Monday 6 January 2014

Oh My Ex-Husband! 17

Habis saja sesi bergambar, aku terus keluar dari ballroom untuk mengambil angin di tepi kolam renang ini. Malas nak berlama – lama di sana. Pula tu aku dah naik segan nak pandang Harith akibat perbuatan spontan dia tadi. Tak sangka dia berani peluk aku! Gatal sungguh!!
Nyaman ku rasakan saat angin bertiup lembut menyapa pipiku. Macam tak percaya hari ini aku sampai lagi di Hotel Shangri – La ini, mengingatkan aku kepada memori lalu. Memori indah antara aku dan lelaki itu. Kenapalah si Zalia ni boleh pilih hotel ni pula sebagai lokasi majlis persandingan mereka? Kenapa dalam banyak – banyak hotel, yang ini juga dia pilih? Dia tak tahu ke hotel ni banyak ceritanya yang buat aku jadi jiwa kacau sekarang? Ish! Salahkan Zalia buat apa? Dia tak tahu apa – apa pun.
“ Kat sini rupanya Rene.. Puas abang cari… Kenapa duduk sini sorang – sorang?”
Alamak...!! Baru je nak layan jiwa, dah ada yang mengacau! Harith ni langsung tak boleh tengok orang senang. Mana saja aku pergi, mesti dia ada.
“ Saja. Ambil angin.” ujar aku sambil meraup rambut ke belakang. Aku menyilang tangan ke badan. Sejuk. Aku dongak ke langit, merenung bulan purnama yang begitu indah kelihatan. Subhanallah… Indahnya ciptaan Tuhan!
Harith turut sama berdiri di sisiku, melemparkan pandangan ke arah kolam renang itu. Wajahnya yang hanya disimbahi cahaya lampu tepi kolam itu aku kerling sekilas.
“ Ingat lagi tak tempat ni?” tanya Harith setelah dia membisu sejenak.
Aku angguk. “ Ingat…”
“ Apa yang Rene ingat?”
“ Abang buat surprise dengan makan malam yang romantik sempena dengan hari lahir Rene tu. Siapa boleh lupa semua tu..?”
“ Abang pun.. Kenangan manis tu.. Sampai bila – bila pun takkan lupa.” Balas Harith.
Sekali lagi kami membisu. Aku pandang Harith yang sudah tersenyum – senyum sendiri. Itu tak lain tak bukan, mesti dia tengah flashback balik semua kenangan indah kami. Sebab itulah senyum sorang – sorang.
“ Abang bukan main gatal lagi masa dalam dewan tadi, kan?” Hilang terus mood jiwang bila teringat kejadian di dalam ballroom tadi.
Harith ketawa. “ Alaaa.. Abang kenalah buat macam tu.. Takkanlah nak duduk jauh – jauh. Nanti apa pulak kata atuk dengan nenek, kan? Jangan marah ya, sayang?” Bukan main romantik lagi suara Harith tatkala dia menyebut sayang.
Sayang? Harith panggil aku sayang? Sudah lama benar aku tidak mendengarnya. Kali terakhir, dua tahun yang lalu. Itulah antara panggilan manja yang Harith selalu guna, selain baby dan honey! Dalam diam aku terasa diri ini bagaikan di awang – awangan bila lelaki itu memanggilku sayang. Oh tidak!! Kenapa harus ada perasaan seperti ini? Kenapa, Rene Hannani? Sakit ke kau ni? Ke sawan dah datang?! Aku pantas memalingkan wajah ke arah lain, menyembunyikan senyuman yang sudah terukir di bibir. Kalau Harith nampak aku senyum, lagi parah dia usik aku nanti. Gila!! Harith Daniel buat aku jadi separuh biul malam ni! Yang aku ni senyum macam orang kemaruk bercinta kenapa? Sengal! Ada baiknya aku blah cepat, sebelum aku jadi lebih biul lagi!
“ Eh! Nak ke mana tu?” Harith menyoal sebaik aku mula menghayun langkah untuk masuk ke grand ballroom semula.
Setelah dua tiga langkah, aku berpaling. “ Nak masuk dalamlah. Duduk kat luar ni sejuk..” Aku berdalih. Walhal tak mahu biar jiwa kacau ni jadi lagi teruk! Entahlah. Emosi semacam pula aku malam ni. Kenapa entah?
“ Sejuk? Meh la sini abang peluk mehh.. Macam tak biasa pulak...!” tutur Harith nakal seraya menghulurkan tangan pada aku. Terpamer senyuman miang di bibir dia.
Eeee!! Kecik je aku nampak si HD ni tau!!! Ya Allah!! Berikanlah aku kesabaran. Harith Daniel memang melampau!
“ Gatal!!” aku menjelingnya tajam dan menyambung semula langkah yang terhenti.
“ Alaaa.. Rene!! Tunggulah abang!” Harith mengejar aku dari belakang. Kedengaran tawa riangnya. Sakan mengusik orang!
_________________________________
“ Auntie Aisya, Uncle Iqmal.. Kami balik dulu, ya? Terima kasih untuk semuanya…” Aku terus memeluk Auntie Aisya erat. Satu – satunya ibu saudara Harith belah mommynya. Ibu saudara yang paling sporting dan kelakar. Sama macam anak – aanaknya juga.
Auntie Aisya mengangguk, melaga pipi dengan aku kiri dan kanan.
“ Kami pun nak ucap terima kasih jugak sebab sudi datang.. Nanti jangan lupa majlis bertandang di rumah keluarga Hakimi pulak.” pesan Auntie Aisya bersama senyuman manis di bibir.
“ Insya – Allah.. Kalau tak ada aral kami akan join sekali.” balas aku.
Sempat aku pandang pada mama dan papa yang sedang bersembang dengan atuk dan nenek di meja bulat VIP yang kami duduki tadi. Di dewan ini hanya tinggal kami saja. Para tetamu yang lain sudah lama berangkat pulang. Hanya ada beberapa orang kakitangan hotel yang sedang melakukan kerja – kerja membersih dan mengemas dewan. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“ Rene.. Thank you for coming.. Seronok sangat dapat jumpa Rene. Dah lama tak jumpa, kan?” ujar Zalia sebaik dia mendekati aku. Kami bersalaman dan berpelukan erat seketika. Baru sekarang ada masa nak bertegur sapa. Kalau tadi memang dia tak sempat nak layan semua tetamu.
Aku tergelak kecil, laju saja meletakkan jari telunjuk di bibir. “ Syhhh… Nanti atuk dengar… Naya!” aku memberi amaran dengan nada separuh berbisik. Sempat aku menjeling pada atuk. Nasib baik duduk jauh. Kalau dia dengar, matilah kami!  Harith di sebelah tersengih kelat. Masing – masing tak sanggup pecahkan rahsia. Sangat penting untuk kami sorokkan status hubungan kami sekarang ini.
“ Opss.. Lupa!” Zalia menepuk – nepuk dahi. Nyanyuk macam mak nenek!
Aku tergelak melihat tingkah lakunya. “ By the way.. Congratulations to you and Hakimi… Selamat menjalani kehidupan baru.. Semoga berkekalan sampai akhir hayat hendaknya.” ucap aku sambil memandang merpati dua sejoli itu bersilih ganti.
“ Insya – Allah amin! Terima kasih, Rene!” balas Zalia yang sudah tersenyum bahagia sambil memandang suaminya sekilas. “ Nanti kirim salam dekat Kak Ana, ya? Sayang dia tak dapat join..” pesan Zalia.
“ Insya – Allah.. Salam akan disampaikan,” kata aku. Kakak sulungku itu tak dapat sertai kami kerana Abang Firdaus terpaksa pulang ke kampung dengan segera atas urusan keluarga. Kalau tidak, mereka juga pasti akan hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Zalia dan Hakimi.
“ Tahniah, Kimi. Jaga Zalia elok – elok. Welcome to our family.” Harith juga tak mahu ketinggalan mengucapkan selamat pada pasangan pengantin baru itu.
“ Terima kasih, Harith. Insya – Allah.. Zalia.. She’s my everything.. Harus dijaga dengan baik, tatang bagai minyak yang penuh.” tangan Hakimi terus melingkar kemas di pinggang Zalia. Tersipu – sipu malu Zalia dibuatnya. Zalia dan Hakimi memang sepadan. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Dua – dua kulit putih melepak. Aku rasa anak mereka nanti tentu comel – comel, macam mak ayahnya juga!
Aku faham sangatlah apa yang Zalia rasa sekarang. Bahagia, seronok. Semuanya ada. Itu semua dah pernah aku alami dulu. Bila diri sudah disunting menjadi milik orang. Pendek kata semuanya terasa indah dan bahagia! Papa dan mama terus bersalam – salaman dengan mereka semua, meminta diri untuk pulang.
“ Balik dulu semua... Assalamualaikum...” ucap papa sebelum kami keluar meninggalkan ballroom ini.
“ Waalaikumussalam.” Jawab mereka serentak.
Kami berempat beriringan menapak ke arah lif hotel. Masing – masing sudah kepenatan. Hanya terbayangkan katil dan bantal! Nasib baiklah dah solat Isyak sebelum ke sini. Kalau tak, sebelum berkuak lentang atas katil harus jalankan kewajipan sebagai hambaNya dahulu, barulah boleh tidur sepuas – puasnya!
“ Papa, mama.. Harith nak mintak maaf pasal tadi…” luah Harith kesal sewaktu kami semua sudah masuk ke dalam lif.
“ Pasal tadi? Pasal apa?” papa mengerut dahi.
Harith seperti ragu – ragu hendak meneruskan kata. “ Yang Harith… Err… Harith… Harith peluk Rene tadi tu…” tutur Harith akhirnya.
Patutlah dia nampak serba tak kena! Nak cakap pasal kejadian dalam dewan tadi rupanya! Tahu pula dia rasa bersalah dek kerana kertelanjurannya itu. Nasib baik setakat peluk. Kalau dia buat lebih dari tu, aku cincang dia buat gulai!
“ Ohh… Yang tu ke? Mula – mula mama terkejut jugak. Tapi bila fikir balik, Harith terpaksa sebenarnya, kan? Bukannya sengaja nak ambil kesempatan dengan anak mama ni. Tak gitu?”
Laju Harith mengangguk, mengiakan tekaan mama.
“ A’ah. Macam tulah sebenarnya… Sebab atuk dengan nenek ada.. Kalau tak, Harith dah lama kut kena penampar dengan Rene ni..” Harith mengerling aku dengan ekor mata.
Aku senyum mengejek. Seolah – olah aku sedang menjerit padanya ' Tahu takut!! '
“ Tahu takpe! Memandai je peluk orang! Gatal!” aku menjelingnya tajam.
“ Alaaa.. Bukan sengaja. Kan dah cakap tadi. TERPAKSA.” Harith menekankan perkataan terpaksa.
“ Yelah, yelah! Rene tahu… Cuma lepas ni kalau nak buat macam tu, bagi amaran dulu. Jangan hentam kromo je. Silap haribulan ada yang kena karate nanti!” aku menggertak. Eleh! Berlagaknya Rene Hannani! Mampu ke karate Harith? Silap haribulan kau dulu yang patah tulang. Tulang Harith tu sudahlah keras macam besi! Entah apa yang mommy makan masa hamilkan dia. Dahsyat!
“ Eeee.. Anak mama dengan papa ni garang betul! Takut Harith!” ujar Harith pura – pura cuak dengan ugutan aku tadi.
Papa dan mama tergeleng – geleng kepala, pening kepala menghadap kerenah kami berdua.
Sampai di lobi, aku lihat Harith berlari anak mendapatkan mama dan papa yang sudah berjalan menonong menuju ke pintu utama. Lelaki itu membisikkan sesuatu pada mereka. Papa dan mama mengangguk perlahan, lalu mereka menoleh pada aku yang berdiri tidak jauh dari mereka.
“ Rene balik dengan Harith, ya? Papa dengan mama nak berdua – duaan kejap.” ujar papa spontan.
Aik? Tiba - tiba je papa ni? Biar betul? Hati aku kuat mengatakan yang ini semua ada kaitan dengan Harith. Mesti mamat ni dah berpakat apa - apa dengan papa. Apa bendalah agaknya yang dia cakap pada papa tadi sampaikan papa tiba - tiba suruh aku balik dengan si HD ni pula!
“ Alaaa.. Papa dengan mama nak pergi mana?” aku menyoal dengan nada tak puas hati. Mama sudah tersengih panjang.
“ Tak ke mana – mana. Nak baliklah. Tapi rasa nak berdua – duaan dengan isteri papa ni kejap. Rene balik dengan Harith ajelah ya?” pujuk papa.
Aku jeling Harith, memandangnya dengan penuh kemusykilan di hati. Riak wajahnya selamba, memberitahu yang ini semua tidak ada kena – mengena dengannya. Namun aku yakin ini semua idea dari dia! Mesti dia yang minta papa buat macam tu semata – mata mahu berdua – duaan dengan aku! Oh!! Liciknya Harith Daniel!
Aku sudah menarik muncung sedepa, geram bila papa dan mama dengan selambanya meninggalkan aku berdua dengan Harith di situ. Mamaaa.. Papaaa!! Sampainya hatimu membiarkan anakmu di sini dengan lelaki ini!
“ Tak payahlah buat muka macam tu. Bagilah papa dengan mama privasi sikit.”
Eleh!! Bagi papa mama privasi konon! Dia yang nak privasi dengan aku tu mengaku ajelah! Pandailah dia guna papa dan mama sebagai alasan. Bijak sungguh Mr. Architect yang seorang ni! Ini semua taktik! Jangan terpedaya! Geramnya aku dengan dia ni! Aci tak kalau aku hempuk dia dengan clutch Anya Hindmarch aku ni sekarang?
“ Apa lagi tunggu tu? Jom cepat!” panggil Harith yang sudah berjalan mendahului aku.
Aku tersentak. Lelaki itu tersenyum panjang, menyambung semula langkahnya yang terhenti. Aku menarik nafas dalam - dalam, lalu menghembusnya perlahan. Aku gagahkan juga kaki ini untuk melangkah, mengekori lelaki itu ke keretanya. Harith Daniel memang sengaja nak uji kesabaran aku. Harapnya aku takkan bertukar jadi Hulk malam ni!
______________________________
“ Tak lama lagi atuk dengan nenek nak balik Istanbul dah..” tiba – tiba Harith bersuara sayu. Sedih semacam air mukanya sewaktu kami duduk berbual seketika di dalam kereta. Dari sini dapat lihat bilik papa dan mama masih cerah petanda mereka masih belum tidur.
Well.. That’s good! I’m so happy!” aku memberikan respons yang berbeza dengan Harith. Dia sedih, aku gembira. Sangat – sangat gembira! Baru sekarang boleh bernafas dengan lega. Kalau tak, selagi mereka ada di Malaysia selagi itulah aku tak senang duduk. Bukanlah aku tak suka mereka ada di sini. Akan tetapi yang buat aku serba – salah ialah kerana terpaksa membohongi mereka, mengaburi mata mereka, berpura – pura yang aku dan Harith kononnya sedang menempuhi saat – saat bahagia walhal bukan itu yang sebenarnya terjadi.
“ Wah, wah! Seronoknya dia!! Yelahh.. Dah tak payah berkepit dengan abanglah lepas ni, kan?”
“ Tahu takpe!” aku menjungkit kening berkali – kali ke arahnya.
Harith mencebik. “ Patutlah happy sangat… Mesti inilah saat yang Rene nanti – nantikan.” telah Harith.
Betul sangatlah tu! Memang aku sudah tidak betah untuk terus berada di dalam situasi ini. Hidup dengan penipuan, dusta semata – mata. Ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Percayalah. Yang lebih merisaukan aku, ini semua tidak akan berkekalan. Tidak akan selamanya rahsia jadi rahsia. Suatu hari nanti mereka pasti akan mengetahui kebenarannya.
“ Lain pulak ceritanya dengan abang. Abang sedih ni. Nak berjauhan dengan Rene. I’m gonna miss this moment so much..” luah Harith. Songkok yang masih di kepalanya ditanggalkan lalu diletak atas dashboard. Rambutnya yang lurus dilurut – lurut perlahan.
Aku pekakkan telinga. Malas nak layan dia yang tak habis – habis melayan jiwa. Aku pantas memeluk tubuh, menggosok – gosok lengan sendiri akibat tidak tahan dengan kesejukan penghawa dingin kereta mewah ini. Mamat ni kulit tebal macam pola bear. Dah tentu kalis sejuk. Aku jugaklah yang hampir jadi ice berg! Sejuk gila! Harith yang terperasan dengan tingkahku itu, serta – merta mematikan penghawa dingin.
“ Tahu tak abang terfikir apa sekarang?” soal Harith tiba – tiba.
“ Tak tahu dan taknak tahu.” jawab aku dengan angkuh. Berlagak gila!
“ Tak kira.. Abang nak cakap jugak.. Hmm.. Abang terfikir.. Kalau sekarang ni kita masih suami isteri.. Balik rumah nanti.. Bila bosan… Kita mesti buat something sebelum tidur..”
Ayat Harith tergantung di situ. Pun begitu, aku sudah dapat menangkap apa yang cuba dia sampaikan. Setiap yang ada dalam fikirannya, aku boleh baca. Come onlah.. Bukan baru hari ni aku kenal dia!
 Bestkan kalau dapat balik ke masa lalu… Almost every night we…
Aku pantas menekup kedua – dua belah telinga. “ Stop!!!!! Hold your words. Rene lesing abang nanti baru tahu!” aku terjerit kecil, memintas percakapannya. Tak sanggup hendak mendengarnya lagi!
“ Apa? Kenapa marah sangat ni? Abang tak habis cakap lagilah…”
“ Dah tahu abang nak cakap apa. Abang nak cakap yang kita selalu tuuuu kan….?” Ujar aku penuh rasa geram. Harith nak ungkit pasal benda tu lagi buat apa? Gatalnya mamat ni!!
“ Tu? Tu apa tuuuu?” soal Harith terpinga – pinga.
Eleh! Kura – kura dalam perahu, pura – pura tak tahu! Boleh pulak tayang muka blur dengan aku! Ada juga yang makan stereng kereta kejap lagi!
“ Malas nak sebut! Sendiri fahamlah!”
Harith berfikir sejenak, jelas dia masih belum faham apa maksud aku tadi.
“ Ohhh.. Tuuuuu…. Hahahahahaaa!” berdekah – dekah Harith ketawa setelah memahami apa yang aku katakan.
“ Asal gelak?”
“ Rene ni kenapa melencong sampai ke situ? Abang nak cakap kita selalu lawan main dam sebelum tidur! Macam mana boleh fikir abang nak cakap pasal benda ehem ehem tu pulak?”
Dam?! Oh tidakk!! Kenapa otak aku ni kuning sangat? Kotor tahap maksima!! Dulu memang kami selalu main dam gara – gara mata tak boleh lelap!! Ya Allah!!!! Lagi sekali aku jatuhkan air muka sendiri!! Aku dah tak boleh nak bernafas bila Harith semakin galak ketawakan aku. Sampai berair mata dia dibuatnya.
“ Lain kali bagi abang habis cakap dulu.. Jangan main hentam je Cik Rene oi…!” ujar Harith dengan tawa yang masih bersisa.
“ Arggghhh!! Eeeeee!! Benciiiiiiii!!! Dahhh!! Rene nak masuk!!! Taknak jumpa abang setahun!!!!! Bye!!!” aku terus meloloskan diri keluar dari kereta BMW kesayangan Harith. Langsung tak ucap selamat tinggal atau selamat malam. Cukuplah setakat ini saja aku malukan diri sendiri! Rene Hannani kalau bercakap, jarang fikir guna otak. Selalu guna lutut! Bengong sungguh!
Aku jalan menonong menuju ke pintu pagar. Harith panggil pun aku buat tak peduli. Malu tahap cipan! Untuk berhadapan dengan mamat itu lebih lama lagi aku sudah tidak sanggup! Taknak jumpa dia setahun! Dua tahun! Tiga tahun! Selama – lamanya! Aku nak tukar muka!!! Maluuuu!!!

8 comments: