Tuesday 18 March 2014

Oh My Ex - Husband! 20

Salam semua!! Sorry sgt dah lama tak update. Here's the new entry!!


“ Harith jaga kau sepanjang hari? Serius?!” soal Bella separuh terkejut.

“ Yup!! Dia sanggup ulang – alik dari rumah ke hospital tau..! Sampaikan aku pulak risau tengok dia macam tu. Takut dia pulak yang sakit sebab langsung tak rehat.” balas aku.

“ Alaa.. Takpe… Kalau dia sakit, kau pulaklah yang jaga dia!” Sahabat baikku ini sudah tersenyum penuh makna.

Kata – kata Bella mengundang tawa riang. Kalau Harith sakit aku yang jaga dia? Kalau itu saja yang boleh aku buat untuk balas budi baik dia, apa salahnya?

“ Teddy bear ni siapa pulak yang kasi?” tanya Bella sambil melirik ke arah anak patung beruang pemberian Harith Daniel.

“ Kau rasa?”

“ Harith?” Bella meneka.

Aku angguk sambil tersengih panjang.

“ Ya Allah! Romantik gila suami kau tu!”

“ Excuse me?! Suami aku?” aku membeliakkan mata.

“ Opsss.. Sorry!! Bekas!” Bella segera membetulkan. Mulutnya ditekup dengan tangan kanan. “ Tapi apa salahnya.. Manalah tahu satu hari nanti masin mulut aku ni.. Harith Daniel jadi suami kau balik. Beruntung kau, Rene. Boleh nampaklah dia memang sayang gila kat kau.” kata Bella sungguh – sungguh.

Sengih lagi aku. Dulu pun itu yang Bella cakap pada aku. Bella memang nak sangat aku berbaik semula dengan bekas suami aku tu. Kalaulah menyelesaikan masalah dan merawat luka di hati itu semudah ABC, rasanya dah lama aku rujuk dengan Harith semula. Agaknya aku dah beranak – pinak dan bina sebuah keluarga yang bahagia.

“ Oh ya.. Cakap pasal Harith.. Mana dia sekarang?”

“ Pergi kerjalah. Kalau ikutkan dia nak cuti lagi. Tapi aku yang tak bagi. Aku taknak kerja dia semua tertangguh sebab aku. Nanti dia jugak yang kena marah dengan bos dia. Bukannya aku.” cerita aku panjang lebar. Subuh tadi Harith memberitahu yang dia mahu sambung cuti lagi sehari. Tapi aku berkeras tak izinkan. Aku paksa dia pergi kerja macam biasa. Nasib baiklah dia dengar cakap aku kali ni.

“ Rene… Doakan aku supaya bertemu jodoh dengan lelaki macam ex – husband kau tu.. Kalaulah aku jumpa sorang, alangkah bertuahnya hidup ni.” ujar Bella sambil pandang ke atas, seolah – olah dia sedang berangan hidup bahagia di samping lelaki idaman.

Aku senyum hampir ketawa. Reaksi Bella menggelikan hati. Macam – macam hal kawan aku yang seorang ni.

“ Insya – Allah, Bell. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau. Jangan risau, bila sampai masanya nanti kau akan jumpa jugak dengan Mr. Right. Nanti bila dah kahwin, jangan lupa jemput aku tau?”

“ Eh mestilah! Kau kan kawan baik aku dunia dan akhirat. Mana boleh tak jemput!”

Perbualan kami tergantung di situ bila ada seseorang yang menolak daun pintu itu. Harith Daniel muncul bersama tiga kuntum bunga ros merah dan sekotak coklat Ferrero Rocher.

“ Laa.. Ada tetamu istimewa rupanya hari ni..” tegur Harith yang baru perasan kewujudan Bella di sini.

“ Panjang umur! Macam tahu je kami tengah sembang pasal kau, Harith..” ujar Bella ramah.

“ Ehem!! Patutlah aku tersedak tadi. Ada orang sebut nama aku ek? Haa.. Cakap pasal apa? Yang elok ke yang tak elok?”

“ Eh! Mestilah yang elok! Kan, Rene?” Bella pandang aku.

Aku angguk, mengiakan kata – kata Bella. Harith senyum segaris.

“ Abang dari mana ni?” tanya aku spontan.

“ Dari office. Lepas makan terus datang sini. Kejap lagi kena masuk office balik.” Bunga ros dan coklat Ferrero Rocher tadi dihulurkan pada aku.

“ Untuk Rene?” tanya aku setelah hulurannya bersambut. Ferrero Rocher sememangnya kesukaanku. Bersinar – sinar mata bila nampak Harith pegang coklat ni tadi. Dia memang dah tahu ini favourite aku.

“ Yup. Bunga tu untuk Rene, coklat tu pun. Tapi kalau nak kongsi dengan Bella apa salahnya?”

Aku dan Bella ketawa mengekek – ngekek. Harith macam tahu je aku dengan Bella ni memang hantu coklat! Tambahan pulak kalau dah dapat Ferrero Rocher ni, rela tak makan benda lain dah!

“ Haii.. Bertuah badan! Hari tu dapat teddy bear, ni dapat bunga dengan coklat pulak. Lepas ni dapat apa agaknya? Dapat intan berlian kut?”

Riuh – rendah suasana di dalam bilik ini bila tawa kami bergabung. Macam ada pesta pulak. Harith menyinsing lengan kemeja yang dipakai hingga ke siku. Kaki seluar juga dilipat hingga ke betis. Stoking dan kasut dibuka, digantikan dengan selipar jepun yang aku letak di bawah rak TV. Harith kemudiannya terus masuk ke bilik air yang tersedia di dalam wad ini juga.

“ Rene lepaklah dengan Bella. Abang nak pergi surau kejap.” Ujar Harith setelah dia selesai berwudhuk.

Aku angguk sambil tersenyum nipis. Inilah salah satu benda tentang Harith yang buat aku tertarik padanya dulu. Solat lima waktu tak pernah tinggal. Harith selalu berpesan, hubungan dengan Allah harus dijaga. Tak ada alasan untuk tidak solat.

“ Lepas solat tu jangan lupa doakan untuk kebahagiaan korang sekali, Harith..” pesan Bella. Dalam maksudnya itu.

Bahu Bella aku pukul perlahan sambil menjegilkan mata ke arahnya. Bella hanya beriak selamba walaupun tahu aku agak geram dengan gurauannya. Suka dan memang sengaja nak usik kami berdua. Harith sudah tersenyum sampai ke telinga.

“ Mestilah.. Sentiasa..” balas Harith sambil pandang aku dengan pandangan yang bermakna sebelum keluar dari sini. Ringkas jawapannya, namun ianya juga terselit makna tersirat.

Aku dan Bella berpandangan sesama sendiri. Kening Bella terjungkit sebelah.

“ Kau dengar tu? Sentiasa katanya!”

Lidah aku jadi kelu. Terngiang – ngiang apa yang diujarkan oleh Harith sekejap tadi.

_________________

Sinetron yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang langsung tak menarik perhatian. Saat ini fikiran aku menerawang pada setiap perbualan aku dan Bella tengahari tadi.

“ Semua benda yang Harith buat ni semuanya ada maksud yang tersendiri,” ujar Bella secara tiba – tiba. Waktu itu Harith masih lagi berada di surau.

“ Maksud kau?” aku mengerut dahi. Kurang mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh sahabat baikku ini.

Bunga ros di atas meja itu dicapai Bella. “ Tengok ni.. Tiga kuntum bunga ros.. Orang kata, tiga kuntum ni mewakili tiga patah perkataan. I. Love. You.”

Ya. Aku tak nafikan andaian yang dibuat oleh Nur Nabila. Malahan kalau ditanya pada Encik Google sekali pun, jawapannya tetap sama. Jadi, adakah ini sebabnya kenapa Harith beri aku tiga kuntum bunga? Ini cara dia untuk meluahkan isi hatinya? Begitu?

“ Yelah tu! Tapi kalau mewakili I hate you pun boleh jugak, kan?” aku pula membuat andaian sendiri.

“ Tengok! Aku cakap serius ni! Mana ada orang bagi bunga sebab benci! Kau ni! Logik akallah sikit!” Bella mencemik. Lepas satu, satu Ferrero Rocher aku dimakannya. Mentang – mentanglah aku suruh dia ambil banyak mana yang dia nak, terus dia makan sampai tak ingat dunia. Lupalah tu nak simpankan untuk aku sikit!

“ Yelah.. Janganlah serius sangat. Aku gurau je pun..” aku ambil sebiji Ferrero Rocher. Kertas pembalutnya aku gumpal dan campak ke dalam tong sampah kecil berhampiran dengan katil.

“ Tak ada masa nak bergurau dah sekarang. Cuba kau fikir balik, betul tak apa yang aku cakap ni?”

“ Yelah.. Betullah tu agaknya.. Kau nak cakap Harith masih cintakan aku. Betul?”

“ Haa! Pandai pun! Aku rasa inilah hikmahnya kenapa Allah pertemukan semula Rene Hannani dan Harith Daniel. Siapa tahu, inilah dia jalan yang harus kau dan dia lalui untuk menemui kebahagiaan yang hakiki?”

Bunga ros pemberian Harith tadi aku renung lama. Kata – kata Bella buat aku berfikir sendiri. Tak tersangkal lagi kebenarannya. Thing happens for a reason. Apa pun yang akan terjadi, harus aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun Harith pernah menyakiti aku dulu, namun mungkin juga kehadirannya kali ini adalah untuk menghapus duka. Mungkin.

Lamunanku mati tatkala doktor yang merawat aku masuk ke sini bersama jururawat yang bertugas. Doktor yang berbangsa India dan memakai name tag Dr. Sally itu meneliti fail yang dicatat jururawat.

“ Good news for you. Memandangkan awak sekarang dah menunjukkan perkembangan yang baik.. Kalau tak ada apa – apa, besok dah boleh discharged.” beritahu Dr. Sally. She speaks Malay fluently! I’m impressed!

“ Betul ke ni, doktor?” tanya aku dengan rasa tak percaya.

“ Iya. Betul.”

“ Terima kasih banyak – banyak, doc.” ucap aku dengan nada teruja. Berita baik yang sudah lama aku nantikan. Syukur alhamdulillah! Tak sabar nak beritahu pada mama, papa dan Harith!

“ Sama – sama. Kalau tak ada apa – apa, saya minta diri dulu.” pamit Dr. Sally sambil tersenyum mengulum.

“ Baik, doktor.” aku membalas senyumannya mesra.

Dr. Sally dan jururawat tadi pantas beredar pergi. Telefon bimbit di sisi aku capai. Tak sabar nak maklumkan berita baik ini pada mama. Lepas saja aku telefon mama, aku telefon Harith pula.

“ Hello, abang…!” panggil aku.

“ Ye, Rene. Kenapa call ni? Rene okey ke kat sana?” panik Harith menyoal. Risau sungguh dia. Belum sempat aku cakap apa – apa, dia dah menggelabah tak tentu pasal.

Aku tersenyum sendiri. Harith ni paranoid sangat. “ Iye. Jangan risau. Rene okey. Cuma nak cakap.. Tadi doktor baru beritahu yang Rene dah boleh balik rumah esok..!”

“ Oh ye ke? Lega abang dengar. Ingatkan apalah tadi.. Alhamdulillah.. Baguslah macam tu. Maksudnya Rene dah betul – betul sihatlah.. Syukur..” Harith menghela nafas lega.

“ A’ah. Err.. Okeylah.. Maaf ganggu abang. Nak cakap itu je sebenarnya.”

“ Tak ganggu pun... Oh ya.. Malam ni mama temankan Rene kat sana. Maknanya abang jumpa Rene esoklah.”

“ A'ah. Tadi mama dah cakap yang malam ni mama datang sini.. Okey.. See you tomorrow.. Insya – Allah. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

__________________

Tengahari itu, Harith Daniel yang menjemput aku dari hospital. Sungguh aku tak tahu nak kata apa bila bil hospital juga dia yang bayarkan. Berkali – kali aku larang, dia tetap juga bayarkan. Nampak gayanya aku kena buat sesuatu untuk balas budi dia tu. Tapi apa ya? Hmm.. Nantilah aku fikirkan.

“ Welcome home, sayang! Syukur alhamdulillah Rene dah sihat sepenuhnya..” Mama menanti di muka pintu. Bukan main ceria lagi mukanya menyambut kepulangan anak bongsunya ini.

Aku pantas menyalami mama, memeluknya erat. Nak lepaskan rindu macam dah bertahun tak jumpa. Drama lebih betul Rene Hannani ni. Kalah The Kardashians punya lakonan dekat TV. Huhu!

“ It's good to be back! Sukanya! Bebas macam burung yang sudah sekian lama dikurung di dalam sangkar!” luah aku sebaik kami bertiga melangkah ke ruang tamu. Anak patung beruang pemberian Harith itu aku letak di sofa.

Mama dan Harith tergelak kecil. Mama menghalakan matanya pada Harith yang hanya berdiri tidak jauh di belakang aku. Beg baju aku yang dijinjit dengan tangan kanannya diletak ke lantai.

“ Terima kasih banyak – banyak, Harith.. Sebab tolong ambil Rene dari hospital.” ucap mama sambil tersenyum manis.

“ Tak ada apa – apalah, mama. Perkara kecik je tu.” tutur Harith senang.

Sedang kami berbual kosong, aroma yang melazatkan menusuk ke hidungku. Buat aku jadi kecur air liur dan perut juga sudah mula bernyanyi riang! Aku kenal sangatlah bau ini. Tak lain tak bukan, lauk kesukaan aku, kari udang!

“ Sedapnya bau!! Macam tahu je mama masak apa tengahari ni! Mesti kari udang, kan?” aku menebak.

Mama ketawa. “ Pandai anak mama. Mama memang sengaja masak lauk favourite Rene sebab tahu Rene nak balik..”

“ Awww… Ni sayang mama lebih ni! Thanks, mama! Dah lama tak makan sedap! Kejap lagi Rene nak makan banyak – banyak!” kata aku seraya memaut lengan mama manja. Kelakuanku itu hanya diperhatikan Harith Daniel yang sudah tersengih panjang.

“ Rene.. Mama.. Kalau dah tak ada apa – apa, Harith mintak diri dululah..” tutur Harith sambil mengerling jam tangannya sesaat. Mungkin dia nak cepat balik ke pejabat.

“ Eh.. Nak pergi dah ke? Alaa.. Mama baru ingat nak ajak Harith lunch dengan kami sekali.” Mama meluahkan hasrat.

“ Takpelah, mama. Susah – susah aje. Harith boleh lunch dekat pejabat je nanti.” ujar Harith berbahasa.

“ Susah apanya? Mama dah siap masak dah. Jomlah makan sekali.” mama tak putus asa. Kalau aku jadi mama pun aku akan buat macam itu juga. Yalah.. Orang tu dah buat macam – macam. Haruslah mama pun nak balas jasa baik Harith juga.

“ Betul tu, abang. Tak ada yang susahnyalah. Lagipun bukannya selalu abang makan sini.. Please.. Stay for lunch..” rayu aku, sengaja meleretkan suara. Aku kena juga cuba pujuk dia makan kat sini. Kalau dia taknak jugak tak boleh buat apa. Tapi belum cuma belum tahu. Mungkin juga Harith sebenarnya segan dengan kami. Maklumlah, dia pun dah lama tak datang sini. Tup – tup hari ni diajak makan bersama.

Setelah berfikir sejenak, akhirnya Harith angguk setuju.

“ Kalau macam tu.. Okeylah.. Harith makan sini.”

Aku tersenyum lebar. “ Abang duduk dulu. Rene pergi tolong mama kat dapur kejap.”

“ Tak payahlah, Rene. Rene tu baru je sihat. Rehat ajelah dulu.” sela mama.

“ Alaa.. Takpe, mama. Sebab nak suruh sihatlah Rene kena aktif, biar keluar peluh barulah badan sihat. Badan kita ni jangan dimanjakan sangat. Tak elok.” petah aku membalas. Tiba – tiba pandai pula bercakap bab kesihatan. Walhal nak jaga diri sendiri pun tak mampu. Baru demam sikit dah lembik semacam, sampai pengsan tak sedar diri. Tak pasal – pasal menyusahkan semua orang.

“ Yelah.. Anak mama betul.” mama sengih, segera masuk ke dapur semula. Hendak siapkan apa yang patut.

Aku toleh pada Harith yang sudah melabuhkan punggung di sofa ruang tamu itu.

“ Abang nak air? Rene buatkan..”

Harith geleng. “ Takpelah, Rene. Kejap lagilah minum.”

Aku angguk dan berlalu ke dapur, membiarkan Harith menonton televisyen di ruang tamu. Masuk ke dapur, aku terus capai jug, air soya dan cincau. Dah tahu dah nak buat air apa. Soya cincau kesukaan Harith. Aku tak lupa tu.

_________________

“ Mama, terima kasih untuk semuanya. Sedap sangat mama masak.. Dah lama tak rasa air tangan mama.. Rezeki Harithlah hari ni..” ujar Harith sambil tersenyum mesra.

“ Alahai.. Apa sangatlah yang mama buat ni kalau nak dibandingkan dengan jasa baik Harith pada kami. Harith yang bawak Rene pergi hospital, jaga dia pagi, petang, siang, malam. Setiap saat langsung tak biarkan Rene sendiri. Kami yang patut berterima kasih pada Harith sebenarnya..” balas mama berbahasa.

“ Takde hal, mama. Tak susah pun jaga budak kecik ni..” Harith melirik ke arah aku dengan ekor matanya.

Aku cebik bibir, menjelingnya tajam. Budak kecik dia panggil aku? Memang nak kena ni! Tak pernah – pernah panggil aku macam tu. Hari ni apa kena entah dia? Buang tabiat agaknya!

“ Harith mintak diri dululah, mama.. Takut lambat pulak masuk pejabat nanti..” pamit Harith.

Mama angguk. “ Ye tak ye. Lupa pulak mama yang Harith kena masuk office semula. Seronok sangat berbual sampai tak sedar dah nak habis lunch hour. Harith nanti bawak kereta elok – elok..”

“ Insya – Allah, mama. Harith pergi dulu.. Kirim salam papa, ya?”

“ Insya – Allah.”

Harith menyalami mama tanda hormat sebelum dia pergi. Kasut berjenama Calvin Klein yang diletak di depan muka pintu disarungkan ke kaki. Aku membuka langkah menghantar lelaki itu ke keretanya.

“ Abang… Terima kasih tau!” ucap aku buat kesekian kali. Tak tahulah dah berapa kali aku ucap terima kasih pada dia. Kalaulah telinga Harith tu boleh bercakap, pasti ia akan kata bahawa ia sudah jemu mendengar ayat yang sama keluar dari bibir mungilku ini.

“ Terima kasih kenapa pulak?” soal Harith tidak mengerti. Kami tercegat di tepi kereta. Kunci kereta dalam poket seluarnya dikeluarkan.

“ Yelaa.. Macam yang mama kata tadi.. Dah macam – macam benda abang buat untuk Rene.. So.. I should thank you for this.. Right?”

“ Alahai.. Kan abang dah cakap tak perlu berterima kasih.. Benda yang abang buat ni tak seberapalah.. Rasanya.. Masih belum cukup untuk...” Ayat Harith tergantung.

Aku ternanti – nanti ayat yang selanjutnya. “ Untuk apa?”

Harith geleng. Sengihan kelat terpamer di bibir. “ Takde apa – apalah. Lupakan aje. Apa pun terima kasih jugak untuk air soya cincau tadi.. Sedap sangat! Tak sangka Rene masih ingat minuman kegemaran abang.” Ujar Harith sambil tersenyum mengulum.

“ My pleasure..” aku juga tersenyum. Namun dalam hati masih tertanya – tanya, apa yang hendak diluahkan Harith sebentar tadi? Sepertinya ada sesuatu yang hendak dia ungkapkan. Musykil. Sangat musykil.

Harith bersandar santai pada pintu keretanya. Tangannya disilang ke badan. Matanya pula berterusan merenung tepat ke wajahku. Dah mula dah si HD ni. Suka sangat pandang aku macam tu.

“ Kenapa tengok Rene macam tu?” tanya aku.

“ Saja. Nak tengok puas – puas. Sebab lepas ni mesti abang rindu gila dekat budak kecik ni.”

“ Ish!! Dah kenapa panggil Rene budak kecik?! Tak sesuai!”

“ Habis tu nak suruh panggil apa? Sayang? Boleh je…!” Harith mengusik. Nakal.

“ Mulalah tu!! Mengada – ngada!” cemik aku.

“ Itu sebablah abang nak panggil Rene budak kecik. Sebab Rene manja macam budak kecik. Sensitif mengalahkan budak kecik jugak. Comel macam budak kecik..”

Cehh!! Semua benda pun dia kaitkan aku dengan budak kecik. Nasib baik tak kaitkan dengan ketinggian aku yang hanya mencecah 5 kaki 3 inci. Bila berdiri sebelah Harith, kepala aku ngam – ngam paras bahu dia. Buat aku nampak ketot semacam!

“ Dahlah tu! Dah lewat ni! Tadi kata nak cepat!” aku menggesa.

Harith menepuk – nepuk dahinya perlahan. “ Ye tak ye. Sembang dengan budak kecik memang buat abang lupa terus benda lain. Hehheee.. Okeylah.. Abang gerak dulu. Jaga diri. Assalamualaikum.”

“ Insya – Allah. Abang pun. Waalaikumussalam.”

Pintu kereta BMW Z4 dibuka. Harith terus menghenyakkan tubuh ke tempat duduk pemandu. Aku berdiri di situ sehinggalah kereta Harith hilang dari pandangan.

Aku masuk ke rumah semula dan sudah ingin melangkah ke ruang tamu bila telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang diterima. Fon di atas sofa aku capai. Inbox dibuka. Mesej dari si HD rupanya.



I miss you already. – Harith



Aku senyum segaris. Baru sekejap tadi jumpa, dia dah rindukan aku? Parah! Harith Daniel memang dah parah! Kronik mengalahkan orang angau bercinta!



Baru jumpa dah rindu ke? Kroniknya Encik Harith ni kan? Dah.. Jangan main mesej masa drive. Bahaya! – aku



Sempat lagi aku bebelkan dia. Dah tahu sangat Harith ni kadang – kadang masa bawak kereta pun nak tengok handphone jugak. Katanya itu bad habit yang masih tak boleh dibuang. Kalau aku ada kat sebelah, dah lama aku cubit dia!

Selang beberapa saat, ada lagi satu mesej dari Harith.



Yup! Kronik sangat! Tak ada ubat untuk penyakit kronik abang ni. Rene je ubatnya. Hehehe.. Abang tak mesej masa drive. Ni berhenti singgah 7 – 11 kejap. Sayang jugak orang tu kat abang rupanya. – Harith



Erk! Dia dah mulalah tu! Perasan!



Perasan! – aku



Perasan tak perasan. Kalau dah risau tu maknanya sayanglah. Kan? – Harith



Aku tergeleng – geleng sendiri. Dia ni memang taknak kalah! Adui!! Makin lama makin menjadi – jadi pula dia. Ada baiknya aku jangan layan lebih – lebih sangat. Nanti ada yang tak masuk pejabat langsung. Yelah.. Kalau asyik berbalas mesej, bila dia nak drive? Aku bagi dia smiley jelir. Dia pula selamba balas smiley cium dengan kenyit. Dan kali ini, aku pula yang senyum meleret sampai ke telinga. Eh? Rene Hannani ni biar betul? Paku dulang paku serpih, mengata Harith kau yang lebih! Kau pun dah terkena sakit angau macam si HD tu! Erk?! Aku? Angau?! Teng teng tengg…!