Sunday 1 December 2013

Oh My Ex - Husband! 3


Rahsia sudah terbongkar. Lubang dah pecah, beb! Dah tak boleh kasi tutup balik! Semuanya sudah terkantoi!! Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Aku mundar – mandir di ruang tamu. Sesekali menjeling ke arah telefon bimbit di sofa. Sabar menanti mesej aku berbalas. Namun sudah lebih setengah jam, masih tidak ada respons dari Amirullah. Sah…! Amir marahkan aku! Dia merajuk sebab selama ni aku rahsiakan tentang status aku yang sebenarnya. Marah betul Amir bila tahu aku pernah jadi isteri Harith. Terus fikiran aku terkenangkan kejadian di restoran tengahari tadi. Lepas saja Hanim beredar, bertubi – tubi soalan keluar dari mulut Amir. Kenapa tak pernah cerita tentang ni? Bila aku kahwin dengan Harith? Kenapa rahsiakan dari dia? Kenapa itu.. Kenapa macam ni…? Bla bla bla..!! Whatever!

Rasanya berpuluh kali jugalah dia tanya apa puncanya aku dan Harith bercerai. Namun jawapan aku tetap sama.. Takdir. Ya, sudah takdir kami begini. Namun ternyata Amir tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Sebenarnya, itu saja caranya supaya aku boleh mengelak dari terus bercakap mengenai sejarah silam aku dan Harith Daniel. Masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai hal peribadi aku dengan yang lain. Sebab itulah Amir berkecil hati. Hanya kerana itu dia tidak mahu menjawab panggilan atau mesej aku. Sabar ajelah…! Perangai mengalahkan kanak – kanak ribena! Anak buah aku pun tak ada secengeng ini. Merajuk jauh sekali. Buat malu sajalah Amirullah ni!

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Senyap – sunyi Iphone aku. Langsung tak ada mesej atau call. Tak pernah – pernah Amir merajuk sampai ni sekali. Ini first time! Aduh! Pening.. Pening! Rasa tak seronok bila bergaduh dengan Amir macam ni. Sebab selama ni Amirlah yang menjadi  penghibur hati di kala sunyi. Tapi bila jadi macam ni… Rasa bersalah sangat – sangat dengan dia! But wait..! Kenapa pula aku nak kena rasa bersalah? Inikan soal hidup aku? Bukan ke aku ada hak untuk tentukan apa yang aku mahu dan apa yang tidak? Amir tu yang sepatutnya kena faham dan hormat apa saja keputusan aku. Untuk bercerita mengenai hal peribadi aku atau tidak, itu semua terpulang pada aku bukan?



Amir…. Kenapa tak jawab mesej I? I tahu you marah! But please jangan macam ni. I mintak maaf tapi I tak ada niat pun nak tipu you! Tolonglah faham keadaan I, Amir! – Rene



Biarlah kalau Amir tetap tak reply mesej aku kali ni. Dah habis ayat dah nak fikir untuk pujuk dia semata – mata. Give up! Buntu! Dulu kalau si HD tu merajuk, pandai pula aku pujuk sampailah dia cair. Bukan main senang lagi makan pujuk si HD tu! Eh?! Kenapa pulak aku boleh cakap pasal dia ni? Dah hilang akal ke kau ni, Rene?! Sekali lagi aku lihat jam di handphone. Papa dan mama masih belum pulang. Lepas Maghrib tadi mereka ke Putrajaya. Katanya ada jamuan makan – makan. Mereka ajak juga aku tadi. Tapi aku yang tak rasa nak ke mana – mana. Malas..!

Beberapa minit berselang, mesej aku dibalas. Finally….! Gembiranya aku bukan kepalang! Sangkaku Amir takkan balas langsung mesej aku tadi. Namun kegembiraan itu tidak berpanjangan usai membaca sebaris ayat yang tertera di skrin handphoneku.



Selagi you tak berterus – terang dengan I selagi itu I akan merajuk dengan you.. – Amir



Aku ketap bibir kuat – kuat. Geramnya rasa hanya Tuhan yang tahu. Sebenarnya aku ni adalah manusia yang paling tak suka dipaksa dan memaksa. Sebab itulah bila Amir desak aku macam ni, aku rasa tertekan yang amat!

“ Merajuklah kalau nak merajuk sangat!!! Ada aku kisah?!!!”  aku menjerit kuat pada handphone yang tak berdosa itu. Sedang membayangkan yang sekarang ini aku menjerit dan menghamburkan kemarahan pada Amirullah!

“ Apa terjerit – jerit tu, Rene?! Rene marahkan siapa?!”  papa yang baru masuk ke rumah menyoal dengan nada dan wajah cemas bercampur hairan.

Aku tersentak! Akibat terlampau marahkan Amir, langsung tak sedar bila masa papa dan mama balik! Adoi! Malunya! Mesti papa fikir anaknya yang seorang ini dah tak siuman. Dengan selambanya aku menayang sengihan kerang busuk pada papa. Mama di belakang sudah tergeleng – geleng sendiri. Pening kepala dengan kerenah Rene Hannani.

“ Err.. Bila masa papa dengan mama balik? Rene tak perasan… Sorry! ujar aku dengan rasa bersalah. Soalan papa tadi tak pula aku jawab.

“ Baru je sampai. Yang Rene tu terjerit – jerit tadi kenapa?”  papa mengulang soalan yang sama.

“ Rene marahkan Amir..”

Papa dan mama saling berpandangan. Kemudian mama pandang aku semula.

“ Tak pernah – pernah Rene marah dia. What did he do?”  mama datang duduk di sisi.

“ Amir tu.. Suka sangat paksa Rene buat benda yang Rene taknak. Sebab itulah Rene bengang sangat dengan dia ni!”

“ Hah? Apa yang Amir paksa?”  papa sudah berkerut dahi.

Aku mengeluh kecil. “ Tadi masa lunch.. Kita orang terserempak dengan Hanim. Tak pasal – pasal masa tu jugaklah kantoi yang Rene ni pernah kahwin dengan kawan baik dia. Itu sebablah dia marah sebab bila dia tanya punca perpisahan kami Rene taknak jawab. You know why…. kata aku perlahan. Tak perlu jelaskan lebih – lebih. Papa dan mama sudah kenal Rene Hannani ini macam mana orangnya. Ada sesetengah hal yang aku boleh cerita, ada yang tidak.

“ Patutlah budak tu marah sangat. Sabarlah Rene… Papa rasa kalau Rene jadi Amir pun, mesti Rene marah jugak, kan? Yelah.. Rene sorokkan status Rene dari dia.. Mestilah Amir tu terkejut plus marah…”  tutur papa.

Aku mencebik bibir. Tak puas hati. Rasa macam papa cuba back up Amir pula!

“ Kalau marah tu Rene fahamlah.. Rene tak salahkan dia. Yang Rene tak suka, perlu ke dia paksa Rene cerita hal personal dekat dia? Kalau Rene jadi dia, Rene takkan paksa. Kenalah hormat privasi orang!”  aku sudah masam mencuka.

Mama mengusap – usap bahu aku. Cuba untuk tenangkan aku yang hampir hilang kesabaran ketika ini.

“ Dahlah tu.. Jangan gaduh – gaduh. Tak baik. Cuba cakap elok – elok dengan Amir. Beritahu dia yang Rene bukannya jenis yang suka bercerita itu dan ini apa lagi bila melibatkan hal peribadi. Mama yakin Amir akan faham. Yang penting Rene kena jelaskan baik – baik…”  lembut mama menasihati.

Sejenak, aku pandang wajah mama. Kemudian beralih pada papa. Papa mengangguk, tanda menyokong dan bersetuju dengan mama. Akhirnya aku mengangguk lemah. Yelah.. Yelah… Kali ni aku mengalah. Aku akan buat Amir faham dan aku akan pastikan yang Amir takkan paksa aku lagi selepas ini. Kalau Amir nak merajuk dengan aku sampai tahun depan sekali pun… Lantak dialah…!

________________________________________

Usai bersarapan, aku segera naik ke bilik. Kaki melangkah ke walk – in wardrobe. Buka saja pintu almari, mata terpandang kotak Pandora yang terletak elok di dalam drawer. Jantung bagaikan terhenti degupannya. Aku duduk bersandar pada almari baju, sambil tangan memegang kemas kotak bracelet itu.

Begitu asyik aku membelek gelang tangan berjenama, hadiah pemberian Harith Daniel pada hari jadi aku yang ke 24. Cantik, ekslusif! Pandai Harith pilih. Semua charm gelang tangan yang dipilih oleh Harith Daniel sendiri menepati citarasa aku juga. Saat ini jugalah satu per satu memori yang pernah tercipta di antara kami menerpa ke dalam ingatan.


Bracelet ni sesuai untuk sayang. Bila abang tengok abang terus imagine sayang pakai. Memang kena sangat dengan tangan sayang yang putih gebu ni.. Happy birthday, my love.”  Ucap Harith penuh romantis.

Aku hanya tersenyum saat Harith memakaikan gelang tangan itu untuk aku. Cantik.. Desis hati kecilku. Kejutan demi kejutan dari Harith bersempena hari lahirku hari ini membuahkan rasa bahagia yang tidak bertepi. Candle light dinner di Hotel Shangri-La juga salah satu kejutan dari Harith Daniel. Bertemankan alunan violin yang memainkan lagu ‘Endless Love’, menghangatkan lagi rasa cinta dan suasana romantis pada malam ini. Sungguh aku terharu. Pandai suami aku buat surprise untuk aku. Apa taknya, aku fikir dia sudah terlupa tentang hari ini. Sebabnya Harith langsung tak ucap apa-apa pada aku. Sehari suntuk dia di pejabat, membuatkan aku jauh hati. Yang lebih teruk lagi bila Harith kata dia hanya akan balik selepas pukul 10 malam. Aku jadi geram sebab Harith tak pernah balik lambat macam tu. Paling lewat sebelum Maghrib dia sudah ada di depan mata. Frust sebab suami tercinta tak ada di sisi lebih – lebih lagi di hari yang begitu istimewa seperti hari ini.

Terkejutnya aku bukan kepalang bila tepat jam 8 malam, Harith terpacak di depan pintu rumah kami dengan sejambak bunga ros di tangan.

“ Cepat bersiap. Kita nak pergi somewhere.. ujar Harith ringkas sambil mempamerkan senyuman manisnya itu. Menghulurkan sedozen bunga ros merah ke tangan aku.

Aku yang masih terkejut, tidak berganjak. Macam tidak dengar saja apa yang Harith suruh buat tadi. Aku pandang Harith dari atas ke bawah. Dalam hati tak henti – henti memuji ketampanannya, apa lagi bila dia berpakaian kemas dan segak seperti sekarang ini. Sut yang tersarung di tubuh Harith yang tegap dan tinggi lampai tampak begitu sempurna sekali. Bukanlah sebelum ni Harith tak pernah pakai lawa – lawa macam ni.. Tapi malam ni.. Kekacakannya luar biasa! Cair hati aku dibuatnya! Rasa macam mimpi pula! Betulkah lelaki kacak ini suami aku sekarang? Ah! Kau ni Rene! Dah tiga bulan kau jadi isteri dia.. Masih tak percaya lagi?

“ Tunggu apa lagi tu sayang? Cepatlah pergi bersiap..! Abang tunggu…”

Teguran Harith menyedarkan aku dari lamunan panjang. Aku tersengih.

Sorry.. Tapi kita nak ke mana?”

“ Adalah.. Tak boleh cakap sekarang. Rahsia.”

Aku tersenyum manis. Segera melangkah ke tingkat atas untuk bersiap. Harith nak bawa aku pergi ke satu tempat? Kat mana agaknya? Sabarlah, Rene. Nanti kau akan tahu jugak! Bisik aku dalam hati. Bahagianya aku hanya Allah yang tahu! Rupa – rupanya dia sengaja buat – buat lupa hari jadi aku. Dalam diam dia merancang kejutan untuk isterinya ini! Makan malam romantis di hotel terkemuka seperti ini.. So sweet! Malam ni saja entah berapa kali Harith memuji kecantikan aku bila aku mengenakan evening gown berlengan panjang yang dibeli oleh Harith Daniel juga. Suami aku ni memang tinggi citarasanya. Terkejut juga aku. Tak sangka Harith pandai dalam bab – bab yang macam ni.

“ Isteri abang ni kuat berangan betullah!”  

Sekali lagi aku tersentak bila terasa dagu aku dicuit manja. Aku pandang Harith. Dia tergelak kecil melihat aku yang baru tersedar dari khayalan. Usai makan malam, Harith mengajak aku mengambil angin di tepi swimming pool. Senyuman tidak lekang di bibir kami. Kami berpimpinan tangan sambil berdiri di tepi kolam renang. Suasana malam ini cukup romantis dan mendamaikan. Walaupun anginnya begitu dingin hingga mencucuk ke tulang hitam. Harith yang sedia maklum aku ini jenis yang tak tahan sejuk, terus menarik aku ke dalam dakapannya. Hangat dan erat! Aku tersenyum bahagia, lantas melentokkan kepala ke dadanya yang bidang. Membalas pelukannya manja.

Thank you, abang…”  ucap aku lembut.

For what?”  tanya Harith.

“ For tonight.. For everything… Rene bahagia sangat…”

“ Sudah tentu. Itu yang abang nak. Bahagiakan Rene sampai ke akhir hayat kita… Tak sia – sia abang plan semua ni tau..”

Tawa kecil meletus di bibirku. “ Rene mati – mati ingat abang lupa hari ni birthday Rene. Nyaris nak merajuk dengan abang tadi!”  ujar aku sebaik mengangkat kepala yang tadinya terlentok manja di dadanya, memandang anak matanya lembut.

Harith juga sudah tergelak. “ Abang dah agak dah. Masa abang call sayang tadi.. Abang dengar suara sayang lain sangat. Macam sedih. Abang tahu sayang frust bila abang kata abang balik lambat.. Am I right?”

“ Mestilah! Nak nangis tau tadi! Dahlah abang langsung tak wish birthday.. Rene ingat abang lupa. Mahu tak sedih?”

Lelaki itu mengusap – usap belakang kepalaku penuh kasih. Inilah habit Harith sejak aku menjadi isterinya. Aku suka bila Harith buat macam ni. Manja sangat! Dan sudah tentu rasa diri ini begitu disayangi!

“ Mana mungkin abang lupa tarikh yang teramat penting macam ni. 9 September. Akan selamanya ada dalam ingatan abang. Lagipun abang suka nombor 9. Dah tentu abang paling ingat birthday isteri abang yang comel ni.”  kata Harith sambil memegang kedua-dua belah pipiku.

Alahai!! Siapa tak cair kalau macam ni? Isteri mana yang tak rasa bertuah bila dikurniakan suami sesempurna Harith Daniel?

“ Rene bertuah sebab jadi isteri abang. Thank you, dear. Rene takkan lupakan malam ni. Malam yang terindah untuk kita berdua,”

“ Abang yang lebih bertuah sebab Rene pilih abang untuk jadi teman sehidup semati Rene.. Abang terlalu bahagia setiap kali berada di samping isteri abang. Semoga cinta kita kekal hingga ke Jannah, sayang..”

“ Insya – Allah.. Amin!”

“ Oh ya. Ada lagi satu hadiah untuk sayang.”

Aku mengerut dahi. Another surprise?! Suspens!

“ Apa dia?”

Chupp!! Bibirku dikucup lembut.

“ Abang!”  aku terjerit kecil. Terkejut! Wajah sedikit membahang. Malu kalau ada yang ternampak aksi ‘mesra’ kami tadi tu.

Harith tergelak besar. “ Itulah ‘hadiah’nya! Abang je yang boleh bagi. Orang lain tak boleh!”  Harith seakan memberi amaran.

Aku mencebik. “ Tak acilah main curi – curi cium macam tu!”  aku menumbuk perutnya perlahan. Memanglah orang lain tak boleh bagi ‘hadiah’ tadi tu. Tapi masalahnya kalau orang lain nampak, malulah aku! Takut orang fikir kami sengaja buat maksiat kat sini pulak! Yelah.. Orang bukannya tahu kami ni legally married!

“ Apa pulak tak aci? You’re my wife! Abang boleh kiss sayang bila – bila je abang nak!”

“ Yelah tu.. Kalau orang tengok kan ke tak elok? Nanti apa pulak orang fikir..”  aku lihat ke sekeliling. Usha line. Nasib baik! Line clear! Lega!

“ Mana ada sesiapa kat sini. Kita je sayang. Lagipun biarlah kalau orang tengok. Lepas tu biar dia orang ingat abang keluar dating dengan Fazura.”

Aku tergelak. Bila Harith sebut Fazura, terus aku teringat yang Harith pernah kata senyuman aku secantik senyuman Fazura, aktres jelita yang namanya begitu hangat menjadi sebutan ramai. Katanya lagi, senyuman inilah yang membuatkan hatinya terpaut pada Rene Hannani sepenuhnya!

“ Fazura cantik.. Rene tak cantik.”  Aku merendah diri.

Harith menggelengkan kepala. “ Fazura cantik dengan caranya tersendiri. Tapi isteri abang lebihlah lagi. Tak ada sesiapa pun yang boleh kalahkan kecantikan Rene Hannani. Miss World pun kalah dengan Rene Hannani tau!”  

Kami sama – sama tertawa bahagia.

Ketukan pada pintu mematikan lamunan aku terhadap memori indah itu. Segala – galanya terbang melayang entah ke mana. Saat terdengar suara mama melaung panggil aku dari luar bilik, aku bingkas bangun. Menyeka air mata yang sudah membasahi pipi. Aku sendiri tak sedar bila masa aku menangis. Yang pasti.. Kenangan itulah yang menyebabkan aku jadi begini. Sungguh aku rindukan kebahagiaan kami satu ketika dahulu. Namun semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Aku hanya manusia biasa yang tidak mampu menolak takdirNya. Kotak Pandora tadi aku simpan semula ke tempatnya. Sejak aku berpisah dengan Harith, aku tak lagi memakai bracelet itu. Kerana aku tak sanggup untuk melihatnya lagi. Buat hati jadi sedih saja.

Perlahan – lahan aku membuka pintu bilik. Mama tersenyum.

“ Rene tidur ke?”  tanya mama.

“ Taklah, mama. Rene tengah kemas bilik tadi.”  Dalih aku. Memaksa bibir untuk tersenyum walau dalam hati aku menangis.

“ Habis tu mata tu merah kenapa?”

Aku kalut. Ah sudah.. Nak jawab apa ni? Taknaklah mama tahu aku menangis. Nanti mama risaukan aku pulak.

“ Err.. Tadi kan Rene kemas bilik. Lepas tu ada banyak habuk. Tak pasal – pasal bersin non – stop. Lepas tu gatal mata. Tahu – tahu ajelah resdung Rene ni….”  panjang lebar aku memberi alasan. Alasan terbaik! Munasabah! Memang aku ada resdung pun!

“ Mama panggil Rene tadi kenapa?”  tanya aku. Cuba tukar topik.

“ Ye tak ye. Lupa pulak mama. Mama nak ajak Rene teman mama pergi Tesco kejap. Nak beli barang dapur. Banyak yang dah habis. Lepas tu nak beli lauk – pauk semua. Malam ni kita ada tetamu istimewa.. Jadi mama nak masak yang sedap – sedap untuk mereka,”

Tetamu istimewa? Siapa?

“ Siapa, mama?”

“ Adalah. Tak boleh cakap sekarang. Nanti Rene akan tahu jugak.”  Mama sudah tersenyum bermakna.

Ini yang lemah ni. Mama pun sama macam si HD tu juga. Suka bagi kejutan!

“ Rene boleh temankan mama tak?”

Aku angguk. “ Dah tentu boleh. Mama tunggu kejap. Rene tukar baju dulu.”

“ Okey. Cepat sikit.”

Mama turun ke bawah semula. Aku pula segera mencapai t – shirt kegemaran dipadankan pula dengan seluar jeans putih berjenama Guess. Dalam hati aku tertanya – tanya, siapa agaknya tetamu istimewa yang nak datang malam ni?

No comments:

Post a Comment