Sunday 6 April 2014

Oh My Ex - Husband! 21

Hari ni kediaman kami sekeluarga dikunjungi sanak – saudara tercinta. Semua adik – beradik mama, mak long dan pak ngah sekeluarga datang berkumpul di sini setelah sekian lama kami rancang untuk buat family gathering. Mak long, suami dan anak – anaknya sudah lama sampai. Pak ngah pula baru bertolak dari rumah adik iparnya yang terletak di Subang Jaya. Rasanya dah lama benar aku tak jumpa pak ngah. Akhirnya terubat juga rindu pada pakcik aku yang sporting tu. Masa aku larikan diri ke Kelantan selepas bercerai dengan Harith, pak ngahlah yang paling banyak membantu. Berbulan aku menumpang di rumahnya di sana. Tak terbalas budi baik pak ngah sekeluarga.

Ketika aku, Aiman dan Aleesya leka menonton TV, aku terdengar suara mama melaung memanggil aku dari dapur. Aku yang sedang berbaring santai di atas karpet segera bangkit dan mendapatkan mama di situ.

“ Mama panggil Rene?” tanya aku pada mama yang sedang kalut menyiapkan hidangan makan tengahari untuk kami semua, dibantu oleh mak long. Mak long sudah siap dengan batu lesung untuk tumbuk sambal belacan. Hari ni bolehlah kami makan sambal belacan mak long yang pedas berapi tu. Pedas tapi sedap!

“ A’ah. Ni haa.. Mama nak mintak tolong Rene pergi Tesco kejap.. Mama lupa telur dengan susu dah habis.. Alang – alang tu boleh beli air kordial sekali. Kejap lagi nak hidang untuk tetamu pulak.” beritahu mama. Peluh yang merenik di dahi disapu dengan belakang tangan.

“ Boleh. Tu aje ke, mama?”

“ Buat masa ni tu ajelah kut.. Nanti kalau ada apa – apa mama telefon Rene.”

Aku angguk. Baru saja hendak ambil kunci kereta atas almari gambar, mak long menegur.

“ Takpe ke pergi sorang tu, Rene?”

Aku sengih. “ Boleh, mak long. Jangan risau. Rene dah biasa pergi mana – mana pun sorang.”

“ Takpe.. Adam boleh temankan.” muncul suara insan yang tidak ingin aku lihat lagi. Tapi hari ni terpaksa juga aku berdepan dengan dia.

Aku mencebik rimas. Suara Adam kedengaran tidak jauh di belakang. Sebaik aku berpaling, hampir saja aku melanggar dia yang berdiri rapat dengan aku. Bibirnya menarik sengihan panjang. Buat apa entah dia sibuk nak temankan aku? Tadi elok je duduk luar rumah sorang – sorang, hisap rokok berkotak – kotak.

“ Err.. Ta… Tapii…” aku mula mencari helah untuk tidak keluar berdua dengan Adam Khalid.

“ Tapi apanya? Eloklah kalau Adam ada sekali. Nanti boleh tolong Rene bawak barang.” cadang mak long.

Adam senyum sambil keningnya sengaja dijungkit berkali – kali. Pasti dalam hati dia sudah bersorak kemenangan. Aku tak boleh larikan diri dari dia lagi!

“ Hmmm.. Yelaaahhh…..” aku akhirnya mengalah walau hati tidak rela. Malas nak cakap apa lagi.

__________________________

“ Semua barang dah ada, kan?” Adam pandang pada troli yang sudah dipenuhi barang dapur yang dipesan. Hendak memastikan tak ada satu pun yang lupa dibeli. Mulanya cuma nak beli telur dengan susu aje. Tup – tup, tadi mama telefon suruh beli macam – macam lagi. Sabun basuh, tisu gulung, beras. Nasib baiklah ada si Adam Khalid ni. Dialah yang jadi tukang tolak troli. Kalau harapkan aku sorang, rasanya tak bergerak troli ni. Berat gila! Ada jugalah faedahnya Adam ikut aku ke sini.

“ Yup! Kecuali…” aku baru teringat satu benda. Benda yang paling penting untuk kami kaum hawa. Setiap bulan harus ada benda tu. Lupa pula aku kat rumah stok dah habis.

“ Apa dia?”

“ Takde apa – apa. Angah tunggu sini kejap boleh? Rene nak pergi sana kejap.” aku menuding jari ke satu tempat. Malu pulak rasanya nak cakap pada Adam. Walaupun ini benda normal, tapi malu tu tetap ada. Macam mana nak cakap pada Adam yang aku nak beli pad atau dalam Bahasa Melayunya tuala wanita? Adam faham ke?

“ Laa.. Kenapa kena tunggu sini? Angah ikut sekalilah..” ujar Adam.

Aku menggaru – garu kepala yang tidak gatal. Macam mana ni? Serba – salah aku. Adam nak ikutlah pulak. Seganlah aku nak beli benda tu depan dia.

“ Takpe.. Tak payah ikut.. Rene boleh pergi sorang. Angah tunggu sini sudahlah..”

“ Rene nak pergi mana sebenarnya ni? Apa salahnya kalau angah ikut?”

“ Ish!! Orang nak pergi sana tulah! Nak beli barang keperluan orang perempuan! Takkan tu pun angah nak ikut?!”

Adam melirik ke arah rak yang tersusun segala jenis jenama tuala wanita. Dia tertawa kecil kemudiannya.

“ Patutlaaa… Malu ya? Eleehhh.. Tak payah nak malulah dengan angah.. Angah pun ada adik perempuan. Dah tahu apa barang yang wajib korang beli setiap bulan.”

Aku menjelingnya geram. “ Kalau dah tahu baguslah. Tunggu sini kejap. Tak payah ikut.”

Adam angguk, mengalah juga akhirnya. Inilah sebabnya kenapa aku tak mahu ajak Adam sekali tadi. Macam – macam kerenah dia nak kena hadap. Tapi dah mak long suruh, terpaksalah ikut. Aku terus bergerak ke rak tersebut. Tak sampai tiga minit, aku kembali mendapatkan Adam yang sabar menanti di situ. Berkerut dahi aku lihat dua aiskrim Cornetto perisa Royale Chocoluv dan Royale Blackforest di dalam troli itu. Sedapnya!! Tapi seingat aku, aku tak ambil pun tadi!

“ Eh? Macam mana aiskrim ni boleh masuk sini pulak?”

“ Entah.. Dia ada kaki agaknya.. Berjalan masuk sendiri..” Sempat lagi Adam kenakan aku. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

“ Hahaa!! You're funny!!” aku buat – buat ketawa. Walhal geram juga bila dah terkena macam tu. Haihh..! Salah sendiri sebab bagi soalan lurus bendul macam tadi. Senang – senang je si Adam kenakan aku balik. Huh!

“ Mestilah angah yang letak.. Lagipun ini kesukaan Rene, kan? Angah ingat lagi. Masa kita kecik – kecik dulu.. Rene selalu mintak angah belikan ais krim ni untuk Rene. Nampak je motor jual aiskrim tu.. Mesti terjerit – jerit nak beli. Kalau mak su tak bagi, Rene nangis lepas tu mogok lapar. Rela tak makan nasi sebab tak dapat aiskrim.” cerita Adam sambil tersenyum panjang. Masih segar di ingatannya semua kenangan sewaktu kami kecil dulu.

Aku pun tak lupa sebenarnya. Mama selalu cakap aku kalau masa kecil dulu pantang tengok aiskrim. Itulah yang terbawak – bawak sampai sekarang. Pantang tengok aiskrim, mesti nak beli! Terutamanya aiskrim Cornetto! All time favourite!

“ Sudahnya angah jugaklah yang pujuk Rene.. Angah beli jugak untuk Rene. Nasib baik mak su tak marah angah.” sambung Adam dengan panjang lebar.

Aku menahan tawa mengenang kenakalan sendiri. Malunya! Adam ingat semua pasal aku pulak tu!

“ Angah ingat lagi pasal tu?” tanya aku.

“ Mestilah! Mana boleh lupa..! Rene yang paling kuat merajuk. Pantang tak dapat benda yang dia nak, habis semua orang jadi mangsa. Ishh.. Ishhh… Nakal sangat Rene masa kecik.. Banyak kerenah.. Nakal tapi comel.”

“ Eeee.. Dahlah..! Tak payah ingat lagi. Malu! Dah, dah! Jom bayar ni. Mama dah tunggu lama dah kat rumah tu..” aku pantas berjalan meluru ke kaunter bayaran. Meninggalkan Adam jauh di belakang. Lelaki itu galak ketawakan aku. Disebabkan itu, aku sengaja biar dia tolak troli tu sorang – sorang. Siapa suruh gelakkan aku? Biarkan dia! Padan muka!

______________________

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku banyak mendiamkan diri. Hanya kedengaran suara juruhebah radio Hitz.Fm berceloteh itu dan ini. Sesekali terdengar suara Adam yang sedang memandu humming lagu Stereo Hearts nyanyian Maroon 5 yang berkumandang di radio.

“ Kenapa senyap je ni? Sejak bila pulak Rene Hannani yang comel ni jadi bisu?” Radio serta – merta diperlahankan.

Aku buat tak hirau dengan pertanyaan Adam. Tak ada mood nak cakap apa – apa. Pula tu tak tahu topik apa yang patut kami bualkan. Sejak insiden tempoh hari, aku jadi mati akal tiap kali jumpa Adam. Selalunya aku yang paling banyak cakap. Tapi nampaknya semua jadi terbalik. Adam yang pendiam tiba – tiba jadi banyak mulut. Aku yang banyak mulut tiba – tiba jadi pendiam.

“ Rene.. Angah cakap dengan Rene ni…” tegur Adam.

“ Hmm… Apa dia?” sahut aku acuh tak acuh. Aku duduk berpeluk tubuh sambil pandang terus ke depan.

“ Haa… Ada mulut pun! Ingatkan langsung tak reti bercakap. Ke ada berlian dalam mulut tu?”

“ Yang angah ni pulak sejak bila jadi talkative sangat? Dulu tak macam ni pun? Pelik bin ajaib!”

Adam ketawa mengekek – ngekek. “ Angah banyak cakap bila dengan Rene aje. Lagipun bukannya selalu dapat spend time macam ni dengan yang tersayang..”

“ Jangan nak merepeklah, angah!” Panas telingaku mendengar dua patah perkataan yang terlafaz dari bibir lelaki itu. Yang tersayang? Ini yang aku lemah ni. Bila bersembang kalau tak selit unsur – unsur cinta tak boleh ke?

“ Merepek apanya? Betullah..! Angah sayang Rene. Sayang yang teramat sayang. Sayang yang lebih dari seorang abang sepupu pada adik sepupunya sendiri..” Dengan beraninya Adam meluahkan isi hati.

“ Angah… Tak habis lagi ke?” aku memandangnya tajam.

Adam yang menumpukan perhatian sepenuhnya pada jalan raya melepaskan keluhan halus.

“ Angah cuma cakap je. Angah nak Rene tahu apa yang angah rasa. Rasa yang tak pernah berubah sejak dari dulu. Sampai sekarang.. Ianya tetap sama.”

“ Dahlah tu, angah.. Kalau angah masih nak cakap pasal ni, ada baiknya angah berhenti kat tepi ni sekarang jugak! Rene lagi rela balik jalan kakilah kalau macam ni…!” Aku sengaja menggertak. Dah tak sanggup nak dengar apa – apa lagi.

“ Okey, okey! Jangan marah.. Angah tak cakap dah… Sorry..”

_____________________________

Petang itu teramat indah yang aku rasakan. Tidak ada yang lebih membahagiakan selain berada di samping yang tersayang, berdua tanpa ada yang menganggu.

Usai solat Asar, Harith mengajak aku ke rumah mommynya di Mont Kiara. Seperti yang pernah kami lakukan sebelum ini, setiap kali ke sini kami akan duduk bersantai di tepi kolam renang. Sambil – sambil tu, dapatlah dengar Harith nyanyi dan main gitar.

Harith menyuruh aku duduk di sebelahnya dekat lounge chair itu. Tanpa membantah, aku menurut. Si HD ni tak pernah lekang dengan gitar kesayangannya itu. Pendek kata gitar tu dah macam buah hati dia yang nombor dua. Yang pertama haruslah aku!

“ Abang mainlah satu lagu.. Please.. Dah lama tak tengok abang main gitar.” pinta aku dengan suara manja. Taktik paling mudah untuk buat Harith cair.

“ Boleh. But on one condition..”

“ What is it?”

“ Cium abang dulu..” Harith mendekatkan pipi kirinya ke bibirku.

“ Ish! Gatal!!” aku menolak bahu Harith perlahan.

Harith ketawa. “ Okey, okey. Kalau taknak bagi tak apa. Tapi nanti abang akan tuntut jugak ‘upah’ abang tu..” ujar Harith tak mahu kalah. Dia kalau bab 'upah' yang itu, dia memang tak lupa. Sikit – sikit mintak upah. Berkira betul!

“ Yang tu akan dipertimbangkan nanti. Yang penting sekarang ni main satu lagu dulu.. Untuk Rene. Cepatlah..!”

Demi menunaikan permintaan aku yang mengada – ngada ni, Harith turutkan juga. Gitar kapuk kesayangannya dipetik, lagu One In A Million kegemaran kami berdua dinyanyikan penuh berperasaan. Aku duduk menopang dagu dengan mata yang langsung tidak lari dari terus merenung seraut wajah tampan itu.

“ You’re one in a million

You’re once in a lifetime

You made me discover one

Of the stars above us..”

Aku terpukau dengan nyanyian bersahaja dari Harith Daniel. Cara dia petik gitar pun nampak macho habis! Teringat masa dia nyanyikan lagu untuk aku di restoran sepupu Bella tu. Setiap kali ingat pasal tu, confirmed aku senyum macam orang tak betul.

“ Sedapnya suara dia! Dah boleh panggil hujan dah!” Aku memuji sekali gus mengejek. Sengaja nak kenakan dia. Dah lama tak sakat Harith Daniel! Sekali – sekala apa salahnya? Kejap lagi kita boleh tengok apa reaksi dia!

“ Oooo.. Ejek abang ya? Meh sini!! Abang cium dia! Nakal sangat!” Harith sudah mahu memegang pipi aku, namun aku pantas menolak tangannya.

“ Okey, okey..! Tak! Rene gurau je!!” Sepantas kilat aku bangun ingin menjauhkan diri dari Harith. Bahaya ni! Sebelum terjadi apa – apa, ada baiknya aku lari selamatkan diri. Run for your life, Rene!

“ Tak kira! Nak cium jugak!”

Gitar kapuknya diletak ke kerusi. Harith sudah melangkah ke arah aku yang berdiri tidak jauh dari kolam. Sewaktu lelaki itu menghampiri, aku pantas mengundur setapak dua ke belakang.. Tiba – tiba...

Bedebushhhhh!!

Aku pantas membuka mata bila terasa ada percikan air di mukaku. Oh tidak! Apa yang telah terjadi? Sudah mati lemaskah aku? Ada sesuatu yang menghairankan aku. Kalau tadi aku berada di kolam renang, tapi sekarang aku berada di dalam bilik tidur aku sendiri! Macam mana aku boleh sampai ke sini? Bukan ke tadi aku jatuh kolam? Si HD ke yang hantar aku?

“ Haaa!! Bangun pun budak bertuah ni!” sergah Kak Ana sambil bercekak pinggang di tepi katil. Sebelah lagi tangan memegang bekas plastik yang berisi air.

Terkebil – kebil aku pandang Kak Ana yang tercongok di situ. Cehh!! Rupanya yang siram air tadi tu Kak Ana punya kerja!

“ Ish!! Apa main air dalam bilik ni!! Habis basah semuanya!” aku menggerutu geram sambil mengesat muka. Aku mimpi rupanya tadi! Basah baju aku angkara Kak Ana! Masya – Allah! Apa punya mimpi tadi tu? Siap ada Harith Daniel sebagai watak utama! Gila ke aku ni sampai termimpi – mimpikan dia?

“ Rene tu liat sangat nak bangun, akak terpaksalah jadi bomba kejap. Alaa.. Basah sikit je.. Kejap lagi keringlah tu..” tutur Kak Ana dengan riak selamba. Sikit pun tak rasa bersalah sebab dah siram aku dengan air tadi.

Ish!! Sabar ajelah aku dengan Kak Ana ni! Tergamak dia siram air kat muka aku ni? Tak boleh kejut elok – elok sikit ke? Nasib baik aku tak lemas dalam tidur! Macam manalah aku nak bangun kalau dah dapat mimpi yang best macam tadi tu? Tapi kesudahannya tak best sebab tak tahu aku mati lemas atau Harith sempat selamatkan aku atau tidak? Aci tak kalau sambung tidur balik? Manalah tahu mimpi tadi bersambung episod yang kedua pula?

“ Dah! Bangunlah!! Dah nak pukul 6 dah ni!! Bangun solat Asar!” Kak Ana memekik kuat.

Hampir pekak aku dek jeritan kakakku itu. Kak Ana ni dah kenapa? Main jerit – jerit pulak! Telinga aku ni masih elok lagilah!

“ Yelaa…. Nak bangunlah ni…! Sakit telinga Renelah!!” cemik aku seraya menggosok – gosok telinga yang terasa berdengung. Kalau lepas ni aku mengalami masalah pendengaran, salahkan Raihana! Dia jerit kuat – kuat siapa suruh?

Selamba saja Kak Ana ketawakan aku sebelum membiarkan aku sendiri. Aku termangu di birai katil sejenak. Jam di dinding aku kerling dengan hujung mata. Masya – Allah! Lama betul aku tidur! Kalau tak silap tadi aku cuma baca novel sambil baring atas katil. Tapi akhirnya novel pula yang baca aku. Mungkin terlampau penat sebab itulah senang terlelap. Yang paling membingungkan aku macam mana aku boleh termimpikan si HD tu pula? Ini mesti gara – gara aku tidur sambil peluk Mr. Bear, siap ada bau cologne si Harith tu. Sebab itulah aku mimpikan dia! Haihh!! Parah!

Baru saja hendak ke bilik air untuk berwudhuk, telefon bimbit aku berbunyi. Terus hilang mamai setelah melihat nama si pemanggil. Harith Daniel! Dia telefon!! Hai.. Macam tahu – tahu saja yang aku baru lepas mimpikan dia! Ada baiknya aku jangan buka mulut pasal ni. Silap haribulan, sampai minggu depan pun dia tak habis lagi sakat aku!

“ Hello, abang..” aku menggeliat sedikit, membetulkan urat.

“ Eh… Apasal suara serak semacam tu? Ni mesti baru bangun tidur ni, kan? Rene, Rene.. Dah selalu sangat abang pesan jangan tidur lepas Asar.. Tak elok..” Belum apa – apa lagi Harith sudah membebel panjang. Mukaddimah perbualan yang orang lain takkan dapat dengar bila cakap telefon, kecuali aku.

“ Tahu.. Tapi bukannya sengaja. Terlelap tadi.. Penat sangat… Abang call ni kenapa?” aku duduk di birai katil semula.

“ Abang call sebab nak tanya esok petang Rene free tak? Abang nak ajak Rene keluar..”

“ Esok? Pergi mana?”

“ Pergi Pavilion. Teman abang cari baju kerja.. Rene tahu abang punya masalah, kan? Paling tak suka bab beli baju ni… Lainlah kalau Rene ada, baru semangat sikit abang nak shopping.. Lagi satu Rene boleh tolong abang pilih.. Rene kan terror bab macam ni.. Hehehehee..”

Amboi! Bukan main handal dia membodek. Aku tanya sepatah, berpatah – patah yang dibalas. Tapi memang betullah. Dulu pun kalau nak beli baju, mesti Harith akan suruh aku pilih. Bagus juga kalau dapat ikut dia esok. Lagipun inilah masa yang paling sesuai untuk aku balas budi. Baru – baru ni Harith temankan aku di hospital. Setiap saat tak biarkan aku sendiri. Dan kali ini giliran aku pula untuk gembirakan hati dia!

“ Okeylah.. Esok pukul berapa?” tanya aku. Timbul rasa teruja, tidak sabar ingin menemuinya esok. Pelik. Aneh. Hairan. Macam mana aku boleh jadi teruja sangat nak jumpa dia? Walhal sebelum ini, dengar nama dia saja pun aku menyampah. Tapi kali ni lain pula ceritanya. Kenapa dengan aku ni? Takkan sebab mimpi tadi aku jadi macam ni?

“ Esok lepas Asar abang pergi ambil Rene.. Boleh?”

“ Insya – Allah, boleh. Jumpa esok.”

“ Thank you, honey. Assalamualaikum..”

“ You’re most welcome.. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Aku sengih sendiri. Honey? Harith panggil aku honey? Comelnya! Manisnya!! Ah sudah! Memang sah aku biul! Biul disebabkan mimpi tadi mungkin. Tapi.. Sumpah mimpi tadi adalah mimpi terindah yang pernah aku alami. Walaupun akhirnya aku jatuh kolam. Tak kisahlah! Yang aku tahu, aku sangat bahagia dengan Harith di dalam mimpi itu. Ada satu persoalan yang bermain di benak fikiranku. Adakah mimpi itu kan menjadi realiti? Sayang seribu kali sayang. Jawapannya masih kabur, teramat kabur. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi selepas ini.

_______________________

“ Rene..! Amir datang ni!” laung papa dari luar rumah. Sayup – sayup suaranya kedengaran, tenggelam dek kebisingan bunyi vakum bewarna hijau lembut.

Aku tekan butang off dengan kaki kanan. “ Apa dia, papa? Rene tak dengar..!”

“ Amir datang ni! Keluarlah kejap!”

Hah? Amir datang? Kalut aku membetulkan baju yang aku pakai. Rambut yang sudah kembali panjang aku tocang satu. Malu pulak rasanya nak jumpa Amir macam ni. Santai habis! Jangan dia pengsan tengok aku selekeh sudahlah! Alaa.. Lantaklah! Nama pun tengah kemas rumah. Takkan kemas rumah pun nak berhias bagai? Agak – agaklah sikit!

Aku segera ke halaman rumah, mendapatkan Amir yang sudah duduk di bawah gazebo. Panas sungguh cuaca hari ni. Rasanya Kuala Lumpur ni dah lama tak hujan. Ish! Jangan merungut, Rene! Tak baik! Ingat sikit.. Ini baru panas di dunia, panas di akhirat nanti berganda – ganda!

“ Tengahari buta macam ni datang jumpa I? Mimpi apa ni?” tanya aku setelah aku mengambil tempat di sebelah Amir.

Amir yang berbaju – T Ralph Lauren warna biru gelap segera menanggalkan kaca mata hitamnya. Wajah aku dipandang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Kacak sungguhlah Mr. Engineer yang seorang ni. Tapi tak boleh lawan kekacakan Mr. Architect yang di sana tu!

“ Mama dengan babah I baru sampai dari Perak semalam.. Dia orang ajak kita lunch dekat KLCC..” Amir memberitahu.

“ Hah? Lunch? Kita? Kenapa kita?” soal aku kehairanan. Seingat aku, Amir tak pernah sebut apa – apa tentang ni. Kejutan apakah ini?

“ Panjang ceritanya.. Mama dengan babah datang sini sebenarnya saja jalan – jalan. Nak pergi rumah kakak I yang sulung tu.. Tapi dah alang – alang sampai sini, dia orang nak jumpa Rene Hannani jugak.”

“ Ya Allah.. Kenapa you tak cakap awal – awal? Pulak tu nak jumpa parents you! Seganlah I…” luah aku. Sudahlah datang mengejut. Diajaknya pula aku jumpa orang tua dia secara mengejut. Kalau rancang awal – awal, taklah aku menggelabah begini. Ini tidak. Aku langsung tak bersedia! Amir ni memang nak kena!

“ Nak segan apanya? Bukannya you tak ada hidung tak ada mata. Please… Mama dengan babah I dah harap sangat dapat jumpa you, Rene.. Dia orang semua dah tunggu dekat Mid Valley.. Esok lusa dah nak balik Perak. Bila nak datang sini lagi tak tahulah..”

Berbelah bahagi aku jadinya. Tak tahu nak kata setuju atau tidak. Kalau aku tolak pelawaan Amir, bermakna aku juga menghampakan harapan orang tua Amir. Yelah.. Orang tu datang dari jauh dan dah berharap sangat dapat jumpa aku. Kalau aku tak tunaikan hasrat mereka, tak manis rasanya. Lagipun permintaan Amir ni bukanlah sebesar mana pun jika dibandingkan dengan setiap pertolongan yang pernah Amir hulurkan pada aku dulu, rasanya tak terbalas budi baik hamba Allah di hadapanku ini.

“ Okeylah.. Tunggu kejap.. I pergi bersiap.” Aku bersetuju akhirnya. Rasa gelabah dan takut aku tolak jauh – jauh. Relaks, Rene. Jangan menggelabah sangat. Lagipun dia orang cuma ajak makan tengahari saja. Bukannya nak pergi sesi temuduga ke apa.

Amir tersenyum lega. Nafas dihela perlahan. Bertambah lebar senyumannya berbanding tadi.

“ Ini yang buat I sayang you sangat – sangat.. Okey.. Take your time.. I tunggu.” kata Amir.

Aku senyum segaris, terus masuk ke dalam rumah membiarkan Amir menanti di situ. Dalam hati aku berdoa agar semuanya akan baik – baik saja.

8 comments:

  1. Makin best... tak sabar nak tunggu next one..

    ReplyDelete
  2. Semakin menarik! Novel ni masih keliar di pasaran k admin? Xsabar nak beli.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. gaya penceritaan yg santai & bsahaja....suka sgt....cepat2 la publish...

    ReplyDelete
  5. xsabar nk tggu nvl ni kuar....i luv this story very much...so sweeeet!

    ReplyDelete
  6. santai jerrr n romantis....selalulh update, x sabar rasanya nk tunggu kuar novelnya...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah thank u everyone!! ;) maaf kalau ada kekurangan. hrpnya puas hati dengan cerita saya yang biasa2 saja ni :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete