Monday 2 February 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 10

Beberapa bulan kemudian.


WAKTU begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari saja lagi sebelum minggu peperiksaan akhir tamat. Sunyi rumah ini memandangkan ramai housemate aku yang habis exam awal, sudah pun balik ke kampung halaman. Cuma tinggal aku, Naura dan dua lagi housemate kami yang hanya akan habis periksa pada esok petang. Lepas tu kami merdeka!!

Sedang aku khusyuk mentelaah, handphone berdering. Panggilan dari mama.

“Anak mama tengah buat apa tu? Dah makan?”

“Tengah study, ma. Dah makan dah tadi.” Jawab aku sambil membetulkan duduk pada kerusi panjang di ruang tamu.

“Ad punya last paper esok, kan?”

“A’ah, mama. Kenapa?”

“Saja nak confirm. Sebelum mama terlupa mama nak beritahu yang hari Jumaat ni kita kena balik ke Pahang. Tok pa dah plan lama nak bercuti kat rumah anak bongsu dia tu.”

Dengar saja Pahang, terus aku senyum sampai ke telinga. Tak sabarnya nak habis exam dan makan angin di sana. Kalau balik Pahang, kami takkan ke lain selain rumah Ucu, adik papa yang menetap di Kuantan sejak lima tahun yang dulu. Rindu sangat nak jumpa Ucu sekeluarga. Paling rindu nak jumpa anak-anak Ucu yang gila-gila tu.

“Balik naik flight ke, mama?”

“Tak. Tok pa suruh berjimat. Abang Ashman pun sanggup drive ke sana. Jadi esok lepas exam Ad terus balik rumah, ya? Sebab hari Jumaat tu tok pa nak bertolak seawal pagi yang boleh.”

Amboi, rajinnya Ashman Aidil! Sanggup drive dr KL ke Kuantan tu! Sebut saja Ashman terus hati jadi teruja bagai nak gila. Malam tadi Ashman mesej kata nak datang lunch dengan aku hari ni. Aku tengok jam. Lagi satu jam nak masuk pukul 1. Yeaayy!!

“Ok, mama. Insya-Allah.”

“Kalau ada apa-apa perubahan mama telefon Ad. Pergilah sambung study. Good luck untuk esok, sayang.”

“Thank you, mama. Doakan Ad, ya? Bye, ma. Love you.”

“Mama selalu doakan Ad. I love you too, sayang. Bye.”

Aku sambung baca buku. Perlu fokus lebih sebab esok merupakan subjek yang paling mencabar buat kami. Kalau tak boleh jawab memang masaklah! Waktu terus berlalu. Sudah pukul 1.30 petang namun masih tidak ada panggilan dari Ashman. Selang lima minit aku tengok jam. Handphone pun 24/7 di tangan. Mana dia ni? Kata nak lunch sekali tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Hati mula resah. Dah tak boleh tumpukan perhatian pada buku. Sekali lagi aku tengok fon. Sepi.

“Kau ni kenapa resah sangat? Rasanya dah lebih 10 kali kau check fon kau tu.” tegur Naura yang dari tadi hanya memerhati.

“Tengah tunggu Ash call. Dia kata nak lunch dengan aku hari ni, tapi sampai sekarang senyap je. Entah jadi ke tidak ni.”

“Dia busy kut? Relakslah! Kalau tak dapat jumpa hari ni pun, esok lusa boleh jumpa jugak.” usik Naura nakal.

“Aku bukan apa, kalau tak jadi cakaplah awal-awal. Bolehlah masak apa-apa kat rumah ni.” balas aku sambil memegang perut yang sudah berkeroncong. Serba-salah aku dibuatnya. Nak makan dulu takut kejap lagi dia datang pulak.

Aku dah malas hendak menunggu. Laju saja nombornya aku dail. Dua kali call, tapi tak jawab-jawab. Manalah si Ashman ni? Takkan lupa kami ada date? Puas call, aku hantar mesej. Pun dia tak balas. Dah kenapa pulak Ashman ni? Busy sangat ke kat ofis tu?

“Apasal tak jawab-jawab ni?” aku merungut sendiri. Masih tidak ada respons dari lelaki itu.

Aku tak putus asa. Cuba juga call dia sampai dapat. Dan akhirnya panggilanku berjawab. Aku sengih lebar.

“Hello.”

“Hello, abang. Ada kat mana ni? Kenapa banyak kali Ad call tak jawab? Mesej pun tak reply.” soalku bertubi-tubi sambil masuk ke bilik. Segan pula nak cakap depan Naura.

“Sorry. Abang busy.” jawab Ashman ringkas.

“Habis tu jadi datang sini ke tak?”

“Tak. Kerja banyak.” hambar sekali nada Ashman.

Aku mengerut dahi. Ashman ni kenapa? Sepatah ditanya sepatah dijawab. Cara dia bercakap pun serius saja, tak seceria selalu.

“Abang okey tak ni?”

Lama Ashman membisu. Aku mundar-mandir di tepi katil. Tak senang duduk dibuatnya. Dia dengar tak aku tanya ni?

“Okey. Kenapa?” Ashman memecah keheningan yang tercetus beberapa saat.

“Lain macam je Ad dengar. Ke abang tak sihat?”

“Abang kata ok, maknanya ok lah!! Asal banyak tanya sangat?!” jerkah Ashman tiba-tiba.

Aku terdiam. Tak ada angin tak ada ribut dia naik berang. Apa yang tak kenanya ni? Aku ada salah cakap ke tadi?

“Orang tanya baik-baik, kan? Yang abang nak marah-marah ni kenapa?” aku cuba tebalkan kesabaran walaupun dalam hati sakitnya Tuhan saja tahu. Tanya sikit pun kena marah. Selama ni Ashman tak pernah pun macam ni.

Senyap. Hanya nafasnya saja yang kedengaran. Aku yang tercegat di tepi jendela turut membisu. Tak tahu apa lagi nak dikata.

“Sorry kalau Ad kacau abang.” aku yang sudah hilang mood pantas memutuskan talian. Langsung tidak memberi Ashman kesempatan untuk bersuara.

Aku yang masih kebingungan segera duduk di birai katil. Satu keluhan berat aku lepaskan. Fon aku letak ke sisi. Terngiang-ngiang suara Ashman memarahi aku tadi. Abang, apa salah Ad?





USAI solat Asar, aku ajak Naura pergi Mid Valley, sekadar ingin melepaskan tekanan belajar setelah berjam-jam menghadap buku. Lagipun orang kata tak elok study lepas Asar. Setibanya di sana kami terus ke Baskin Robbins. Tekak aku ni dah lama tak makan ais krim yang sesedap itu. Petang ni tiba-tiba mengidam pulak.

“Jealousnya tengok couple macam tu. Bahagia je nampak!” tegur Naura. Ralit memerhati gelagat sepasang kekasih yang saling bersuapan ais krim tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

Aku cuma tersenyum mendengar kata-kata Naura. “Mana kau tahu dia orang bahagia?”

“Tahulah. Kalau dah mesra macam tu mesti tengah bahagia la tu..!”

“Tak semestinya. Entah-entah itu semua lakonan semata-mata. Di luar nampak bahagia, dalam hati Tuhan saja yang tahu.” jawab aku serius sambil mengerling ke arah mereka sekilas.

Naura menyengih, angguk tanda setuju. Ais krim Brownie Ala Mode disuap sedikit demi sedikit. Sekali lagi aku kerling ke arah merpati dua sejoli itu. Tampak serasi. Serta-merta fikiranku menerawang terkenangkan betapa bahagianya aku dan Ashman dulu. Tapi lihatlah apa yang jadi pada kami sekarang. Baru berapa bulan bercinta dah mula nampak belangnya. Pilu hati ini setiap kali teringat hal tadi.

“Kalau kau tanya aku, aku akan kata hidup bersendirian itu lebih membahagiakan dari berteman.” luah aku sedikit sayu.

“Kenapa cakap macam tu?”

“Being single is better. Cuma perlu fikirkan diri sendiri saja dan tak perlu fikirkan orang lain. Kalau ada partner ni, faham-faham sendirilah..”

“Aku tengok kau ni emosional semacam. Ada yang tak kena ke?”

Aku menggeleng perlahan. Mata meliar memerhati gelagat manusia yang membanjiri pusat membeli-belah ini.

“Dulu aku macam kaulah. Orang bercinta aku pun nak bercinta, tapi bila dah alami sendiri baru tahu yang itu semua hanya menyakitkan.”

“Kau tak menjawab soalan. Aku tanya ada yang tak kena ke? Bunyi macam orang tengah frust je.”

Aku duduk menopang dagu. Sedikit keberatan mahu menjawab. Ais krim dalam mangkuk dah cair. Selera mati.

“Kau gaduh dengan Ash ke?” soal Naura lagi.

“Pagi tadi aku ada call dia. Dia layan aku nak tak nak je. Aku tanya dia ok ke tak, lepas tu terus dia marah-marah. Sumpah aku tak faham kenapa dia jadi macam tu.” cerita aku akhirnya. Keluar ni pun langsung tak cakap dekat dia. Sengaja tutup fon. Tak mahu diganggu.

“Patutlah. Dia tengah ada masalah kut? Stress kerja agaknya tu.”

“Orang lain pun stress jugak. Kut ya pun ada masalah bagitahu la, bukannya main lepas geram macam tu je. Dia ingat aku ni punching bag ke?”

“Entah-entah si Hanis tu buat masalah lagi tak? Sebab tu dia jadi macam tu.”

“Hanis dah lama resign. Tak ada kaitan pun dengan dia.” Jawab aku tanpa sebarang riak. Entah apa ceritalah dia sekarang. Ashman kata sejak kejadian itu, dia terus menghilang tanpa khabar berita. Lega jugaklah aku dibuatnya. Sebab aku takkan senang duduk seandainya mereka tetap bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Aku tahu Hanis tu orangnya macam mana.

“Dahlah tu. Ada baiknya kau slow talk dengan dia. Bergaduh takkan selesaikan masalah.” Naura mengusap-usap bahuku lembut.

Mangkuk ais krim aku tolak ke tepi. Aku tarik nafas yang kian menyempit. Rasa macam nak nangis, tapi tak ada air mata pun yang keluar. Sungguh inilah benda yang paling aku takutkan. Bila bergaduh semuanya jadi terganggu. Aku terseksa! Amat-amat terseksa!







BERTUBI-TUBI mesej masuk sebaik aku on telefon. Semuanya dari Ashman.



Sayang, where are you? Kenapa tutup telefon? Abang nak cakap dengan sayang. Abang mintak maaf sangat-sangat pasal tadi.



Kenapa keluar tak cakap dekat abang? Abang nak jumpa sayang.




Aku bacanya berkali-kali, kemudian aku padam. Satu pun aku tak balas. Biarkan dia. Orang lelaki ni ada masanya kita kena ajar sikit. Sesedap rasa dia marah aku lepas itu mintak maaf. Memang taklah aku nak bagi muka! Tak semudah itu aku akan mengalah. Ini Nur Adryanalah!! Sekeras-keras hati dia, keras lagi hati aku!! Dan masa inilah aku nak uji dia, nak tengok setinggi mana kesabaran dia melayan kerenah aku. Kalau betul dia sayang, sudah tentu Ashman takkan berputus asa begitu saja.

Tadi masa aku balik, terkejut bila tengok ada sedozen bunga ros merah atas katil. Siap dengan kad yang tertulis ‘Sorry’. Housemate aku cakap Ashman ada datang petang tadi cari aku. Tapi masa tu aku bukannya ada kat rumah pun. Tak sangkalah pulak dia sanggup ke sini semata-mata nak jumpa aku. Siap bagi bunga lagi. Nak pujuklah konon. Ingatkan dah tak mahu ambil peduli.

“Beb. Aku nak masak maggi ni. Kau nak tak?”

Teguran Naura menyentakkan aku yang jauh mengelamun di meja makan. Aku menggeleng perlahan.

“Taknaklah. Dah kenyang.” ujar aku bersahaja sambil menyelak buku rujukan perlahan-lahan. Nampak saja macam khusyuk belajar, tapi sebenarnya aku sendiri pun tak pasti apa yang aku baca. Satu pun tak masuk dalam kepala. Kenapalah kami perlu bergaduh di saat-saat begini? Tak kena masa langsung!! Sikit pun aku tak boleh fokus.

“Tadi kau makan roti sekeping je. Boleh kenyang ke? Kau biar betul? Makanlah sikit. Nanti perut sakit macam hari tu lagi kan susah?”

“Biarlah sakit. Mati terus pun takpe. Aman dunia.”

Naura menggeleng-geleng perlahan. “Jangan cakap merepek boleh tak? Kau ni..”

Aku tak hiraukan Naura. Cuba untuk tumpukan perhatian pada buku di depan. Segala masalah yang bersarang dalam kepala aku usir jauh-jauh. Bayangan wajah Ashman yang bermain-main di mata juga aku abaikan. Kuatnya dugaan. Masa-masa macam nilah aku ternampak-nampak dia pulak. Abang, jangan kacau Ad!! Ad nak fokus!!! Leave me alone!! Jerit aku dalam hati.

Sekali lagi tumpuanku terganggu bila telefon bimbit Naura berbunyi. Haihh!! Banyak betul gangguan. Sabar je aku!

“Hello, Ashman. Ad ada. Kejap aku bagi fon kat dia.”

Erk? Ashman?! Apa ke halnya dia telefon Naura? Kesian pulak mamat ni. Gara-gara aku matikan telefon, terpaksa dia kacau Naura pulak. Pandai pulak dia cari aku bila aku diamkan diri macam ni. Heh! Itu baru sikit aku bagi. Jangan ada yang tak tidur malam nanti sudahlah. Naura segera menghulurkan telefonnya ke tanganku.

“Cakaplah. Dia tunggu ni.” ujar Naura sedikit berbisik.

Aku menggeleng dengan wajah mencuka. Tangan Naura aku tolak perlahan dan terus buat-buat khusyuk baca buku. Naura mengeluh kecil.

“Ashman, ada orang tengah bad mood. Dia taknak cakap ni. Kau call lain kali lah ye? Ok. Bye.”

Naura meletakkan fonnya ke meja.

“Ashman kirim salam. Dia cakap good luck jawab exam esok.”

“Ada hati lagi nak call aku rupanya.” aku menggerutu perlahan.

“Aku tak fahamlah kau ni. Si Ashman tu dah elok nak pujuk, nak mintak maaf. Kau pulak jual mahal dengan dia.”

“Kau cakap senanglah. Kau tak rasa apa yang aku rasa.”

“Suka hati kaulah. Tapi sebenarnya tak guna kalau kau terus merajuk dengan dia macam ni. Suka atau tidak, kau memang dah tak boleh elak dia, Ad. Esok lusa kau kena berhadapan dengan dia jugak.” balas Naura sebelum dia melangkah ke dapur.

Aku diam. Lama berfikir. Cakap Naura tu ada betulnya. Tak guna terus bermasam muka macam ni. Aku memang dah tak boleh lari dari dia lagi. Lambat-laun aku pasti akan jumpa dia jugak!!



______________________


KOMEN SIKIT PLS. MUCH APPRECIATED. thank u!

3 comments:

  1. Best! Continue asap plss..hehe
    c

    ReplyDelete
  2. Impressive👏👏 keep going kak💃💃

    ReplyDelete
  3. Impressive👏👏 keep going kak💃💃

    ReplyDelete