~Beberapa
bulan kemudian~
Sayang,
I dah sampai. I tunggu you depan McDonald’s.
PESANAN
ringkas dalam private message Whatsapp itu dibaca sekali lalu. Langkah yang
diatur laju menuju ke butik ZARA terhenti. Arissa ingat sempatlah dia cari baju
sementara tunggu Adrian sampai. Arissa menggeleng perlahan. Sejak dari dulu
sampai sekarang Adrian memang tak pernah tepati masa. Tadi dia janji nak datang
Mid Valley sebelum pukul 1, tetapi sudahnya terlambat setengah jam.
Semalam
memang mereka rancang untuk pergi satu kereta, tapi banyak pula halangannya.
Tiba-tiba pula Adrian ada hal dengan Hanif, sudahnya Arissa drive sendiri ke
Kuala Lumpur. Arissa berlari anak menuju ke escalator. Niatnya untuk ke butik
ZARA terpaksa ditangguhkan. Dia bergegas turun ke lower ground floor.
Nampak
saja kelibat Adrian di depan McDonald’s, Arissa mempercepatkan langkah. Dari
jauh mereka saling berbalas senyuman.
“Sayang
dah makan?” soal Adrian sebaik Arissa mendekatinya.
“Belum.
Tunggu you.”
“Jom
makan Nando’s. Dah lama tak makan.”
“Boleh
jugak. I ikut je.” Balas Arissa.
Adrian
sengih. Tangan Arissa diraih lalu dipimpin erat, berjalan menuju ke Nando’s.
Arissa tersenyum meleret. Pegangan tangannya dikemaskan. Jauh di sudut hati,
cuak juga dia takut ada kawan-kawan MSU yang ternampak gelagat mesra mereka
itu. Bukan semua tahu yang dia dan Adrian dah menikah. Mintak-mintak janganlah
kantoi pulak. Dia dan Adrian tidak mahu menghebohkan tentang pernikahan mereka
yang dilangsungkan beberapa bulan yang lalu.
“Sayang,
sorry sebab I lambat. Kesian you lama tunggu.” Luah Adrian sebaik mereka duduk
di meja yang tidak jauh dari pintu masuk Nando’s.
“It’s
okay. Sempat jugak I usha barang tadi. Kenapa you lambat?”
“Sebenarnya
I memang nak cepat tapi tadi masa nak balik I terserempak dengan classmate I, Yasmeen.
Kereta dia rosak. Tak sampai hati nak biarkan dia, I hantarlah dia balik dulu.”
jelas Adrian panjang lebar. Nasib baiklah kereta Yasmeen rosak dekat Plaza Mas
Alam. Kalau buat hal dekat tengah jalan, lagi haru-biru!
Yasmeen?
Arissa cuba mengingat nama yang pernah dia dengar sebelum ini. Sayangnya muka
Yasmeen tu dia tak berapa nak ingat. Ramai sangat kawan Adrian. Tak hafal
semua, kecuali yang betul-betul baik dengan suaminya itu.
“Kereta
rosak? Ye ke ni?” soal Arissa. Terselit nada curiga.
“Kalau
tak percaya tanyalah Hanif. Dia ada sekali tadi.”
Melihat
wajah Adrian yang cukup tenang dan bersahaja, Arissa jadi lega. Ternyata tidak
ada apa-apa yang disorokkan oleh Adrian. Adrian sudah berlaku jujur dengannya,
cuma dia saja yang terlalu paranoid.
“Encik
Adrian ni memang baik hati orangnya.”
“Kita
permudahkan orang, Allah permudahkan kita.”
“Setuju.
Tapi cuba kalau yang kereta rosak tu lelaki, you tolong tak?” soal Arissa masih
ingin menduga.
“Tolong.
Tolong tengok.” Adrian ketawa. Sengaja bikin panas.
Arissa
menjeling Adrian tajam. Bahu Adrian dipukul perlahan. Marah. Dia serius, Adrian
main-main. Selalu macam tu. Sakit hati Arissa dengar jawapan Adrian. Ooo..
kalau perempuan bukan main laju nak tolong. Kalau lelaki dia buat tak hairan
jelah.
“Gurau je
sayang. Cemburu ke? Bukan I berdua je dengan dia. Kan I dah cakap Hanif pun
ada.” Cepat-cepat Adrian memujuk. Bimbang perkara kecil jadi serius. Nanti
kalau Arissa badmood, dia juga yang susah! Jangan dijolok sarang tebuan.
Adrian
menggamit salah seorang pelayan Nando’s, ingin membuat pesanan. Adrian saja
yang nak makan ayam, Arissa pula cuma minta sup dengan garlic bread. Orang
tengah dietlah katakan. Sementara tunggu makanan sampai, macam-macam cerita
yang dibualkan. Arissa tak berhenti berceloteh itu dan ini. Seronok betul
Adrian sebab itu menunjukkan yang Arissa dalam mood baik. Adrian menopang dagu.
Raut wajah isterinya ditatap sepuas-puasnya. Saat ini apa yang Arissa cerita satu
pun tak masuk ke kepala. Dia begitu asyik melihat keindahan ciptaan Tuhan di
hadapannya ini. Cantik isteri aku ni. Bertuah aku dapat dia. Bisik Adrian dalam
hati. Tanpa secalit solekan, Arissa tetap tampak jelita di matanya. Cuma hari
ni Arissa nampak agak lain dari biasa. Mungkin warna lipstik yang dipakai tak
begitu sesuai dengan Arissa, itu yang buat Arissa nampak lain.
“Jauhnya
berangan!” sergah Arissa sambil menepuk lengan Adrian setelah dilihat lelaki
itu seakan berkhayal. Penat mulutnya berceloteh, entah Adrian dengar atau
tidak.
Adrian
tersentak. “Hah? You cakap apa tadi?”
Arissa
mendengus geram. Memang sahlah Ian tak fokus langsung aku cakap apa tadi! Sabar
jelah!
“Kenapa
you tengok I macam tu tadi? Ada benda ke kat muka I? Comot eh?” bertubi-tubi
pertanyaan Arissa. Dia sedikit kehairanan. Dari tadi Adrian tak berkelip
pandang dia. Cepat-cepat dia buka front camera di handphone. Wajahnya ditilik
lama. Tak ada apa yang pelik pun. Yang Ian tengok macam nak telan aku tu
kenapa?
Adrian
sengih seraya menggeleng. “Lipstik tu. Apasal terang sangat? Takde lipstik lain
ke?”
“Kenapa?
Tak cantik ke?”
“Tak
cantik. Merah sangat. I lagi suka you pakai warna yang lembut-lembut je. Lagipun
yang ini terlalu menonjol. I tak suka. Lain kali jangan pakai yang ni. Tau?”
Adrian bernada tegas.
Arissa
terkedu. Adrian memang seorang yang outspoken. Kalau dia tak suka, maknanya tak
sukalah. Arissa tak ambil hati pun cuma apa yang menghairankan, sebelum ini
Adrian tak pernah komen pasal cara dia bersolek.
“Alaaa… I
suka warna ni…” Arissa tak puas hati. Baru minggu lepas dia beli gincu ni.
Alih-alih Adrian tak bagi pulak. Membazir je beli.
“Tengok
tu. Boleh tak jangan melawan?”
“Okey,
okey. Baiklah, wahai suamiku sayang.” Arissa mengalah. Sedar yang Adrian punya
hak untuk menegur kerana dia suami. Dan sebagai seorang isteri, dia wajib taat
pada perintah suami.
Adrian
senyum. Selang beberapa saat, makanan yang dipesan sampai. Masa makan, entah
berapa kali Adrian paksa Arissa makan. Arissa taknak tapi Adrian tetap juga
mendesak. Naik geram Arissa dibuatnya. Katanya Adrian sengaja nak rosakkan diet
dia. Adrian cuma ketawa. Bukan itu niatnya. Dia risau Arissa tak kenyang dengan
hanya makan sup. Rela berlapar sebab takut gemuk. Nak lawa tapi sanggup seksa
diri sendiri. Beauty is pain katanya.
“Sayang,
you ada nak buat apa-apa tak lepas ni?” Adrian baru selesai makan. Gelas kaca
di depan ditarik dekat dengannya. Iced lemon tea disedut sikit-sikit.
“I nak
pergi ZARA kejap, nak tengok baju. You temankan eh?”
“Boleh.
Lepas tu kita pergi tengok wayang nak? Ada banyak masa lagi ni.”
“Sure! I
pun ingat nak ajak you tengok wayang. Dah lama kita tak layan movie.”
Adrian
mengangguk kecil, setuju dengan isterinya. Kali terakhir mereka ke panggung wayang,
beberapa bulan sebelum kahwin. Adrian segera menggamit pelayan Nando’s yang
sedang sibuk membersihkan meja, meminta bil.
“Jom.” Ajak
Adrian setelah selesai membayar.
Arissa
mencapai beg tangan yang diletak pada kerusi kosong di sebelahnya dan mereka terus
melangkah keluar dari situ. Arissa merangkul lengan Adrian mesra. Adrian
tersenyum sampai ke telinga.
Tiba-tiba,
mereka disapa Krisya yang berjalan dari arah bertentangan. Senyuman mereka mati.
Langkah mereka juga terhenti. Terkejut dengan kemunculan Krisya yang tak
disangka-sangka.
“Hai,
lovebirds.” sapa Krisya.
“Hai,
Krisya.” Arissa tetap tersenyum walau dia juga tidak begitu senang melihat
Krisya di situ.
Adrian di
sebelah hanya diam membisu. Sikit pun dia tak pandang Krisya. Mukanya tak usah
cakaplah, masam gila! Sampaikan Arissa sendiri tak berani nak pandang
lama-lama. Adrian sudah hilang mood. Ke mana-mana pergi pun, mesti ke jumpa
minah ni? Dah tak ada orang lain ke nak terserempak dengan kami? Omelnya dalam
hati.
“Apa
khabar pengantin baru? Lama tak jumpa.” Krisya memandang merpati dua sejoli itu
bersilih ganti. Dinginnya Adrian menyebabkan dia sedikit tersinggung. Sampai
hati dia. Jangankan pandang, tegur aku pun tidak. Sampai macam itu sekali
bencinya dia dekat aku.
“Alhamdulillah,
sihat. You sorang je?” Arissa menjawab bagi pihak Adrian. Suaminya itu langsung
tak bercakap. Boleh nampak yang dia tak suka jumpa Krisya. Nak tak nak,
Arissalah kena ambil hati Krisya. Dia pun bukannya suka, tapi tak sampai hati
nak abaikan Krisya begitu saja. Orang tanya kenalah jawab.
“Orang
tak ada partner macam nilah. Sorang-sorang je. Tak ada yang sudi temankan.”
ujar Krisya dengan wajah yang ditundukkan. Sayu nadanya, seakan meraih simpati.
Sebenarnya, kata-kata itu sengaja dituju kepada Adrian, dengan harapan lelaki
itu akan mengerti isi hatinya. Matanya tertumpu ke arah lengan Adrian yang
dipeluk erat oleh Arissa. Hatinya terasa sakit. Cemburu melihat betapa
bahagianya mereka.
Adrian
yang masih tidak memandang Krisya, tersenyum sinis. Terasa jengkel dengan ayat
gadis itu. Buat muka sedih konon. Nak suruh orang kesiankan dialah tu! Adrian
menjeling jam tangannya sekilas.
“Sayang,
kata nak pergi tengok baju. Let’s go.” ternyata Adrian sudah tidak betah untuk
berada di situ lebih lama lagi. Dia ingin cepat-cepat pergi.
Arissa
hanya mengangguk. Faham apa yang dirasakan oleh suaminya saat ini. Dia menoleh
ke arah Krisya sejenak.
“Kami
pergi dulu, Krisya.”
Krisya
angguk kecil. Sempat dia mengerling wajah Adrian dengan hujung matanya. Lelaki
itu masih juga seperti tadi. Serius dan dingin. Sudah tidak ada lagi Adrian
yang dulu. Tanpa berlengah, Adrian terus menarik Arissa pergi, langsung tidak
menoleh lagi.
Di butik
ZARA, Arissa jadi rambang mata. Cantik-cantik belaka bajunya. Yang berlipat,
yang bergantungan, semua dibeleknya. Tak tahu nak beli yang mana satu. Adrian
di belakang, tersengih melihat gelagat si isteri. Orang perempuan dan shopping
memang tidak dapat dipisahkan. Tapi Arissa ni bukannya jenis yang gila
shopping. Keinginan untuk membeli itu cuma datang sekali-sekala. Itulah Arissa.
“Sayang,
okey tak kalau I pakai baju macam ni?” Arissa meletakkan printed blouse
berlengan panjang di badannya.
“You
pakai apa pun cantik, sayang. Asalkan menutup aurat, itu dah cukup.”
Jawapan
Adrian membuatkan Arissa tersenyum meleret. Faham sangat dia apa maksud
suaminya itu. Sebelum ini pun Adrian memang suka tengok dia bergaya, asalkan
tidak melanggar syariat.
“I masuk
fitting room kejap. You tunggu kat sini.”
“Nak I
masuk sekali?” Adrian sudah tersenyum gatal.
Arissa
menjeling Adrian geram. Miangnya laki aku ni!
“Jomlah
kalau tak malu.” Arissa mencabar. Dia nak tengok Adrian berani buat atau tidak.
Adrian
pantas menggeleng. Mengekek-ngekek dia ketawa. Saja nak usik Arissa. Arissa ketawa
kecil. Tahu takut! Hatinya mengejek. Dia terus berlalu ke fitting room.
Sementara tunggu Arissa, Adrian bergerak ke bahagian pakaian lelaki. Dia baru
saja nak belek sehelai sweatshirt bila handphonenya berdering tiba-tiba. Nombor
yang tidak dikenali terpampang pada skrin sesentuh itu. Dahi Adrian berkerut.
Siapa pulak yang telefon ni?
“Hello.”
“Hai,
Ian. You kat mana? Kenapa sombong sangat dengan I tadi?” suara Krisya
kedengaran amat perlahan, tenggelam dek kebisingan lagu yang bergema di corong
speaker butik itu.
Adrian
terdiam. Krisya rupanya! Menyesal pula dia jawab panggilan itu.
“You
memang takkan berhenti ganggu I, kan?” ujar Adrian dengan suara yang
tertahan-tahan. Kalau tak fikir yang sekarang ini dia di kedai, pasti saja
Krisya ditengkingnya.
“I’m
sorry. I cuba untuk jauhkan diri tapi I tak boleh. I terlalu rindukan you.”
Adrian
senyum sinis. Cukup meluat mendengar perkataan yang meniti di bibir Krisya.
“I akan
cakap ini sekali saja. Get over it!”
Tanpa
memberi Krisya peluang untuk berkata-kata, Adrian segera memutuskan talian.
“Sayang,
cakap dengan siapa?”
Tersentak
Adrian dek teguran lembut itu. Perlahan dia menoleh. Arissa berdiri betul-betul
di belakangnya. Mati aku! Apa aku nak jawab ni? Patut ke aku berterus-terang?
“Tadi?
Aaaa.. salah nombor. You dah try baju ke belum?” teragak-agak Adrian menuturkan
kata. Dia memilih untuk berbohong kerana bimbang Arissa pula yang mengamuk
nanti.
“Dah. Tak
jadi nak beli. Baju tu buat I nampak gemuk. Jomlah pergi beli tiket wayang.”
Arissa menarik tangan Adrian keluar dari situ.
“PUAS
hati tak dapat makan bihun sup tadi?” tanya Arissa ketika dia menghantar Adrian
ke kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Esok Adrian ada kelas awal
pagi. Nak suruh duduk lama-lama, Arissa tak sampai hati. Takut esok Adrian
bangun lambat pula.
“Puas
sangat. Sedappp!! Pandai isteri I masak. Thank you, sayang. Lain kali sayang
masak macam tu lagi boleh?” pinta Adrian. Rezeki dia malam ni dapat makan
makanan kegemarannya. Untung dapat isteri pandai masak.
Arissa
mengangguk seraya tersenyum nipis. Alhamdulillah, tercapai hajat suami. Dari
hari tu lagi Adrian teringin nak makan bihun sup yang dia buat, jadi malam ni
dapatlah Arissa penuhi kehendak suaminya itu. Balik dari Mid Valley tadi, terus
Arissa buat apa yang perlu. Mujur cukup semua bahan.
“Tentulah
boleh. Nanti I nak cuba resepi lain pulak.”
“Sepatutnya
you masuk MasterChef je, sayang. Gerenti boleh jadi juara.”
“Silap
haribulan awal-awal dah tersingkir.”
Tawa
mereka berderai.
“Belum
cuba belum tahu.”
“Taknaklah.
I jadi MasterChef untuk suami I cukuplah,”
Adrian ketawa
lagi. Selang beberapa saat, ada mesej yang masuk ke telefonnya. Mesej dari
Yasmeen.
Ian,
thank you sangat-sangat sebab tolong I tadi. Oh ya, tolong beritahu kawan-kawan
lain kita ada kelas ganti petang Selasa nanti.
“Siapa
mesej tu?” tanya Arissa ingin tahu.
“Yasmeen.”
Yasmeen?
Yasmeen yang sekelas dengan dia ke? Arissa tertanya-tanya dalam hati.
“Dia nak
apa?”
“Dia
beritahu lusa petang ada kelas ganti. Lepas tu dia cakap terima kasih sebab
tolong dia tadi.”
“Yasmeen
yang mana satu eh? I tak berapa nak ingatlah dia.” Arissa cuba mengingati
semula wajah teman sekelas suaminya itu.
“Alaa..
yang rambut pendek macam Nad Zainal tu. Ingat?”
“Oooo..
ingat dah!” Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya. Terbayang-bayang wajah gadis
kecil molek itu. Orangnya boleh tahan cantik.
“Dia tahu
kita dah kahwin?” soal Arissa lagi.
“Tak.
Kenapa you tanya?”
Arissa
sekadar menggeleng. “Tak ada apa. Saja nak tahu. Takpelah, dah lewat ni. You
baliklah. Esok nak bangun pagi.”
“Peluk I
dulu.” pinta Adrian sambil menarik Arissa rapat dengannya. Sempat lagi nak
bermanja sebelum balik ke rumah sewa.
Arissa
senyum. Tubuh Adrian dipeluk kemas. Berat hatinya mahu berpisah dengan Adrian
walau hanya untuk sementara. Esok dah tentu jumpa dekat kampus lagi. Tapi tetap
rasa tak puas. Tetap nak dia selalu ada depan mata. Kronik sangat ke aku ni?
Agak-agak, orang lain mengada-ngada macam ni ke dengan suami dia? Suara hati
Arissa berbunyi.
“I miss
you already,” luah Arissa perlahan, seakan berbisik.
“Me too!
Insya-Allah esok kita jumpa lagi.” balas Adrian. Ubun-ubun Arissa dikucup
mesra.
Sebaik
pelukan dileraikan, Adrian terus masuk kereta.
“Drive
safely, sayang.”
“Ok,
sayang. Nanti dah sampai I call.”
Arissa
angguk. Sebaik Adrian pergi, dia terus masuk ke rumah. Dalam hati dia berdoa
agar suaminya dijauhkan dari segala musibah.
SEBAIK kelas tamat, Arissa terus ke
kafe. Dari tadi dia cuba contact Adrian, tapi Adrian langsung tak jawab. Dia
agak Adrian tak dengar mungkin sebab fonnya dalam mod senyap. Selalunya lepas
kelas Adrian akan lepak di kafe dengan kawan-kawan, sebab itulah Arissa
cepat-cepat ke sana.
Sampai di kafe, dia mencari-cari
kelibat Adrian, namun hampa. Adrian tidak ada di situ. Arissa sudah ingin
beredar apabila dia ternampak Shahrul, classmate Adrian yang sedang mencuci
tangan di sinki.
“Shahrul, nampak Ian tak?” soal Arissa
sebaik mendekatinya.
Shahrul menggeleng. Tangannya yang
masih basah dilap dengan tisu.
“Tadi kita orang makan sekali, tapi
lepas tu dia terus lesap.”
“Aduhh.. mana la dia ni? Aku call tak
jawab-jawab.” Arissa merungut. Sekali lagi dia cuba call Adrian. Tetap tak
berjawab. Sahlah Adrian tak sedar. Geramnya!
“Haaa.. baru ingat! Kalau tak salah aku
tadi dia ada cakap nak pergi library lepas lunch. Nak buat group assignment dengan
budak kelas kita orang. Kau trylah cari dia kat sana.”
Arissa sudah tersengih lebar. Langsung
tak terfikir nak cari Adrian di sana. Nasib baik Shahrul cakap.
“Ok, ok. Thanks!”
Tanpa berlengah, Arissa bergegas naik
ke tingkat lima. Nasib baik hari ni dia tak pakai baju kurung. Bolehlah langkah
anak tangga banyak-banyak. Kalau tak terhegeh-hegeh berjalan, takut tersadung
nanti malu!
Melalui pintu cermin perpustakaan,
Arissa terpandang susuk tubuh yang sangat dia kenal walau dari belakang. Kepala
Adrian terlentok di atas meja panjang berwarna merah itu. Tak bergerak sikit
pun. Tidurlah tu! Arissa menggeleng berkali-kali. Kata nak buat assignment,
tapi ini tidur pulak! Mentang-mentanglah library ni pasang air-cond, laju je
'pengsan'. Patutlah orang telefon tak jawab. Omelnya dalam hati. Melihatkan
Yasmeen juga ada di situ, Arissa jadi tertanya-tanya sendiri. Yasmeen
sekumpulan dengan Adrian ke? Kenapa mereka berdua je? Mana pergi yang lain?
Arissa sudah ingin masuk, namun
langkahnya terbantut bila dia lihat Yasmeen tiba-tiba bangkit dari kerusi dan
mendekati Adrian yang begitu nyenyak. Lama Arissa memerhati. Ternanti-nanti apa
yang hendak dilakukan Yasmeen. Sikit pun Yasmeen tak sedar tingkahnya
diperhatikan.
Berderau darah Arissa tatkala melihat
Yasmeen tiba-tiba membuka sweater di badannya, lalu diletak atas belakang
Adrian. Yasmeen tidak berganjak dari tempat dia berdiri, merenung Adrian yang
masih lena. Arissa sudah bengang. Dia merasakan seolah-olah Yasmeen sengaja
menggunakan kesempatan itu untuk menatap wajah Adrian sepuasnya. Arissa terasa
wajahnya membahang. Dia menggenggam penumbuknya kemas. Kalau Yasmeen ada dekat
dia, dah lama perempuan itu makan penumbuk.
Entah kenapa hatinya terasa sakit
melihat kelakuan Yasmeen yang dirasakan agak melampau dan berani. Ada hati
menggatal dengan suami aku! Arissa menggerutu dalam hati. Niat di hati ingin
berjumpa Adrian terpaksa dibatalkan. Arissa pantas berlalu pergi. Apa yang
dilihatnya sebentar tadi benar-benar menganggu emosinya.