Tuesday 10 June 2014

Oh My Ex-Husband! 24

BANGUN dari tidur, benda pertama yang aku buat ialah telefon Harith terlebih dahulu. Fon di meja sisi katil aku capai. Senarai contacts aku skrol sampai ke bawah, berhenti di nama HD. HD. Nama yang aku set untuk bekas suamiku itu. Pantas butang call ditekan.

20 saat kemudian, barulah panggilan aku dijawab. Yes!! Hatiku menjerit girang. Akhirnya dia mengalah!

“Hello, abang?”

“Hmmm..” malas-malas Harith menyahut.

Eh? Tidur lagi ke dia ni? Lain je suara tu?

“Tidur lagi ke?” soalku.

“Hmmm..”

“Bangunlah. Rene nak cakap sikit ni..” gesa aku.

“Hmm.. Apa dia?” soal Harith sedikit mamai.

“Kenapa dua hari ni langsung tak jawab call dengan mesej Rene?”

“Busy..” jawab Harith ringkas.

Betullah kata daddy. Dia ni sepatah orang tanya, sepatah dia jawab. Tak habis lagi rajuknya. Sabarlah wahai hati.

“Tipu.”

“Tipu apa pulak ni?”

“Abang saja nak elak Rene sebenarnya, kan? Sebab tu abang tak jawab call Rene, sengaja tutup telefon. Am I right?”

Senyap.

“Tu diam tu maknanya betullah tu..”

Diam lagi. Hanya deru nafasnya saja yang kedengaran. Rasa janggal menerima layanan dingin dan tidak mesra alam dari lelaki itu. Selalunya dia kalau dengan aku, pot pet pot pet 24 jam, buat lawak sengal dia. Rindunya aku pada Harith Daniel yang dulu!

“Rene nak jumpa abang boleh?” tanyaku penuh mengharap. Mintak-mintak Harith akan setuju. Aku dah tak boleh bersabar lagi. Seksa bila bergaduh macam ni.

“Bila?”

“Kejap lagi. Kita pergi Sunway Pyramid. Lunch dekat sana. Okey tak?” aku memberi cadangan.

Lama Harith diam. Aku sabar menanti kata putus dari Harith. Bila dia senyap macam ni, lagi suspens aku rasa. Tak tahu dia akan kata ya atau tidak.

“Hari ni tak bolehlah. Sorry, ada kerja nak buat.” ujar Harith setelah dia berfikir sejenak.

Aku mengeluh hampa. Pelawaanku ditolak. Damn it! Nampaknya taktik kali ini tak berhasil! Kecewa! Aku sangat-sangat kecewa! Tapi, betul ke ada kerja yang nak dibuat? Jangan-jangan itu cuma helah dia yang hanya mahu mengelak dari aku. Tak mustahil tu. Orang tengah merajuklah katakan. Mestilah tak ada hati nak bertemu mata. Betul tak?

“Jumpa kejap je pun tak boleh?” aku masih tak mengalah. Biar Harith nampak kesungguhan aku yang ingin berdamai dengan dia semula. Manalah tahu dengan cara ini cepatlah cair hatinya tu.

“Emm…” balas Harith dingin.

Aku mengetap gigi. Cara jawab pun dah tahu tak ikhlas. Marah sungguh dia pada aku. Macam mana ni? Sampai bila Harith nak layan aku macam ni?

“Habis tu bila abang free?”

“Tak tahu lagi,”

“Alahai.. Payahnya nak jumpa dia ni. Macam nak jumpa Perdana Menteri,” gumamku perlahan.

“Apa Rene cakap?”

Erk! Alamak! Harith dengar rupanya? Aduh! Habislah aku! Cari pasal betul!

“Takk!! Ni haa handphone Rene dah nak habis bateri!” Cepat-cepat aku cover line. Entah apa-apa entah. Handphone nak habis bateri ya? Lain kali mulut tu jaga sikit. Jangan selalu sangat terlepas cakap. Aku mengingatkan diri sendiri.

“Okeylah.. Nanti kalau dah tak sibuk abang telefon Rene. Assalamualaikum.” aku terus putuskan talian tanpa menanti walau sesaat. Dah hilang mood nak cakap lama-lama dengan Harith. Acuh tak acuh dia layan aku. Makan hati betullah dengan si HD ni! Menyampah!!







“AJAK jumpa pun susah!! Eeee, geramnya!!” Ringan mulut aku merungut pasal Harith sambil melangkah ke ruang makan. Kerusi yang diperbuat dari kayu jati itu aku tarik dan duduk di situ. Ada nasi lemak sambal ikan bilis dengan telur, ada kuih ketayap dan karipap inti daging. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi aku tak ada selera sikit pun gara-gara terlalu bengang dengan Harith Daniel. Sudahnya aku cuma ambil roti untuk sarapan pagi. Sekeping roti Gardenia aku ambil. Tak lupa juga jem roti kesukaan, coklat Nutella.

Mama muncul dari dapur dengan seteko air nescafe susu panas. Kuat rupanya aku merungut, sampaikan mama yang duduk di dapur tadi turut dengar sama.

“Apa hal ni? Pagi-pagi dah stress. Apa masalahnya ni?” mama memandang aku penuh hairan. Air nescafe susu dituang lantas diletakkan di depan aku.

“Harith tulah! Kalau ya pun merajuk, janganlah lama sangat. Orang nak ajak jumpa je pun, macam-macam alasan dia bagi. Sakitnya hati!!” getus aku separa bengang. Kalau Harith ada di depan aku sekarang, aku cubit dia kuat-kuat, biar lebam satu badan. Biar tak kacak lagi, biar tak ada yang dekat dengan dia lagi. Padan muka!

Mama tertawa kelucuan. Tercuit hatinya melihat telatah aku yang pagi-pagi buta lagi dah nak melenting, angin satu badan. Laju-laju aku sapu coklat Nutella pada roti sebelum mengunyahnya rakus. Kalaulah dapat kunyah daging manusia, Harith Daniel yang akan jadi mangsa aku dulu! Marah ni! Marah sangat-sangat! Tahu tak?

“Haa.. Itu satu benda yang Rene kena ingat. Seego-ego orang perempuan, ego lagi orang lelaki. Tapi Harith ni mama tengok bila dengan Rene dia memang tolak ego dia jauh-jauh.” ujar mama.

Kening aku terjungkit sebelah. Ye ke dengan aku Harith tak ego? Ye ke? Boleh percaya ke?

“Habis tu kalau dengan Rene dia tak ego kenapa dia sombong sangat taknak jumpa Rene? Taknak dengar apa yang Rene nak cakap?”

“Dia pun manusia biasa, Rene. Ada hati, ada perasaan. Rene tu kena sabarlah sikit. Pujuk dia betul-betul, jangan cepat mengalah.”

Mama ni, selalu sangat sebelahkan si HD tu. Aku ni selalu salah. Kali ni aku akui silap aku dan aku boleh terima kalau mama nak bela si Harith tu. Tapi sebelum ni pun, walau salah itu berpunca dari Harith, mama dan papa tetap juga berpihak pada dia. Adil ke macam tu?

Aku dah malas nak fikir banyak lagi. Baik aku isi perut kenyang-kenyang, lagi bagus! Tiba-tiba aku rasa nak call Amir. Hanya lelaki itu saja yang boleh bantu ketika ini. Jari yang comot dengan coklat Nutella aku kesat dengan tisu kotak di atas meja itu sebelum aku ambil fon yang aku letak di kerusi sebelah.

“You ada jumpa Harith tak?” soal aku pada Amir sebaik salam berjawab.

“Ada. Petang semalam. I terserempak dengan dia dekat Extreme Park Seksyen 13. Kenapa you tanya?” Amir pula menyoal.

“Dia buat apa kat sana?” Soalan Amirullah aku abaikan saja. Malas nak beritahu dia yang aku tengah berperang dengan kawan baik dia tu. Nanti banyak pula soalnya. Faham-faham sajalah Amirullah ni macam mana.

“Kadang-kadang dia pergi main futsal dengan kawan-kawan dia kat sana. You tak tahu?”

Harith main futsal? Sejak bila dia aktif bersukan ni? Setahu aku dulu dia tak layan sangat futsal ni semua. Kalau kawan-kawan dia ajak, beribu alasan dia bagi. Tapi biarlah dia. Bagus juga kalau dia terlibat dengan aktiviti sihat macam tu. Daripada dia buat benda yang tak elok, baik dia bersukan. Adalah juga faedahnya.

“Tak. Tak tahu. You ada sembang apa-apa tak dengan dia?” aku mulalah nak korek rahsia. Manalah tahu Amir ni ringan mulut nak cerita apa-apa. Kut-kutlah Harith ada mengadu pasal kami dekat kawan baik dia ni pula.

“Sembang apa? Maksud you?”

“Ada tak Harith sebut apa-apa pasal I?”

“Takde. Dia cuma ajak I main futsal minggu depan. Suruh masuk team dia. Itu je. Kenapa?”

Penjelasan Amir merungkai semua persoalan. Harith tak sebut apa-apa, maknanya Amir pun tak tahu sikit pun tentang pertelingkahan aku dan Harith.

“Tak.. Takde apa. Saja tanya. Okeylah, Amir. Sorry kacau. I nak makan pagi kejap.”

“Okey, dear. Kenang daku di dalam setiap suapanmu.”

Aku ketawa. Amir ni macam-macam hal. Aku menggeleng kepala.







SETELAH puas dipujuk rayu, saat yang ditunggu tiba juga akhirnya. Hari ini adalah hari yang paling indah buat aku kerana berjaya juga ajak Harith jumpa. Lama aku menanti di PappaRich. Insan yang dinanti masih tak kunjung tiba. Aku segera ambil fon dalam beg, baca semula satu-satunya mesej yang dibalas Harith setelah berpuluh mesej yang aku hantar untuk mengajaknya keluar hari ini.

Okey.-Harith

Ringkas namun itu sudah memadai. Disebabkan mesej itu jugalah seawal jam 2 petang aku tercongok di sini. Teruja, gembira. Tuhan saja yang tahu perasaan aku! Rasa macam nak lompat tinggi-tinggi sampai langit!

Sementara menunggu, aku memesan thick toast with susu dengan stevia white coffee. Dah lapar sangat sebab sebelum keluar tadi langsung tak jamah apa-apa. Punyalah tak sabar nak jumpa Harith sanggup keluar rumah dengan perut kosong.

Tik! Tok! Tik! Tok! Harith masih juga tak sampai-sampai. Semua dah licin aku makan, kopi secawan pun dah habis. Punyalah lama nak tunggu dia datang. Ya Allah, kuatkanlah kesabaranku.

“Dia ni nak datang ke tak sebenarnya?” aku bermonolog. Aku tebalkan kesabaran, tetapkan hati untuk terus tunggu Harith di sini. Lagipun baru setengah jam. Alang-alang dah ada kat sini, tunggulah lagi setengah jam. Bila jadi macam ni, baru aku tahu macam mana azabnya Harith tunggu nak keluar dengan aku hari tu.

Fon di tangan aku pegang kemas. Tak tahu patut telefon dia atau tidak. Aku sudah jelak menunggu. Harith buat aku macam tak ada hati dan perasaan. Tergamak sungguh dia! Aku tukar fikiran. Malas nak telefon. Mesej sudah!



Abang jadi datang ke tak?-aku



Aku mendengus bosan. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Mesej aku itu masih tak dibalas. Okay, that is it! Aku dah malas nak tunggu lagi! Ada baiknya aku blah sekarang jugak! Harith memang dah tak kisahkan aku lagi! Aku saja yang terhegeh-hegeh nak jumpa dia, tapi dia mana pedulikan aku pun! Geram sungguh aku dengan Harith ni. Rasa macam dia sengaja nak main-mainkan aku pulak! Cakap je nak jumpa, tapi sebenarnya dia tak datang pun! Saja nak buat aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh kat sini. Benci!

Aku tergesa-gesa hendak melintas jalan. Langkah ku ayun laju tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba..

Ponnnnnnnnnnnn!!

Aku hampir dilanggar oleh kereta yang meluncur laju itu, namun mujurlah ada seseorang yang lebih pantas merentap kuat tangan aku ke belakang. Berdecit bunyi tayar kereta akibat brek mengejut. Seluruh tubuhku terasa longlai dek kerana terlalu terkejut dengan insiden yang hampir meragut nyawaku. Aku akhirnya terduduk di bahu jalan.

“Is she okay??!” pemandu kereta itu keluar dari perut keretanya dan menerpa ke arah kami berdua.

“Yes, she is fine. Don’t worry.” Balas satu suara garau bagi pihak aku.

Aku tak tahu siapa yang bercakap sekarang. Aku dah tak boleh fikir..!! Sumpah aku terkejut!! Kalau dia tak tarik aku tadi, mungkin aku dah K.O agaknya.

“Are you sure? Dia ada cedera kat mana-mana tak?”

“Okey tak ni? Ada rasa sakit kat mana-mana?” Lagaknya mengalahkan doktor. Erat dia memelukku, cuba untuk menenangkan aku yang masih dalam keadaan terkejut dan separuh bingung.

Aku menggeleng laju tanpa melihat ke arahnya, seraya cuba melepaskan diri dari pelukan itu bila tersedar orang ramai mula mengerumuni kami. Ah! Malunya! Berpelukan di khalayak ramai pula. Tapi aku tahu lelaki itu tidak sengaja. Dia hanya ingin menyelamatkan aku dari bahaya. Syukur, Ya Allah! Aku masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.

“Jangan risau, encik. Dia okey. Cuma terkejut aje sikit.”

“Lain kali hati-hati nak lintas jalan tu. Nasib baik saya sempat brek.”

“Mintak maaf, encik. Mintak maaf sangat-sangat..”

“It’s okay. Saya pergi dulu.”

Aku tidak tahu apa yang terjadi ketika itu. Apa yang berlaku di sekeliling pun aku tak pasti. Pemandu tadi segera beredar pergi setelah memastikan yang aku tidak alami sebarang kecederaan.

“Rene pasti Rene okey? Tak cedera kat mana-mana kan? Kalau tak kita pergi klinik..” kata lelaki itu yang begitu cemas melihat keadaan aku sekarang.

“Rene… Rene okey..” ujar aku tersekat-sekat tanpa melihat wajahnya.

Eh? Dia panggil aku Rene? Dia tahu nama aku? Sebaik saja pandanganku jatuh ke mukanya, aku tergamam! Dia merenung wajahku lama dengan pandangan risau.

“Kita balik, ya?” ajak Harith seraya menguis rambut yang terurai di dahiku ke belakang. Beg tangan aku di atas jalan segera diambil dan dia membantu aku untuk berdiri semula. Spontan tangannya memaut lenganku, erat. Tak tahu ke mana dia nak bawak aku pergi. Aku antara sedar dan tidak. Yang aku tahu, tangan sasanya itu seakan tidak mahu melepaskan tanganku lagi.

Aku hanya menurut ke mana dia melangkah. Kelu lidahku untuk bersuara. Harith Daniel! Dia yang selamatkan aku! He is my hero! Kalau Harith tak ada di sini tadi entah apa yang akan jadi pada aku agaknya? Mungkin nyawa aku sudah melayang. Mungkin saja aku sudah tidak berkesempatan untuk bertemu dengannya lagi.

**************************

Jgn lupa tinggalkan komen/klik butang reaction di bwh. Thanks!

13 comments:

  1. nak lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  2. we want more . we want more . hehe .

    ReplyDelete
  3. OMG this is so cool !

    ReplyDelete
  4. akak writer sambung la lagi novel ni..please?!

    ReplyDelete
  5. Haha. Ohsem.. cepat2 ye kak,,

    ReplyDelete
  6. adui lama tunggu tu ....nak lagi...Kak Sari

    ReplyDelete
  7. Mohon smbung cept2

    ReplyDelete
  8. Best sgt cite ni...keep it up!

    ReplyDelete
  9. saya mengikuti cite ni best....tp utk mggu sbmg terlalu lama....boleh tak smbng dlm 1mggu 1x ......

    ReplyDelete
  10. Lme lg Kew nk tggu...sob..sob..sob

    ReplyDelete
  11. Best x sbar nk mnanti next entry.....akk smbg lah cpat2 kak x sggup nk mnanti

    ReplyDelete