Thursday 2 January 2014

Oh My Ex-Husband! 15


Post pertama utk tahun baru 2014! Happy reading guys! Sudi2lah tinggalkan komen ye? Terima kasih! :)
****************
Harith mengajak aku turun ke swimming pool. Katanya ada benda yang perlu kami bincang dan dia tak mahu perbualan kami diketahui oleh atuk dan nenek. Dah aku agak. Tentu ini semua ada kaitan dengan mereka. Jadi tanpa banyak soal, aku menurut.
“ Apa sebenarnya yang dah terjadi? Kenapa nenek dengan atuk fikir kita dah berbaik semula? Apa yang abang cakap pada mereka?” Tak tunggu lama aku terus mengasak Harith soalan demi soalan sebaik kami meluru keluar dari lif. Dari tadi aku sabar. Sekarang ni hanya kami berdua saja jadi kami boleh berbincang dengan aman tanpa sebarang gangguan.
“ Abang cakap kita dah rujuk semula. Itu saja.” Jelas Harith tenang sambil melemparkan pandangan ke arah kolam renang di hadapan.
Mulut aku melopong, mata aku juga sudah membulat. Sumpah aku tak menyangka yang aku akan dengar semua ini. Tolonglah sesiapa di sini tampar aku, sedarkan aku dan katakan ini semua hanyalah igauan ngeri!
“ Tapi kenapa? Apa alasannya sampai abang sanggup berbohong macam ni? Apa yang Rene tak tahu?! Rene tak kira..!! Rene nak abang jelaskan dari A sampai Z!” aku mendesak.
“ Se.. Sebenarnya.. Abang takde niat nak tipu atuk dengan nenek… Abang cuma nak kelentong Marissa je..” terluah jua akhirnya cerita yang sudah lama Harith pendamkan.
Aku terpana. “ Maksud abang? Siapa Marissa? Apa sebab abang nak kelentong dia?!”
Harith pantas mengeluarkan fon dari poket seluar. Jari – jemarinya bergerak – gerak di atas skrin sesentuh Samsung Galaxy S3 itu lantas dia menunjukkan dua gambar gadis yang sama. Yang satu, dia berbaju kurung. Sangat ayu dan manis kelihatan. Yang lagi satu, dia memakai baju sendat yang labuhnya hanya mencecah peha, low cut hingga menampakkan lurah dada, berdiri sambil memeluk mesra lengan seorang lelaki yang aku kira mungkin buah hatinya.
“ Siapa ni?”
“ Itulah Marissa… Atuk dengan nenek nak suruh abang kahwin dengan dia..”
Ternganga aku saat ini. Ini Marissa? Biar betul?
“ Abang ni bergurau pun agak – agaklah..” ujar aku dengan rasa tak percaya. Tak mungkinlah ini Marissa. Takkanlah atuk dan nenek berkenan dengan perempuan seksi macam ni? Nampak macam sosial melampau!
Harith mengeluh berat. “ Nampak abang macam tengah bergurau ke? Yang pakai baju kurung tu, gambar yang nenek hantar pada abang… Yang seksi gila – gila tu pun dia jugak..”
“ Atuk nak kahwinkan abang dengan orang macam ni? Biar betul?”
Harith terus melangkah ke lounge chair berhampiran dengan kolam renang dan melabuhkan duduk di situ. Air mukanya kusut sekali. Jelas yang dia begitu terbeban dengan masalah yang tidak diundang. Aku duduk di sebelah Harith dan beri semula telefon bimbit pada dia.
“ Sebenarnya atuk cuma nak tunaikan hasrat sahabat handai dia. Katanya nak cari calon suami untuk anak dia, si Marissa tu.. Yang atuk pulak memandai setuju, tak bincang dengan abang pun. Terkejut jugak abang.. Rene tak tahu.. Lepas kita bercerai, macam – macam benda jadi. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Atuk balik Malaysia tak sampai seminggu, terus bawak abang jumpa Marissa..”
Aku tidak mampu untuk bersuara akibat terlalu terperanjat. Aku tak tahu apa – apa kerana sebaik saja kami bercerai aku terus melarikan diri ke Kelantan. Lantaran itu apa saja yang terjadi di sini tidak sampai ke pengetahuanku.
“ Yang si Marissa tu pulak.. Dia setuju kahwin dengan abang pun bersebab.. Dia ada agenda tersendiri.” Sambung Harith.
“ Agenda? Agenda apa?”
“ Dia dah terlanjur dengan teman lelaki dia. Bila dah bunting, jantan tu lari tinggalkan dia. Dia terdesak cari teman untuk dijadikan pak sanggup.. Ingat abang ni bodoh sangat ke nak biar dia gunakan abang semata – mata nak tutup kesalahan yang dah dia lakukan. Pulak tu pandai pula dia nak sorok tentang kehamilan dia tu dari keluarga dia. Mak ayah dia pun tak tahu pasal tu.. Sebab tu beriya sangat nak laki.. Nak suruh cover dia punya kandungan tulah!”
“ Habis tu apa kaitan dengan alasan yang kita dah rujuk?”
“ Sebab abang taknak dia, abang kena bagi alasan kukuh. Spontan je idea tu datang, Rene. Abang kata abang dah berbaik dengan Rene. Tapi si Marissa ni paksa jugak abang kahwin dia. Bila abang ugut nak beritahu pada mak ayah dia pasal anak dalam kandungan dia tu, baru dia diam. Abang siap suruh dia jumpa atuk dan nenek, cakap yang dia taknak kahwin dengan abang sebab abang dah ada Rene. Marissa langsung tak bantah, sebab takut abang akan kantoikan pasal kehamilan dia tu..”
“ Maksudnya atuk dan nenek percaya bulat – bulat?”
Harith mengangguk kecil. “ Percaya. Atuk kata dia tak boleh paksa kami. Tambahan pulak atuk gembira sangat bila abang kata kita dah rujuk semula..”
Harith berjeda.
 “ Kalau Rene nak tahu, sebenarnya ini salah satu sebab kenapa abang tak tanggalkan cincin ni.. Ini simbol yang abang dah berpunya. I’m taken. I’m married.”
Patutlah Harith taknak cabut cincin tu. Semuanya sebab dia mahu jauhkan diri dari minah 'baju tak cukup kain' tu. Bijak juga mamat ni. Lepas ni jangan kata Marissa, mana – mana perempuan pun takkan berani dekat dengan dia lagi. Cincin itu menandakan dia sudah berpunya!
“ Habis tu kalau semua ni terkantoi nanti macam mana, abang?! Apa kita nak jawab dengan atuk?! Abang fikir tak risiko yang akan kita hadapi?!” Hatiku mula dilanda gelisah. Bimbang sekiranya semua ini tidak berlaku seperti yang diharapkan.
“ Abang tahu tapi abang dah habis fikir dah Rene. Abang dah tak nampak cara lain selain yang ini. Sebab itulah abang terpaksa buat macam ni. Tadi dapat call dari Hanim beritahu atuk dengan nenek dah sampai sini.. Serius abang terkejut! Nenek dengan atuk langsung tak cakap nak balik.. Sebab tu abang terus ajak Rene datang sini.. Kalau tak.. Habis kantoi semuanya!”
Harith merenung tepat ke wajahku. Merapatkan lagi kedudukan kami.
“ Rene, tolong abang.. Rene kena tolong abang..! Abang rayu dekat Rene.. Kali ni aje. Please.. Kita kena berlakon selagi atuk dan nenek ada kat sini.. Tolonglah…!” rayu Harith.
Aku menelan liur. Sesak dadaku mendengar permintaan yang amat berat untuk aku tunaikan.
“ Tapi, abang.. Rene takut… Abang ingat selamanya ke kita boleh berahsia macam ni? Lambat – laun semua ni akan terbongkar! Silap haribulan atuk dengan nenek langsung taknak maafkan kita!”
“ Kalau itu yang terjadi biar abang yang tanggung semuanya.. Tapi abang yakin semua ni takkan lama.. Atuk dengan nenek cuma balik hanya untuk menghadiri majlis perkahwinan Zalia. Lepas itu mereka akan pulang ke Istanbul semula.”
Aku bungkam. Keliru untuk bersetuju dengan cadangan Harith atau pun mencari inisiatif lain. Tapi apa?
“ Macam mana? Yes or no?” tanya Harith setelah dia memberi ruang untuk aku berfikir sejenak.
“ Rene tak sukalah nak bersubahat macam ni. Hidup dalam pembohongan.. Kita takkan aman, abang!”
Berat keluhan yang terbit dari bibir Harith, seakan kecewa. “ Fine… Kalau dah itu kata Rene.. Biar abang pergi bersemuka dengan atuk. Abang akan jelaskan semuanya.. Risikonya biar abang yang tanggung sendiri.. Sebab semua ni pun berpunca dari abang jugak.. Maafkan abang sebab buat Rene terjebak sekali dengan semua ni. Maafkan abang…” Harith terus bangkit dan sudah mahu beredar pergi.
Aku masih tidak berganjak dari lounge chair itu sedangkan Harith sudah semakin jauh menuju ke lif. Puas aku berfikir. Berat hati untuk menunaikan, namun tatkala mengingati atuk yang menghidap penyakit darah tinggi, aku jadi takut. Cukup runsing kalau – kalau semua ini akan menjejaskan kesihatan dia. Lagi satu aku cukup risau perkara ini akan merenggangkan lagi hubungan Harith dan atuknya. Aku tak mahu itu terjadi.
“ Abang… Wait..” panggil aku.
Harith mematikan langkah, perlahan – lahan tubuhnya dipusingkan menghadap ke arah aku semula.
“ Benda dah pun terjadi.. Atuk dengan nenek pun dah percayakan kita bulat – bulat. Suka atau tidak, kita kena sama – sama hadapinya.” tutur aku sambil menundukkan wajah, tidak melihat Harith Daniel. Melalui ekor mata, aku lihat lelaki itu kembali menghampiri aku di kerusi itu. Namun tidak pula dia duduk, hanya tercegat tidak jauh dari aku.
“ Maksud Rene.. Rene setuju nak tolong abang?”
Aku memejamkan mata rapat sambil mengangguk perlahan. “ Demi kebaikan kita semua.. Tambahan pulak atuk tu tak sihat, kan? Ada darah tinggi.. Cuba fikir, kalau dia tahu yang kita sebenarnya tak pernah rujuk, menipu dia.. Macam mana? Sebab tu Rene sanggup, abang... Sebelum apa – apa terjadi pada atuk, ada baiknya kita teruskan saja semua ni.” aku nekad.
Kedengaran lelaki itu menghela nafas lega. Seakan batu besar yang menghempap dirinya hilang, tidak lagi terbeban dengan kesakitan yang ditanggungnya. Sekilas aku memandangnya. Jelas di mataku betapa lebarnya senyuman yang terpamer di bibir lelaki itu.
“ Betul jugak kata Rene tu.. Abang langsung tak terfikir pasal penyakit atuk.. Terima kasih, Rene. I will never forget this. Terima kasih sangat – sangat sebab sudi tolong abang.. Allah je yang boleh balas budi baik Rene Hannani..”
Aku menyahut kata – katanya dengan senyuman nipis. May everything goes well.. Insya – Allah.
_____________________________________________________
Sedang orang lain menjamu selera, aku hanyut melayan perasaan. Saat aku melihat seraut wajah atuk dan nenek, perut yang lapar terus jadi kenyang. Gara – gara masih terkejut mengenai apa yang diberitahu oleh Harith tadi, jangankan nasi, nak minum seteguk air pun seksa.
Banyak sangat benda yang bermain di kotak fikiranku ketika ini. Entah bagaimana penerimaan mereka nanti andai kata tentang perceraian kami ini akhirnya sampai ke pengetahuan mereka? Dapatkah mereka memaafkan kami? Atau kami akan terus disisih oleh mereka? Yang paling merunsingkan aku ialah atuk. Bimbang dia akan jatuh sakit setelah mengetahui kebenarannya. Ya Tuhan.. Aku benar – benar buntu. Wajarkah tindakan kami ini? Aku kembali ke realiti saat suara mommy menyapa telingaku.
“ Rene okey tak. Lauk tak sedap ke? Nampak macam tak lalu je tu..” tegur mommy.
Aku tersentak, pantas menoleh pada mommy sambil tersengih sumbing. “ Taklah mommy.. Lauk sedap.. Alhamdulillah… Cuma Rene tak lapar sangat.. Tu macam slow sikit tu.” dalih aku.
“ Tulah.. Lain kali janganlah mengelamun kat meja ni… Sambung kat rumah nantilah pulak.. Karang apa pulak atuk dengan nenek fikir..” ujar Harith separa berbisik.
“ Rene tengah susah hatilah…!” balas aku geram. Aku kawal nada percakapan agar tidak didengari oleh sesiapa.
Harith senyum senget. Faham sangatlah dia apa yang buat aku susah hati. Sebab itu dia cuma diam dan sambung makan. Aku tak jadi hendak suap nasi ke mulut bila Harith tiba – tiba saja menambah lauk dan sayur ke dalam pinggan aku tanpa disuruh.
 “ Eh.. Banyak sangat ni, abang…” ujar aku dengan mata yang tertumpu pada pinggan nasi. Banyak gila Harith letak sayur untuk aku! Rasa macam aku ni dah macam kambing pulak. Tak makan nasi tapi makan daun! Semuanya hijau! Dahlah aku kalau dengan sayur ni macam musuh. Usahkan makan, pandang pun tidak! Kalau makan pun cuma brokoli dengan carrot. Memilih!
“ Rene tu kena makan banyak sayur.. Jangan cerewet sangat. Makan benda – benda yang berkhasiat baru bagus.. Ni tak.. Selalu sangat kena selsemalah, demamlah.. Tu semua sebab Rene payah sangat nak makan sayur.” ngomel Harith sambil mengerling aku dengan hujung mata. Omelannya itu mengundang tawa kecil atuk, nenek, mommy dan Hanim. Daddy saja yang tak ada. Kalau tidak, pasti makan tengahari kali ini akan lebih meriah lagi.
Aku mencebik. Membebel pulak pakcik ni. Mengalahkan mak nenek bising mulut dia tu. Aku menggerutu dalam hati.
“ Tapi…” aku masih tak puas hati.
“ Alahai.. Suruh makan sayur pun susah. Boleh mati ke kalau makan jugak?”
“ Betul tu, Rene. Sayur tu bagus untuk kesihatan. Harith tu pun bukan apa.. Dia risaukan isteri dialah tu.. Kalau Rene sakit nanti macam mana?” panjang lebar hujah nenek.
Kelu seketika. Bila nenek dah bersuara, apa lagi aku nak kata? Takkan nak lawan cakap nenek kut? Kurang ajar namanya tu! Pedih mata aku melihat Harith yang sudah senyum mengejek. Sukalah tu nenek back up dia!
“ Bukan macam tu.. Kalau Rene tak habis nanti macam mana? Membazir tu tak elok.” Kata aku seraya menjeling Harith geram.
“ Makanlah setakat yang Rene nak. Jangan paksa kalau dah kenyang.” Nenek menambah.
“ Dah.. Makan. Jangan degil... Jangan lawan cakap suami.. Berdosa!” Harith sengaja menekankan perkataan suami.
Uhukk!! Aku tersedak, batuk macam nak mati. Sakit gila tekak aku! Hanim segera tuangkan air masak ke dalam gelas lalu diberikan pada aku. Aku meneguknya perlahan – lahan. Harith menahan tawa. Nampak sangat dia memang sengaja kenakan aku!
______________________________
“ Mommy rasa tentu Harith dah jelaskan semuanya pada Rene, kan?” soal mommy dengan nada perlahan, seakan berbisik. Sesekali dia berpaling ke pintu dapur. Mahu memastikan tidak ada sesiapa yang akan dengar perbualan kami.
Tangan aku yang tadinya lincah mengelap pinggan - mangkuk di dapur, terhenti. Pada mommy aku ukirkan senyuman hambar dengan anggukan lemah.
“ Dah, mommy.. Tadi masa kami keluar tu sebenarnya kami pergi bincang pasal nilah… Harith dah terangkan dari awal sampai akhir.” Aku juga seperti mommy. Bercakap dengan nada sehabis perlahan yang boleh.
“ Jadi macam mana? Rene dah ready ke nak hadapi apa saja yang akan terjadi selepas ni?”
“ Sejujurnya Rene masih terkejut. Macam tak percaya je… Kalaulah Harith beritahu awal lagi kan senang? Sekurang – kurangnya Rene boleh berlagak macam biasa depan mereka. Ini tak.. Tadi Rene asyik tergagap – gagap. Tak tahu nak cakap apa. Entah apa yang nenek dan atuk fikir agaknya,” ujar aku. Sewaktu di meja makan tadi, banyak jugalah nenek bertanya itu dan ini. Berpeluh jugalah nak jawab setiap pertanyaan nenek. Dah nama pun orang buat salah. Memang macam itulah gayanya. Menggelabah tak tentu pasal.
“ Jangan risau.. Rene nampak okey je tadi. Buat macam biasa je. Hmm.. Mommy mintak maaf sebab buat Rene terjebak dengan masalah ni. Sebenarnya Harith memang nak beritahu lama dah… Tapi masa tu Rene menyepi tanpa berita.. Harith tak tahu mana nak cari Rene.. Pula tu dia tak sangka yang atuk dan nenek nak balik hari ni. Mereka tu pun saja nak buat kejutan.”
“ Takpelah mommy… Benda dah nak jadi… Rene tak boleh salahkan sesiapa pun,”
Mommy menghela nafas lega. Bahu aku diusap penuh kasih. “ Thanks, Rene. Sebab faham situasi Harith.”
Aku angguk. Harith yang baru selesai menunaikan solat fardhu Zohor segera mendapatkan aku di dapur.
“ Jom.. Abang hantar Rene balik.” Kata Harith seraya memakai jam tangan. Dia sudah berjanji untuk hantar aku pulang selepas makan tengahari.
“ Tapi.. Rene tak habis kemas lagi,” ujar aku.
“ Tak apa.. Yang ini nanti mommy buat. Bibik ada boleh tolong. Rene pergilah balik…” mommy terus mengambil tuala kecil di tangan aku. Menyambung tugas aku yang tergendala tadi.
“ Takpe ke ni, mommy?” serba - salah pula aku nak balik tanpa sempat siapkan kerja rumah. Takkan nak biar mommy kemas dapur sorang. Kesian mommy. Bibik pun mesti tak menang tangan nak buat semua. Memanglah ini tugas dia. Tapi tak bolehlah harapkan dia sorang saja.
“ Iye.. Takpe.. Mommy boleh buat..” ujar mommy cuba meyakinkan aku.
Aku terus menyalami tangan mommy dan memeluknya erat sebelum pergi. Harith terus berjalan ke pintu rumah. Kunci kereta yang tergantung di dinding dicapai.
“ Eh.. Nak ke mana kamu berdua ni?” sapa atuk yang entah bila masa muncul di ruang tamu penthouse ini.
Aku dan Harith kalut. Lupa pula kami akan kewujudan atuk dan nenek di sini. Aku pandang Harith, Harith pandang aku. Masing - masing terdiam. Tak tahu alasan apa yang patut kami beri.
“ Aaa.. Kami…. Nak balik rumah kami dah, atuk…” ujar Harith kemudiannya. Tergagap – gagap juga dia tadi.
Balik rumah kami? Ini boleh dikategorikan sebagai bohong sunat tak? Atukkk.. Maafkan kami, tukkk...!!! Kami terpaksa...!
“ Laa.. Cepatnya… Kenapa tak tidur sini aje?” tanya atuk.
“ Err… Kalau boleh memang nak tidur sini, tuk.. Tapi kat rumah tu banyak sangat kerja Rene yang tak siap lagi. Basuh baju, kemas rumah. Insya – Allah nanti kami datang lagi.” Kali ini giliran aku pula tolong Harith cover line.
“ Oh.. Kalau macam tu takpelah… Atuk dengan nenek pun pagi – pagi esok nak ke rumah Auntie Aisya kamu.. Nak tengok persiapan untuk majlis anak dara dia tu nanti.. Hati – hati bawak kereta tu, Harith.”
“ Insya – Allah, tuk. Balik dulu…. Assalamualaikum.” Harith dan aku segera menyalami atuk.
“ Waalaikumussalam.” jawab atuk.
Keluar saja dari penthouse itu, barulah kami boleh bernafas dengan lega. Selesai sudah lakonan kami untuk hari ini. Esok lusa, belum tahu lagi macam mana! Mencabar. Sangat – sangat mencabar!
______________________________________________
“ Rene… Terima kasih sangat – sangat untuk semuanya…” kata Harith lembut sebaik tiba di rumah. Buat seketika kami berbual - bual di dalam kereta.
Aku senyum nipis. “ Takde hallah.. Lagipun bukannya selamanya kita macam ni... Sekejap aje, kan? Lepas atuk dengan nenek balik, everything will back to normal again.”
“ Harapnya macam tulah,...”
So, where are you going to after this?” tanya aku sebaik terfikir yang Harith tak mungkin akan pulang ke rumah mommynya semula tanpa aku. Tak pasal – pasal nanti kena soal jawab dengan atuk dan nenek pulak.
“ Balik rumah kitalah.” Harith senyum.
Rumah kita? Terus aku teringat pada kondominium mewah One KL hadiah perkahwinan pemberian mommy dan daddy Harith. Tapi itu cerita lama. Perkataan kita seperti yang diungkapkan oleh Harith tadi tak sepatutnya ada. Antara aku dan dia kan sudah tidak ada apa – apa lagi.
No more we. Remember that.” Aku mengingatkan.
Harith cuma diam tak memberi respons. Mungkin dia malas hendak bergaduh dengan aku. Aku terus turun dari kereta. Waktu itu jugalah Harith sekali lagi memanggil namaku. Perlahan – lahan aku berpaling, memandangnya kehairanan.
“ Ada apa lagi ni?” tanya aku.
“ Takde apa – apa. Cuma nak cakap.. I miss you already…
Aku mencebik. “ Nenek dengan atuk dah tak ada. Tak payah berlakon romantiklah..”
Harith sengih. “ Sayangnya ini bukan lakonan. Ini realiti.” Balas Harith selamba.
Dan aku….? Speechless!! I don’t know what to say!

11 comments:

  1. bagus, teruskan berusaha;-) pandai je nak komen hasil kerja orang lain kan?Owh..kita pun baru nak berbloging je ni sebenarnya..hehe..tq!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab bjaya mbuat pmbaca tak sabar2 menunggu episod sterusnya....GOOD JOB

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankssss.. rasa mcm kenal la nama johra ni. ada yg komen kt p2u tu kan? hehehee thank u for visiting my blog, dear. :)

      Delete
    2. He...he...sayalah tu...sentiasa mengikuti pkembangan novel nie...Teruskan usaha sis...

      Delete
  3. best...((senyum))

    ReplyDelete
  4. best la citer nih...xsabar nk tggu publish...good job Iman...

    ReplyDelete