Makan malam kali ini cukup meriah sekali! Kunjungan dari mak long
sekeluarga benar – benar menggembirakan aku. Hilang semua stress yang ada. Apa lagi bila sudah lama tidak bertemu dengan
mereka. Bila berjumpa, riuh macam pasar ikan! Terubat juga kerinduan aku terhadap
mak long, pak long dan sepupu – sepapat aku yang lain.
“ Raihana mana? Tak join
kita ke malam ni?” mak long mengajukan
soalan bila tersedar yang kelibat kakak sulungku itu masih tidak kelihatan
walau sudah hampir sejam mereka di sini.
“ Kak Ana tak dapat datang, mak long. Dia kirim salam semua. Boboi
si hero kecik tu kena cirit – birit. Abang Firdaus pulak outstation 3 hari. Sebab tu dia tak datang..” jelas aku panjang lebar. Memang itulah apa
yang diberitahu oleh Kak Ana dalam pesanan ringkas yang dihantar olehnya tadi,
bila aku memaklumkan tentang kehadiran tetamu istimewa malam ini. Sebut pasal Boboi,
baru aku ingat nak pergi jenguk dia besok. Kesian Boboi.. Entah apa yang dia
makan sampai terkena cirit – birit pulak.
“ Waalaikumussalam.. Dia duduk dekat KL jugak, kan?” tanya mak long lagi.
Aku angguk. “ A’ah. Dia stay
kat Damansara je mak long…” jawab aku
bersama senyuman di bibir.
“ Rene! Sedap betul pavlova ni! Siapa yang buat?” tanya Aleesya, anak bongsu mak long.
“ Akulah yang buat. Sedap ke? Alhamdulillah! Takut jugak tak menjadi
tadi.. Tapi kalau kau dah kata sedap tu.. Kira okeylah…” ujar aku lega. Maklumlah, ini pertama kali aku
buat selepas berkali – kali berguru dengan Kak Ana tapi semuanya failed. Buat pavlova ini rumit
sebenarnya. Nampak senang, tapi sebenarnya cerewet! Nampaknya kali ini aku
berjaya! Suka!
“ Pandai juga rupanya Rene ni dalam masak – memasak ye? Sebiji macam
mama dia jugak!” puji pak long yang
duduk di sebelah papa.
Pujian pak long membuatkan aku tersipu – sipu malu. Papa dan mama
hanya tersenyum mendengarnya. Mereka berdua tadi pun dah berkali – kali puji
pavlova aku. Katanya kalah yang Alexis punya!
“ Alhamdulillah.. Biasa – biasa je pak long. Rene belajar dengan Kak
Ana.. Dialah yang ajar Rene. Tak sia – sia berguru dengan dia banyak kali.” Cerita aku. Aku ni memang jenis yang suka
mencuba sesuatu yang baru. Buktinya inilah dia!
“ Rajin betul anak – anak Sofea dengan Syahril ni. Dahlah cantik..
Rajin menolong di dapur. Bukan macam anak – anak mak long ni. Lebih – lebih
lagi si Aleesya ni ha.. Satu apa pun tak reti. Suruh masak nasi pun asyik failed aje!” sempat lagi mak long bebelkan anak daranya
yang seorang ini.
Aleesya mencebik tak puas hati. Yang lain pula hanya tergelak
mendengar omelan si ibu pada anaknya. Sebiji macam mama bebelkan aku juga.
“ Entahnya Aleesya.. Nak jadi orang perempuan ni kena rajin tau..
Jangan malas – malas. Nanti mak mertua reject!”
sampuk Aiman. Abang sulung Aleesya.
Makinlah panjang muncung Aleesya bila semua orang dah mula bebelkan
dia. Aku hanya tersengih. Malas hendak menyampuk. Saat ini baru aku perasan,
dari tadi aku tak nampak – nampak bayang Adam. Anak kedua mak long yang baru
pulang dari melanjutkan pelajaran di Australia. Patutlah kalau mama kata ada
kejutan. Rupa – rupanya inilah kejutannya! Kepulangan Adam ke Malaysia seminggu
lalu langsung tak dikhabarkan pada aku. Kata mama, sengaja mak long nak surprisekan aku! Maklumlah, antara mereka
bertiga, aku paling rapat dengan Adam.
“ Angah mana mak long?” tanya
aku pelik. Angah itu panggilan dalam keluarga Adam. Sebab dia anak yang tengah.
Dengan aku – aku terikut sama. Panggilan itu lekat sampai sekarang. Tambahan
pula, Adam ini usianya 3 tahun lebih tua dari aku. Jadi lebih sopan bila
panggil dia dengan panggilan angah.
“ Ada kat luar tu ha.. Tengah buat apa entah. Smoking kut?” Aleesya
menjawab bagi pihak mak long.
Sikap Adam yang satu ini memang aku sudah tahu sejak dari kecil
lagi. Suka menyendiri dan tak mesra alam orangnya. Cuma dengan aku saja dia rapat.
Tu pun sebab waktu kecil dulu dialah peneman aku ke kelas fardhu ain. Kiranya
Adam ni macam bodyguard akulah. Cuma
yang menghairankan aku, sejak bila Adam dah pandai hisap rokok? Setahu aku Adam
tak suka sentuh benda – benda macam tu!
“ Takpelah.. Rene nak pergi
lepak dengan dia kejap.”
Aku pantas berjalan menuju ke halaman rumah. Dari jauh sudah nampak
Adam yang sedang duduk di atas buaian yang diperbuat dari kayu jati. Dia
mengerling ke arah aku sekilas, kemudian dia pandang ke tempat lain semula.
“ Kenapa duduk sini sorang – sorang?” aku terus melabuhkan duduk di sebelah Adam.
Buaian berayun perlahan. Adam bagaikan tidak mendengar soalan tadi.
Kotak rokok di tangan bersama lighter
disimpan ke dalam poket jeans. Putung
rokok yang sudah tinggal suku dibuang jauh – jauh ke luar pagar. Kuat betul bau
asap. Aku memang pantang orang smoking.
Tapi nak buat macam mana. Takkan nak belasah Adam hanya kerana itu?
“ Ambil angin..” jawab Adam ringkas.
Inilah Adam Khalid. Sepatah orang tanya, sepatahlah dia jawab. Kalau
orang yang tak kenal perangai dia ni seperti apa, pasti dia akan dianggap
sombong. Aku saja yang faham dia selain keluarganya sendiri.
“ So.. Now you’re back for good. Dah apply kerja ke belum?”
“ Dalam proses. Tak sabar nak ada duit sendiri.” Adam senyum.
Aku senyum. Rindu sungguh pada Adam. Rindu nak lepak macam ni dengan
dia. 5 tahun Adam menetap di sana, hanya dua kali Aidilfitri saja sempat jumpa
dia. Sudahlah masa aku kahwin pun dia tak balik. Sedih sangat..! Tapi aku rasa
aku tahu kenapa Adam tak balik ke Malaysia waktu itu. Itu semua gara – gara
cintanya ditolak. Lalu dia membuat keputusan untuk pergi membawa hatinya yang
luka. Ya… Adam menaruh hati terhadap adik sepupunya ini dalam diam. Namun
segala – galanya sudah terlambat. Ketika itu aku sedang hangat dilamun cinta
dengan Harith Daniel. Jadi, mana mungkin aku serahkan hati aku pada yang lain
pula? Apatah lagi bila dia hanya aku anggap tidak lebih dari seorang abang.
Mungkin sebab itulah Adam jauh hati dengan aku.
“ Sejak bila angah pandai merokok?” aku sedikit tak puas hati.
“ Sejak angah duduk Australia. Kenapa?”
“ Tahukan benda tu membahayakan kesihatan? Kenapa angah buat jugak?”
“ Angah dah besarlah Rene…” jawab Adam acuh tak acuh.
Terdiam sekejap. Rasanya Adam tak suka aku bebelkan dia pasal tu.
Aku pandang dia lama – lama. Dia pula hanya melemparkan pandangannya ke dada
langit yang terbentang luas. Adam nampak lain sangat sekarang. Kacak dan
matang. Berbeza dengan Adam yang aku lihat 5 tahun lalu.
“ Angah masih marahkan Rene?” laju saja soalan itu keluar dari bibirku.
Adam melepaskan keluhan kecil. Dia menggeleng lemah.
“ Angah mengaku 5 tahun yang lepas angah kecewa bila cinta angah ditolak.
Angah kecewa bila dapat tahu Rene cintakan orang lain. Tapi sekarang angah dah
boleh terima yang kita tak ada jodoh. Jadi tak ada sebab kenapa perlu angah
simpan rasa marah dan benci pada Rene..”
Sedikit lega mendengar jawapannya. Ternyata hubungan kami masih
baik. Aku tersenyum lega. Namun senyumanku itu tidak berpanjangan bila Adam
tiba – tiba saja mengungkit tentang sesuatu.
“ Angah baru dapat tahu pasal apa yang dah jadi pada Rene dan
Harith. I’m sorry to hear that..” ujar Adam.
Aku menelan air liur. “ It’s
okay… Nak buat macam mana.. Jodoh kami tak panjang,”
“ Mungkin Rene akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik
selepas ni. Who knows…”
“ Entahlah, angah. Rene masih belum bersedia untuk fikir ke arah
itu. Bagi Rene.. Rene dah serik. Hati Rene terluka. Jadi Rene tak mahu fikir
soal cinta buat masa ni. Rene lebih bahagia hidup menyendiri. Melainkan Allah
dah tetapkan yang satu hari nanti Rene akan bertemu dengan cinta baru pula..
Rene tak tolak. Cuma buat masa sekarang, Rene selesa macam ni…”
Sebenarnya aku takut Adam juga seperti Amir. Akan terus mengasak aku
dengan soalan – soalan yang tak mahu aku dengari. Namun ternyata Adam bukan
seperti itu. Dia seorang yang memahami sebenarnya. Dia juga seorang pendengar
yang baik! Sebab itulah aku rapat dengan dia!
“ Rene nak angah belasah dia?” Adam pandang aku.
Kening aku terjungkit. “ Siapa?!”
“ Harith.”
Aku tergelak kecil. “ Apa pulak sebabnya angah nak belasah dia?”
“ Sebab dia dah sakitkan hati Rene. Angah pantang kalau ada sesiapa
usik atau sakiti Rene.” Kata Adam serius.
Ya, memang betul tu. Adam memang dari dulu selalu saja utamakan aku
dalam apa – apa hal. Sebab dia sayang aku dan sangat ambil berat tentang aku. Sebab
itulah mama dan papa amanahkan Adam untuk teman aku pergi ke kelas fardhu ain
setiap petang lepas sekolah. Sebab mereka tahu Adam boleh jaga aku dengan baik.
Pula tu Adam ni pandai bersilat. Dia belajar silat dari atuk kami. Pernah
sekali Adam belasah salah seorang classmate
aku waktu di sekolah rendah dulu bila dia dapat tahu classmate aku tu tak sudah – sudah buli aku dan kacau aku. Sudahnya
bila tak tahan kena buli, aku mengadu pada angah! Silap percaturan bila angah
bertindak pergi ke kelas aku dan cari budak tu.. Belasah dia sampai budak tu
berdarah hidung! Tapi sejak insiden tu, budak tu memang dah tak berani kacau
aku lagi!
“ Tak payahlah. Kalau korang gaduh, Rene takut ada yang bercerai
nyawa dari badan.”
“ Kenapa pulak?”
“ Angah tak tahu Harith tu pandai taekwando!” kata aku. Memang si HD
tu pun tak kurang hebatnya!
Adam tergelak. “ Tak hairanlah!! Taekwando lawan silat. Tengok siapa
lagi terror! Angah ke dia? Biar angah
patah – patahkan tulang dia tu!” ujar
Adam dengan riak bangga.
“ Kalau Rene kata tak payah, tak payahlah! Degil betul angah ni!” aku pura – pura marah.
“ Eleh!! Takutlah tu angah belasah Harith! Takut Harith cedera parah
ya? Oooo.. Sayang lagi rupanya dekat Harith…” sempat lagi Adam mengusik dengan senyuman
nakalnya.
Erkk!! Aku terdiam. Ke situ pula perginya Adam Khalid ni! Sabar
ajelah! Punyalah syok kami bersembang, sampaikan tak sedar malam sudah semakin
larut. Tahu – tahu saja mak long dan pak long dah ajak anak – anaknya balik.
“ Okeylah.. Nanti senang – senang kita jumpa lagi ya?” ujar mak long.
“ Insya – Allah mak long.. Pak long.. Lain kali datang lagi.. Rindu
nak lepak ramai – ramai macam ni,” balas
aku. Bersalaman dengan mereka semua.
“ Boleh.. Kita pun bukannya duduk jauh. Mak long dekat Shah Alam tu
aje.. Datanglah ke rumah…”
Aku angguk. Papa dan mama juga.
“ Insya – Allah..” balas kami
serentak.
Kami hantar mereka sampai ke kereta. Pak long, mak long dan dua
orang lagi anaknya sudah masuk ke kereta. Adam saja yang masih tidak berganjak
di tepi kereta.
“ Rene.. Angah balik dulu…”
Aku angguk.
“ Rene.. Ingat.. If you need
someone to talk.. I’m always here for
you..” ujar Adam seraya merenung aku
lembut.
Tidak dinafikan sesungguhnya hati ini amat tersentuh mendengarkan
tutur bicara Adam Khalid. Dia terlalu prihatin dan senantiasa mengambil berat
tentang aku. Walaupun hatinya pernah dikecewakan, namun dia masih Adam Khalid
yang ku kenali dulu. Lebar senyuman di bibir yang aku ukirkan buat Adam saat
ini. Thank you, angah. You’re beyond the best!
________________________________________
Lepas saja berjumpa dengan sahabat baikku, Bella, aku terus meminta
dia hantarkan aku ke taman permainan. Di sinilah tempat aku melepaskan stress. Telatah anak – anak kecil yang
sedang bermain basikal dan buaian menarik perhatianku. Sesekali aku tertawa
kecil melihat kerenah mereka yang mencuit hati. Selalu jugalah aku ke sini.
Mereka bagaikan pengubat duka di hati ini. Ya, duka yang ditinggalkan oleh
Harith setelah aku curahkan cinta dan kasih sayang buatnya tanpa sempadan.
Bahagia yang hadir rupa – rupanya sekejap cuma. Segalanya mulai
berubah selepas 5 bulan pernikahan kami. Mahligai cinta yang kami bina goyah
bila Harith berubah menjadi seorang yang gila kerja. Tumpuan dan kasih
sayangnya kian menghilang. Apa yang dia tahu hanyalah kerja, kerja dan kerja!
Aku dia buat tak ubah seperti tunggul kayu di dalam rumah ini. Bingung aku
melihatkan perubahannya itu. Mana perginya Harith Daniel yang aku kenal dulu?
“ Malam tadi abang balik pukul berapa?” soal aku pada Harith yang sedang menyisir
rambut di depan cermin. Aku tak sedar pukul berapa Harith balik malam tadi.
Yang aku ingat, aku tunggu dia sampai pukul 9 malam tapi batang hidung Harith
masih juga tak kelihatan. Sudahnya aku tertidur begitu saja. Celik saja mata,
Harith dah pun siap untuk ke pejabat. Sejak kebelakangan ini, kami jarang benar
dapat meluangkan waktu bersama – sama.
“ Pukul 1. Banyak sangat kerja… Sebab tu balik lambat..” jawab Harith sambil mengikat tali lehernya.
Aku tersenyum tawar. Telinga ini sudah lali dengan jawapan sebegitu.
Apa tidaknya, sudah 6 bulan hal ini berlanjutan. Aku pun tak tahu apa akan jadi
pada rumahtangga kami ni nanti kalau Harith masih juga begini. Aku membantu
Harith mengikat tali lehernya.
“ Hari ni balik awal boleh? Nanti Rene masak yang sedap – sedap
untuk abang..” kata aku cuba memujuk.
“ Tengoklah macam mana.. Tak boleh janji…” Harith segera mencapai briefcasenya. “ Abang pergi dulu…” sambung Harith.
“ Tak breakfast dulu?” aku sedikit hampa. Punyalah berharap dapat
sarapan pagi dengan dia hari ni.
“ Sorry but I can’t. Dah lambat..” dahi aku dikucup lembut setelah aku
menyalaminya.
“ Hati – hati…” itu saja yang
sempat aku berpesan. Harith sudah hilang dari pandangan. Aku melepaskan keluhan
berat. Entah bila semua ini akan berakhir. Soal aku di dalam hati.
Harith buat perangai lagi. Malahan makin menjadi – jadi! Tepat jam
12.30 pagi, aku terjaga dari tidur. Dengan mata yang terpisat – pisat, aku
lihat ke tempat tidur Harith. Kosong. Hmm.. Kali ini pukul berapa pula baru dia
akan pulang? Terus aku capai telefon bimbit di bawah bantal. Nombor Harith
dicari.
“ Hello… Abang kat office lagi…?”
tanya aku yang masih dalam keadaan
mamai.
“ A’ah.. Tengah siapkan kerja lagi. Jangan tunggu abang. Tak tahu
pukul berapa baru boleh balik..”
Balik lambat lagi.. Rungutan itu hanya bergema di hati. Kalau aku
luahkan, alamatnya itu hanya akan mencetuskan perbalahan. Sebelum ni pernah
juga aku merungut di depan Harith. Sudahnya Harith kata cuba faham dengan
situasi dia sekarang. Okey fine..
Demi tidak mengeruhkan lagi keadaan, biarlah aku beralah. Walaupun dalam hati
cuma Tuhan yang tahu. Sakit diperlakukan sebegini.
“ Okeylah… Sorry ganggu… Good night..” aku terus mematikan talian. Merajuk. Tapi aku
tahu Harith takkan pujuk. Sia – sia saja. Kenapa Harith jadi macam ni? Kehendak
hati dia sajakah yang perlu aku turutkan? Bagaimana pula dengan kehendak hati
aku? Tak sikit pun Harith ambil peduli!
Hari berganti hari. Masih mengharap agar satu hari nanti Harith yang
dulu akan kembali semula. Kadang – kadang, hanya air mata yang menemani. Namun
di depan Harith, aku masih mampu tersenyum, even
though just a fake smile. Rajuk di hati aku pujuk sendiri. Kalau orang lain
boleh jadi tabah dan kuat, kenapa tidak aku? Petang itu aku mengirim pesanan
ringkas padanya. Mengajak dia menonton wayang bersama – sama di KLCC. Esok hari
minggu. Jadinya tak ada hal kalau ajak Harith keluar lewat malam pun.
Abang.. Malam ni kita pergi tengok wayang ya? Ada cerita best! Kita
pergi ya? – Rene
Mesej itu aku hantar pada Harith dengan harapan yang menggunung agar
permintaan sekecil ini tidak akan ditolak. 10 minit menanti, barulah mesej aku
dibalas. Sibuk sangat agaknya. Desis hati kecilku.
Okey. Pukul berapa? – Harith
Aku bersorak kegirangan. Misi sudah tercapai! Malam ni boleh
luangkan masa dengan encik suami yang tercinta! Senyuman sudah melebar di
bibir.
Pukul 8.30. Jumpa nanti! I love you! – Rene
Mesej aku yang terakhir aku itu tidak pula Harith reply. Biarlah.. Dia sibuk agaknya!
Janji Harith setuju untuk keluar dating
dengan aku malam ni itu sudah mencukupi! Malam itu seawal jam 8 malam aku sudah
siap untuk keluar. Sabar menanti kepulangan Harith. Namun sudah 45 minit
berlalu, Harith masih belum tiba. Wayang dah start dah pun! Harith ni mana? Malas hendak bersabar lagi, aku
terus menghubunginya. Lebih 3 kali aku call,
tapi asyik masuk voice mail saja.
Kesabaran teruji. Tak mungkin dia lupa temu janji kami malam ni! Tunggu punya
tunggu sampai pukul 10.30 malam. Wayang dah habis dah pun! Aku jadi geram.
Sudahlah tak jawab call. Janji
tinggal janji! Sakitnya hati aku dengan Harith!! Setengah jam kemudian baru Harith
pulang. Bila dia lihat aku hanya diam tidak berkutik di ruang tamu, dia menepuk
dahinya kuat. Sepertinya dia baru teringatkan sesuatu.
“ Ya Allah! Sayang!! Abang lupa!” ujar Harith kesal.
Sengaja aku tayang wajah cemberut. Silang tangan ke badan. Bengang
yang amat!
“ Rene call tak dapat –
dapat. Where have you been?” soal aku dingin.
“ Bateri abang low. Tengok
– tengok handphone dah mati. Sorry..” Harith segera mendekati aku. Baru saja dia
ingin duduk di sebelah, aku terus bangkit. Harith terpempan dengan reaksiku.
“ You and your excuses.
Rene penatlah macam ni! Senang cerita abang tidur jelah kat office tu. Jangan balik langsung!” bentak aku lalu terus naik ke bilik tidur
tanpa mempedulikan Harith lagi. Maafkan Rene, abang. Rene tak ada niat nak
berkasar dengan abang. Tapi kesabaran Rene juga ada batasnya.
Dua hari aku tak bercakap dengan Harith. Merajuk lagi. Silent treatment. Harith ego. Pujuk
sekali. Lepas tu dia give up.
Ternyata Harith dah banyak berubah. Dia dah tak peduli kalau aku merajuk sampai
berbulan lamanya pun. Pada dia, kerja lebih utama! Kalau dulu selagi tak dengar
aku ketawa, selagi itulah dia tak putus asa. Buat lawak bodoh sampai rajuk aku
hilang. Tapi sekarang…?
Entah kenapa hari itu aku sangat – sangat lemah. Kepala pening,
tekak juga loya. Masuk tengahari aku muntah – muntah. Sampai lembik jadinya.
Langsung tak maklumkan pada Harith yang aku tak sihat. Kalau beritahu pun belum
tentu Harith boleh balik dan temankan aku di sini. Tergerak hati aku mahu check apa yang tak kenanya pada aku. Pregnancy test di tangan aku renung
dengan rasa tidak percaya. Dua jalur melintang. Positive! Syukur Ya Allah! Inilah sebabnya kenapa aku rasa tak
sedap badan tadi. Alhamdulillah! Impian sudah menjadi kenyataan. Aku kini
hamil! Aku bergegas ke klinik. Hendak buat double
confirm. Pada Harith aku tak maklumkan apa – apa kerana aku ingin membuat
kejutan untuknya nanti!
Selesai solat Isyak, aku terus mendapatkan Harith yang sedang tekun
membuat kerja di bilik bacaan. Hari ini gembiranya aku bukan kepalang bila
suamiku itu juga pulang lebih awal dari biasa. Alat ujian kehamilan di tangan
aku sorok ke belakang. Dengan senyuman lebar aku menghampiri Harith yang tidak
menyedari kehadiran aku di sini.
“ Abang.. Rene ada benda nak cakap dengan abang…” beritahu aku lembut. Aku lupakan semua yang
terjadi dua hari lepas. Berita ini lebih penting! Aku tak mahu bersedih.
Bimbang menjejaskan si kecil di dalam rahimku ini.
“ Kejap lagi boleh? Abang nak siapkan kerja sikit ni..” balas Harith tanpa menoleh ke arah aku. Begitu
leka dengan kerja yang tak pernah habis dan tak akan habis. Aku lihat wajah
Harith kusut yang amat. Berkerut – kerut dahinya merenung kertas pelan yang
terbentang di atas meja kerjanya. Timbul rasa kasihan padanya.
“ Alaa… Kejap je.. Please…
Rene janji lepas Rene cakap ni Rene ni tak kacau abang… Please…” rayu aku tanpa
mempedulikan cakap Harith. Keterujaan mengatasi segala – galanya. Tak sabar nak
kongsi dengan Harith kegembiraan yang aku rasakan kini. Doktor sudah mengesahkan
aku hamil sebulan. Syukur, Ya Allah!
“ Rene.. Janganlah kacau abang… Kerja ni abang kena siapkan sebelum
esok. Tolonglah faham…” Harith bernada rimas.
“ Tapi.. Ni penting…” aku
menarik – narik lengan Harith lembut. Tak putus asa!
“ Apa benda yang penting sangat?! Rene tahu tak? Dalam keadaan
sekarang ni, kerja abang yang lebih penting! Tak boleh ke Rene cuba faham
situasi abang sekarang ni? Abang yang penat keluar cari nafkah kat luar sana!
Keluar pagi balik malam! Tapi Rene? Rene sibuk nak suruh fikir pasal diri Rene
saja!!” tempik Harith sekuat hati. Pen di tangannya juga dicampak ke lantai. Matanya
mencerlung merenung aku tajam. Nafasnya sudah tidak menentu. Pasti saja
kemarahannya memuncak.
Ya Allah! Kenapa sampai begitu sekali lelaki ini berubah? Adakah aku
ini bukan lagi keutamaan Harith Daniel?
“ Apa maksud abang? Kerja saja yang jadi keutamaan abang? Habis
Rene? Rene ni apa?! Tunggul? Patung tak bernyawa?!” Entah dari mana aku
mendapat keberanian meninggikan suara pada Harith. Terlupa betapa perlunya
seorang isteri menghormati suaminya sendiri. Namun Harith benar – benar
melampau! Layakkah dia dihormati lagi?
“ Diam, Rene!! Diam!!!” suara Harith mengalahkan guruh di langit.
“ Rene taknak diam!!! Rene nak abang tahu yang abang sangat – sangat
pentingkan diri!! Abang tak pernah fikirkan pasal Rene pun!! Abang kejam!!!! Rene benci abang! Rene benci!!!!”
Bagaikan dirasuk iblis, aku memekik macam orang tak ada iman.
Panggggg!! Kuat tamparan itu melayang ke pipi aku. Terlalu kuat menyebabkan
hujung bibirku pecah, sedikit berdarah. Aku memegang pipi yang terasa pijar,
lantas aku mengundur selangkah dua ke belakang. Tidak sanggup lagi mahu terus
dekat dengan lelaki itu. Antara percaya dan tidak. Dia yang dulunya aku kenal
bukanlah lelaki yang panas baran. Usahkan pukul, marah jauh sekali! Iblis mana
yang telah merasuk suamiku ini? Suasana sepi seketika bila kami masing – masing
kelu lidah mahu berkata – kata. Tindakan Harith yang di luar jangkaan
menguatkan lagi rasa benci dan sakit hati terhadap lelaki itu. Harith yang
bagaikan baru tersedar dengan ketelanjurannya tadi, segera merapati aku.
“ Rene..! Ma… Maafkan ab.. Abang…! Abang…. Tak.. Se…ngaja..!” ujar
Harith tersekat – sekat, lantas cuba meraih tanganku namun gagal bila aku lebih
pantas menepis tangannya.
“ Jangan sentuh Rene!!!!! Abang tak layak sentuh Rene!!!!” air mata
sudah membasahi pipiku tiada henti. Tangan kananku masih melekap di pipi yang
sudah berbekas merah.
Aku lihat mata Harith juga sudah merah dan basah. Pasti dia
menyesali dengan perbuatannya itu. Dia cuba menyentuh pipi aku yang berbirat,
namun sekali lagi aku menepisnya. Aku tak akan biarkan tangan itu menyentuh aku
lagi. Tak akan!!!
“ Rene benci abang!!!!” aku menjerit kuat, tersedu – sedu menahan
tangis. Tanpa menanti walau sesaat, aku segera bangkit untuk beredar pergi.
Malang tidak berbau. Sewaktu aku hendak berlari keluar dari situ, kaki aku
terpijak pen yang dicampak Harith tadi. Lantaran itu aku gagal mengimbangi tubuhku
dan akhirnya aku terjatuh, punggungku pula terhentak kuat ke lantai.
“Ya Allah! Sayang!!!” Harith segera menerpa ke arah aku yang sudah
mengerang kesakitan. Dengan penuh hati – hati dia cuba untuk memangku aku yang
sudah tidak berupaya berdiri lagi. Sakit pada perut, punggung dan pinggang
akibat hentakan kuat tadi buat aku rasa macam hendak mati! Tiba – tiba aku
terasa darah pekat mengalir di celah pehaku. Membasahi seluar pyjama yang aku pakai. Ya Allah!
Selamatkan bayiku, Ya Allah!! Selamatkan bayiku!! Janganlah Kau ambil bayiku,
Ya Allah!
“ Ya Allah!!! Banyaknya darah!!!” Harith menjerit panik. Kaget
melihat darah begitu banyak mengalir tiada henti. Pandangan aku tiba – tiba
jadi kelam. Aku akhirnya terkulai lemah di dalam pangkuan Harith. Suara Harith
yang memanggil – manggil namaku juga semakin lama semakin tidak kedengaran. Dan
selepas itu, apa yang terjadi aku sendiri tidak pasti.
Disebabkan peristiwa pahit itulah, aku nekad mahu berpisah. Biar
beribu sesalan yang Harith rasakan, itu tidak akan mampu mengubah fikiranku
lagi. Cukuplah sampai di sini. Sudah terlalu banyak peluang yang aku berikan
namun tak satu pun yang dihargai. Aku tak akan biarkan hati ini terus disakiti.
Inilah takdir hidupku. Semuanya sudah ditentukan olehNya. Bahagia tidak
berpihak kepadaku lagi!
“ Assalamualaikum..” Lembut
suara yang memberi salam.
“ Waalaikumussalam..” jawab
aku sebaik tersedar dari lamunan panjang. Aku pantas menyeka air mata yang
mengalir ke pipi sebelum berpaling ke arah insan yang menegur. Perlahan – lahan
aku menoleh dan……… Aku tergamam.
No comments:
Post a Comment