Saturday 14 December 2013

Oh My Ex-Husband! 10



Seperti yang dijanjikan, hujung minggu itu aku menemani Bella ke Pavilion. Katanya ada benda yang nak dicari. Masuk tengahari, kami bergegas menuju ke The Loaf untuk mengisi perut. Bella ni teringin sangat nak makan pasta. Aku ikutkan sajalah. Lagipun pasta kat sini sememangnya melazatkan dan boleh buat aku jadi kecur air liur! Irresistible!

“ Adam buat macam tu? Biar betul…?!” mata Bella membulat. Tak percaya dengan apa yang aku cerita padanya kejap tadi. Sudu dan garfu diletak ke pinggan. Sepinggan pasta sudah selamat masuk ke perutnya. Bella tersandar kekenyangan di kerusi.

“ Betullah ni… Takkan aku nak buat cerita pulak? Sekarang ni aku dah pening kepala dengan mamat tu. Dia buat macam tu seolah – olah dia nak control aku pulak..” luah aku dengan wajah cemberut. Benci bila mengenangkan hal itu. Sampai sekarang rasa macam nak sangat tanya Adam kenapa dia jadi macam tu. Dahlah jarang dapat jumpa. Bila jumpa, sengaja nak sakitkan hati aku pulak. Ada kalanya aku rasa Adam tak lagi sama seperti dulu. Tetapi taklah aku pasti apa puncanya dia jadi begitu.

“ Pelik ni.. Pelik tapi benar. Aku ingatkan dia tu bukannya jenis busy body…..”

“ Memanglah… Dulu dia okey. Tapi manusiakan bila – bila masa je boleh berubah. Tengok macam sekarang nilah.. Tiba – tiba je jadi macam tu. Sakit hati jugaklah dengan dia!!” ujar aku penuh geram. 

Bella menopang dagu di meja. Seketika, dia membisu. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Aku terus capai air jus buah di tepi pinggan lantas menyedutnya sedikit.

“ Jangan – jangan… Dia masih cintakan kau tak?” luah Bella akhirnya.

Nyaris saja jus epal yang aku minum tersembur ke muka Bella. Sumpah aku terkejut mendengar statement berani mati dari Nur Nabila. Tersedak aku dibuatnya!

“ Apa benda yang kau merepek ni, Bell?!” tanya aku yang sudah terbatuk – batuk kecil.

Bella pantas menepuk – nepuk belakang aku perlahan. Pasti dia sudah rasa bersalah kerana meluahkan sesuatu yang tak sepatutnya diluahkan.

“ Merepek tak merepek! Mamat tukan pernah sukakan kau dulu…”

Aku menggeleng laju. Menafikan spekulasi yang dibuat oleh sahabat baikku ini. Adam Khalid masih sukakan aku? Suka hati dia aje buat andaian sendiri! Tak mungkinlah macam tu!

“ Sah!! Memang sah! Aku rasa dia masih ada hati dengan kau sebab tu dia buat macam tu. Dia jealous kau keluar dengan lelaki lain..! Pulak tu balik lambat.. Lagilah dia bengang! Sah..! Memang tak syak lagi Rene oi!! Adam Khalid masih cintakan kau!” Dengan penuh yakinnya Bella meluahkan andaiannya.

“ Heshh!! Itu cerita lamalah! Dulu je dia nakkan aku.. Lepas tu bila tahu aku dengan Harith, terus dia undur diri! Tak mungkinlah dia masih cintakan aku…!” sangkal aku. 

“ Alaaa… Gerak hati aku ni selalunya tepat tau! Aku dapat rasa yang abang sepupu kau tu masih ada perasaan pada kau, Rene. Kau je yang tak tahu…”

Mungkinkah? Mungkinkah benar apa yang dikatakan oleh Bella? Benarkah lelaki itu masih cintakan adik sepupunya ini? Kalau difikirkan semula, ada logiknya. Kalau Adam tak cintakan aku, dia takkan berkelakuan pelik macam itu. Dia takkan peduli pun dengan siapa aku nak keluar. Kalau risaukan aku pun, takkan sampai tahap nak mengongkong aku punya! Tapi memang pelik sungguh cara dia bagi amaran malam tu. Seolah – olah aku ini dia yang punya!

“ Ish… Peninglah kepala aku macam ni. Kalau betullah apa yang kau cakap tu Bella, mampus aku. Adam, Amir, Harith.. Tiga orang ni masing – masing ada kerenah sendiri! Matilah aku nak kena handle tiga kepala dalam satu masa! Mampus!”

“ Kalau Harith tu tak payah ceritalah.. Aku dah tahu dah dia macam mana. Yang aku peliknya kenapa nama si Amir pun masuk sekali?”

Lupa pula aku. Bella tak tahu pun yang si Amir tu nak ajak aku bertunang. Sebelum ni kalau apa – apa, Bella orang pertama yang tahu. Tapi dek kerana sibuk dengan kerja, aku sampai terlupa nak cerita apa – apa pada Bella.

“ Itulah dia.. Hari tu dia tiba – tiba ungkit pasal tunang. Nyaris aku nak kena sakit jantung kau tahu tak?”

“ Amir ajak kau tunang?! Serius?!” reaksi yang sama dari Bella sewaktu aku ceritakan tentang Adam. Terkejut, terperanjat dan yang seangkatan dengannya.

Hanya anggukan kecil aku berikan sebagai jawapan kepada pertanyaan gadis manis yang memakai selendang tiga ton di hadapanku ini. Aku jadi pelik bila Bella tiba – tiba saja tersengih macam kerang busuk.

“ Haii… Orang hotlah katakan! Dah tentunya jadi rebutan jejaka!”

Aku menjuih bibir. “ Hotlah sangat! Hati aku ni yang hot sebab tiga – tiga tu semuanya suka buat aku sakit kepala. Kadang – kadang aku rasa ada baiknya aku keluar terus dari Malaysia ni. Biar semua tak boleh kacau aku lagi. Habis cerita!”

Bella ketawa. Memang betul itu yang aku rasakan sekarang. Rasa macam nak larikan diri sampai ke hujung dunia. Jauh dari masalah, jauh dari semua orang. Tapi, Rene.. Sampai bila nak lari dari masalah? Lambat – laun kau kena juga hadapinya dan selesaikannya sendiri!

________________________________________

Sudah hampir 20 minit menanti, namun masih tak ada satu pun teksi yang berhenti. Aku sudah lelah menunggu, menunggu dan menunggu. Tapi nak tahan satu teksi pun payah! Sabarlah Rene. Ini dugaan kecil saja untuk kau. Allah nak kau rasa macam mana payahnya orang yang tak ada pengangkutan sendiri, terpaksa hadap semua ni setiap hari. Kau tu, road tax saja yang mati. Lepas ni boleh drive balik! Suara hati aku bersuara. Yang aku pun satu. Macam manalah boleh tak perasan hari ni tarikh mati road tax kereta kesayangan aku tu? Nasib baik papa perasan. Kalau tak, memang nayalah! Sudahlah JPJ sekarang ada di mana – mana. Tak kira tempat dan masa!

Alangkah terkejutnya aku bila Harith tiba – tiba muncul di sini. Keretanya diparkir di tepi jalan. Entah bila masa dia datang, aku tak perasan.

“ Rene.. Kenapa duduk sini? Mana kereta Rene?” tanya Harith berkerut dahi.

“ Hari ni malas nak drive.. Rene tumpang kawan.. So sekarang ni Rene balik sendiri..” bohong aku. Tak perlu beritahu pasal road tax mati. Takut nanti Harith ketawakan aku pula. Takut dia kata aku nyanyuk!

Harith duduk di sebelah aku di bangku batu itu. Aku mengengsot ke tepi sedikit. Tidak mahu terlalu dekat dengan dia. Aku menghalakan pandang ke jalan raya. Tengok kiri, tengok kanan. Hampeh! Teksi langsung tak ada! Mana ni? Hari ni hari cuti teksi sedunia ke?

“ Tunggu cab lagi? Dah berapa kali abang cakap jangan naik cab sorang – sorang? Bahaya. Dahlah.. Jom abang hantarkan..”

Hah? Dia nak hantarkan?! Oh please! Tak semudah tu aku akan ikut naik kereta dia! Taknak! Alasan apa yang patut aku guna supaya aku tak perlu balik dengan dia? Saat ini idea bernas sudah mari. Lantas bibir mengukir senyuman jahat. Harapnya menjadilah idea aku ni!

“ Taklah. Rene tunggu Amir datang ambil.. Dia dah janji nak ambil Rene tadi..” selamba saja aku tipu Harith. Ye ye aje dah janji dengan Amir! Walhal mamat tu tak tahu apa – apa pun! Langsung tak contact Amir hari ni.

“ Amir lagi…” gumam Harith. Terselit nada cemburu di situ.

“ Apa dia?” aku sengaja minta Harith ulang semula. Walhal sudah cukup jelas di telinga aku tadi! Dah tahu apa yang Harith fikir. Mesti dia tak suka asyik nama Amir saja yang meniti di bibir ini. Sikit – sikit Amir! Amir itu, Amir ini!

“ Eh.. Aaa.. Takde apa – apa.. Pukul berapa Amir janji nak ambil Rene? Dah lewat ni.. Jomlah abang hantarkan..”

Aduh! Apa yang susah sangat si Harith ni nak faham? Berapa kali aku nak kena ulang benda yang sama?

“ Kan Rene cakap Amir yang..”

“ Takpe.. Boleh call dia dan beritahu dia abang yang akan hantar Rene, kan?” Harith memotong percakapanku.

Aku geleng. Sumpah! Mati hidup balik pun aku takkan naik kereta mahal dia tu! Hanya berdua dengan dia pulak tu! Taknak!

Thanks but no thanks.. Rene tetap akan tunggu Amir kat sini. Muktamad.” Aku berkeras tidak mahu menerima pelawaannya itu. Terus matikan ayat tanpa memandangnya lagi. 

Lelaki itu mengeluh kecil. “ Fine. As you wish.” 

Harith sudah bangkit dan terus beredar ke keretanya. Tak sampai 10 saat, dia hilang dari pandangan. Bagus! Aman dunia! Tak payahlah menyusahkan si HD tu. Lagipun aku tak mahu terhutang budi dengan dia! Aku tebalkan kesabaran untuk terus menunggu bas atau teksi di sini. Sedar tak sedar sudah lebih setengah jam aku menunggu. Tiba – tiba, handphone aku berbunyi. Harith call.

“ Hmm…” itu saja yang terungkap di bibir. Malas nak cakap banyak.

“ Amir dah datang dah? Dah sampai rumah?” tanya Harith. Sangat prihatin!

Ah sudah! Mampus aku! Nak cakap apa ni? Buatnya kantoi aku menipu macam mana? Berkerut dahi aku memikirkan jawapan untuk soalan Harith tadi.

Not yet. Amir baru je call tadi dia cakap dia stuck dalam jam.

“ Tulah.. Kalau balik dengan abang tadi kan senang.. Dari tadi mesti Rene dah sampai rumah.. Tapi ni tak.. Nak juga tunggu kekasih hati dia tu…..” 

“ Tak payah bebelkan Rene. Rene dah besar. Assalamualaikum.” Ujar aku lalu memutuskan talian. Aku memang ego dan sombong. Orang nak tolong hantar aku pula yang jual mahal. Sekarang ni siapa nak jawab kalau langsung tak ada cab atau bas yang berhenti? Pukul berapa baru aku boleh sampai rumah agaknya? Tulah! Lain kali jangan ego sangat Rene! Kelak memakan diri!

Beberapa saat selepas itulah datang sebuah kereta BMW Z4 yang berhenti betul – betul di depan bus stop. Aku terpana sebentar. Macam kenal kereta ni. Inikan kereta Harith? Aku lihat lelaki itu sudah keluar dari keretanya. Terus meluru ke arah aku yang masih ada rasa terkejut dengan kemunculannya di sini. Apa mamat ni buat kat sini lagi? Bukan ke dia dah balik tadi?

What are you doing here?” aku merenungnya pelik.

“ Abang nak hantar Rene balik. Jom.” Balas Harith senada. Selamba mukanya.

“ Tapi… Rene.. Tunggu Amir..” ujar aku lambat – lambat.

“ Sudah – sudahlah tu, Rene. Rene ingat abang bodoh? Sebenarnya dah lama abang tunggu, dari jauh abang perhatikan Rene. Mana Amir? Mana dia yang kata janji nak hantar Rene balik? Dah dekat sejam dah.. Amir stuck dalam jam atau Rene yang sengaja nak tipu abang?”

Aku kehilangan kata – kata! Rupa – rupanya Harith tak balik pun tadi!! Nampaknya sudah tidak ada apa yang boleh aku buat. Semuanya dah kantoi! Mesti Harith bengang sebab aku tipu dia!

“ Abang tahu Rene tak mahu, but I have no choice. Abang takkan biar Rene sorang – sorang kat sini. Bahaya.” Tegas Harith. 

“ Tapi… Rene….” Lidah aku jadi kelu.

“ Tak ada tapi – tapi lagi. Kali ni Rene kena dengar cakap abang.” Tutur Harith seraya mengambil handbag aku dan terus melangkah ke keretanya tanpa berpaling lagi.

Aku ketap bibir. Nampaknya dia lebih licik dari aku! Sudahnya aku juga yang kalah! Fine!! Nak sangat hantar aku balik, kan?! Okey takpe!! Aku janji.. This will be the first and last. Lepas ni aku takkan bagi muka lagi! Noktah!

________________________________________

Masa dalam kereta, aku tak bercakap langsung. Harith saja yang tak henti berceloteh dari tadi. Mungkin sekarang ini dia rasa macam duduk sebelah anak patung tak bernyawa. Rene Hananni membungkam sepanjang jalan. Kalau bercakap pun, yang penting aje. Sepatah Harith tanya, sepatahlah aku jawab.

Harith membrekkan kereta sebaik lampu isyarat bertukar merah. Tangan kirinya yang tadi duduk di gear, beralih ke stereng. Waktu itulah baru aku perasan cincin platinum yang tersarung di jari manis kiri Harith. Itulah cincin yang aku sarungkan ke jarinya di majlis akad nikah kami. Tak sangka, sehingga ke saat ini dia masih memakai cincin itu. Cincin yang menjadi simbol cinta kami berdua.



 

“ Rene tengok apa?” soalan Harith mematikan lamunanku. 

Aku tersentak. Harith mengerut dahi. Dia pandang aku, kemudian dia pandang tangannya sendiri. Harith perasan aku tengok tangan dia dari tadi.

“ Cincin tu…. Abang…. Masih pakai….?” Tanya aku sepatah – sepatah dengan mata yang masih lagi dihalakan pada cincin itu. Kenapa dia pakai lagi sedangkan kami sudah lama bercerai. Aku pun dah simpan cincin aku dalam laci. Langsung tak pakai dah. Tapi lain pula halnya dengan bekas suamiku ini.

Harith senyum hambar. Perlahan dia melepaskan stereng, lalu cincin itu direnung lama.

“ Sayang nak tanggalkan….” Jawab Harith lembut. “ Lagipun setiap kali abang pakai cincin ni, abang rasa macam Rene dekat sangat dengan abang…” sambung Harith sebaik dia memandang aku semula. 

“ Tapi… Kita kan dah…..” kata – kata aku tergantung di situ.

“ Bercerai? Kenapa? Kalau dah bercerai tak boleh pakailah cincin kahwin? Macam tu ke?” sela Harith. Sudah dapat mengagak apa yang hendak aku ujarkan.

Aku kaku sejenak. Angguk tidak, geleng pun tidak. Lidah juga sudah kelu untuk meneruskan bicara.

“ Abang bukan macam orang tu….. Jangankan cincin, gelang yang abang bagi tu pun langsung tak nampak – nampak dah. Dah masuk tong sampahlah agaknya tu…” Harith tidak lagi melihat aku ketika ini. Pandangannya dilontarkan ke luar kereta.

Aku kehilangan kata – kata. Sangat jelas di mata aku di wajahnya sekarang yang ada cumalah riak hampa dan pilu. 

“ Gelang tu masih ada. Rene tak buang pun.” Aku pantas menjelaskan. Tak mahu Harith fikir yang bukan – bukan. Takkanlah tergamak aku nak buang benda mahal macam tu?

“ Takpe… Abang faham… Rene dah tak sudi pakai… Takkan abang nak paksa…” intonasi Harith berubah sayu. Macam merajuk bunyinya. 

Kereta terus bergerak laju sebaik lampu hijau menyala. Aku pandang saja Harith. Tidak ada lagi senyuman di bibirnya. Ini serius punya merajuk atau sebenarnya dia marahkan aku?
________________________________________
Thanks, abang.. Sebab hantarkan Rene..” ucap aku seraya membuka tali pinggang keledar. Alhamdulillah sudah selamat sampai ke rumah.

Harith cuma mengangguk. Dari tadi lagi dia langsung tak bercakap. Tadi bukan main banyak sangat mulut dia. Tapi sekarang dah jadi orang bisu ke? Ini mesti dia merajuk pasal cincin dengan gelang tu. Itu pun nak sentap. Sejak bila Harith Daniel ni jadi sensitif yang amat? Dah berjangkit dengan Amirullah ke apa?

“ Err… Abang tak singgah dulu…?” 

“ Tak.. Abang nak cepat balik rumah. Nak kemas baju.” jawab Harith mendatar. 

“ Abang nak pergi mana?”

I’m going to Malacca tomorrow.. Got something to do..

“ Ohh…. Okey…” aku terus membuka pintu kereta.

“ Takkan tu je nak cakap?” Harith tiba – tiba bersuara sebaik aku keluar dari kereta. Dia seakan mengharap sesuatu.

Aku pandang Harith dengan dahi yang berkerut. “ Maksud abang?”

“ Takkan takde apa – apa pesanan kut? Jaga diri ke? Pandu cermat jiwa selamat ke? Rene sayang abang ke?”

Terdiam terus aku di situ. Panas mukaku mendengar ayat yang paling akhir tu. Rene sayang abang?! Aihh.. Tadi bukan main lagi merajuk! Ni dah datang balik gatal dia tu?

“ Takpelah.. Kita sedar diri… Orang tu tak sayang kita pun…” sekali lagi Harith beremosi. Mendung air mukanya kelihatan.

Sekali lagi aku tergamam. Tak tahu apa lagi yang nak dikata! Sumpah tak tahu! Aku buntu! Mamat ni sensitif sangat kenapa? Atau dia sengaja nak uji aku? Aku menyoal dalam hati. Fon Harith berbunyi. Entah siapa yang call. Sementara menunggu dia habis berbual, aku berdiri di tepi keretanya.

“ Ermm.. Abang kena pergi dah… Kirim salam papa dengan mama…” kata Harith sedikit hambar sebaik dia menamatkan perbualan. Brek tangan dijatuhkan.

Perlahan – lahan keretanya meluncur pergi dan aku masih juga kaku berdiri di situ sehinggalah dia hilang dari pandangan. Aku menghela nafas berat. Kenapalah dia emo sangat petang ni? Suara hati aku berbisik. Harith Daniel sebenarnya susah merajuk. Tapi kalau dia dah merajuk…….. Habislah…..!! Takpe, Rene. Relaks. Tunggu malam ni. Kalau Harith call atau SMS, itu maksudnya dia tak merajuk. Tapi kalau langsung tak ada sendiri fahamlah ye?

13 comments:

  1. Nice... Follow cerita ni dari p2u, and suka plot dia... keep up the good work :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... thanks for reading yea? :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hu hu dh ada blog...
    saya suka cerita nie...
    cpt2 update ek....

    ReplyDelete
  4. sudah ad blognya..haha..cerita ni ok..jalan cerita yang menarik tapi perlu ada penekanan terhadap emosi watak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for ur comment dear!! InsyaAllah will do my best ok :)

      Delete
  5. best. follow drp p2u lg. suka laa dah ada blog

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. best sgt cerita awk ni..

    ReplyDelete