BAB 10
“TADI tengahari sayang
makan apa?”
Arissa hanya menggeleng
kepala. Bibirnya terkunci rapat. Responsnya itu menghairankan Adrian. Sungguh
dia bingung melihat sikap aneh isterinya itu. Diam seribu bahasa. Sedari tadi,
Adrian langsung tidak dipedulikan. Sengaja dia datang ke kelas Arissa kerana
terlalu rindukan isterinya. Hanya mereka berdua di situ. Classmates Arissa yang
lain masih belum sampai. Kelas Arissa yang seterusnya hanya akan bermula dalam
masa lagi lima belas minit. Semua jadual Arissa dah melekat dalam kepala
Adrian. Kadang-kadang bila Arissa lupa jadual dia, Adrianlah yang tolong
ingatkan.
“Tak makan? Kenapa? Saja
nak cari penyakit?”
Kali ini Arissa tak
memberikan respons. Macam mana nak makan kalau selera pun tak ada. Laju
tangannya menekan-nekan papan kekunci laptop itu. Berpura-pura sibuk dek kerana
malas hendak melayan Adrian. Hatinya masih sakit gara-gara kejadian di
perpustakaan tadi. Masih terbayang-bayang kegedikan gadis bernama Yasmeen. Itu
baru dekat library, kalau dekat luar entah apa-apa lagi yang dia buat agaknya!!
Melampau sungguh! Omelnya dalam hati.
“Kenapa ni, sayang? Dari
tadi you buat tak tahu je dengan I. I ada buat salah ke?” Adrian bertambah
hairan. Isteri aku ni moody betul, aku ada salah cakap atau angin kus-kus dia
dah datang? Atau Arissa marah sebab aku tak jawab fon dia tadi? Hatinya
berteka-teki. Adrian kesal. Kalau dia tak tertidur tadi, tentu saja Arissa
takkan jadi begini.
“Relaksnya you lepak kat
sini. Tak ada kelas? Ke you ponteng kelas?” Arissa membalas soalan dengan
soalan yang berbaur sindiran. Tak tengok muka Adrian sikit pun.
“Mana ada! Kelas
dibatalkan. I duduk kat library je dari tadi, buat kerja.” Balas Adrian.
Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja. Dekat perpustakaan tadi pun dia
bukannya boleh fokus sangat. Nasib baiklah discussion group tak lama. Selesai
kerja, terus dia ke sini.
“Kerja? Kerja apa?”
sengaja Arissa mengajukan pertanyaan yang dia sudah tahu jawapannya.
“Siapkan group assignment
dengan Izwan, Sara, Yasmeen.”
“Yasmeen pun ada? Tak
cakap pun satu group dengan dia?” Arissa bertambah bengang. Padanlah minah
gedik tu ada dekat situ tadi. Dia satu group dengan laki aku rupanya!! Arissa
menggerutu dalam hati.
“Baru tadi je buat group
sebenarnya. Bukan I yang nak, Sir Yaakob tu yang pilihkan. Dia tak bagi kita
orang pilih sendiri.” jelas Adrian sungguh-sungguh. Dari nada percakapan
Arissa, Adrian merasakan ada sesuatu yang menganggu emosi gadis di hadapannya
itu. Sayang aku ni cemburukan Yasmeen ke? Takkan hanya kerana perkara sekecil
itu pun dia sakit hati?
Arissa mengetap gigi.
Meluap-luap marahnya. Panas hati pasal kejadian tadi masih belum hilang,
ditambah pula dengan hal lain. Seronoklah si gedik tu sekumpulan dengan laki
aku. Hari-hari dapat jumpa Adrian, dapat sembang dengan mamat tu. Ggrrrr..
sakitnya hati!!!
Adrian baru perasan yang
bajunya berbau wangi. Dahinya berkerut sedikit. Pelik. Dari mana pula datang
minyak wangi ni? Minyak wangi perempuan pula tu. Dia mencium bajunya
berkali-kali. Baru dia ingat masa dekat library tadi, dia tertidur. Sebaik
terjaga, tengok-tengok baju sejuk Yasmeen ada dekat dia. Kata Yasmeen, dia tak
sampai hati melihat Adrian yang kesejukan. Memang perpustakaan tu sejuk yang
amat, sebab itulah Adrian pun mudah terlelap.
“Apasal baju I bau perfume
perempuan? Ini mesti sebab sweater si Yasmeen ni,” terpacul ayat itu di bibir
Adrian. Pantas dia menekup mulut. Dia sudah terlepas cakap. Masaklah kau,
Adrian!
Berubah riak wajah Arissa.
Darahnya sudah berdesup naik ke kepala. Panas pipinya menahan marah.
“Errr.. mak.. maksud I..
se.. sebenarnya.. tadi.. dia…”
“Dia selimutkan you dengan
sweater dia?” Arissa memintas percakapan Adrian yang tersekat-sekat.
Mata Adrian membulat.
Degupan jantungnya semakin kencang.
“Macam mana you tahu?”
“I was there. I saw
everything.”
“You ada kat situ? Bila?”
“Lepas kelas tadi I cari
you dekat kafe, Shahrul cakap you dekat library. I pergilah. Dapatlah tengok
‘wayang’ percuma. Romantik jugak si Yasmeen tu rupanya, kan?” tutur Arissa
sinis.
Adrian menundukkan wajah.
Baru dia mengerti apa sebabnya Arissa bersikap acuh tak acuh tadi.
“Sayang, kalau you dah
tengok semua tu maknanya you nampaklah I tidur. Maknanya I tak sedar apa-apa.
Kalau I sedar, tak ada maknanya I nak biar dia buat macam tu,”
Adrian berjeda.
“I tertidur masa tunggu
Izwan dengan Sara. Tak sangkalah pulak si Yasmeen tu nak selimutkan I. I pun
terkejut bangun-bangun je ada sweater dia dekat I. Dia kata takut I sejuk.”
“Wow, caringnya dia!!!
Meluat!!” Arissa julingkan mata ke atas. Menyampah!
“Janganlah marah. Kalau I
tahu dia nak buat macam tu, awal-awal lagi I dah lari.” Balas Adrian. Dia mahu
Arissa tahu yang dia juga tidak senang dengan perbuatan Yasmeen itu.
Arissa melemparkan
pandangan ke luar tingkap kelas. Langit cerah berubah mendung. Sayup-sayup
bunyi guruh kedengaran dari atas sana. Mungkin bumi Shah Alam akan ditimpa
hujan sekejap lagi.
“Perempuan tu syok dekat
you.” Luah Arissa setelah dia membisu sejenak. Nadanya sedikit kendur. Wajahnya
juga tidak lagi seserius tadi.
“Hah?? Yasmeen sukakan I?
Merepek je sayang.” Adrian menggelengkan kepala, menafikan. Takkanlah hanya
dengan selimutkan aku itu bermaksud dia sukakan aku. Karut! Gumam Adrian dalam
hati.
“I tak merepek. Lepas apa
yang I nampak tadi, I dah tak sedap hati. I boleh baca hati dia.”
“You tengah marah, mulalah
fikir yang bukan-bukan. Dia kan dah tahu I boyfriend you. Takkanlah dia sukakan
I pulak. Melambak lagi yang single dekat MSU ni.”
Arissa menggeleng,
menyangkal kata-kata suaminya itu. Adrian salah. Kalau semua orang nak cari
yang bujang, dunia ini pasti akan lebih aman. Takkan timbullah isu
rampas-merampas.
“I tak tahu kenapa I jadi
macam ni. Tiba-tiba je I jadi takut. I tak sedap hati, sayang. I rasa macam ada
benda yang tak elok akan jadi kat kita.” Arissa bernada bimbang. Fikirannya
benar-benar terganggu.
“Astaghfirullah hal azim.
Sayang, sayang. Kenapa sampai ke situ perginya? Suka sangat fikir yang negatif.
Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah. Yang pentingnya doa. Minta dengan Allah
supaya tak ada benda buruk berlaku.”
“I tahu, tapi macam mana
kalau instinct I betul? Macam mana kalau Yasmeen memang sukakan you?”
“Dia kena terimalah orang
yang dia suka ni cintakan orang lain. Dah kahwin dah pun.” Ujar Adrian dengan
nada yang agak kuat.
“Syhhh.. perlahanlah sikit
suara you tu. Nanti orang dengar.”
Adrian ketawa. “Biarlah
satu dunia tahu. Lagi bagus. Barulah tak ada siapa kacau kita.”
Arissa senyum pahit. Betul
ke orang takkan ganggu walaupun dah tahu status kami? Entah-entah makin banyak
gangguan adalah. Wajah Adrian direnung lama. Lelaki ini adalah segala-galanya
buat Arissa. Dengan Adrian dia bahagia. Tiada Adrian, tiada sinarlah hidupnya.
“Sayang, boleh you janji
satu benda dengan I?” soal Arissa lembut.
Adrian mengangguk. “Apa
dia?”
“Lepas habis assignment tu
nanti, you jangan dekat dengan dia lagi. Boleh?”
“I janji.” Adrian
tersenyum lebar. Jam tangannya dikerling sesaat.
“I pergi dulu, sayang.
Jumpa lepas kelas nanti. Cium I sikit.” Adrian menyuakan pipinya kepada Arissa.
“Jangan nak
mengada-ngada.” Perlahan Arissa menolak Adrian jauh darinya.
“Eleehh.. bukan ada orang
pun kat sini.” Adrian tak putus asa. Wajahnya didekatkan lagi dengan wajah
Arissa.
Tiba-tiba pintu kelas
diketuk dari luar. Dua-dua menggelabah. Itu adalah isyarat ‘line tak clear’
dari Hanif.
“Cepat la bro!!” Hanif
yang disuruh jaga pintu, melaung dari luar kelas. Kawan punya pasal, dia
layankan saja.
“Alaa.. potong stim
betul!” cebik Adrian. Baru nak manja-manja dengan bini sikit dah ada yang
mengacau.
Arissa ketawa
mengekek-ngekek. Nasib baik Hanif panggil. Kalau tidak gerenti dia kena paksa
dengan Adrian tadi. Kerjanya yang tergendala sebentar tadi disambung semula.
Adrian bangkit dari kerusi. Beg sandangnya digalas sebelah bahu.
“Sayang..”
Arissa yang tekun
menyiapkan kerja, mengangkat pandangan. Tak semena-mena…
Chupp!! Pipi Arissa dikucup
sekali.
Arissa terpempan. Wajahnya
membahang, dadanya pula berdebar-debar. Ketawa Adrian melihat wajah isterinya
yang sudah merona merah. Malulah tu!! Arissa mendengus geram. Satu jelingan
tajam diberikan pada Adrian, membuatkan lelaki itu semakin galak ketawa. Dia
memang suka cari pasal dengan Arissa.
“Jangan marah, sayang. I
love you!” jerit Adrian dan terus berlalu. Puas hati dia. Minta cium macam
minta duit sejuta. Punya susah nak bagi. Sudahnya, terpaksalah guna taktik
kotor.
Arissa meraba-raba pipi
kirinya. Masih terasa hangatnya ciuman itu tadi. Nasib baiklah tak ada sesiapa
di situ. Hanif pun kat luar. Kalau Hanif nampak, malulah dia! Adrian memang
nakal. Semakin menjadi-jadi nakalnya sekarang. Tahulah dah nikah. Naik geram
juga Arissa. Namun, dalam geram ada bahagia. Dapat ciuman percuma dari suami.
Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri.
TELEFON di atas meja tulisnya bergetar,
menandakan ada mesej yang baru masuk. Cepat-cepat dia buka. Mesej dari Adrian.
Sayang, I baru sampai rumah.
Nak tidur kejap. Mengantuk gila. I ambik you kat rumah lepas Maghrib nanti.
Love you.
Timbul sedikit rasa iri
hati pada Adrian. Seronoklah Ian dah habis kelas, siap boleh balik rumah nak
membuta. Sedangkan dia pula masih di kampus, menahan mata yang kian berat demi
menyiapkan tugasan yang diberi. Mesej suaminya itu segera dibalas.
Okey, sayang. Jumpa malam nanti. I love you too.
Handphone disimpan semula
ke dalam beg. Arissa menguap kecil. Matanya pula ditenyeh-tenyeh perlahan.
Sudahlah dekat luar tu hujan lebat, ditambah pula dengan suhu penghawa dingin
di perpustakaan yang mencucuk ke tulang hitam, membuatkan matanya semakin layu.
Kalau kat rumah ni, dah lama dia berbungkus dengan selimut.
“Beb, malam ni kita
keluar, nak? Dah lama tak outing.” cadang Deena.
“Boleh jugak. Pergi Sunway
Pyramid la. Aku nak makan Snowflake,” celah Sofea.
“Kau nak join, Arissa?”
Deena memandang Arissa yang hanya membisu sedari tadi.
“Sorry, girls. Kalau boleh
memang aku nak pergi tapi aku ada hal dengan Ian malam ni. Makcik Ian ajak
dinner kat rumah dia, jadi aku kena pergilah.” Beritahu Arissa. Sejak dari
minggu lepas lagi Auntie Fiza pesan yang mereka wajib datang. Kalau tak pergi,
takut merajuk pula ibu saudara Adrian yang sudah lama menjanda sejak lima tahun
yang lepas. Arissa mengerti isi hati wanita itu. Hafiza sebenarnya kesepian.
Cuma mereka saja yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Sudah nasib dia
begitu. Tak ada suami, tak ada anak. Kaya tapi tak bahagia. Pun begitu, Hafiza
tetap tabah mengharunginya.
“Lupa pulak orang dah
bersuami. Dah susah nak keluar dengan kita.” Deena bersuara lagi. Semenjak
Arissa dah kahwin, sudah jarang benar mereka dapat luangkan masa bersama-sama.
Nasib baiklah ada si Sofea. Setidak-tidaknya, ada juga teman nak ajak ke
mana-mana.
Sofea tersengih,
mengangguk-anggukkan kepala. Setuju dengan Deena.
“Alaaa.. janganlah cakap
macam tu. Hujung minggu ni kalau aku tak sibuk kita outing sama-sama. ok?”
balas Arissa yang sedikit rasa bersalah kerana terpaksa menghampakan permintaan
sahabatnya itu.
“Janji?” Sofea sudah
senyum lebar. Memandang Arissa penuh mengharap.
Arissa mengangkat tangan
kanannya tegak. “Janji!”
Sofea dan Deena tersengih
melihat reaksi Arissa. Sofea tiba-tiba bangkit dari kerusi. Dia perlu segera ke
tandas. Sejuk sangat sampai nak terkucil.
“Beb, tolong jaga beg aku.
Aku nak pergi toilet kejap. Tak tahan sangat dah ni!”
Arissa angguk. Geli
hatinya melihat Sofea yang laju berlari keluar dari perpustakaan. Deena pula
hanya menggeleng-gelengkan kepala. Macam-macam kerenah Sofea ni.
Selang lima minit
kemudian, Sofea muncul semula.
“Arissa, aku ada hot news
nak beritahu kau!” Dengan nada berbisik tetapi teruja, Sofea memberitahu. Dia
terus melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Deena.
“Apa dia?” Arissa sudah tidak
sabar ingin tahu.
Deena juga sudah mula
memasang telinga. Bila masuk bab bergosip, laju je nak join sekali. Sebab
itulah mereka boleh jadi kawan baik. Sekepala. Perempuanlah katakan.
“Tadi masa aku pergi
toilet, Yasmeen masuk. Dia cakap telefon dengan siapa entah.”
“Itu je kau nak beritahu?
Hot news la sangat!” sindir Deena, membuatkan Arissa ketawa mengekek-ngekek.
“Bagi aku habis cakap dulu
boleh?" Sofea menjeling Deena geram. Dia tak habis cakap lagi, sibuk nak
mencelah.
“Ooo.. ada lagi ke? Ok,
sorry. Teruskan.”
Sofea melihat ke kiri dan
kanan. Yakin tidak ada sesiapa di situ, dia kembali bersuara.
“Aku dengar Yasmeen
cakap...”
TELEFON bimbitnya
berdering. Melihat nama si pemanggil, Adrian terus lari keluar menuju ke
halaman, berdiri tidak jauh dari kolam.
“Apa lagi yang you nak,
Krisya? Langsung tak boleh tengok orang senang, kan?” tanpa salam, Adrian terus
menyembur Krisya dengan suara yang tertahan-tahan. Sempat dia menoleh ke
belakang. Melalui sliding door, dia
lihat Arissa sedang rancak berbual dengan makciknya. Sebenarnya dia takut
Arissa terdengar perbualannya itu.
“Please don’t get mad. Sebenarnya I sunyi sangat. I perlukan teman
untuk berbicara.” luah Krisya dengan nada sayu yang
dibuat-buat.
“Buat apa cari I? Tak ada
faedah pun. Pergilah cari sugar daddy kat luar sana. Dia orang tu bukan saja
boleh hilangkan bosan you, duit pun boleh bagi. Untuk kesenangan you jugak.”
“Sampai hati you cakap macam tu, Ian..”
Adrian senyum sinis. Dia
tahu itu cuma taktik kotor Krisya untuk meraih simpati. Sikit pun tak rasa
bersalah kerana menyindir Krisya tadi. Dia tahu Krisya jenis hati kering.
Soundlah macam mana pun, sikit pun dia tak terkesan.
“I ingatkan bila I dah
kahwin tak adalah you kacau I lagi. Ini tidak, makin menjadi-jadi!”
“Tak mudah I nak lupakan you. Makin lama makin kuat ingatan I pada
you,”
Adrian tergeleng-geleng
sendiri. Lama dia membisu. Saat ini baru dia sedar yang kisah hidupnya tak ubah
macam cerita dalam novel. Bila dia sudah mula bahagia dengan yang lain, muncul
kekasih lama untuk menagih cinta yang sudah lama mati. Perlahan Adrian menapak
ke gazebo yang terletak hanya beberapa langkah darinya.
“I harap you sudi bagi I satu lagi peluang untuk I menebus segala
dosa I pada you. Please, Ian. I tak boleh hidup tanpa you.” sambung Krisya. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia
akan berputus asa.
“Peluang untuk apa?
Peluang untuk you sakitkan hati I lagi?!”
“Tak. You salah. I dah sedar kesilapan I dan I janji I takkan
ulanginya lagi.”
“Kalau you fikir I akan
penuhi semua kehendak you, you silap. I bukan lagi Adrian yang you kenal,
Krisya. Ian yang dulu dah tak ada, dia dah mati!!” bentak Adrian dan talian
segera diputuskan.
Dasar perempuan gila!
Adrian menjerit dalam hati. Tangannya menumbuk tiang gazebo sekali, melepaskan
geram. Dari luar rumah, telinganya menangkap bunyi gelak ketawa Auntie Fiza,
abang dan kakak iparnya. Suara Abang Afnan yang paling kuat. Semua tengah
seronok layan ulangan Maharaja Lawak Mega. Adrian bingkas bangun. Dia tidak
mahu berlama di situ kerana bimbang Arissa mengesyaki apa-apa nanti.
Sebaik saja dia
memusingkan tubuhnya, matanya tertancap ke wajah Arissa yang entah bila masa
tercegat di belakangnya.
“Sayang, terkejut I. Bila
masa you ada kat sini?” Adrian yang sedikit terperanjat, mengurut-urut dada.
Kus semangat! Dia tak sedar Arissa ada dekat situ. Agaknya Arissa dengar ke
tadi?
“You cakap dengan siapa
tadi?” tanya Arissa perlahan.
“Tadi? Err.. kawan..”
Adrian berbohong. Dia tunduk menekur lantai. Tak berani ingin menatap wajah
Arissa saat ini.
“Maksud you Krisya?”
Adrian menelan air liur.
Terasa kesat. Habislah aku!! Macam mana dia tahu?
“I dengar you sebut-sebut
nama dia tadi. Kenapa, Ian? Kenapa mesti you tipu I? Kenapa?!” bentak Arissa,
seakan dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran suaminya. Sungguhlah dia
kecewa. Sangkanya lelaki itu akan berlaku jujur dengannya, namun ternyata dia
silap. Adrian sudah pandai berbohong!
Arissa dah tak peduli
kalau ada sesiapa yang dengar pertengkaran mereka. Biar semua tahu perangai
Adrian yang sebenar. Dia tidak pasti apa yang dibualkan, namun yang dia pasti
memang Krisyalah dalam telefon tadi. Orang kalau dah berbohong, itu bermakna
ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Itulah yang menyebabkan Arissa teramat
marah dan sakit hati. Mungkinkah masih ada sesuatu di antara mereka?
“I.. I cuma..”
“Tergamak you buat I macam
ni..” hampa nada Arissa, sehampa hatinya. Sudahlah moodnya tak berapa baik
setelah mendengar cerita yang diberitahu oleh Sofea petang tadi. Kata Sofea,
dia dengar Yasmeen mengaku pada seseorang, yang dia sudah lama menaruh hati
pada Adrian. Mendidih darah Arissa dibuatnya. Instinctnya sangat tepat!! Apa
yang dia risaukan sudah jadi kenyataan.
Wajah Adrian ditenung
beberapa saat, sebelum dia ingin melangkah masuk ke rumah semula. Namun
langkahnya terhenti bila tangannya tiba-tiba ditarik Adrian yang cuba
menghalangnya.
“Sayang, dengar dulu
penjelasan I.” Adrian berdiri betul-betul di depan Arissa ketika ini. Sungguh
dia kesal kerana bertindak sedemikian rupa. Kalaulah tadi dia berterus-terang,
tentu Arissa takkan bersedih hati.
Laju Arissa menggeleng.
Tidak ada apa-apa yang perlu Adrian jelaskan lagi. Semuanya dah terlambat.
“I kecewa dengan you,
Ian.” lirih suara Arissa. Hanya itu saja yang mampu diungkapkan dan dia terus berlalu
pergi.
***********************************************
BAB 11
“KHUSYUKNYA dia baca buku.
Boleh join?”
Arissa mengangkat muka.
Tak sampai sesaat wajah itu dipandang, dia kembali fokus pada buku nota di
tangan. Tanpa menanti respons dari Arissa, insan yang menegur itu terus duduk
di sebelahnya. Arissa buat tak endah. Masa aku tengah tak ada mood inilah dia
datang mengacau. Omel Arissa dalam hati.
“Kenapa awak sorang je kat
sini? Mana kawan awak yang lagi dua orang tu?” soal Zarif ramah. Pelik bila dia tengok cuma Arissa seorang di
ruangan U-Plaza ini. Tempat lepak student sementara tunggu kelas bermula. Namun
ketika ini suasananya agak lengang sedikit. Mungkin ramai yang dah keluar makan
tengahari.
“Pergi Tesco kejap.” acuh
tak acuh Arissa menjawab.
“Ooo.. awak dah makan?”
“Belum. Kenapa?”
“Baguslah. Bolehlah kita
makan sekali.” ujar Zarif, benar-benar berharap agar permintaannya tidak
dikecewakan. Seboleh-bolehnya dia ingin mendekati gadis itu. Ya, dia tahu
Arissa tidak mudah untuk didekati, namun itu bukanlah penghalang. Sekeras-keras
hati Arissa, dia tetap perempuan. Kalau kasi ayat baikkk punya gerenti sekejap
saja dah cair. Heh!! Ini Zariflah. Jejaka terhangat di pasaran. Perempuan bodoh
saja yang berani reject aku. Hatinya memuji-muji diri sendiri.
Makan sekali? Siapa entah
nak makan dengan dia? Tak boleh jadi ni. Aku kena cari alasan supaya buaya
darat ni takkan boleh paksa aku makan dengan dia. Kata-kata itu bergema di
dalam hatinya. Ligat kepala otaknya mencari alasan kukuh. Tiba-tiba...
“Sayang, jom lunch.” suara
macho itu menyapa halwa telinganya.
Arissa berkalih pandang ke
arah suara itu. Kemunculan Adrian benar-benar melegakan Arissa, walaupun dia
sebenarnya tidak ada hati ingin bertemu mata dengan suaminya itu buat masa ini.
Namun, dia sudah tidak ada pilihan lain. Memang dia masih marahkan Adrian, tapi
dia lebih rela begitu daripada keluar dengan jantan kasanova tu. Great!! This
is just great!! Adrian tiba tepat pada masa. Senyum Zarif pudar. Alamakkkk...
boyfriend dia dah datang pulak!!
“Sorry, Zarif. Saya tak
dapat join awak makan. Saya nak lunch dengan Ian.” Arissa segera menyimpan buku
nota ke dalam beg. Mahu cepat-cepat beredar kerana dia sudah tidak sanggup
terus berlama di situ.
“It’s okay. Saya faham.
Lain kali ajelah nampaknya.” balas Zarif sedikit hampa. Gagal lagi rancangan
aku!
Adrian melirik sekilas ke
arah Zarif sebelum dia memandang ke tempat lain dengan wajah serius. Cukup
benci melihat playboy itu yang sentiasa menganggu isterinya. Nasib baik dia
datang cepat. Ada hati nak ajak Arissa makan pulak. Dah puas hidup agaknya
mangkuk tingkat ni!
Pasangan suami isteri itu
berjalan beriringan menuju ke parking lot. Arissa cuma diam tanpa bicara.
Sesekali Adrian menoleh ke arah Arissa yang kelihatan seakan tidak berminat
untuk bercakap dengannya. Adrian dapat rasa yang isterinya itu masih marahkan
dia tentang kejadian malam tadi.
“Mamat tu ajak you lunch
ke?” Adrian mencetus keheningan di antara mereka.
Arissa cuma mengangguk.
Macam ada berlian dalam mulut, langsung tak bercakap.
“Berani betul. Nasib baik
I cepat datang, kalau tak..” Adrian tidak menghabiskan ayatnya.
Kata-kata Adrian dibiarkan
sepi tanpa reaksi. Arissa tahu apa yang Adrian rasa. Sebelum ini pun dah banyak
kali lelaki itu meluahkan rasa tidak senangnya dengan sikap Zarif. Apa lagi
bila Zarif cuba menggoda isteri dia pula. Siapa yang suka?
“Sayang nak makan dekat
mana?” soal Adrian sewaktu kereta sudah meluncur keluar dari perkarangan
kampus.
“Entah.”
Sepatah saja jawapan di
bibir Arissa, itu sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya. Orang tengah
moody tu jadi jangan cuba cari pasal, Ian! Adrian mengeluh berat.
“You bukannya nak keluar
sangat dengan I, kan? Saja cari alasan nak lari dari si Zarif tu, betul tak?”
tebak Adrian.
Arissa bungkam. Tekaan
Adrian mengena. Memang betul dia cuma gunakan peluang itu untuk menjauhkan diri
dari Zarif. Hatinya jadi sakit setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Adrian
sanggup membohonginya, itu yang buat dia kecewa. Adrian tak pernah belajar dari
kesilapan. Dulu pun hubungan mereka hampir musnah kerana sebab yang sama. Sudah
lupakah Adrian tentang kejadian itu? Tak serik-serik! Janji taknak buat, tapi
buat juga! Kalau dah namanya lelaki, hanya tahu menabur janji. Besar sangat ke
permintaan kami, wahai lelaki? Bukan intan permata yang kami mahu, yang kami
mahukan hanyalah sebuah kejujuran. Itu pun terlalu sukar untuk ditunaikan.
Dengan wajah serius,
Arissa melemparkan pandangan ke luar tingkap. Adrian mengerling Arissa dengan
ekor mata. Layanan dingin dari isterinya itu amat-amat menyeksa jiwa. Rindunya
dia nak tengok Arissa senyum dan ketawa. Selama mereka berkahwin, ini pertama
kali mereka bergaduh.
Proton Satria GTi yang
pernah menjadi milik abangnya Adrian satu ketika dulu dipecut laju menuju ke
McDonald's Seksyen 2. Sengaja Adrian pilih tempat yang agak jauh dari MSU.
Dalam keadaan sekarang, hanya sedikit privasi yang mereka perlukan. Dia hanya
mahu berdua dengan Arissa tanpa ada yang menganggu.
Di McDonald's, Arissa
memilih untuk duduk di luar memandangkan tempat duduk di dalam sudah penuh.
Dekat luar lengang sikit. Maklumlah, angin tak berapa nak baik. Dia malas nak
bersesak dekat tempat crowded. Adrian yang sememangnya sudah faham dengan
perangai isterinya hanya menurut. Dia sendiri pun jenis yang cepat rimas.
“You duduk dulu, biar I
pergi beli makanan. You nak apa?” tanya Adrian.
“Milo ais.”
“Minum je? Makan?”
Arissa geleng. Tak rasa
nak makan apa-apa. Malas nak banyak soal, Adrian terus masuk dan beratur. Nasib
baik queue dah tak panjang, jadi tak perlu tunggu lama untuk isi perut yang
sudah berkeroncong.
Beberapa minit kemudian,
Adrian datang ke meja dengan dulang yang ada dua air, dua burger dan sekotak
nugget. Sos cili pun bukan main banyak lagi dia ambil. Kegemaran dialah
katakan. Adrian sudah menggigit burgernya sedikit. Arissa pula cuma minum air.
Nugget dengan burger tak dijamahnya langsung. Adrian menggeleng perlahan.
Pantang gaduh sikit, mulalah mogok lapar. Aduhai, isteriku. Janganlah seksa
suamimu begini. Ujarnya dalam hati.
“Bukak mulut.” suruh
Adrian sambil menyuakan sekeping nugget ke mulut isterinya.
“Kan I dah cakap I taknak
makan.”
“Kena makan. I taknak you
sakit.” Adrian berkeras.
“You ingat you boleh pujuk
I dengan tunjuk caring macam ni?” penuh serius wajah Arissa. Nugget di tangan
Adrian diambil lalu diletak ke dalam kotaknya semula.
Berubah riak wajah Adrian.
Seketika, dia membisu. Terbantut selera makannya. Milo ais disedut sedikit
untuk membasahkan tekak.
“Tolonglah, sayang. I
taknak bergaduh dengan you.”
“I nak tanya you, apa lagi
yang you sorokkan dari I? Mesti sebelum ni pun you dengan dia kerap berhubung,
kan? I je yang tak tahu.” akhirnya Arissa meluahkan juga apa yang dipendamkan
sejak dari malam tadi. Balik dari rumah Auntie Fiza, terus dia matikan telefon,
tak mahu diganggu.
“Dia je yang cari I, tapi
I tak pernah layan pun.”
Arissa tersenyum sinis.
“Masa yang kita dekat butik ZARA tu pun you cakap fon dengan dia? Bukan orang
tersalah nombor?”
Pertanyaan itu hanya
disambut dengan anggukan lemah dari Adrian. Arissa mengetap gigi. Makinlah dia
geram. Rupa-rupanya dah banyak kali dia tertipu, tapi disebabkan rasa
percayanya terhadap Adrian, dia langsung tak syak apa-apa. Akhirnya, Tuhan
tunjukkan kebenaran.
“I tak boleh terimalah
semua ni. Suami I tak jujur langsung dengan I. You tahu itu benda yang paling I
benci, tapi you buat jugak. Sengaja nak sakitkan hati I.”
“Demi Allah itu bukan niat
I. I mengaku I salah sebab tak pernah berterus-terang dengan you, tapi sumpah I
tak pernah contact dia. Dia je yang kerap cari I.”
“Baru sekarang you nak
berterus-terang.”
“I takut you marah, sebab
tu I tak pernah cakap.”
Arissa ketawa. Ketawa yang
dibuat-buat. Alasan apa dia bagi ni? Macam budak-budak!! Bencinya aku dengar!
“Kenapa nak takut kalau
betul you tak bersalah? Lainlah kalau you ada hubungan sulit dengan dia.”
lancar mulut Arissa menyindir suaminya. Berani kerana benar, takut kerana
salah. Adrian tak perlu takutkan apa-apa kalau betul dia tak ada apa-apa dengan
Krisya.
“Tak. Demi Allah tak,
sayang. Percayalah.” ujar Adrian sungguh-sungguh. Tak sanggup lagi nak dengar
segala macam tuduhan keluar dari bibir itu.
“Dulu you pernah cakap,
dalam perhubungan harus ada kejujuran. Sekarang you sendiri yang tak jujur.
Kalau itu pun you tak mampu lakukan, macam mana kita nak bertahan?” saat ini
mata Arissa merenung jauh ke dalam anak mata Adrian.
“I cuma nak jaga perasaan
you, sebab I tahu you langsung tak boleh dengar nama dia. Maafkan I, sayang. I
fikir tindakan I ni betul, rupa-rupanya I dah tersilap langkah.”
“I akan lebih terseksa
kalau you tak berlaku jujur dengan I, Ian. Ingat tu.”
NADA dering Payphone
berbunyi kuat, meminta segera diangkat. Cepat-cepat Adrian mengambil telefonnya
dalam poket seluar. Jai. Adrian menghela nafas lega. Nasib baik bukan Krisya.
Sejak kejadian malam tu, dia betul-betul serik. Dia sudah tidak mahu ada
apa-apa kaitan dengan gadis itu lagi.
“Bro, jadi tak join kita orang lepak Ahad ni?”
“Tak. Malas.” jawab Adrian
yang sedang bersandar pada keretanya. Jam tangan dijeling sekilas. Sudah 10
minit dia menunggu isterinya di tempat parkir itu, namun bayang Arissa tetap
tidak kelihatan.
“Laa.. asal pulak?” soal Jai.
“Kalau korang berkumpul
jawabnya si Krisya pun ada sekali. Aku taknak.” serta-merta peristiwa malam
reunion mereka menerjah ke ingatan. Disebabkan hal itu, dia bergaduh besar
dengan Arissa. Adrian takut kalau dia terkena lagi kali ni. Kata nak lepak
dengan member-member, tup-tup minah psiko tu ada jugak. Adrian tak sanggup!
“Tolong sikit eh? Aku belum gila lagi nak ajak minah tu. Lainlah
kalau aku ni Azmeer. Join jelah, bro. Sejak akhir-akhir ni susah sangat nak
jumpa kau.”
Azmeer. Dengar nama itu
saja sudah cukup menyakitkan hati Adrian. Adrian senyum sinis. Sehingga ke saat
ini dia masih belum melupakan tindakan bodoh Azmeer. Disebabkan kejadian itu,
mereka jadi renggang. Azmeer juga tidak dijemput hadir ke majlis pernikahannya.
“Tengoklah macam mana. Aku
tak janji. Apa-apa hal nanti aku call.”
“Okey. Chow!”
Adrian melihat jam sekali
lagi. Satu keluhan halus dilepaskan. Manalah sayang aku ni? Takkan dia lupa
kut? Ke tak habis merajuk lagi? Soalnya dalam hati. Tadi sewaktu di McDonald's,
puas Adrian memujuk, memohon kemaafan dari isterinya itu, namun Arissa tetap
juga buat tak endah. Mungkin dia masih marah. Sabarlah hati.
Aplikasi Whatsapp dibuka
dan terus diklik pada nama My Sayang, nama manja yang dikhaskan untuk Arissa.
Last seen Arissa sejam lepas. Ish! Busy sangat ke sampai langsung tak tengok
Whatsapp? Soal Adrian dalam hati. Laju jari-jemarinya menaip mesej.
Sayang kat mana? Cepatlah turun. I tunggu dekat parking.
Sekejap saja dah double
tick, bermakna mesej itu sudah diterima namun masih belum dibaca. Adrian
mundar-mandir di situ. Resah. Dia benar-benar resah. Kalau Arissa tak datang
jugak, masaklah dia! Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Adrian sudah mati
akal.
“Ian!”
Adrian tersentak. Pantas
dia menoleh ke arah gadis yang sedang berjalan ke arahnya. Mampus aku! Minah
gedik dah datang! Adrian sudah mula menggelabah. Menggelabah kerana dia tahu
dia takkan dapat larikan diri dari Yasmeen lagi. Tadi masa dalam kelas, Yasmeen
tiba-tiba cakap nak tumpang balik. Cepat-cepat dia mesej Arissa dan harap
sangat Arissa boleh selamatkan dia dari perempuan gedik ini. Masalahnya, batang
hidung Arissa masih juga belum kelihatan. Kenapalah wife aku ni tak datang
lagi? Dia sengaja ke nak biarkan aku dengan Yasmeen? Dia suka ke perempuan
gedik ni kacau suami dia?
“Hai, Yasmeen..” Adrian
senyum. Senyuman yang dibuat-buat.
“I ingatkan you dah
tinggalkan I tadi.” rengek Yasmeen dengan nada manja bercampur gedik. Tadi dia
panik gila sebab tak jumpa Adrian. Walhal tadi lelaki itu sudah setuju nak
tumpangkan dia balik. Sangkanya Adrian akan menolak tapi tidak. Seronok sungguh
dia. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Harus dimanfaatkan sebaik
mungkin.
“Hah? Aaa.. tak.. I..
err..”
“You ni tiba-tiba je jadi
gagap. Jomlah cepat! Nanti jalan jam pulak,” gesa Yasmeen.
Adrian menggaru-garu
kepala yang tak gatal. Dia buntu. Tak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Dia
sudah tidak ada pilihan lain. Nampak gaya terpaksalah dia tumpangkan Yasmeen
juga.
Adrian sudah ingin membuka
pintu bila dia dipanggil seseorang.
“Sayang!”
Lebar senyuman Adrian
melihat Arissa ketika itu. Alhamdulillah, datang pun! Dia menarik nafas lega.
Matanya melirik ke arah Yasmeen. Tidak ada lagi senyuman di wajahnya. Ternyata
dia kurang senang Arissa yang tiba-tiba muncul, merosakkan rancangannya untuk
berdua-duaan dengan Adrian.
“Sorry I lambat, ada
discussion sikit dengan kawan-kawan tadi.” jelas Arissa seraya tersenyum nipis.
Tali beg sandang di bahunya dibetulkan.
“It’s okay. Masuklah
cepat.”
“Yasmeen pun tumpang
kita?” kening Arissa terjungkit sebelah. Dia mengerling Yasmeen dengan hujung
mata. Sengaja buat-buat tanya walhal semuanya sudah Adrian ceritakan. Satu senyuman
plastik dilemparkan ke arah Yasmeen yang berdiri kaku di sisi kereta, persis
patung tidak bernyawa.
“Ha’ah. I.. I tak bawak
kereta.. hari ni.” jawab Yasmeen tersekat-sekat. Wajahnya ditundukkan sedikit.
Kurang asam betul! Sia-sia je semua rancangan aku. Baru ingat nak berkepit
dengan mamat handsome ni, alih-alih datang pulak perempuan ni. Kacau!
“Ooo.. masuklah. You tak
kisah duduk kat belakang, kan?” soal Arissa sekadar ambil hati. Bukan ikhlas
pun tanya. Memang sepatutnya dia yang duduk di depan, bukan Yasmeen!
Yasmeen tersenyum paksa.
“Yup, it’s okay. I don’t mind.”
Arissa angguk dan terus
masuk kereta. Sewaktu dia hendak pakai tali pinggang keledar, sempat dia
kerling Adrian. Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya mengemam bibir menahan
tawa.
BERKERUT dahi Arissa
memandang suaminya yang tiba-tiba ketawa sendiri, seakan ada sesuatu yang
begitu mencuit hati. Entah apa yang lucu sangat entah? Nak kata dia buat lawak,
tak pun. Nak kata DJ radio kelakar pun tidak.
“What’s so funny?”
“Takde apa. I cuma
teringat pasal tadi. Kelakar.” jawab Adrian dengan tawa yang masih bersisa.
“Pasal Yasmeen?”
Tanpa memandang Arissa,
Adrian mengangguk. Perhatiannya ditumpukan sepenuhnya pada jalan raya.
“Dia tu kalau you tak ada
bukan main gedik lagi, tapi tadi bila you ada je terus jadi baik. Dah macam
robot pun ada. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Ha ha ha ha!” semakin galak
Adrian ketawa. Geli hati mengenangkan kejadian tadi. Depan Arissa pijak semut
pun tak mati minah tu tapi belakang Arissa terus jadi ulat bulu.
“Gelak la gelak!! Yasmeen
tu pun sama, sejenis betina murahan. Gedik kacau hak orang!” Arissa sudah
mencuka.
Alamak, garangnya orang
sebelah aku ni! Getus Adrian dalam hati. Tawanya sudah mati. Tak berani nak
ketawa lebih-lebih, takut kena karate dengan Arissa yang kelihatan begitu
serius.
“I tak fahamlah kenapa
dunia ni dipenuhi perempuan gila? Kurang kasih sayang agaknya! Baik kekasih
orang, tunang orang, suami orang, semua dia nak sapu! Dah takde jantan lain ke
nak kejar?”
“Dah, dah! Calm down,
sayang. Bawak mengucap. Istighfar banyak-banyak. Takut nanti dapat dosa kering
je.” Adrian cuba meredakan kemarahan isterinya. Dia tahu apa yang menyebabkan
Arissa begitu marah. Semuanya sudah diceritakan kepadanya. Baru dia tahu yang
Yasmeen dalam diam meminatinya.
“I sakit hati! Tau tak?”
“I tahu. Tapi bukan
perempuan je macam tu, lelaki pun sama. Macam si Zarif tulah.”
“Zarif?”
“Ya. I pantang betul kalau
nampak dia dekat dengan you. I tak suka cara dia pandang you, cara dia bercakap
dengan you. I tak suka.”
“Tadi tu dia yang datang
tiba-tiba. I buat hal sendiri je.”
“I tahu, sayang. Lepas ni
jangan dekat dengan dia lagi. Tau?”
“Yelah, sayangku.”
Adrian senyum sampai ke
telinga. Sungguh, dia rindu sangat nak dengar Arissa panggil dia sayang.
“Dah tak marah I ke?”
Sesekali Adrian melirik ke arah isterinya.
“Tak sangat. Sikit-sikit
je.”
“Alaa.. janganlah
marah-marah lagi. You tak kesian dekat encik suami you ni ke?”
“Marah tandanya sayang,
cemburu juga tandanya sayang. Kalau I tak sayang, tak adanya I nak cemburu,
marah-marah bagai. You buatlah apa pun, I tak ambil peduli. Faham?”
“Faham, sayang.” balas
Adrian. Stereng kereta dikawal dengan sebelah tangan, sebelah lagi meraih
tangan Arissa lalu digenggam erat.
Arissa hanya tersenyum
dengan tingkah suaminya itu. Dia mengemaskan genggamannya. Semakin meleret
senyumnya bila Adrian mengucup tangannya lama. Arissa hanya membiarkan. Hilang
terus stress bila dapat bermanja-manja dengan suami.
“Lepas ni you beritahu
yang sebenar jelah dekat Yasmeen.” ujar Arissa tiba-tiba.
“Beritahu apa?” kening
Adrian terjungkit.
“Yang kita ni dah kahwin.”
“You pasti ke ni, sayang?
Kata taknak orang lain tahu.”
“Kalau dah macam ni
keadaannya, lebih baik dia tahu. I taknak dia kacau you lagi.” Arissa nekad.
Dia sudah tidak mahu berselindung. Ada baiknya Yasmeen tahu, mungkin lepas ini
dia takkan berani kacau Adrian lagi.
“Kalau macam tu, Zarif pun
kena tahu. I akan pastikan yang buaya darat tu takkan dekat dengan you lagi.
Titik.”
Arissa angguk faham. Nafas
dihela perlahan. Cuak dia memikirkan apa reaksi Yasmeen dan Zarif setelah
mengetahui perkara sebenar. Harapnya mereka akan menjauhkan diri dan takkan
ganggu kami lagi. Bisik Arissa dalam hati.
No comments:
Post a Comment