“SAYANG, assignment you
dah siap, kan? Malam ni kita keluar, nak?” luah Arissa. Sudah lama tak dating
dengan suami tersayang dek kerana terlalu sibuk dengan tugasan yang diberi.
Tapi semalam Adrian kata semuanya sudah beres.
Adrian melepaskan keluhan
kecil. “Maaf, sayang tapi I tak boleh pergi mana-mana. I kena buat balik
assignment tu,”
“Buat balik? Maksud you?”
“Yasmeen cakap kerja yang
dia dah save tu hilang, itu yang I tengah geram sangat ni!” gerutu Adrian
bengang. Sakit kepalanya fikir macam mana nak berdepan dengan Sir Yaakob nanti.
Apa alasan yang patut diberikan? Dibuatnya pensyarah muda itu tak kasi muka,
haru-birulah jawabnya!
“Hah?! Macam mana boleh
hilang? Yasmeen terpadam?”
“Entahlah, I pun pelik
macam mana file tu boleh lesap macam tu je.”
“Lain kali back uplah,
baru selamat.”
“Awal-awal I dah suruh
tapi tak adanya dia nak dengar cakap orang, main ikut kepala dia je. Degil!
Sakit hati I tengok muka selamba dia, macam tak ada apa yang jadi.” luah Adrian
lagi. Terbayang-bayang reaksi Yasmeen sewaktu di dalam kelas tadi. Relaks dan
bersahaja. Sikit pun tak nampak risau. Dia suka ke jadi macam ni?
“Sabar, sayang. Benda dah
nak jadi nak buat macam mana?” lembut tangan Arissa mengusap-usap bahu suaminya
tapi tak lama. Takut ada yang ternampak pulak nanti.
Adrian menyilang tangan ke
badan. Kalau ikutkan hati mahu saja dia sekeh kepala Yasmeen tu, tapi tak
adillah nak salahkan dia. Lainlah kalau dia sengaja.
“I dah cukup sabar dah ni,
kalau tak si Yasmeen tu dah lama kena maki. Sudahlah tugasan tu nak kena hantar
esok. Stressed betul!” marah Adrian masih bersisa. Sesiapa saja yang
mengalaminya pasti faham apa yang dia rasa. Siang malam perah otak menghadap
assignment tu. Ada masanya sampai tak cukup tidur nak siapkan kerja, alih-alih
lesap entah ke mana.
“Lepas ni you jumpalah Sir
Yaakob, terangkan apa sebenarnya yang jadi. I yakin dia akan faham. Minta dia
bagi masa untuk korang buat semula.”
“Memang I kena pergi jumpa
dia. I harap dia tak kisah, kalau tidak habislah kita orang.”
SUDAH hampir sejam Arissa
menghabiskan masanya di kafe tanpa ditemani sesiapa. Deena dan Sofea sudah
pulang sebaik kelas tamat. Milo ais disedut suku gelas dengan mata yang
merenung jauh ke luar kafe. Entah apa yang dia tengok dia sendiri pun tak
pasti. Kepala ingat benda lain sejak dari tadi. Arissa bersandar malas ke
kerusi. Satu keluhan berat dilepaskan. Fikirannya benar-benar kusut. Bertambah
kusut tatkala teringatkan perbualan dia dengan Deena sewaktu di dalam kelas
tadi. Masih terngiang-ngiang komen Deena setelah dia menceritakan apa yang
terjadi kepada suaminya.
“Kau sure ke assignment
dia orang hilang?”
Arissa mengerut dahi. “Apa
maksud kau? Dah Ian cakap macam tu maknanya yalah tu. Takkan Ian nak tipu.”
“Aku tak kata Ian tipu,
tapi si Yasmeen tu! Dia tu boleh dipercayai ke? If you know what I mean.” Deena
tersenyum sinis. Bukan niatnya hendak brainwash Arissa, cuma dia tak mahu
Arissa percayakan si Yasmeen bulat-bulat. Semenjak dia tahu Yasmeen sukakan
Adrian, membuatkan dia rasa meluat dan menyampah dengan gadis itu.
“Tolong jangan kata kau
rasa dia sengaja hilangkan assignment tu.”
“Kalau aku kata ya, macam
mana?”
“Apa motif dia buat macam
tu?”
Deena menepuk dahi. Boleh
tahan lampi juga kawan aku ni. Sabar ajelah! Lampi tu apa? Lampi tu maksudnya
lambat pick up! Hehehe!
“Ish, kau ni!! Aku
mati-mati ingat kau dah boleh baca fikiran aku. Motif dia dah tentulah nak cari
peluang untuk dekat dengan suami kau lagi. Itu saja caranya yang dia boleh guna
untuk lebih kerap jumpa Adrian. Faham?”
Dan itulah yang
merunsingkan Arissa. Masuk akal juga apa yang dikatakan oleh Deena tu. Orang
macam Yasmeen tu jenis psiko, samalah macam Krisya. Dua-dua sama. Orang macam
mereka tu jenis yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan diri. Kalau
Krisya dengan Yasmeen ni kawan, gerenti boleh jadi BFF sebab mereka sekepala!
“Hai, Arissa. Ian mana?”
Suara itu melenyapkan
lamunan panjang Arissa. Arissa mendongak. Matanya tertumpu ke arah wajah yang
menegur. Yasmeen berdiri di depannya dengan senyuman nipis di bibir. Huh!
Panjang umur dia!
“Hah? Ian? Dia.. balik
kut?” balas Arissa teragak-agak seakan tidak pasti.
“Kut? Suami sendiri pun
you main kut-kut?” kening Yasmeen terjungkit. Isteri jenis apa perempuan ni
sampaikan langsung tak ambil tahu pasal suami? Macam manalah Adrian boleh
tersangkut dekat minah ni? Semenjak dia dapat tahu yang Arissa dan Ian sudah
bernikah, dia rasa kecewa yang amat sangat. Peluang untuk dia memiliki Adrian
sudah tertutup.
“I tak pasti sebab I belum
contact dia lagi. Dia pun tak ada mesej apa-apa. Kenapa?” Arissa tak puas hati
mengapa Yasmeen beriya benar tanya pasal Adrian. Hatinya terasa kurang enak.
Lama matanya merenung wajah Yasmeen yang masih berdiri. Langsung tak pelawa
duduk. Biarkan. Dia tak ingin nak duduk semeja dengan Yasmeen.
“I ada hal nak kena
bincang dengan dia,”
“Pasal assignment you yang
hilang tu?”
“A’ah. Macam mana you
tahu? Ian cakap?”
Arissa angguk dengan
pandangan yang dihalakan ke lain.
“Benda tu hilang atau
sengaja dihilangkan?” Arissa mengajukan soalan yang berbaur sindiran.
“Excuse me? I tak faham
maksud you.”
Berkerut dahi Yasmeen
tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Arissa.
“You sengaja padam
assignment tu?” Arissa mempamerkan riak serius. Dia sudah tidak peduli jika
soalannya itu mengundang kemarahan Yasmeen. Yang dia mahu hanyalah kepastian.
“Apa hal pulak I nak kena
buat macam tu?! Benda penting macam tu I nak delete? Memang taklah!” nada
Yasmeen meninggi secara tiba-tiba. Berubah air mukanya tatkala diajukan soalan
sebegitu.
Reaksi Yasmeen membuatkan
Arissa berasa hairan. Kenapa perlu naik angin tiba-tiba kalau betul dia tak
buat? Ini melenting tak tentu pasal, memang sahlah ada yang tak kena.
“Relakslah! I cuma tanya
je, tak perlu marah-marah.”
“Siapa yang tak bengang
kalau tiba-tiba kena tuduh macam tu?!” mencerlang mata Yasmeen memandang
Arissa.
“Itu cuma andaian I saja.
Maaf kalau I salah.” ujar Arissa dengan riak selamba. Milo ais disedut sampai
habis tanpa mempedulikan Yasmeen yang sudah merah padam wajahnya.
Tegang wajah Yasmeen.
Langsung tidak menunjukkan tanda yang dia akan beredar pergi. Dia menyilangkan
tangan ke badan. Wajah Arissa direnung tajam. Jelas dia tak puas hati dengan
gadis itu.
“Well, guess what? Andaian
you tu tepat sekali. Tak ada sikit pun yang salah. Memang I sengaja padam, jadi
bolehlah I luangkan masa dengan Ian selalu.” akhirnya Yasmeen mengaku. Ya,
memang itulah agendanya. Bila dia diletakkan satu kumpulan dengan Adrian oleh
Sir Yaakob, dialah manusia yang paling teruja dan gembira. Siapa yang tak suka
bila dapat bekerjasama dengan insan yang sudah lama diminati? Itulah peluangnya.
Dia nak Adrian selalu ada di depan mata.
Arissa tersenyum sinis.
“Tapi kenapa mesti Ian? You tahu dia suami I.”
“Sebab I sukakan dia. So?”
Yasmeen semakin berani. Apa yang ada dalam hatinya, terluah juga dengan niat
hanya ingin membakar hati Arissa.
Arissa cuma diam walau
dalam hatinya Allah saja yang tahu. Mendidih hatinya mendengar pengakuan jujur
Yasmeen tetapi dia masih boleh berlagak tenang. Jadi memang betullah apa yang
diandaikan oleh Deena. Semua yang terjadi sudah dirancang. Yasmeen dengan
Krisya dua kali lima saja. Licik!
Yasmeen sedikit hairan
bila dilihatnya Arissa tampak bersahaja seolah-olah apa yang diluahkannya tadi
tidak sedikit pun meninggalkan kesan. Pelik. Kenapa Arissa selamba sangat bila
tahu aku sukakan suami dia? Dia tak marah? Tak cemburu? Kalau perempuan lain
mesti dah mengamuk macam orang gila. Yasmeen menggerutu dalam hati.
“Baguslah you dah tahu
niat I. Tak perlu I berselindung lagi. Kalau you nak beritahu Ian pun tak apa,
tapi I tak rasa dia akan percayakan you.” sambung Yasmeen.
“I isteri dia. Dah tentu
dia percaya.” tutur Arissa penuh yakin.
“We’ll see. Good luck!”
balas Yasmeen dengan nada yang agak menjengkelkan sebelum berlalu pergi.
Arissa mengetap bibir. Yasmeen
yang sudah melangkah jauh dijeling tajam. Baru dia tahu macam mana perangai
Yasmeen yang sebenar. Perempuan itu sudah mula menunjukkan belang. Fine. Aku
akan pastikan hal ini akan sampai ke pengetahuan Ian dan Sir Yaakob. Masa tu
baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.
“YOU tak payah pergi buat
assignment dengan perempuan tu.” luah Arissa serius sambil berdiri berpeluk
tubuh, menghadap ke tasik. Sebaik Adrian habis kelas, terus diajak Adrian
berjumpa di Taman Tasik Shah Alam.
“Apa dia, sayang? Ulang
sekali lagi?” mata Adrian sedikit terbeliak seraya meluru ke arah Arissa yang
berdiri membelakanginya. Sungguh dia terkejut mendengar permintaan Arissa yang
di luar jangkaan. Isteri aku ni kenapa pelik sangat hari ni? Mintak yang
bukan-bukan je. Ke aku yang salah dengar?
“I kata you tak payah
pergi buat assignment dengan Yasmeen. Dengar tak?”
Adrian menggaru-garu
kepala yang tak gatal. “Tapi kenapa?”
“Jangan tanya kenapa.
Dengar cakap I. You jangan pergi jumpa dia. Titik.” Tegas Arissa sekali gus
mematikan ayat.
“Kalau I tak pergi, macam
mana kerja nak siap? Kalau tak nanti kena marah pulak. Sir Yaakob dah tolerate
dengan kami ni pun cukup baik dah.”
Arissa mengeluh kecil.
Agak susah juga dia mahu menceritakan hal yang sebenar pada Adrian tetapi
suaminya berhak tahu. Dan dia sedar keputusan yang diambil ini sangat
tinggi risikonya. Sudah tentu Adrianlah yang teruk menanggung. Tapi bila
difikirkan balik, takkan jadi apa-apa masalah kalau Sir Yaakob tahu perkara
yang sebenar. Silap haribulan, Yasmeenlah yang kena. Baru padan muka dia!
“Perempuan tu sengaja
padam assignment tu!” akhirnya Arissa membuka mulut.
“Hah?! Sengaja padam?
Maksud you?” sekali lagi Adrian terkejut besar. Matanya yang bulat terbuntang
luas.
“Dia dah mengaku semuanya
dekat I. Dia sengaja hilangkan sebab dia nak selalu dekat dengan you!”
Adrian bungkam seketika.
Masih terkejut dan tidak percaya.
“Jadi memang betullah apa
yang Yasmeen cakap tadi. I ingat dia reka cerita.”
“Dia mengadu dekat you?!
Dia cakap apa?” kesabaran Arissa kian menipis. Sudahlah dia kacau suami aku,
pandai pulak nak mengadu! Betina miang! Macam takde jantan lain kau nak kacau!
“Dia kata you tuduh dia
yang bukan-bukan. Yasmeen cakap dia mengaku pun sebab cuma nak test you tapi
sebenarnya dia saja nak bergurau, nak tengok apa reaksi you. Assignment tu betul-betul
hilang, bukan dia sengaja padam.” cerita Adrian. Mulanya tadi bila Yasmeen
mengadu pasal ni, dia tak percaya kerana sangkanya Yasmeen sengaja nak
memburukkan Arissa. Sekarang dia tak tahu cakap siapa yang nak didengar.
Yasmeen atau Arissa? Aduh! Pening kepala dibuatnya!
Arissa melopong. Sungguh
dia tidak menyangka Yasmeen akan bertindak sedemikian. Patutlah kalau Adrian
langsung tak percayakan dia.
“Bergurau kepala hotak
dia! Dari cara dia bercakap I tahu dia serius! Dia sengaja putar belit cerita!
You tak tahu dia siap mengaku yang dia sukakan you!”
Sekali lagi Adrian
membisu, tidak memberikan sebarang respons pun. Arissa yakin yang suaminya
masih juga tak percayakan dia. Bertambah tertekan Arissa dibuatnya. Macam mana
dia nak tewaskan Yasmeen kalau Adrian sendiri pun tak berpihak kepadanya?
“Ian, tolonglah percayakan
I. Perempuan tu tak ada bezanya dengan Krisya! Dua-dua psiko! Ada baiknya you
jumpa Sir Yaakob, beritahu apa sebenarnya yang terjadi. Biar dia ambil
tindakan.”
Adrian ambil masa untuk
berfikir sejenak mengenai cadangan Arissa.
“Okeylah, katakanlah I
beritahu Sir Yaakob, apa bukti I? Kalau Yasmeen tak mengaku macam mana?”
Saat ini Arissa cuma diam.
Kata-kata Adrian ada betulnya juga. Kalau Yasmeen tak mengaku dan Sir Yaakob
percayakan dia, habislah! Perempuan tu bukannya boleh dipercayai pun. Orang
macam dia tu penuh dengan tipu helah. Pandai berlakon pulak tu. Silap-silap,
Sir Yaakob sendiri boleh terpedaya dengan dia.
“I rasa you ni paranoid
sangatlah, sayang. Ikutkan sangat rasa cemburu tu. Takkanlah dia sanggup nak
delete benda sepenting itu hanya disebabkan I? Yasmeen tu memang suka menyakat
orang. I kan sekelas dengan dia, I tahu sangatlah. You tak tengok dia punya
menggelabah bila assignment hilang. Sebab itulah I tak rasa dia sengaja buat
hal.”
Sakit hati Arissa
mendengar ayat yang keluar dari bibir Adrian. Kenapa dengan suami aku ni?
Kenapa beriya sangat nak backing betina gedik tu? Jangan-jangan Yasmeen dah
mandrem dia tak? Ish! Apa yang aku merepek ni? Minta dijauhkan benda-benda
macam tu.
“Jadi you lagi percayakan
classmate you dari isteri you sendiri?”
Adrian menunduk. Tidak ada
jawapan untuk pertanyaan itu. Kebisuannya membuatkan Arissa sedikit
tersinggung. Sangkanya Adrian akan mempercayainya, rupa-rupanya tidak.
Terbayang-bayang Yasmeen tersenyum mengejek ke arahnya. Arissa ketap bibir.
Seronoklah betina tu kalau tahu yang Adrian back up dia dan tak percayakan aku.
“Jangan-jangan you pun ada
hati dekat Yasmeen, sebab tulah you nafikan semuanya. You takut tak berpeluang
untuk dekat dengan dia lagi, betul tak?” tebak Arissa penuh beremosi. Kalau dia
salah, kenapa Adrian tak jawab masa dia tanya tadi? Nampak sangatlah memang
Adrian lebih percayakan si gedik tu dari dia. Dan itulah yang paling
menyakitkan.
“Astaghfirullah hal azim.
Sayang, sayang. You sedar tak apa yang you cakapkan ni? Cuba bawak mengucap,
ingat Allah. Jangan terlalu ikutkan emosi.” balas Adrian. Sebenarnya dia
sendiri dah bingung. Kalau betullah Yasmeen buat macam apa yang Arissa kata,
dia sendiri yang akan heret Yasmeen bersemuka dengan Sir Yaakob. Namun dalam
masa yang sama dia bimbang Arissa sudah tersilap langkah. Dia tahu Arissa
terlalu marah dan sakit hati dengan Yasmeen sampaikan langsung tak boleh
berfikir dengan baik.
“Fine. I takkan cakap
apa-apa lagi. Dah jelas yang you tetap takkan percayakan I. You pergilah dekat
Yasmeen, buatlah apa saja yang you nak. Kalau itu yang membahagiakan you, I
takkan halang.” ujar Arissa dengan nada lirih. Tak semena-mena dadanya terasa
sebak. Tanpa sedar, air mata sudah bergenang di kelopak mata. Sungguh dia
kecewa dengan Adrian.
Melihat manik-manik jernih
yang mengalir di pipi Arissa membuatkan Adrian terkedu. Dia sudah dihimpit rasa bersalah. Bukan niat dia ingin
melukai hati Arissa, jauh sekali membuat dia menitiskan air mata. Arissa sudah
ingin beredar namun tangannya tiba-tiba saja ditarik Adrian yang cuba
menghalangnya pergi. Arissa merentap tangannya kasar. Esak tangisnya kian
kedengaran, menandakan hatinya sudah hancur luluh. Tanpa memandang Adrian, dia
terus berlari anak ke kereta. Saat ini dia cuma mahu pergi secepat mungkin,
tidak mahu dekat dengan Adrian lagi.
________________________________________
sorry sebab lama sangat pending TMD ni. saya sibuk fokus pada OhMyExHusband sekarang ni. yup, manuskrip tu dah berapa kali kena edit, sebab tulah makan masa nak siap. Sebenarnya saya terpaksa ubah sedikit jalan ceritanya supaya tidak terlalu kliche dan bosan. Doakan saya berjaya. Harapnya publisher yg saya nak hantar nanti berkenanlah dgn cerita saya ni. Insya-Allah. Amin! Oh ya, tinggal lagi beberapa bab utk TMD. No worries, lepas TMD saya akan sambung STILL MARRIED pulak. Dan kalau manuskrip saya ni diterima, saya akan update. Saya kena post balik bab-bab yang saya dah ubah semula, sebab dah tak sama dengan yang dulu. thank u sebab masih sabar dengan saya walaupun selalu lambat update blog. Jangan risau, walaupun saya sibuk sy tetap akan update cerita kat sini. Maaf sangat-sangat ya? Thank u all. Hugs and kisses! :)
p/s : jgn lupa tinggalkan komen. thank u.