Wednesday 25 February 2015

Kamu Yang Ku Tunggu 12 & 13

Assalamualaikum semua, maaf kerana mengambil masa yg lama utk update KYKT. kali ni saya rajin sikit so saya update dua bab skali gus. hehee! happy reading n jgn lupa tinggalkan komen. thank u!

_______________________________________



BAB 12

MASIH terbayang-bayang lagi apa yang berlaku di meja makan tadi. Aku mengetap gigi. Tidak terkawal lagi rasa marah yang kian mencengkam di dada. Ibarat gunung api yang mahu meletup, bila-bila masa saja boleh memuntahkan laharnya. How dare you, Nina!! Ashman tu abang sepupu kau! Mana boleh sesuka hati pegang dia! Haram!! Takkan itu pun tak tahu? Hatiku menggerutu.

Pinggan dan gelas kotor dalam sinki aku cuci laju-laju. Ingat bila sibukkan diri macam ni, tak adalah aku fikirkan sangat pasal mereka tu. Tapi macam tak berkesanlah. Otak ni nak juga ingatkan hal tadi. Menyampah!! Sakitnya hati aku!! Rasa macam nak siat-siat kulit Nina bila ingat macam mana mengada-ngadanya dia dengan Ashman tadi. Sabar, Adryana!! Kejam sangat kenapa? Anak orang tu, bukan patung!

“Eh, Ad! Tak payahlah susah-susah basuh pinggan tu. Letak aje kat situ. Biar Ucu buat nanti.” tegur Ucu yang baru masuk ke dapur. Dia pantas menghampiriku di sinki.

“Takpe, Ucu. Small matter je ni. Lagipun Ad dah biasa dah. Takde hal punya.” jawab aku lembut. Memaksa bibir tersenyum.

“Ye ke? Kat rumah pun Ad buat? Bukan Mak Jah ke yang uruskan semua?”

“Memanglah. Tapi sejak kecik lagi mama dengan papa ajar kami supaya berdikari. Mana yang kami boleh buat sendiri, kami buat.” Kata aku lagi. Walau Mak Jah ada untuk buat semua tu, tapi tak bolehlah malas-malas. Kena rajinkan diri menolong apa yang patut. Kesianlah Mak Jah kalau semua pun nak harapkan dia saja. Tak menang tangan jawabnya.

“Rajin, Ad. Bertuahlah siapa yang dapat Ad ni nanti.” Ucu senyum. Sekilas dia memandang ke arah jam empat segi di dinding. “Hai, manalah budak berdua ni? Dari tadi keluar tak balik-balik. Kita punyalah nak cepat. Lambat masak lambatlah boleh makan.”

Ye tak ye. Dari tadi Ashman keluar dengan Nina sampai sekarang masih tak nampak batang hidung mereka. Wah, wah! Ini memang dah melampau betul!! Seronok sangat agaknya keluar berdua sampai dah tak ingat rumah! Menyampahnya!!

Selang beberapa saat, terdengar salam diberi. Speaking of the devil!

“Haa! Panjang umur! Kenapa lama sangat, Nina?”

Nina tersengih-sengih macam kerang busuk. Kiri kanan tangannya menjinjing plastik yang sarat dengan bahan-bahan basah, begitu juga Ashman. Banyaknya Ucu pesan! Ini stok untuk sampai raya ke apa?

“Sorry, ibu. Barang yang ibu pesan tu takde dekat kedai yang kita selalu pergi. Terpaksa cari dekat lain. Itu yang lambat sikit tu.” Beritahu Nina seraya meletakkan barang-barang tadi ke lantai.

Aku yang masih belum selesai mencuci pinggan hanya memasang telinga. Heh! Barang tak ada atau buat-buat tak ada? Sengaja nak luang masa lama-lama dengan Ashman kut? Akibat terlalu asyik melayan perasaan, sampai tak sedar Ashman tercegat di tepiku.

“Tadi abang call kenapa tak angkat?” soal Ashman dengan nada berbisik.

“Fon dalam bilik.” Jawab aku tanpa riak.

Ashman diam sejenak. Kemudian dia menyoal lagi.

“Ada apa-apa yang abang boleh tolong?”

Aku geleng dengan wajah bersahaja. Berat mulut nak bercakap dengan dia. Kain lap tangan yang tergantung di jendela berhampiran sinki aku capai. Ashman memandangku lama. Dia kelihatan sedikit gelisah. Apa lagi bila melihat aku yang langsung tidak tersenyum. Faham yang aku masih marahkan dia. Aku yang malas hendak berlama-lama dengannya di situ terus naik ke bilik. Tudung bawal warna kelabu aku letak di bucu katil. Nina dengan Nazira tengah melepak dalam bilik. Nazira dengan novelnya, Nina pula dengan handphone. Masing-masing dengan aktiviti masing-masing.

“Kak Ad, betul ke Abang Ash tu dah ada girlfriend?” soal Nina yang selesa berbaring di katil sambil memeluk bantal.

Aku terkedu tatkala diajukan soalan itu.

“Err.. entah. Agaknyalah. Kenapa?” soalku sedikit gagap. Pura-pura tak tahu apa-apa.

“Takde apa. Dalam kereta tadi sajalah tanya dia, dia cakap dah ada yang punya. Kak Ad kenal ke siapa orangnya?”

Aku menjungkit bahu seraya menundukkan wajah. Nina, orangnya ada depan mata kau ni je, dik!

“Hai.. bertuahlah siapa yang dapat Abang Ash tu! Dahlah handsome, baik pulak tu. Melepas!!”

“Melepas? Dah kenapa kau, dik? Takkan syok dekat sepupu sendiri kut?” celah Nazira.

“Kalau ya pun kenapa? Tak salah, kan?”

Terasa mahu pitam mendengarkan kata-kata Nina. Sangkaanku tepat. Memang Nina sukakan abang sepupunya. Dapat boyfriend kacak dan sempurna seperti Ashman boleh bikin hati tak tenang. Ramai sangat yang terpikat dek ketampanan lelaki itu. Oh tidak!! Aku tak mahu sesiapa pun rampas Ashman dari aku!

“Memanglah tak salah, cuma Islam tak menggalakkan kahwin sepupu.”

Nina tersengih selamba. “Don’t worry. Memang takkan dapat punya. Abang Ash dah ada girlfriend. Dari cara dia bercakap pasal awek dia tadi, adik dapat rasa dia sayang sangat dekat awek dia tu. Sebab tu adik cakap siapa saja kekasih dia tu teramatlah bertuah.”

Aku tersenyum nipis. Antara percaya dan tidak mendengar cerita gadis itu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Atau Nina cuma buat cerita? Tapi tak mungkinlah. Apa motif Nina nak reka cerita, kan? Mungkin memang betullah Ashman ada bercakap pasal kami. Hmm.. nampaknya dia jujur dalam hal ini. Kalau dia mengaku single, siaplah!!

“Apa lagi yang dia cerita dekat Nina?” aku mula nak korek rahsia.

“Dia cakap dia teramat bahagia dengan buah hati dia tu sekarang dan kalau boleh mahu kekal sampai syurga.”

Senyumku kian melebar. Tersentuh hatiku mendengarnya. Hilang terus rasa marah dan geram terhadap Ashman. Yang ada hanyalah rasa bahagia yang tidak bertepi.



LEPAS solat Asar, aku duduk ambil angin di laman. Ralit tengok Nuqman main badminton dengan Nina. Si Nazira yang jadi pengadil. Cukup suka melihat mereka adik-beradik yang begitu rapat antara satu sama lain.

Handphone di tangan berbunyi. Sedikit terkejut dengan nama si pemanggil yang tertera di skrin. Lama menghilang, hari ni timbul balik.

“Hello, Jepp.”

“Hai, Ad. How are you? Lama tak dengar cerita.” sapa Jepp ramah.

Eh? Dia yang missing in action, cakap aku pulak. Sejak dia tahu aku bercinta dengan Ashman, langsung tak ada khabar berita. Dia seolah-olah cuba menjauhkan diri.

“Alhamdulillah sihat. Awak?”

“Alhamdulillah, sihat jugak. Cuti sem ni tak ke mana-mana ke?”

“Actually saya kat Pahang ni. Bercuti kat rumah makcik.”

“Oooo.. sebenarnya saya call awak ni sebab tiba-tiba rindukan awak. Gara-gara tertengok model muslimah cantik dalam Instagram ni, buat saya teringat sangat-sangat kat awak."

Pergh!! Jepp rindukan aku? Ini kalau Ashman dengar, teruk Jepp dibelasahnya.

“Model muslimah? Siapa? Kenapa pulak awak ingatkan saya?” Keningku bertaut. Model mana pulaklah yang si Jepp cakap ni?

“Muka dia iras-iras awak. Cantik sangat! Kalau tak percaya try tengok Instagram dia. Nama Syaheera Abd Wahab. Dia ni model Anggun Zara. Suka tengok muka dia. Sweet macam awak tau!”

“Ada-ada je awak ni.” balasku. Tapi tertanya-tanya juga siapa Syaheera Abd Wahab tu? Tak kenal dan tak pernah dengar namanya.

“Tak percaya try tengok sendiri. Oklah, saya nak pergi main futsal jap. Take care, Ad.”

Suara Jepp sudah tidak kedengaran. Aku tengok skrin telefon. Tak sampai 10 minit pun sembang. Call aku semata-mata nak cakap pasal tu aje ke? Haha!! Jepp, Jepp! Macam-macam hal! Aku ketawa sendiri. Tawaku mati sebaik terpandang Ashman yang sedang meluru ke arahku di meja batu.

“Cakap dengan siapa tadi?” Ashman duduk di sebelahku dengan jarak yang agak rapat.

Kurang selesa begitu, aku mengengsot sedikit ke kiri. Nasib baik tak ada yang terperasan. Ashman ni pun satu. Punyalah banyak kerusi, sebelah aku juga dia nak duduk.

“Jepp.”

“Dah tak ada orang lain ke yang nak call sayang?”

“Dia cuma nak tanya khabar. As a friend. Tak salah, kan?”

Ashman diam tidak membalas. Tak mahu memperbesarkan benda remeh. Teringat pula apa yang Jepp cakap tadi. Terus aku buka Instagram dan taip namanya. Syaheera Abd Wahab. Jumpa pun! Nasib baik dia tak private. Aku scroll dari atas ke bawah. Banyak juga gambar dia selfie. Cantik. Memang cantik. Tapi tak adalah sama macam aku pun! Jepp ni memandai-mandai je! Entah part mana yang dia kata ada iras aku. Yang pasti, Syaheera ni jauh lebih cantik dan manis!! Dagunya berlekuk macam Dato' Siti Nurhaliza. Padanlah kalau boleh jadi model pun. Lawa gila!! Ayu bertudung!

“Tengok apa ralit sangat tu?” soal Ashman.

“Tengah tengok Instagram model muslimah ni. Jepp kata muka dia ni ada iras Ad. Cuba abang tengok. Ad rasa tak sama langsung. Dia lagi cantik.” aku hulur fon ke arah Ashman.

Fon bertukar tangan.

“Ha’ah, nak dekat sama. Tapi taklah sebijik. Sayang abang ni lagi cantik, ada lesung pipit lagi. Cute!” puji Ashman sambi tersengih lebar.

Aku menjuih bibir. Itu saja nak ambil hati akulah tu!





BARU nak tidur, perut pulak tiba-tiba buat konsert. Lapar macam tak makan tiga hari. Pelik. Rasanya masa dinner tadi aku makan banyak dah. Adakah ini tanda-tanda bahawa aku akan menjadi gemuk? Oh tidak! Mimpi ngeri tu!

Dengan penuh kemalasan aku bangkit dari katil. Capai tuala di penyidai dan buat 'cover' kepala. Nina dengan Nazira bukan main lena lagi sampaikan aku bukak lampu sekejap pun tak sedar. Tidur mati.

Masuk dapur aku terus bukak periuk nasi. Kosong! Tak ada apa-apa! Aku bergerak pula ke meja makan. Tudung saji diangkat. Pun tak ada apa-apa!! Alahai, hampanya!! Nak makan apa ni? Kalau kat rumah sendiri bolehlah buat maggi. Ini rumah orang. Tak beranilah nak memandai-mandai. Aduh! Nampak gaya kena tidur dengan perut kosonglah dulu. Harapnya tahan sampai esok pagi.

“Aik? Tuan puteri ni tak tidur lagi rupanya?”

Aku sedikit terperanjat dek teguran itu. Sebaik berpaling ke belakang, aku lihat Ashman tercegat di pintu dapur. Kus semangat! Sakit jantung aku! Ingat siapa tadi.

“Tak boleh tidur. Lapar. Tapi dah tak ada makanan la pulak..!” jawab aku. Aku memandang Ashman dari atas ke bawah. Lelaki itu berbaju-T Polo dan berseluar jeans hitam. Bau gel rambutnya menusuk ke hidungku. Malam-malam ni pakai lawa gila! Dia nak keluar ke?

“Alololo.. kesiannya bucuk abang ni. Jomlah, kita keluar makan.”

“Malam-malam buta ni? Kita berdua? Taknaklah. Tak manis orang tengok.” aku menggeleng laju. Rela tahan lapar dari jadi bahan gosip orang.

“Bertiga. Abang nak keluar lepak dengan Nuqman. Sayang ikutlah sekali.”

Oh.. patutlah pakai smart! Nak keluar dengan Nuqman rupanya. Selalu sangat jadi burung hantu. Orang tidur, dia berjaga.

“Errmm.. korang keluar jelah. Nanti abang bungkuskan untuk Ad.” aku menenyeh-nenyeh mata yang kian berat. Malaslah nak ikut. Tidur lagi baik.

“Kalau nak tunggu abang balik takut lambat pulak. Nanti sakit perut macam hari tu kan susah? Jomlah ikut abang.”

Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Serba-salah. Nak ikut dengan taknak ikut sama banyak. Macam mana ni? Dia orang ni mesti lama kat luar. Silap haribulan aku pengsan dulu nanti.

“Dah, tak payah fikir banyak. Sayang pergi tukar baju cepat. Abang tunggu.” Ashman mematikan ayat.

Nak tak nak, aku terpaksa akur. Kesian pada perut yang semakin pedih. Cepat-cepat aku ke bilik dan tukar baju dengan seluar. Pakai ala kadar sudahlah. Bukannya nak ke mana-mana pun. Lepas pakai tudung, aku terus mendapatkan Ashman yang sabar menanti di laman. Nuqman yang tercegat di tepi kereta hanya memandang kami dengan senyuman yang penuh makna. Aku jadi tak torah. Lain macam je Nuqman ni? Kenapa dia senyum macam tu? Ke dia dah tahu pasal kami berdua?



________________________________________



BAB 13

MEMANG tak silaplah aku ikut Ashman keluar ni. Dapat makan kuey teow kerang tersedap di abad ini. Yang paling puas hati, dia letak kerang banyak gila! Tak macam sesetengah kedai. Kedekut kerang, sayur je yang lebih. Sampai naik confused itu kuey teow kerang ke kuey teow sayur? Tapi Nuqman kata kat sini kuey teow dia paling famous. Bukan setakat kerang, ayam dengan daging pun ada sekali! Dahlah sedap, pedas pulak tu. Aku bagi empat bintang. Ishh!! Dah macam Maharaja Lawak Mega pulak.

“Kenyang ke makan tu je, Ad? Order la benda lain pulak.” suruh Nuqman.

“Abang Nuqman perli Ad ye? Ingat perut Ad ni tong drum? Cukup la ni. Makan time macam ni pun dah kira melanggar pantang. Habis rosak diet Ad.”

“Dietlah sangat! Nanti kalau dia pengsan kita juga yang susah.” Ashman pula menyampuk. Satu, satu kentang goreng dikunyah. Mamat ni tadi kata taknak makan. Sudahnya dia order chicken chop.

Aku menjelingnya tajam. Mulalah tu nak membebel. Nuqman yang hanya memerhati mengekek-ngekek ketawa.

“Korang ni comel la! Cepat-cepat la langsung wei! Tak sabar nak tengok korang naik pelamin.”

Kata-kata Nuqman menjerut leherku. Gulp!! Pelamin? Nuqman memang dah tahu ke?

“Abang Nuqman merepek apa ni? Naik pelamin apa?” aku pura-pura tidak mengerti.

“Eleehh.. buat-buat tanya pulak! Ingat kita tak tahu apa-apa la tu!”

Aku melirik pula pada Ashman di sebelah. Lelaki itu hanya tersengih selamba. Relaks gila dia! Entah-entah dia dah tahu yang Nuqman tahu.

“Abang, explain please?”

“Nuqman dah tahu pasal kitalah, sayang.”

“What?!! Kan kita dah janji taknak heboh sekarang. Dah lupa ke?” aku memukul bahu Ashman lembut.

Ashman hanya ketawa dan pertanyaanku langsung tak dijawab. Geramnya aku! Kecik besar aku tengok si Ashman ni. Kata nak cakap nanti je. Ni belum apa-apa dah kantoi!

“Relaks la, Ad! Abang Nuqman sorang je yang tahu. Jangan risaulah. Rahsia tetap rahsia. I won’t tell anybody. I promise!!” ujar Nuqman seraya mengangkat tangan kirinya tegak.

Aku mendengus geram. Sekali lagi bahu Ashman menjadi mangsaku. Cubit kuat-kuat sampai lebam. Ashman mengaduh perlahan. Bahunya diusap-usap lembut. Sakitlah tu!

“Tak boleh simpan rahsia langsung la dia ni!”

“Bukan salah Ash pun. Benda ni takkan kantoi kalau tak kerana Abang Nuqman ternampak gambar Ad dekat wallpaper fon dia. Kalau bukan sebab itu pun abang memang dah boleh agak dah. Dua, tiga hari ni abang perhati je korang. Tengok cara Ash pandang Ad pun abang dah tahu.” kata Nuqman lagi.

Mukaku terasa membahang. Maknanya selama ni kami diperhatikan. Ketara sangat ke sampai Nuqman sendiri boleh hidu? Rasanya kami dah cover line dah! Alahai.. malunya!

“Bukan main Encik Ashman kita ni. Mula-mula adik angkat, lepas tu terangkat!” Nuqman makin galak mengusik.

“Hati dah terpaut, bro. How can I say no? Mulalah mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.” Ashman tenang menjawab sambil tersenyum. Wajahku direnung lama.

“Angau teruk kau ni!” ejek Nuqman.

Tawa kami berderai.



“SAYANG masih marahkan abang?”

Aku tidak memberikan sebarang reaksi. Aku tahu inilah peluang yang dinanti-nantikan Ashman. Dapat berbicara dari hati ke hati tanpa sebarang gangguan. Sempat aku melirik ke arah Nuqman di meja lagi satu. Sakan bersembang dengan tauke restoran merangkap schoolmatenya masa tingkatan 3. Orang dah tak ramai. Tauke pun bolehlah relaks-relaks. Best betul dia. Muda-muda lagi dah ada restoran sendiri. Maju pulak tu! Bertuah badan.

Ashman menarik kerusi rapat denganku. Wajahku direnung lama. Aku tak mengendahkannya. Buat-buat fokus pada cerita Kung Fu Panda di saluran HBO HD.

“Abang nak mintak maaf sangat-sangat dengan apa yang terjadi. Yang paling abang kesal sekali pasal hari tu. Abang tak patut marah sayang. Abang stress sangat masa tu sampai tak boleh nak kontrol emosi. Habis semua staf kena marah dengan abang. Kalau tak percaya tanya tok pa.”

Oh.. stress kerja rupanya. Tapi perlu ke lepaskan geram pada orang yang tak berdosa?

“I care too much. My mistake.”

“No. There’s nothing wrong with it. Sayang ambil berat itu tandanya sayang sayangkan abang. Abang yang salah sebab tak pandai jaga hati sayang. I’m so sorry and I mean it.”

Aku masih juga bungkam. Membisu seribu bahasa. Ashman menghela nafas berat. Seketika, matanya dialihkan pada kaca televisyen. Mata saja tengok TV, tapi kepala tu asyik fikir pasal kami. Boleh nampak dari air mukanya tu.

“Abang dah penat bergaduh macam ni. Nak buat apa pun tak boleh, hilang fokus. Serius! Kita berdamai ya, sayang?”

Aku mengangguk perlahan. Mengalah akhirnya. Sebenarnya aku dah lama maafkan dia. Saja nak uji dia. Lepas dengar apa yang Nina beritahu masa dalam bilik tadi, terus terpujuk hati aku ni. Ashman juga sudah mampu menarik nafas lega. Wajahnya kembali berseri-seri.

“Tadah tangan kejap. Ada benda nak bagi.” Ashman menyeluk poket seluarnya.

Aku hanya menurut, menadah tangan ke arahnya. Sebentuk cincin perak yang terukir perkataan 'Forever' di kelilingnya diletakkan ke tapak tanganku. Bibirku menarik senyum lebar.

“Cantiknya! Mana abang dapat ni?” aku meniliknya lama. Cincin yang cukup simple tetapi cantik.

“Abang beli masa keluar dengan Nina tadi. Sekali pandang je terus jatuh cinta. Sebab tu abang beli. Cuba sayang try. Muat ke tak?”

Aku terus menyarungkannya ke jari manis kananku. “Ngam-ngam.”

“Sesuai sangat dengan sayang. Cantik! Pandai tak abang pilih?”

Aku angguk. Tersenyum sampai ke telinga. Sweetnya Ashman!

“Untuk Nina pun abang beli sekali?” Sempat lagi aku menyindir.

“Beli. Nina punya lagi special dari yang ini.”

Berderau darahku mendengarnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus menanggalkan cincin itu dan beri semula pada dia. Aku tarik muncung sedepa. Tidak lagi memandangnya. Sakitnya hati! Ingatkan dia beli untuk kita je, rupa-rupanya untuk Nina pun ada! Bencilah!!

“Alololo.. comelnya muka! Abang tipu je!! Siapa suruh sayang perli-perli abang? Tau pun marah.”

Oh.. aku sudah terkena!!

“Eeee.. abang suka kenakan Ad! Jahat!” aku menumbuk bahu Ashman perlahan.

Ashman ketawa mengekek lantas cincin perak itu diserahkan pada aku semula. Padanlah muka aku. Nak sangat kenakan dia, alih-alih dia kenakan aku balik. Nakal!

“Pasal Nina tu pun abang nak mintak maaf. Lepas ni abang takkan dekat dengan dia dah. Abang takkan sesekali buat apa yang sayang tak suka.”

“Let’s not talk about it anymore. Kita baru je nak berbaik, kan? Ad pun dah taknak gaduh.”

Ashman senyum. Cair aku dibuatnya. Tak tidur malamlah Adryana terbayang-bayangkan Ashman Aidil nanti.

“Thank you for this. I love it so much.” kata aku sambil menilik cincin di jari, lama. Tak puas tengok. Cantik!

“Yang ni simple je, sayang. Tapi untuk cincin kahwin nanti gerenti abang pilih yang mahal dan eksklusif untuk sayang.”

“Kahwin? Siapa entah nak kahwin dengan dia? Perasan!” Sekali lagi aku kenakan Ashman.

Senyuman Ashman mati. Berubah terus mukanya.

“Yelaaa.. orang dah tak sudi takkan abang nak paksa. Lagipun abang sedar siapa abang. Tak layak jadi teman sehidup semati Nur Adryana. Sabarlah hati.”

“Alaaa.. sorry la! Ad gurau aje tu! Janganlah sensitif sangat!” cepat-cepat aku memujuk.

“Haa.. tau menggelabah! Abang saja je nak tengok orang tu macam mana. Tau sangat orang tu sayangkan abang. Ye tak?”

“Mestilah.”

Ashman sengih. “Kalau nak pergi mana-mana mesti pakai cincin ni. Ini sebagai tanda yang sayang dah berpunya.”

“Maknanya kita ni dah ‘bertunang’ la?”

“Macam tulah kira-kiranya. Kalau sayang pakai cincin ni tak adalah orang berani kacau sayang lagi. Termasuklah Jepp.”

Aku tergelak kecil. Balik-balik Jepp juga yang kena. Kesian, Jepp. Mesti dah tersedak-sedak kat rumah tu. Haha!

“Abang ni paranoid sangat. Dengar sini, walau beribu jejaka yang hadir dalam hidup Ad, hati Ad akan tetap setia pada yang satu.” Kata aku bersungguh-sungguh ingin meyakinkan.

“Abanglah orangnya! Kan, sayang?”

“Of course! Lagi mau tanya. Mengada-ngada!”

Ashman tertawa bahagia.



DAH pukul 10.30 malam, tapi batang hidung Ashman Aidil masih belum kelihatan. Hati mula dipagut resah. Sudahlah bila telefon tak berjawab. Dah tu tak cakap pula nak ke mana. Nampaknya dia dah balik ke habit lamanya. Dulu dia jugak yang cakap kalau nak buat apa-apa mesti beritahu. Tengok apa jadi? Cakap tak serupa bikin! Geram pulak aku dengan dia ni.

“Ashman tak balik lagi?” soal tok pa.

“Belum, tok pa.”

Tok pa melabuhkan punggung di sofa panjang setentang denganku. Lama matanya ditumpukan ke arah kaca TV. Sejak petang tadi aku nampak tok pa macam tengah ada masalah. Air mukanya tu tak macam selalu. Seolah-olah ada sesuatu yang dipendam. Tok pa sakit ke? Risau pulak aku tengok.

“Ada tak Ashman beritahu apa-apa pasal Hanis?”

“Tak ada. Kenapa dengan Hanis?” dahiku berkerut seribu. Kenapa tiba-tiba nama itu pula yang disebut?

“Siang tadi kalau tak salah tok pa, Hanis ada datang ofis. Tapi tak lama lepas tu dia keluar dengan Ashman.”

Apa? Hanis keluar dengan Ashman? Aku tak tahu-menahu langsung tentang ni. Ashman pun tak cakap apa-apa. Hanis datang jumpa dia untuk apa?

“Tak ada pulak dia cakap apa-apa dekat Ad. Mungkin dia lupa.” Aku cuba menyedapkan hati walhal yang sebenarnya aku sendiri pun dah mula tak tenang. Kenapa Ashman tak beritahu aku? Sejak bila pulak dia suka berahsia?

Tok pa membisu. Mungkin perkara inilah yang menganggu fikirannya. Sekarang aku pun sama. Seribu satu persoalan bermain di minda. Hanis jumpa Ashman untuk apa? Ashman memang sengaja merahsiakannya atau dia terlupa nak beritahu? Ish!! Ya Allah!! Sakit kepala aku memikirkannya. Ini yang buat aku tak sabar sangat nak cakap dengan Ashman sendiri.

10 minit kemudian, telingaku menangkap bunyi enjin kereta masuk ke pagar rumah. Menandakan lelaki itu sudah pun pulang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sabar, Ad. Jangan tanya apa-apa dulu. Bagi dia rehat kejap, lepas tu baru tanya.

“Panjang umur! Sampai pun dia.” ujar tok pa lega.

Salam diberi sebaik dia masuk ke rumah. Tok pa hanya memandang wajah keruh Ashman.

“Ashman ke mana tadi?”

“Jumpa kawan.” jawab Ashman mendatar.

Tok pa tersenyum hambar. Aku bingkas bangun, mengikut Ashman ke dapur.

“Abang nak makan apa-apa? Lauk tadi ada lagi. Ad panaskan kalau abang nak.”

Ashman cuma menggeleng. Tidak berkata apa-apa walau sepatah. Dia seorang yang talkative, tiba-tiba jadi pendiam. Sikapnya itu sangat membingungkan aku. Ashman menuang air sejuk ke dalam gelas. Diteguknya perlahan-lahan.

“Abang pergi jumpa siapa tadi?” soalku lagi. Nak sangat tahu dia keluar dengan siapa. Dan aku nak sangat tanya pasal Hanis. Namun melihatkan wajahnya yang cukup serius itu, segala-galanya jadi terbantut.

“Kawan.”

“Tahulah kawan. Siapa?”

Ashman menghela nafas berat. Sikit pun tidak memandangku. Ini bukan Ashman yang aku kenal. Selalunya dia kalau dengan aku, senyum memanjang. Mulut gerenti tak berhenti bercakap. Namun malam ini semuanya berbeza. Ashman macam nak tak nak saja layan aku.

“Abang penatlah, Ad. Mengantuk sangat. Kita borak esok-esok ajelah. Good night.”

Tanpa menghiraukan aku, Ashman terus berlalu. Aku termangu sendiri di situ. Ad? Kenapa dia panggil aku Ad? Mana hilangnya panggilan sayang? Dan selalunya sebelum tidur, wajib cakap I love you pada aku. Ini cuma good night saja? Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba saja sikapnya berubah begini?


________________________________________


ada yg tanya bila nak sambung TMD. sorry guys, TMD hanya akan disambung selepas tamatnya KYKT. maaf kalau ada yg tertunggu2. takut nanti jd bercelaru. kejap cerita tu, kejap cerita ni nnt korang jugak pening hhehehee. so lepas KYKT saya sambung TMD ok? sorry sangat!

2 comments:

  1. best..sambungla lagi...bagi jeles2..marah2 n rindu2..huhu

    ReplyDelete
  2. txs for the update. alamak Ashman ada masalah patutlah angin. Tak sabar nak tunggu sambungannya..

    ReplyDelete