah itu.
“ Rene tak rasa apa yang abang rasa?”
“ Rasa apa ni?”
“ Macam mana nak cakap ek? Hmm.. Kalau dengan Rene, abang rasa happy. Abang lupa semua benda sekeliling
abang. Ibaratnya Rene ni macam magician
gitu. Bila jumpa Rene, abang dah tak nampak benda lain. Abang cuma nampak Rene
sorang.. Serius!” sungguh - sungguh Harith meluahkan.
Aku diumpamakan seperti magician?
Pandailah dia! Ada saja buah fikirannya untuk buat hati ini jadi cair. Aku
sendiri susah hendak percaya dengan apa yang Harith cakapkan sebentar tadi.
Jujurkah dia? Atau ini semua hanyalah tipu helah semata – mata?
“ Assalamualaikum..” salam diberi.
Kami menoleh serentak. Terkejut dengan kehadiran seseorang yang
sudah lama tidak aku jumpa. Sir Farid, bekas pensyarah aku ketika menuntut di
UiTM Shah Alam dulu. Dekat kenduri kahwin dialah aku dan Harith bertemu.
“ Waalaikumussalam.. Laa.. Farid… Long time no see..!” Harith segera berjabat tangan dengan kawan
lamanya itu.
Sir Farid tersenyum memandang kami bersilih ganti. Lain sungguh dia
sekarang. Dulu dia slim, sekarang dah
berisi sikit. Dah jadi ayah oranglah katakan.
“ Itulah.. Busy sangat..
Tak sangka dapat jumpa lovebirds ni
kat sini pulak. Apa cerita sekarang? Masih berdua? Ke dah tambah ahli?” tanya
Sir Farid ramah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Aku pandang Harith dengan dahi yang berkerut. Lelaki itu hanya
mengukir senyum kelat saat dia membalas renungan aku sesaat. Bingung aku
dibuatnya. Apa maksud Sir Farid ya? Kenapa dia tanya macam tu? Masih berdua?
Tambah ahli? Siap panggil kami lovebirds
lagi!
“ Aaa.. Macam nilah kami.. Masih berdua…” jawab Harith perlahan.
Aku masih terpinga - pinga. Harith cakap apa ni? Tentu ada sesuatu
yang Harith sorokkan dari aku. Ini yang buat aku jadi tak sabar nak bertanyakan
yang selanjutnya. Sabar, Rene. Tunggu sikit saja lagi. Kejap lagi bila Sir
Farid pergi, kau tanyalah dia dari A sampai Z!
“ Sir Farid nampak lain sangat sekarang. Sorang je ke? Mana Madam
Zuri?” Teringat aku pada isterinya yang juga merupakan seorang pensyarah di
UiTM Shah Alam. Memang dah lama sangat tak berhubung dengan mereka. Kali
terakhir aku berhubung dengan Madam Zuri sewaktu di majlis konvokesyen. Waktu
itu dia sedang hamil 7 bulan. Lepas itu, kami lost contact macam tu saja.
“ Madam Zuri ada kat kampung. Baru bersalin dua minggu lepas.. Ni
tengah berpantang kat rumah mak dia... Anak ketiga dah..” cerita Sir Farid
dengan wajah yang berseri – seri. Jelas terpancar riak bahagia di wajahnya.
“ Laa ye ke? Tahniah!! Nanti kirim salam dekat dia tau? Rindu sangat
dekat dia..” ujar aku tumpang gembira untuk mereka. Cepat sungguh masa berlalu.
Alhamdulillah.. Diam tak diam dah anak tiga dah Sir Farid dengan Madam Zuri!
“ Insya – Allah. Nanti lepas dah habis pantang dia balik sini balik.
Ada masa boleh jumpa lagi.” Sir Farid mengerling jam tangannya. “ Okeylah,
Harith.. Rene.. Dah kena gerak dulu ni. Lepas ni nak bertolak ke Pahang. Tak
sabar nak jumpa anak – anak dan isteri tercinta.”
“ Okey, Farid. Panjang umur jumpa lagi. Insya – Allah.” Balas Harith.
Sir Farid mengangguk kecil, segera meminta diri untuk pulang. Hilang
saja kelibat bekas pensyarahku itu, aku terus meminta penjelasan dari Harith
Daniel.
“ Explain to me please…”
kata aku spontan.
“ About what?” Harith
mengerut dahi.
“ About just now. Kenapa
sir tanya kita masih berdua? Apa maksud dia?”
Lama Harith mengambil masa untuk menjawab pertanyaan aku. Macam
berat mulut nak bercerita dengan panjang lebar. Dia menggaru – garu kepala yang
tak gatal.
“ Err… Sebenarnya… Dia tak tahu pun yang kita dah… Berpisah…” ujar
Harith sepatah – sepatah.
“ What?!” aku terjerit
kecil. Sungguh aku terperanjat mendengarnya! Patutlah Sir Farid selamba je
panggil kami lovebirds! Rupa – rupanya
dia tak tahu yang hubungan kami ni dah lama musnah!
“ Alaa.. Kita orang dah lama tak jumpa. Sebab tulah dia tak tahu apa
– apa. Lagipun macam yang Rene cakap sebelum ni, hal peribadi tak perlu
hebohkan pada orang lain.”
Sudahnya, aku cuma diam tak kata apa. Harus diakui kebenaran kata –
kata Harith. Tak semua tentang kita orang patut tahu. Wajarlah kalau Harith pun
tak beritahu apa – apa pada Sir Farid.
______________________________
Sewaktu aku hendak keluar makan tengahari dengan officemate aku, Afrina, aku terkejut
melihat sejambak bunga ros merah di atas bumbung kereta. Aku ambil untuk tengok
nama si pengirim tapi hampa. Hanya bunga tanpa kad atau nota pesanan. Segera
aku pandang ke sekeliling, mencari kelibat sesiapa di situ tapi tak ada.
Hish...! Siapa pulalah agaknya yang sengaja nak suruh aku sakit jantung di hari
Jumaat yang penuh keberkatan ini?
“ Phewwiitt!! Siapa kasi
bunga tu?” tegur Afrina.
“ Entah… Tak ada pun kad ke.. Misteri sungguh.” kata aku lantas
mencium bau bunga kesukaanku itu. Wahai bunga, siapalah yang hantar kau ke
sini? Alangkah bagusnya kalau aku dapat tahu siapa si pengirim misteri ini? Aku
tersenyum sendiri.
“ Secret admirerlah tu
agaknya… Ehem ehem! Bertuah sungguh jadi orang cantik ni, kan? Jadi tumpuan
orang! Cantik, menarik, tertarik kau memang da
bomb!” puji Afrina sungguh – sungguh.
Aku hanya tergelak kecil bila Afrina tiba - tiba menyanyikan lagu
Ruffedge. Cantik ke aku ni? Menarik ke? Da
bomb ke?
“ Kau ni, Afrina.. Tak payahlah puji aku lebih – lebih macam tu..
Segan aku..!”
Afrina tertawa riang. Tak lama selepas itu, panggilan dari si HD
masuk ke telefon bimbitku. Tak sempat aku hendak memberi salam, suaranya pantas
menyapa halwa telingaku.
“ Dah dapat bunga tu?”
soal Harith.
Aku bungkam sebentar. Kenapa Harith tanya pasal bunga? Jangan -
jangan, dialah insan yang mengirim bunga ini untuk aku!
“ Laa.. Abang ke yang bagi?”
“ Habis tu ingat siapa? Amir?”
Harith serkap jarang.
Cehh!! Sikit – sikit Amir juga yang kena. Kesian Amir, tersedak
agaknya orang duk sebut nama dia. Harith ni pun satu hal juga, cemburu sangat
dengan Amir tu kenapa? Dia ingat hidup aku ni cuma fikir pasal Amir sorang
saja? Soalan Harith itu aku buat tak hirau. Biarkan dia terus berteka – teki.
“ Cantik sangat Rene hari ni…
Ayu je pakai baju kurung… Suka abang tengok!”
Dahi aku berkerut seribu. Aku melirik ke arah baju kurung Pahang
warna ungu gelap yang tersarung di tubuhku ini. Pelik! Macam mana Harith boleh
tahu aku pakai baju kurung? Aku tak cakap apa – apa pun dekat dia!
“ Macam mana abang tahu Rene pakai baju kurung?”
“ Mata abang selalu ada dengan
Rene… Hehehee!”
“ Jangan main – mainlah! Abang kat area sini je kan? Baik abang cakap.. Mana abang? Kenapa Rene tak
nampak abang?” aku tercari – cari kelibat lelaki itu. Yakin yang Harith Daniel
sebenarnya berada tidak jauh dari sini. Cuma mungkin dia sengaja nak menyorok
dari aku. Melilau mataku melihat ke sana sini. Tak ada! Mana dia? Si HD ni ada
ilmu ghaib ke? Seram!
“ Tak payah carilah.. Rene
takkan nampak.” ujar Harith disusuli tawa kecilnya.
Aku mencebik tak puas hati. “ Ni sejak bila pulak suka main hide and seek ni?”
Harith ketawa perlahan. “ Sejak
tadi. Takdelah.. Abang taknak selalu muncul depan Rene. Nanti orang tu juga
tarik muncung empat belas inci. Yelah, tak sukakan kitalah katakan…”
intonasi Harith berubah sayu tak semena – mena.
Hmmm.. Mulalah tu nak raih simpati. Mamat ini memang banyak sangat
taktiknya. Sekali lagi aku pekakkan telinga. Malas nak layan kerenah dia.
Jambangan bunga ros merah di tangan aku renung lama. Apa mimpi dia hantar bunga
ni? Saja nak suruh aku cairlah tu agaknya.
“ Okeylah.. Abang dah lewat
ni. Nak pergi lunch lepas tu terus pergi solat Jumaat. Simpan bunga tu baik –
baik tau. Jaga diri. Jangan nakal – nakal. Assalamualaikum.”
Amboi pesanan dia! Nakal sangat ke aku ni? Macam – macam hal tau si
HD ni!
“ Ermm.. Insya – Allah.. I
will.. Waalaikumussalam..”
Aku simpan fon ke dalam beg semula. Butang unlock pada kunci kereta aku tekan dan Afrina segera membuka pintu
di tempat duduk sebelah pemandu. Sebelum masuk, sekali lagi aku perhati ke
sekeliling. Manalah tahu kalau – kalau ternampak bayang Harith Daniel. Tapi
nampaknya, tak ada. Entah dekat manalah dia tadi agaknya. Harith, Harith. Suka
sangat buat kejutan. Sedari awal perkenalan kami, itulah dia yang sebenarnya.
***********************
p/s: salam semua. thank u sbb sudi baca OhMyExHusband! :) sorry kalau entri sebelum ni agak pendek sebabnya saya takut kalau panjang sgt nanti cerita jd meleret2 n merapu. Tapi entri kali ni saya buat panjang sikit, so here it is! harapnya semua enjoy dgn bab 13! thanks a million! :)
Best novel ni..
ReplyDeletebest best best
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeletesambung2.....hehehe
ReplyDeletesuke suke
ReplyDelete-SA (bukan nama sebenar hihi)
Best sgt. Terasa sedikit klainan dr nvl yg lain. :)
ReplyDelete-mira
Nak lagi.....
ReplyDeletebest2..nk lagi.....
ReplyDelete-fara
sweetnyer..hehe..best sgt..:):)nk lagii...
ReplyDelete-bella
Nak lg...
ReplyDeleteNk lg..
Nk lg..
:-)
yuhuuuu awakkk dah update dah bab 14 :) hehehee tq for reading
Delete